Showing posts with label Inner Maryam Kamal. Show all posts
Showing posts with label Inner Maryam Kamal. Show all posts

Saturday, June 05, 2021

Bagaimana jika anda mati hari ini?

 Bismillahirrahmanirrahim. 


Pagi itu, dalam kesibukan saya dan Hana, kami mendapat panggilan. Saya, secara spesifiknya. 


"Dah sarapan?" dia tanya lepas kami berbalas salam. Jujurnya saya cuak. Pagi-pagi lagi Boss dah telefon. Nasib baik dah masuk ofis :D 


"Belum, boss." dalam cuak tu, lurus pula jawapannya. 


"Saya kat Dhuha ni. Jomlah sarapan. Ajak semua yang ada di pejabat tu." selamba dia mengajak. Saya pandang Hana. Yang lain masih belum sampai, jadi nampaknya kami berdua sajalah. 


"Okay, boss. Jap." 


Boss ajak lepak mamak, saya beritahu Hana. Ya, Boss kadang-kadang memang begitu. Tak nak makan sorang-sorang, dia akan ajak kami teman dia. Maka beransurlah kami ke Ad-Dhuha, kedai mamak berdekatan pejabat. Pantas Boss gamit kami ke mejanya yang sudah terhidang roti canai siap kuah kari kambing, serta Milo Ais. 


Pantas Boss suruh kami pesan, siap suruh tapaukan untuk mereka yang belum sampai ofis. Masha ALLAH pemurahnya. Sambil tunggu makanan sampai, bahkan sambil makan pun, macam-macam kami sembang. Sekejap pasal fail itu ini, tapi banyaknya Boss akan bawa topik lain. Tak nak terikat dengan kerja semata-mata, mungkin. 


"Hana, macam mana kalau awak mati hari ni?" Boss tembak soalan yang langsung tersasar daripada topik kami bualkan sebentar tadi. Tak bagi signal langsung tau, nak masuk topik serius macam ni. 


Kami sama-sama terjeda. Hana diam mencari ilham, saya diam menunggu jawapan. Dan juga memikirkan jawapan saya, kot lepas ni Boss aju soalan sama pada saya pula. 


"Eh, mestilah takut, Boss. Tak bersedia lagi." jawapan Hana membuatkan Boss angguk kecil sebelum talakan pandangan pada saya. Ha, kan dah cakap. Kena jugak. 


"Maryam?" 


"Hmm. Takpe je kot saya kalau mati harini." jawapan tak best saya bagi. Tak sempat nak fikir apa-apa pun sebenarnya bila hidup mati menjadi persoalan ni. 


"Betul? Dah bersedia ke?" beliau soal-siasat. Aura peguam dah keluar nampaknya. Tapi Boss, saya pun peguam. Heh. 


"Nak tunggu sedia kan Boss, entah bila nak sedia. Dan mati ni Boss, bukan tunggu sedia ke tak, kan?" saya pandang Boss. 


"Kenapa awak cakap macam tu?" 


"Sebab saya rasa sekarang ni saya takde terikat dengan dunia sangat. Takde suami, takde anak-anak, takde tanggungjawab, takde komitmen, takde hutang. Insha ALLAH okey. Bukan nak kata saya dah sedia, tapi kalau saya mati sekarang, saya takde tinggalkan sesiapa atau membebankan sesiapa." ulas saya. 


"Parents you Yam?" celah Hana. 


"Rasanya it is a matter of siapa yang tinggalkan siapa dulu. Dan ditinggalkan tu lagi sakit daripada meninggalkan." dalam berkias, saya memberitahu bahawa saya lebih rela meninggalkan daripada ditinggalkan. Tak dapat bayangkan sakitnya ditinggalkan orang yang tersayang (ibu bapa), berpisah dunia :( 


Boss angguk-angguk. Tapi kemudiannya beliau sambung cerita. Rupanya nak cerita pasal sedekah dan kelebihannya. Dikisahkan betapa ramainya manusia yang telah meninggal dunia, ingin dibangkitkan kembali ke dunia untuk - ya, bersedekah. Betapa kuasanya sedekah ini. Jadi moralnya, Boss nak galakkan bersedekah. 


Cerita mati hari itu, tamat pada hari itu sahaja. 


***


Hari ini, Hana bangkitkan kembali persoalan itu. Sejujurnya, pertanyaan Boss berkenaan bersediakah untuk mati itu - saya ingat sehingga ke hari ini. Dan insha ALLAH jawapan saya masih sama. 


Paling penting sebabnya, saya masih belum ada tanggungjawab untuk saya gusarkan. Tanggungjawab sebagai anak, insha ALLAH ada anak lain yang boleh isikan tempat itu. Maksud saya, tanggungjawab yang cuma saya pegang. Contohnya sebagai seorang ibu. Atau isteri. Mungkin bila harta dunia saya bertambah (suami, anak-anak) atau wujudnya hutang saya (rumah @ kereta), kematian akan menjadi satu perkara yang menakutkan. 


Saya akan fikir lebih panjang jika diajukan soalan sama. Anak-anak saya nanti bagaimana? Would they meet a better mother to take care of them? Would they trouble people, because they will never trouble me. Would my partner be okay with my eternal departure? He may be getting himself another partner, but how good can he cope with losing someone dear to him? Because honestly, if such thing happens to me, I might have to learn hard to keep myself composed. 


Cumanya bila difikir-fikir, teringat bait-bait lirik yang dibawa oleh Fynn Jamal dalam lagu Dosa (Noh Salleh). Nak pergi, risau tak cukup bekal. Nak kekal di sini, risau makin bebal. 


Ya. Bukanlah sudah bersedia untuk mati. Jauh sekali rasa dah cukup bekalan ukhrawi. Tidak. Tidak sama sekali. Tapi bukankah mati itu pasti? Dan rasanya pada masa ini masih boleh terus pergi, tanpa khuatir apa-apa pada duniawi. Tiada hutang, tiada komitmen. Kerana risaunya pada masa depan, bertambah tanggungan, makin berat untuk berangkat. 


Dan bukankah yang paling dekat dengan kita itu adalah kematian? 


:') 


Saya fikir, Boss akan lain jawapannya dengan saya. Boss ketua keluarga, punyai isteri dan anak-anak. Boss juga ketua di pejabat, punyai nama baik dan pekerja-pekerja yang bergantung harap. Besar tanggungjawab Boss. Banyak tanggungan dan komitmen Boss. And leaving isn't an easy thing. Banyak lagi benda nak capai, banyak lagi tahap nak gapai. 


Tapi saya - setakat ini, tiada. Semua cukup, alhamdulillah. Kalau ada yang belum pun, akhlak diri yang belum cukup terpuji. Mungkin ada ibadah belum cukup berkualiti. Atau solat yang belum berganti. Atau apa-apa sahaja yang saya sendiri tidak pasti. 


Tapi sekali lagi, wujudkan orang yang benar-benar bersedia untuk mati? Yakin cukup dengan segala bekal amalannya ke alam sana nanti? 


Kerana bukankah mati itu, sungguhpun pasti, namun satu misteri? 


Semoga, dalam setiap anugerah yang Tuhan rezekikan pada kita di dunia ini, tidak menjadi penghadang untuk memberatkan hati untuk kembali kepadaNya apabila dipanggil nanti. 


Insha ALLAH aamiin. 


Ya Tuhan, 

kembalikanlah kami kepadaMu dalam keadaan dosa-dosa kami telah diampunkan. 

kembalikanlah kami ke negeri abadiMu dalam keadaan kami lebih baik daripada sewaktu kami dilahirkan. 

kembalikanlah kami kepadaMu dalam keadaan Engkau dan setiap maklukMu redha kepada kami. 

dan permudahkan urusan segala isi duniaMu dalam mengiringi kepulangan kami ke pangkuanMu. 


Aamiin. 

Monday, May 10, 2021

"Bersangka baik dengan ALLAH."

 Bismillahirrahmanirrahim. 

 

These days, I've been getting this message a lot. From people closest to me. They keep telling me to always husnudzzhon with Allah The Almighty, and to always put my faith in Him and whatever His plans. 


Yes I know I should. Though I too know how hard it would. 


Bersangka baik dengan Tuhan jujurnya bukanlah sentiasa mudah. It may be easy at the beginning of things, but somehow as time passes and things keep happening, honestly I would find myself a little bit difficult in continuing to vest all my trust on Him. There, the doubt comes. 


Seringkalinya aku mengingatkan diri aku sendiri, ragu-ragu ini bukan kerana kuasanya Dia. Tapi kerana lemahnya aku. Dozens of questions would come and sit through in my mind all day, questioning myself. And of course, my faith too. Like, 


'Banyak sangat dosa ke dosa aku, Allah tak makbulkan pun doa aku?' 


'Banyak sangat ke dosa aku, Allah uji aku lagi?' 


'Tak berkat ke rezeki, diuji sebegini lagi?' 


'Layak ke aku ni? Macam too good to be true je semua ni.'


Ya tuan-tuan dan puan-puan. Nak sangka baik dengan ALLAH bukannya sentiasa mudah bagi aku. No matter whether it is raining and shining, ada aje doubt dalam diri. Dan aku ulang - doubt itu kerana aku sendiri. Mempersoalkan status aku pada Dia - tidak sekali-kali aku mempersoalkan perkasanya Dia untuk berbuat apa sahaja kepada aku; hambaNya. 


So many things happen these days and honestly, same things linger in my mind. Kali ni ujian besar sikit Tuhan kirimkan buat kami sekeluarga, membuatkan aku bertanya soalan yang level up sikit jugak kepada diri sendiri. 


'Kenapa aku? Kenapa keluarga aku? Kenapa ibu bapa aku? Doa kami tak cukup? Hina betul aku ni ya, doa aku tak dimakbul Tuhan.' 


Allah. 


Malu sungguh rasa bilamana terfikir macam ni. Sedangkan Hana selalu cakap pada aku - Tuhan tu tak perlu pun kita buat baik dengan Dia. Pengasihnya Dia, penyayangnya Dia pada hambaNya ini - tak perlu pun segala amal kebaikan kita. He will give whatever He wants to whoever He wishes to. Tak kisah orang tu solat ke tidak, solat awal ke solat lambat, solat tunai ke solat qadha. If He wishes to, He wills. No one can say no. And vice versa. Kalau Dia kata belum, no one can say yes it is the time! Belum. Tunggu dulu. Sabar dulu. Mungkin hasilnya lebih manis untuk kau nikmati. 


Ya. Semua ini dalam pengetahuan aku, lantas membuatkan aku berasa lebih malu. Kepada Dia. Susah benar mahu istiqamah, terus dan sentiasa bersangka baik dengan Dia, ya Yam ya? Kerapkali benar tergelincir hingga macam-macam kau fikir. Pada Allah, Tuhanmu yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar itu, Maryam. 


Sangka baik dengan Allah, Maryam. 

Jangan putus asa berdoa, Maryam. 

Yakin ALLAH akan makbulkan doa anda, Maryam. 

Kerana itulah, kena sentiasa sangka baik dengan Allah - yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

It is not that He does not listen, it is not that He does not know. He listens very well, He knows even better than anyone/anything else. 

But He maybe has better plan for you. Maybe He is keeping the prayers to be answered at the most accurate time in your life. To which, sabar plays a very crucial role. 


Sabar, Maryam. 


Dan baiknya Tuhan pada aku, seperti selalu, Dia kirim pesanan lewat ilham kepada hamba-hambaNya yang lain, dalam menegur aku, atau mengingatkan aku tentang hakikat-hakikat ini yang sebenarnya sudah aku tahu. Tapi aku yang memilih untuk seolah-olah tidak tahu. 


Aku kongsikan di sini penulisan seorang hambaNya di laman Facebook, berkenaan urusan doa dan sangka baik manusia kepada Allah ini (link : Kenapa Allah Tidak Kabulkan Doa - Facebook Mohd Masri Mohd Ramli ) 


KENAPA ALLAH TIDAK KABULKAN DOA.

Saya sering mengulangi mesej yang sama setiap hari Jumaat. Iaitu kelebihan berdoa di hari Jumaat, terutamanya selepas waktu Asar.


Satu hari, saya mendapat satu komen yang bertalu-talu. Asalnya saya menyangka dia ingin bertanya apakah tips untuk doa lebih mustajab. Tetapi penghujungnya, dia menzahirkan putus asa kerana sudah banyak kali berdoa pada waktu yang mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, akan tetapi doanya tetap belum diterima.


Di sini saya kongsikan sedikit jawapan kepada kita semua yang menghadapi masalah yang sama.


1- Kita perlu berkeyakinan bahawa Allah akan menerima doa kita.


Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]


2- Kekuatan doa itu banyak bergantung kepada sangkaan kita kepada Allah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ ، فَإِنَّهُ لَا مُكْرِهَ لَهُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau Mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau Mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ : دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]


3- Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا " ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ .
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut: (1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa. Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya jayyid]


4- Boleh jadi ada perbuatan-perbuatan haram kita yang membuatkan doa kita kurang berkesan.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا ، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ، وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ " .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul. Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51]. Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172] Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu?
[Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]


Ibn al-Qayyim berkata:

وَالْأَدْعِيَةُ وَالتَّعَوُّذَاتُ بِمَنْزِلَةِ السِّلَاحِ ، وَالسِّلَاحُ بِضَارِبِهِ ، لَا بِحَدِّهِ فَقَطْ ، فَمَتَى كَانَ السِّلَاحُ سِلَاحًا تَامًّا لَا آفَةَ بِهِ ، وَالسَّاعِدُ سَاعِدُ قَوِيٍّ وَالْمَانِعُ مَفْقُودٌ؛ ، حَصَلَتْ بِهِ النِّكَايَةُ فِي الْعَدُوِّ وَمَتَى تَخَلَّفَ وَاحِدٌ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ تَخَلَّفَ التَّأْثِيرُ ، فَإِنْ كَانَ الدُّعَاءُ فِي نَفْسِهِ غَيْرَ صَالِحٍ ، أَوِ الدَّاعِي لَمْ يَجْمَعْ بَيْنَ قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ فِي الدُّعَاءِ ، أَوْ كَانَ ثَمَّ مَانِعٌ مِنَ الْإِجَابَةِ ، لَمْ يَحْصُلِ الْأَثَرُ
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang. Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya. Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan. Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat. Tiada pula perkara yang menghalang. Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya. Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu. Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok. Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa. Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Jawab Al-Kafi]


Wallahua'lam.


***

Allah. 


Macam kena bertepek-tepek kat muka. 


Jujurnya, bila bercakap tentang doa - terlalu banyak perkara yang perlu diberikan perhatian. Adab berdoa, kandungan doa, keadaan hati bila menadah tangan meminta segala-galanya daripada Dia, keyakinan bahawa Dia akan memperkenankan doa kita tepat pada masanya. Terlalu banyak. 


Hence I believe there are so many rooms in me that I need to enhance and upgrade. Sungguh, bukan mudah. Namun, bukan mustahil. 


Sangka baik dengan Allah. 

Kalau dengan ALLAH pun susah nak sangka baik, apatah lagi dengan manusia-manusia si makhluk Allah ini semuanya Maryam? 


Hmm. 


Insha ALLAH. 

Ya, tahu. If He wills, insha ALLAH it wills. Tapi kalau Dia kata tidak, atau belum, no one can say yes. 

Okey. 

Also Yam, banyakkan istighfar. Moga ALLAH ampuni dosa dan dijauhkan daripada ragu-ragu, yang mana lohong kosong itulah memberi ruang kepada syaitan untuk terus cambahkan ragu-ragu itu dalam jiwa. Nauzubillahi min zalik. 


Semoga dipermudahkan urusan kita semua dalam menempuhi masa yang sukar ini. Aamiin insha ALLAH. 


Wassalam. 


Tulus, 

Maryam Jamilah 

Friday, February 12, 2021

For your future reference, Maryam :)


 "How many years you have been on practice ye Maryam?" tiba-tiba beliau bertanya di hujung talian.  


"Eh, saya baru lagi, Mr S. Very young lawyer, unlike you - very senior one, Sifu." sempat saya berseloroh dalam berhati-hati menyusun kata. No matter how nice and friendly he is, I shall never put my guard down even when speaking only over the phone with my opponent lawyer. Bukanlah nak sangka buruk dengan orang, cuma that is how our profesion works :D


"No, seriously. You dah berapa lama praktis?" he repeated the question very eagerly. 


"I am just entering my second year, Mr S." monoton. Cuba untuk yakin, namun rasanya tak kedengaran berapa yakin haha. He is someone who has been in practice for sometimes around 15 years. I am actually honored to be in the same court, fighting over the same case with him, though being his oppponent. 


"Really? Are you serious? You baru nak masuk second year ke?" ulang dia, sungguh beriya-iya. Adui. 


"Iya, Mr S. Saya baru setahun lebih praktis."


"You know, I told my co-counsel the other day we met at court Melaka, Mr I tu, that you look so so matured. Macam bukan baru praktis setahun dua." 


I dont know whether this gentleman is sugarcoating things ke apa. I know maybe I should not, but I still want to take that as compliment. Ha ha. Coming from my opponent lawyer, it feels good somehow. As if being acknowledged. Walaupun he may just be polite or be kind towards his young junior member of the Bar, still I want to put it down here :) 


***

"Alah, cantiknya. Hmm Kak Maz suka dengar awak berhujah." di suatu pagi yang hening, tiba-tiba salah seorang warga ofis berkata kepada saya ketika saya sedang bersiap untuk menghadiri satu bicara secara atas talian. Pantas saya menoleh kepadanya, sambil tangan masih membetulkan kot dan bib di leher. 


"Eh? Kak Maz tak pernah dengar saya berhujah pun kan? Janganlah usik saya macamtuu." mungkin kerana debaran, saya terasa Kak Maz seperti mengusik sebenarnya. 


"Eh, tak. Betul ni. Pernah lah akak dengar awak berhujah. Mungkin bukan dengan Mahkamah, tapi dengan Bos ke..." saya terdiam. Teringat yang sebulan dua sejak PKPB/PKP ini, Boss memang selalu berada di common room ini, dan hanya sesekali berada di biliknya. Jadi, diskusi untuk fail-fail kesemuanya di common room ini, tak kisahlah fail korporat, hartanah atau litigasi. Hatta Kak Maz selaku pengurus Harta Intelek (department Intelectual Property) pun kena dengar sama diskusi-diskusi tersebut. 


"Eh, tak adalah Kak Maz. Biasa-biasa je. Kak Maz mesti pernah jumpa peguam yang lagi handal. Saya ni baru sangat lagi." macam biasalah, ni bukan ayat merendah diri. Tapi ayat sedar diri! Saya merujuk kepada fakta bahawa Kak Maz ni sebenarnya baru join kami awal tahun ni, dan beliau pernah bekerja di firma-firma yang lebih besar berbanding firma kami. 


"Yang handal tu dah pernah jumpa. Tapi susah nak jumpa peguam yang Kak Maz boleh kagum. Awak lah tu." komen Kak Maz ringkas. Dan mungkin sekali lagi Kak Maz cuma cuba untuk menjadi ramah dan baik, tapi tetap hati kecil ini mahu menerima pujiannya itu :) 


***


"You dah berapa lama praktis ya Maryam?" tanya Puan Z sambil kami menunggu giliran kes kami dipanggil bagi pengurusan kes di hadapan Tuan Penolong Kanan Pendaftar (PKP) di Mahkamah. This was back then in 2019, when the cases kebanyakannya memang physical appearance compared to now semua nak kena online. Ereview lah, skype lah, zoom lah, exchange email lah :'D


"Saya baru nak dekat setahun puan. Still in my first year." Masa ni lagi segan nak bagitahu Puan Z ni. She has been practising for 20 years. Back then she was attending the pengurusan case being the lawyer for Defendant, and I was representing the Plaintiff. Kau bayangkan gap tuuu. Masha ALLAH. 


"Really? I didnt expect that. You look so confident!" saya pandang muka Puan Z yang senyum mesra. Ya Tuhan, izinkan aku berbangga dengan diri ini ketika mendengar kata-kata ini. 


"Yeke puan? Saya tengah menggigil ni." I chose to joke around to handle the compliment, that she laughed. 


"Dont worry. Itu biasa. Saya pun masih lagi rasa nervous kadang-kadang." rileks beliau tabur nasihat. Maklumlah, dah 20 tahun praktis! 


***


Those are among examples and experiences that I encountered, being a lawyer for setahun lebih ni. Ada banyak lagi, tapi ini yang akan diingati rasanya haha. Bila baca balik mesti korang rasa macam, ewah Maryam ni, dahagakan pujian ke? My answer will be no. Bosses saya juga pemurah dengan pujian, and teammates/officemates also always full with kata-kata semangat.



Tapi bila dengar benda-benda macam ni unexpectedly from unexpected person, rasa macam satu accomplishment. They need not to do that pun, but they still do anyway. 


Dan ini antara perkara yang membuatkan saya rasa bidang guaman is an inetresting field to explore. Kau gaduh pumpam pumpam dalam Mahkamah, dalam emel, dalam surat dengan kau punya opponent. But when it comes to talking over the phone or face to face conversation, the senior lawyers, mostly (:D) have been soooo nice and kind. 


Like Mr S, "yelah extension of time. I tak kisah lah Maryam. Kalau I pun I mintak extension, macam I minta haritu yang you all tak bagi tuu. Tapi I faham jee. Kalau I jadi u pun I x bagi extension macam tuu." 


He was so funny over the phone, albeit so challenging to handle during the trial/hearing hehe (with all due respect sir, this is a compliment to you :D). And he was being so understanding with all the refusal we said to him over his applications etc. 


'It's okay Maryam. I understand. If I were you pun I buat macam tu. Tak apa. I buat kerja I, you pun buat kerja you. We both have clients. We both have works and amanah to fulfill. Kita tengok rezeki siapa." 


He sounded so positive and full with empathy. I would not say I have fallen for his words, that I put my guards down when I was communicating with him. Just mentioning here to commemorate his generosity and probably something I can learn to when I am to be a senior lawyer in the future : )


And here I am writing all these for my future reference and assurance, in case the doubt comes, again. If again I ask myself, why would u want to be a lawyer? Atau, will you quit from being a lawyer? 


Ini baru cerita tentang peguam pihak lawan dan orang-orang sekeliling. Belum lagi cerita tentang kebaikan anak guam etc. Masha ALLAH. 


Maryam, come back here and read this. Remember all the moments that you feel so accomplished and acknowledged. The moment you feel so appreciated. The feeling of satisfaction when all the hard work paid off. The feeling of satisfaction when you can discharge you duty very well and your client is so happy with you. And how you make your bosses and colleagues proud of you. And how you make you yourself proud of you. Your parents? Worry not. They are always proud of u no matter what you do. 


Selamat maju jaya, Maryam. Dont feel weak. No one can belittle nor degrade you. You are amazing and you are going to be amazing, always insha ALLAH :)





Love, 

Maryam Jamilah. 

Friday, January 29, 2021

 I talked to to Hana yesterday. 


It was a usual impromptu heart to heart conversation with her, which then I suddenly asked her a question that I could not answer myself. 


"What if you meet a guy, say that he ticks only 6-7 out of 10 boxes you have. Would you consider him still or would you risk yourself to let him go and find anyone who could probably tick all the boxes, or perhaps at least 9 of it?" 


And her answer makes sense, considering her situation. Which I know my answer would be different, considering my situation. And that makes me realize that - everyone's answer might not be same, because everyone's situation differs from one to another. 


Determining factor for the answer, I would say how the boxes are being listed accordingly. Like, what is your priority and which boxes exactly he cannot tick. This would be so crucial for you to come out with your end product - a YES or NO. 


Honestly for me, if in my case that a gentleman has successfully ticked the boxes at the above, which of course have been the priorities for me, and somehow he didnt get to tick the bottom ones, I think I can tolerate that. Maybe. 


But if the other way around, I afraid I may not be able to tolerate. 


But I was thinking, what if for others, the box that he fails to tick is very petty ones, unimportant, in fact irrelevant for future. But maybe those boxes mean a lot to me personally, being the potential life partner. I think I would not tolerate that. But things may be different if he excellently ticks all the boxes at the top, and missing two or three boxes at the bottom. 


Another matter to consider is, most importantly I may not be able to tick all his boxes too. In which I believe that is when we will learn how to tolerate each other.


Maybe. 



Saturday, September 05, 2020

Another one of those days.

 Bismillah. 


I remember writing in my previous post that I was very grateful that He allows me to enjoy my sleep regardless of how freaking tiresome my day was. Like, mentally though not really physically. 


But I think now thing has gotten worsen that I frequently get nightmares of various genres. Like, in my nightmares - every kind of people come to visit. My superiors, my clients, my colleagues etc. Even sometimes discussion with my friends and family regarding legal matters. So it was not as fun as before to sleep, as well as to wake up. I feel very tired and my heart is at unease, unbeknown to me what the reason is. 


I then myself a lot these days regarding this matter. Passion is not enough, hard work must come along for you to succeed. Same goes to hard work, it is never enough without the passion. Because now I personally think that I've been doing things currently based on hard work solely that I dont really have the passion, and I think I am losing it. But to totally let it go and vent myself into a new risky world, I afraid my passion alone is not enough. I may be losing my hard work in the middle of the road, where going back is already too far, and going forward is not an option either for I might question myself too much about how far the end it.


Complicated kan? I bet you dont even understand what I am writing. Which shows how entangled my mind is at the moment. And the only thing I want to do now is to write, though I dont really know what the content should be, for what it will be, or for who, but just allow me to write. The words are just slipping out my mind through my fingers for I do not know to who I should be saying these ridiculous things. 


I am 27 year old woman. Not so young anymore to venture myself in a new world that is not familiar to me. Adapting has become so hard and difficult, yet I am to create my very own comfort soft. I am fragile, in fact I feel like walking on cracking shell all the tine. Things will break and I will fall tremendously. The solution is either I walk out off the shell, or I fix the cracks by strengthen it with whatever ingredient it could be, such as passion, interest, love or anything. 


But as for now, at the moment, I just couldnt bring myself to do either of that. Which left me with the only possibility, which is to wait for the moment that I might fall off the cracking hell. Ops, shell I mean. 


I got a case yesterday at Kuala Kubu court. While waiting for the judge, I had a little chat with several senior lawyers. Well, meeting good people is among your blessings as well so I am grateful for being able to meet and greet those seniors. One said to me that his partner has been practising for more than 45 years already. Rich enough that he comes into the office nowadays only for chilling. Drinking coffee and reading newspaper before going home to rest. He himself has been in this legal field for 22 years, another senior has been saying to herself to quit, but still find herself in this legal field after 14 years. 


What an achievement. 


How come they spend years doing these things? Engulfing themselves with continuous problem of others? Putting others problem as if the problems have become theirs? Prioritize others and pushing back their own personal priorities? 


There are so many occasions already that I think I want to quit. As if I am not cut out to be in this field. When I think I am not as good as others. When my cases are not going well. When my clients are not happy with me or the case. When the opponent is giving me hard time. When the officers are sometimes challenging my small bits of patience that remained inside. Basically, when things are that hard. 


Feel like going back home, snuggled into my parents' embrace and stay in there. 


But, we all know that is not possible, at least not at the age of 27 years old. I have responsibilities and commitments that I have to discharge. To me myself, to my parents, my family and friends, also my society who may need a bit of my knowledge to help them empower their life. To discharge my fardhu kifayah to help those in need, whatmore to discharge my fardhu ain. 


With this, I am still here. Sugarcoating things to myself that they will get better someday, or maybe it is me myself who will be better thus combating all those negative thoughts away from my mind. 


Insha ALLAH. I hope so. 


I know things are hard for you too. They are hard on me. So maybe you too. The only way to help maybe - just be kind to everybody. You wouldnt know how your small act may actually give big impact to certain people. 


Be kind. If money is not a problem, share your rezeki with people. One ringgit for you may mean tens to some people. Spare your time with your loved ones for you will never know how much time left to be together, be it you or them who will leave first. Appreciate people and dont be hard with yourself. 


Life is too short to be filled with misery, anger and unhappiness. 


Keep trying. Even if u fail, u succeed at trying :)


And you know right, I am saying this to me myself to be read later on in the future whenever I need it. Kan? 


:)


All the best. 


Regards,

Maryam. 

Wednesday, July 15, 2020

One of those days....

So today is one of those days where I feel sad for no reason. Well not that kind of sadly sad but more to regretfully sad, and the reason is so unbeknown to me :(

I just feel so. Balik lambat from office to settle some matters only to be told by the boss that it can be settled tomorrow, while I was so eager to come home early since parents are at home.

Mom called me on my way home, and big bro just laughed out - katanya sebab dia sendiri xpernah call kalau aku balik lambat. Which is true enough. He didnt call me pun, just there are times where I came home to see him sitting on the chair at the door - he said to smoke, maybe while waiting for me to get home.

Honestly I do not know exactly what I want to do in my life at the moment. Maybe because alhamdulillah I have everything basic needs in my life, that probably I lost some sense of direction in me - especially on how to lead my life. Sometimes I feel like pursuing Masters, but I just forget things when they become too complicated. Sometimes I feel like buying house, which later I would let that intention goes - for the procedures are too time-consuming.

Basically, time.

I think that I am losing my time. Am I too busy? No, I still got time to sleep. But just that. Meaning that, whenever I get some free time to spend, sleeping will be my priority. I am too tired to stay awake doing things I usually love to. Even that. Then I miss the old times when I have nothing better to do so I stay awake whole night marathon-ing dramas and movies, appreciating every moment in life.

But now? No, baby. Sleep. Just forget everything and sleep. For the sleep would brush away everything in the mind. For the sleep would help me not to think about things I shall not be thinking. For the sleep - is my best medicine at the moment.

I would like to take this opportunity to express my gratefulness to Him, still, for these everything. In this matter, for allowing to get good sleep though I am having issues with my inner self. Indeed there are times where sleeping and waking up is so tiring. As sometimes those unwanted things slip into the dream, changing it into nightmares. But I would say, most of the time, alhamdulillah - it was a beautiful occasion. Sleep :)

Maybe this is why adulthood is sooooo hard. You earn your own money - like what you've been wishing since you were young. But in return - you are sacrificing something else, most notably is your time.

Which is why kena doa banyak2 semoga waktu dan masa kau diberkati. Biar singkat, biar terhad - tapi cukup sentiasa untuk semua - kerja, family, kawan-kawan, diri sendiri dan, TUHAN.

Selamat maju jaya Yam. Banyak dah kan belajar pasal kehidupan. Jadikanlah pedoman, panduan. Dan jangan lupa untuk terus kutip pengalaman. Buat bekalan masa hadapan.

All the best, Maryam. Really.



Regards,
Maryam. 

Thursday, January 19, 2017

"Jazakallahu khayra...."

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ingat dengan Mek Nab? Yang kisahnya saya kongsikan di blog ini beberapa ketika dahulu. Andai kata terlupa - you might want to read this -> http://maryam-kamal.blogspot.my/2016/09/aidiladha-1437h-nati-mari-semula-deh.html .


Tadi saya berkunjung lagi ke rumahnya, atau lebih tepat kedainya, yang terletak di hadapan rumahnya. Secara mudahnya, the shop is attached with the house. Jadi, nak sampai ke rumahnya, akan lalu kedainya dahulu. Kedainya, kedai kopi. Letaknya di tepi jalan, dan berdekatan dengan rumah saya. Was one of our favorite places, sebab kedai Mek Nab ada menjual berbagai jenis gula-gula dan jajan, sesuai dengan selera kanak-kanak kami adik-beradik :D

MekNab, kerana kekangan usia, sudah amat jarang membuka kedai itu. Dan kalau dibuka pun, kecil sahaja bukaannya. Dari jauh kelihatan seperti tidak terbuka. Tapi hari ini, tidak begitu. Luas, malah pada bukaan maksima. Aneh sendirian saya, langsung saya ke kedainya. Singgah seketika, bersama pisang goreng sebagai buah tangan.

"Mekkkk." panggil saya kepadanya, usai memberi salam. Dia menjawab salam, dan matanya mengecil, mahu mengenalpasti saya, mungkin.

"Sapo tuh?" dia bertanya. Dahinya berkerut, keningnya hampir bertaut. Comel sekali!

"Ambo, Maryam anok Cikgu Yah." saya memperkenalkan diri, standard.

Langsung dia senyum. Saya menghampiri dia.

"Sihat, Mek?" tangan tua itu saya salam, pipinya saya kucup dan jasad kurusnya saya peluk.

"Ginilah, mek." senyumnya belum pudar. Saya letakkan pisang goreng di hadapannya, dan pantas dia menyuruh saya duduk untuk dia buatkan minuman kepada saya. Namun terpaksa saya menolak. Enjin kereta pun tidak saya matikan, kerana niatnya hanya mahu singgah seketika. Kami berbual pendek. Dia sempat bercerita bahawa dia meminta cucunya membuka kedai ini dan mengoperasikannya sementelah si cucu bercuti, dan dia selaku tauke asal, boleh memantau.

"Semale baru Mek teringat ko mung, xkelik ko mek aku hok ni. Ni ado doh ni." dia memberitahu. Saya sengih, senang dengan ingatan dia kepada saya.

"Jazakallahu khayran la deh. Ingat lagi mung ko Mek, wat mari goreng pise nah." nada suaranya turun sedikit, lantas kedengaran sayu.

Saya langsung terkedu. Betapa pisang goreng yang tidak seberapa itu, menjadi begitu berharga di matanya. Hingga dia sudi mendoakan yang terbaik untuk saya. Masha ALLAH.

Saya senyum pada dia, yang masih belum lekang senyuman di bibirnya.

***

Moral yang ingin saya sampaikan di sini ialah, I cannot deny the fact that there is possibility that the fact that I am smiling happily right now, ataupun I am breathing comfortably right now, adalah hasil doa orang-orang sekeliling saya kepada saya.

Bukanlah mahu menafikan rahmat dan kuasa Tuhan, tapi ada sahaja kemungkinannya bahawa apa yang saya nikmati hari ini adalah berkat doa-doa orang sekeliling saya ini terhadap saya. Mungkin kerana sekecil-kecil goreng pisang itu yang menyenangkan hati dia, maka dia berdoa seikhlasnya kepada saya, untuk hasilnya saya nikmati pada masa hadapan.

In short, be kind. Because people will at least give 'kind words' in return. Kalau that words tidak anda dengari dan tidak mampu memotivasikan anda untuk terus berbuat baik, mana tahu that 'words' adalah di antara dia dengan Tuhan, mendoakan yang baik-baik untuk anda.

Misalnya, you helped someone. Kalaulah dia tidak directly ucapkan terima kasih pada anda (which will ease your heart sebab the fact that your helped people, tapi boleh jadi dia tak berpeluang to thank you), boleh jadi sahaja instead of that, dia doakan anda, misal kata - semoga urusan orang yang tolong saya tu dipermudahkan or something along that line. It is as easy as that to have someone praying for good thing for us. Jadi, nampak kan, betapa pentingnya berbuat baik sesama manusia?

May this help. Kalau bukan anda, saya sendiri. Who knows I might be reading this in the future, and I will be motivated? Kan :)


Be niceeeeeeeeeeeee, Yam. Like you always do. And so, be betterrrrrrrrr! :)


Wallahu'alam, wassalam.

Genap 2 tahun.

Bismillahirrahmanirrahim.

Beliau pergi pada waktu tengah malam, melewati angka 12 pada 18 Januari 2014, menjadikan tarikh yang tercatit pada sijil kematiannya - 19 Januari 2014.

Mengimbas kembali, rasanya waktu itu saya baru pulang bercuti. Seperti sekarang ini, cuti semester selama dua minggu. Tidaklah terlalu baru, tapi tidaklah sudah terlalu lama saya berada di rumah.

Beliau demam. Panas. Seleranya yang sedia tumpul, semakin berkurang. Sesekali kami (selain Mek yang setia berada di sisinya), bergilir-gilir, menjenguk dia di katilnya. Matanya terpejam, kekadang separa terbuka. Melingas seketika, sebelum kembali dia memejam mata. Saya singgah di katilnya sesekali, menjamah dahi dan lehernya. Panas. Dan sesekali juga, kedengaran dia mengerang. Senyum nipis saya di dalam hati, mengenangkan tabiat yang satu itu masih lekat pada dia. Mengerang ketika demam.

Hari itu - 18 Januari 2014. Demamnya masih belum kebah. Mek cuma menyuapkan air masak kepadanya, melalui straw. Barangkali hanya sesudu dua supplement yang berjaya masuk ke dalam mulutnya. Juga sesuap dua nasi pada waktu tengah hari. Dan sedikit kuih pada petangnya. Selebihnya, hanya air yang menjadi santapannya.

Saya gusar, namun tidaklah kuat rasa itu. Barangkali kerana sudah beberapa hari dia demam begitu, maka tanggapan saya ; demamnya masih belum kebah. Sudah beberapa kali dia demam begitu sebelum ini, dan kebah. Jadi saya fikir, demamnya belum habis. Justeru, tiada apa-apa istimewa yang kami lakukan, melainkan rutin yang sesekali melalukan tuala lembap di wajahnya, bagi mengurangkan panasnya.

Siapalah yang menyangka itu demam terakhirnya dia. Siapalah yang menyangka demam itu tidak akan kebah. Siapalah yang menyangka beliau akan pergi bersama demamnya. Siapalah yang menyangka - erangan demamnya itu yang terakhir kami dengar, dan awal tirai 19 Januari 2014 dibuka, beliau pergi.

Kalaulah....

Kalaulah kita semua tahu itu hari terakhirnya dia, tidak sesaat pun kita tinggalkan dia. Kalaulah kita tahu esoknya dia sudah tiada, segala urusan hari ini langsung tidak kita peduli. Kalaulah kita tahu itu saat-saat terakhir dia dunia, tercatuklah kita semua di sisinya - menghabiskan masa menatap wajahnya, mengusap jemarinya dan mendengar erangannya.

Dan itu semua - KALAULAH.

It is not a good thing, tapi memang ada sedikit kesal di pihak saya sendiri, for not being with him during his last moments. Kerana hanya sesekali sahaja menjengah dia, dan kemudiannya pergi menyambung urusan dunia. Kerana tiada di samping dia di hujung hayatnya, sedangkan kami di bawah bumbung yang sama. Kerana tidak memperdulikan erangan dia, yang mungkin mahu memberitahu sesuatu.

Tapi, yalah; sesal sekarang mana ada guna, kan? And the only thing I can do right now is, banyakkan berdoa agar dia bahagia di sana, di sisi Pencipta. Agar dua tahun dia di alam kubur sana tidaklah dia rasakan terlalu lama, untuk sampai ke alam kebangkitan semula. Agar kuburnya bercahaya, dan diluaskan serta dilapangkan selapang-lapangnya. Agar segala dosa-dosanya di dunia diampunkan, dan segala amal kebaikannya diambil kira pahalanya. Agar saham-saham dunia yang dia tinggalkan; anak-anak soleh, harta sedekah serta ilmu bermanfaat, akan mengharumkan kuburnya.

Agar.

***

Aytuk,
who knows 19 January would be such an important date to us?

Aytuk, tadi adik ke kubur Aytuk, bersama Ayah. Ayah is going somewhere else tomorrow, so he would like to pay u a visit before he leaves. And I followed him.

Ayah duduk hampir di pusara Aytuk, dan kami memulakan bacaan. I was wandering around, as usual, melihat 'teman-teman baru' Aytuk. Ada beberapa kesan tanah baru di sekitar pusara Aytuk. Kemudiannya adik duduk berhampiran Ayah, yang memulakan bacaan tahlil. Dan adik ikut, diam-diam.

Ayah akhirinya dengan doa, dan di pertengahannya, adik lihat Ayah mengesat matanya di sebalik kaca mata yang dia pakai.

Aytuk, Ayah adik itu, yang jarang sekali adik lihat air matanya, Ayah adik itu, anak lelaki sulung Aytuk, nampaknya seperti adik juga -merindui Aytuk.



***

Damailah di sana, Aytuk sayang. It is just a matter of time, sebelum kita bertemu kembali. Semoga pertemuan kita, di alam lain itu, menjadi pertemuan yang lebih indah. Semoga kita ini layak untuk kembali berhimpun dan bertemu di syurgaNya, yang kekal abadi, insha ALLAH.



Aytuk sayang, Hj Hamzah Hj Idris, sentiasa dalam kenangan.
AL-FATIHAH.


****

Wallahu'alam, wassalam.



psst. 
Kisah 2 tahun lalu ada kat sini, kot la nak baca -> http://maryam-kamal.blogspot.my/2015/02/pok-su-mezoh-dalam-kenangan.html

Tuesday, January 08, 2013

Umpama Mimpi dalam Mimpi

Assalamualaikum wbt.

Meh nak cerita hal mimpi.

13 Ogos 2012 lepas Encik Kerash masuk mimpi, buat pengakuan eksklusif. Masih terngiang-ngiang lagi ayat-ayat chenta beliau di telinga ni, biarpun sekadar mimpi. Umpama mimpi dalam mimpi ah! ;)

6 Januari 2013 lepas pulak, emak Encik Kerash masuk mimpi pulak. Kekonon Encik Kerash tu bawak aku jumpa mak dia bagai, mintak restu keluarga kekononnya. Siap abang dan adiknya lagi masuk mimpi aku. Amboi Encik Kerash, dah pindah masuk mimpi I ke? Umpama mimpi dalam mimpi betei. Yang anehnya, cemana aku bulih tahu tu mak dan adik beradik Encik Kerash aa? Macamlah jiran atau sedara mara yang nak kenal-kenal bagaiii ni. Hoho ;D

Umpama mimpi dalam mimpi.

***

Kau.
Aku cuma mampu bermimpi,
kerana aku tidak pasti,
penghujungnya nanti.

Aneh sekali.
Aku sangat berharap untuk kekal ber-impi,
Agar mimpi kekal mimpi,
Agar kau cuma persinggahan hati,
bukan pemilik kasih hingga mati,
Kerna aku tak mahu disakiti berkali-kali,
Oleh kau yang tak tak mengerti.

Moga kita semua kekal di bawah lembayung kasih Ilahi.
Insha ALLAH.

Wallahu'alam, wassalam~

Thursday, January 03, 2013

Cerita Kekasih Hati Nombor 2 (Bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim.

It was raining. He was sitting at the bench beside my car. I approached him.

"Wat gapo?"

He looked at me, and smiled.

"Mace-mace. Tengok keto, tengok huje."

I nodded my head.

"Oghe nyewo ado lagi alek blake nuh?" I asked, referring to a couple of husband and wife who stayed at a rented house, behind his house.

"Takdok doh. Duk bbaloh laki bini. Toklaki dio katok bini. Maghi cari aku mitok tolong."

"Maghi cari Aytuk?" I was quite shocked. The couple fought, and the wife came to ask help from him?!

"Hmm. Nak mitok tolong."

"Jange duk gi tolong. Kalu kito tu gagoh supo jame mudo, takpo la jugok nok gi tolong. Ni narak kito pulok hok keno katok, buke ko dio, Pok Su Mezoh weii." I reminded him about the fact that he is no longer young to become a superhero :D While that, I called him with his 'stage name' ; Pok Su Mezoh to create a curve at his lips. He was happy to listen that name!

"Ho. Tahu."

The situation the became quiet. Both of us, watched the drops of the rain, listened to the sound when the rain hit the floor, and smelt the freshness of the air.

He then said something, that invited my tears.

"Aku xdea la nok gi kelih tepak mung duduk. Jame-jame mudo ritu gi kelih sokmo tepak anok cucu. Ni koho tuo ni, xcekak doh la nak jjale jauh."

He said, all of a sudden. He said that he is too old to visit me at my college. He is no longer has ample strength to travel for a long time. So, he indirectly was conveying his apology for not paying a visit to my place, unlike other elder grandchildren.

Yeah. I am among the youngest grandchildren. I was a little girl, when he was young. As time flies, I am now a lady, and he has entered the phase of golden age.

He made me cried with those words.

ALLAH.
Panjangkan umur Aytuk saya.
Banyak lagi benda saya nak tunjuk pada beliau.
Saya nak beliau kenal siapa suami saya nanti.
Saya akan sedih kalau anak-anak saya tak sempat kenal Aytuk saya.

Hmm.

I stayed silent. Quietly I wiped my tears. He still, watched the fell rain, and the passed-by cars.

How I hope that I still have the chance to sit beside him for many years more.

Aytuk, saranghae! ;)

May ALLAH bless, wassalam.

p/s : You may read Cerita Kekasih Hati Nombor 2 (Bhg 1) here ->


Tuesday, December 25, 2012

Membebel pada diri sendiri.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

[sila klik untuk tumbesaran]
[ sila baca dari bawah ke atas]

Nampak tak, gigih saya berleter pada diri sendiri? Hmm hmm?

Told ya, bila bercakap, 1 jari tuju pada orang, 4 jari berbalik pada diri sendiri. Means, kalau apa yang kau cakapkan tu, kau kena ambil iktibar more than other people, biarpun tu kata-kata kau sendiri. Faham? Walk the talk orang kata.

Meh saya talk about what kind of walk the talk yang tersirat dalam tweets kat atas.

By twitter, I was about to DM (direct message) to someone who has a lot fame in virtual world. Just some of appreciation, as I used to convey to people who I appreciate their contribution. Masalahnya, I just realized that kalau kita nak DM orang, that particular person must follow us at Twitter, at the very first place. Senang cita, kau hanya bulih DM follower kau je. Faham? 

Okey, aku baru tahu. Jakun, I am. 

Hmm. Kemudian, cuba ikut fesbuk pulak. Yelah, dunia masa kini memacam medium kan. Kat fesbuk, walau kau tak fren dengan dia, still kau bulih PM (private message) dia. So, I wanted to try so. But then, I found that his facebook account is not a normal one. Dia punya fesbuk tuh, page. Bukan akaun biasa, macam fesbuk milik manusia biasa macam aku. Ala, page yang bulih 2-3juta orang duk like tu. Kalau kawan kau setakat 2-3ribu, tak fayah nak ada page la. Nanti likers 30 orang buat segan aje. aherherher

So, saya pun gagallah dalam usaha menghubungi dia tu. Then, an idea crossed my mind. How about an e-mail?

It was a nice one. Good idea, but then I decided to stop. Let us stay unconnected. Perhaps my intention wasn't pure enough. Perhaps it was mixed with other forbidden feeling. No no no. Maybe this way is better. Stay unconnected.

Meh nak buat belog message sikit. Kiranya, apa yang sebenarnya saya nak cakap pada beliau in that DM or PM, saya tulis kat sinilah. Biar ah dia tak dapat baca pun. Kira macam doa jugakla ni kat dia. Dalam diam, aku mendoakanmu. Uhhu. *muntah*

So, I was about to say these to him ~

***

You.
Thank you.
For all the messages that you brought, thank you.
For all the facts that you revealed, thank you.
For all the jokes that you cracked, thank you.
May ALLAH bless you.

May ALLAH grant you with unlimited ideas.
May ALLAH ease everything on you.
May ALLAH shower you with boldness and patience.
May ALLAH keep you safe, physically and mentally. Here and 'there'.
Keep on spreading good messages to people.
We need you :)

Welcome back.

***

Hueh. Syahdu pulak rasanya. Macam bagi ucapan salam perantau dari Morocco. Huh, kenapa Morocco? Hmm. Okey, dah melalut. Sekian.

Wallahu'alam, wassalam.

Wednesday, December 19, 2012

Kisah pertama tentang UIA Gombak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dua hari lepas dah dapat offer letter kemasukan ke Gombak pada hujung Januari ni. Semalam pulak dah selesaikan semua urusan pembayaran yuran kemasukan. Gembira :) Senang hati tengok frasa ; Tahniah, anda .... Alhamdulillah.

Tapi part yang kurang seronok ialah mahallah. Ditempatkan di Mahallah Ruqayyah, mahallah yang paling hujung dalam peta UIA. Nasib baik masuk peta aje. And no matter how many times I look at the map, I couldn't find any shortest road for me to reach Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) from Mahallah Ruqayyah. Jauhhh sangat!

Bagitau mak, beliau cakap, takpelah. Rezeki saya, dapat mahallah jauh. Mana tahu, ada rezeki lain yang ALLAH dah aturkan pada saya, pada masa mendatang yang tak tercapai dek fikiran seorang hamba. Saya pun mulalah nak redha.




Taaapiiii, setiap kali tengok peta ni, rasa syahdu meresap ke jiwa. Kengkawan ada yang dapat Nusaibah dan Sumaiyyah. Sapa dapat Nusaibah, memang beruntung sangat. Baling batu ke AIKOL tu pun bulih pecah tingkap AIKOL. Ruqayyah nun? Silap-silap bulih jamak daripada mahallah ke kuliyyah. (okey, metafora melampau)

Bila fikirkan lebih lanjut, ni baru pasal mahallah yang dah nak pening-pening kepala. Belum masuk Taaruf Week. Belum fikir hal nak susun atur jadual kelas tak nak bagi clash (10 subjek bhaiii) , nak pilih lecturers mana, nak sekelas dengan rerakan segeng. Masya ALLAH. Nak menapak dari mahallah ke AIKOL tu sangat jauh, dan nak buat aktiviti kat kuliyyah cemana lah oi? Tsk tsk

In simpler words, I can say that proses dan prosedur mendaftar tahun pertama ijazah di UIA bukan perkara mudah. Sulit dan rumit. Butuh kesabaran yang bukan sedikit, perlukan ketabahan yang menggunung. And basically, saya nampak baaaanyaakkk benda susah menanti di hadapan sana. Haila.

Saya cuba rasionalkan fikiran. Tiada benda mudah dalam dunia ni, kan? Ni pun patut bersyukur sangat, I managed to enroll myself into a prestigious university, alhamdulillah. Berapa ramai yang terkandas tak dapat meneruskan pengajian? Masalah kefahaman, masalah kewangan, masalah kehidupan. Tapi saya? Alhamdulillah, masih diberikan peluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Rerakan kata, boleh request untuk tukar mahallah. Tapi mengenangkan prosedurnya pun dah cukup buat kepada berserabut. Tapi tak cuba tak tahu, kan? Jadi, ikhtiar dulu. Kalau tak boleh juga, redha aje lah.

Dan andai kata saya benar-benar harus menjadi penetap di Mahallah Ruqayyah, mungkin itulah sebaik-baik tempat yang ALLAH tetapkan untuk saya. Mungkin DIA akan temukan saya dengan insan-insan hebat. Mungkin DIA akan tunjukkan lagi kepada saya tanda-tandaNya yang maha hebat. Segalanya mungkin.

Mohon doa kalian mendoakan semoga perjalanan saya dan rakan-rakan dipermudahkan. Semoga rezeki kami dipermurah. Bercakap soal rezeki pula, baru saya tahu, urusan memohon biasiswa bukannya mudah! Bukan sahaja mahukan slip gaji ibu bapa, tapi juga abang kakak yang sudah bekerja. Malah, mahukan bukti yang menunjukkan abang kakak memang masih melanjutkan pelajaran. Hmm.

Sungguhlah, tiada benda mudah dalam dunia. Rezeki perlu dicari, takkan datang sendiri. Peluang harus direbut, jangan biar tersangkut.

Buat rerakan seperjuangan, ayuhlah kita bersusah-susah dahulu, dengan harapan, insha ALLAH, kita bersenang-senang kemudian. Perjalanan masih terrrrlalu jauhhhh untuk ditempuh. Moga ALLAH sentiasa bersama kita, aamiin :')

Sekian, curhat (curahan hati) di malam hari ;3

Wallahu'alam.

Sunday, November 11, 2012

When Maryam talks about guy.

Bismillahirrahmanirrahim.

My rumah is now in construction. Maka, adalah 3-4 orang pekerja yang datang buat kerja kan. I have no problem with them. Unless kalau ada yang tak sayang mata nak tenung dan renung orang macam takde keje nak dibuat.

Yeah. Today is the first day and it happens.

Antara Perasan dan Perasaan.

Soalan : Perasaan awak aje yang ada yang tenung awak? Mungkin dia tengok aje kot?
Jawapan : Hmm. Kalau dah setiap tindak tanduk diperhatikan, bukan tenung ke namanya?

Soalan : If so, kenapa nak ke hulur ke hilir depan dia?
Jawapan : Tak ke hulur ke hilir macam mananya, kalau dah diorang tu baiki di bahagian dapur. Nak buat air minuman untuk diorang, nak buat kat ruang tamu ke, di saat semua bebarang ada kat dapur? Heh? Hmmm.

Soalan : Awak yang perasan kut! Dia tengok benda lain.
Jawapan : Saya yang perasan? Hueh. Tengok benda lain, mata tak bergerak. Ni setiap kali saya muncul dia stare macam takde benda lain yang nak ditengok. It scares me tau!

Jadi, selesa dengan yang bagaimana?

I'm saying this, takdela bererti saya demand tak nak layan pekerja rumah. Cuma, jangan stare! It's rude and make me uncomfortable. Saya selesa dengan orang berlawanan jantina yang saya tak lihat mereka sebagai lelaki. Means, bukanlah saya tengok depa tu macam 'adik-adik' ke apa... It's just... Saya tak suka dipandang dengan cara lelaki memandang perempuan. I swear, it is a way toooooo rude for a guy to behave like that. Tak kiralah kau buruh ke, CEO ke, pelakon ternama sekalipun.... kalau tengok dengan that lusty look, it is rude. Biadab.

Saya selesa dengan lelaki yang saya boleh anggap macam perempuan. Takde la dengan niat nak main bertepuk tampar dengan diorang. Cuma bila saya boleh anggap mereka sampai tahap macam tu, maknanya saya selesa la nak cakap dan buat apa-apa depan diorang. I need not to behave like a angelic woman that I am not. I just can be myself and have nothing to be controlled. Kan senang. Tapi still, boundary between man and woman tu kena ada.

Fobia dengan lelaki?

Heh? Taklah! Er. DULU. Boleh dikatakan pernah la rasa inferior nak bergaul dengan opposite sex ni. Tambahan pulak, dolu-dolu takde kepentingan dan keperluan sangat untuk berhubung dengan lelaki. Tapi bila dah masuk U, sana-sini jumpa lelaki, I develop the confidence to confront them. I meet many guys with various behaviors. And that's why I say that I am comfortable with guys that I do not look them as men, but more to women, because they are my friends.

Saya ada je kawan baik lelaki. Dari sekolah rendah sampai sekarang pun masih contact. Di CFS pun, Afham dan Fikry ada, sebagai ahli YYA. And beberapa rakan yang lain. In simpler sentence, I have no problem to interact with guys. Tapi sebaliknya, ada aje lelaki yang tak boleh bekerja dengan saya, atas alasan takut saya ni jumud.

Hello! My tudung may be labuh, tapi takde lah sampai mengekang my mind to develop my thoughts. Haih. Haaa, kalau dengan lelaki yang berfikiran macam ni ; which is muslimah bertudung labuh is unapproachable due to the wideness of their tudung, memang saya fobia. Kata orang jumud, dia tu.... narrow minded! *jelir lidah*

***

Okey, dah membebel. Asalnya nak bebel pasal pekerja tu aje, dah melalut entah ke mana. Good job, Maryam! *smirk*

Semoga dilindungi daripada segala musibah. Semoga ALLAH menjaga hati-hati kita daripada terjerumus ke lembah zina.

Wallahu'alam, wassalam~

Wednesday, November 07, 2012

12 tahun lalu.

Bismillahirrahmanirrahim.


This pic was taken 12 years ago.

Masa tu, hantar Abang Mat masuk Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya, and now is known as Center for Foundation Studies (CFS) IIUM.

Ni bangku depan Mahallah Umar Al-Khattab.

12 years ago. Hantar Abang Mat. Masa tu kecik lagi. Baru 6 tahun. Without knowing that, the next 12 years, I'm gonna be the one who enter there to further my study.

What a plan! Umur 6 tahun dah survey nak masuk U mana. And umur 18 tahun masuk U yang disurvey tu. Menarik, kan? :)

I still can recall that registration day of Abang Mat. A hot day. Abang Mat was handsome back then. No wonder Kak Nory fell for him. *tetiba. haha :D *

Hmm. Abang Mat found his love during his matriculation period, but I have not yet met my love, even though I finished my foundation. Hmm. How eh? Hiks *gelak miang.

Well. What'll happen in next 12 year? I'll be 31, in that 2024.

31.

Euw.

Tuanya! :D

Semoga panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki. Aamiin.

Wallahu'alam, wassalam.

Masjid Besar Pasir Mas.

Bismillahirrahmanirrahim.


19 years. Growing up in a house that is located a very small stone's throw away from a masjid. Masjid Besar Pasir Mas.

Bila masuk waktu, senang nak tahu. Orang azan.
Jalanraya sekita masjid selalu meriah, terutama masa solat 5 waktu.
Kalau solat Jumaat, solat raya dan terawih, mesti ada kereta tumpang parking di halaman rumah. Dapat pahala free.
Kalau raya, selalu berkumandang takbir. Selalu ingat ALLAH. Selalu syahdu.

Seronok!

Dah jadi syarat pulak, esok esok kalau nak beli rumah sendiri, nak beli yang dekat dengan masjid / surau. Dapat dengar azan live paling kurang 5x sehari pun cukuplah.

Semoga kita sentiasa mahu untuk suka mendengar alunan memuji kebesaranNya itu.

ALLAHUAKBAR!

Wallahu'alam, wassalam.

Thursday, March 15, 2012

Utamakan yang aula :)

assalamualaikum wbt.

Masih di library, menyelusuri laman-laman yang diberi Encik Google, yang berkaitan tentang Common Law Based Malaysian Civil System.

Perancangannya, kalau kelas Legal System esok tiada apa-apa presentation, saya sudah cabut ke Hentian Putra, menunggu bas untuk pulang ke Kelantan. Surat kebenaran oleh fellow untuk pulang awal sudah di tangan, malah surat alasan untuk lecturers bagi kelas-kelas esok sudah dicetak. Tinggal beri saja.

Tapi, manusia hanya mampu merancang.

Tetiba saja Madam berikan task untuk kami. Buat research hari ni dan presentkan esok. Maka, adalah wajib untuk saya present pada esok hari. Tidak boleh ponteng, tidak boleh cabut. Harus kekal di sini. Menghabiskan hujung minggu di sini, di saat abang kakak berada di kampung.

Kenapa beria sangat nak balik?

Kerana saya rindu. Saya rindu pada emak dan ayah. saya rindu pada abang dan kakak. Saya rindu pada Iqbal, Ikmal dan Irham. Saya rindu pada suasana kami berkumpul ramai-ramai dan bercuti. Saya rasa rugi jika saya tidak turut serta dalam percutian ini.

Tapi saya tidaklah berharap sangat. Sebelum ke kelas Legal System tadi, berkali-kali saya katakan pada hati, bersedia dengan apa jua kemungkinan. Dan apa yang ALLAH tetapkan, pasti yang terbaik. Cuma tinggal, YAKIN DENGAN DIA.

Bayangan kegembiraan bercuti bersama keluarga di Tok Bali, saya hapuskan segera. Insya ALLAH, jika dipanjangkan umur, masih akan ada masa kami berkumpul dan bercuti bersama-sama. Moga ALLAH izinkan.

Jadi, haruslah utamakan yang aula, bukan? :)

Makanya, perancangan hujung minggu ini perlu ditukar. Instead of spending time with family, I still have my buddies here, right? Mungkin sudah tiba masanya kami buat rombongan bilik ke Jalan TAR, menghabiskan voucher buku yang berbaki sekeping dua. Mungkin sudah tiba masanya kami buat jamuan bilik dengan mendail talian Domino's. Mungkin cerita-cerita Korea harus ditonton. Biarlah saya larut dalam lautan keseronokan ciptaan, jika tak mampu menikmati keseronokan di dunia realiti =.=' *uiks, bunyinya sangat pathetic!

ALLAH tahu yang terbaik, kan? :)

Tenanglah hati.
Damailah jiwa.
Amanlah minda.
Amiin.

Wallahu'alam, wassalam.

Thursday, June 09, 2011

When a little girl misses her daddy...

He was the one who rushed to his notebook, opened it and read the contents for me. Till this sec, I still remember. ALLAH will never betray His people. He will never do something bad. Anything He does, there must  be hidden message behind that you will know, after you face the obstacle first.

He was the one who approached me who was looking at the screen of laptop,reading the sentences that broke my heart, which I failed to grab any place at IPTA through my UPU application. He came to me, stood by me for a sec, then put his bare hand on my shoulders, while advising me to be tougher than I used to be. He then created a smile for me, although I know that he himself did not want to see that smile again, as he knew that the way he smiled was not like he did before. It was fake. But still, he wanted to smile to me, because he wanted to see me smile.

He was the one who sat by me, right after I told him that I failed again in my application.For that time, I failed in my maktab application. And he just sat down besides me, put his hands on my back and whispered his magic words to my ears. He was sort of pleading me to stay tough, and face those pain moments patiently.

He was the one who asked me to buy a sweater, which I never thought to have one. It was not expensive from the value of Ringgit Malaysia, but it was expensive from the value of sentimental. And it is proven that I really need a sweater, as the lecture halls here are very cool. I need to wear a sweater in order to prevent myself from freezing. And I will use his suggested sweater. Thank you for suggesting something important that was not in my 'want to but' list. He really cared about me!

And now, I'm missing him.

This morning, I made a phone call to my home phone number. And as predicted, he answered that call. I felt like crying when I listened to his voice. We then shared stories. He told me about his life, healthy and Iqbal. While me, I told him about my new life. He advised me a lot!

 Don't take water from watercooler, as it is not too good. Drink water that is from my own kettle. As I'm having sorethroats, he asked me to buy Strepsils. It might be expensive than other sorethroats candy cure, but it is good. Then he asked me to join any society club, in order to teach me how to communicate with people surround me better. He asked me to take shariah degree altogether with my civil degree. He asked told me that people who can master various languages are superb people, so he wanted me to be one of those superbs. He then advised to adapt myself with this new situation.

Seriously, I felt like crying!! I used to listen those advices lively from him. But now, I just can listen to those magic words through phone. And that was the first call conversation between us since I am here. My siblings know that my father rarely talk to the phone. So, if there's anything we want to tell olders, we will tell to our mom. But this morning, my dad proved that he also can create a nice and fun conversation with his children, if he is given chances to do so.

Insya ALLAH, I will call my dad frequently after this.

But not forgotten, I will always miss my mom also. No worries mummy and daddy. I miss you both :)

p/s :It seems like I do blogging frequently, right? Yeahhhh.. My class will only start on next week. So this week, hip hip horray firsttttt! ;)

Tuesday, May 24, 2011

SURPRISEEEEEEE!! :'(

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelmarin, seharian di luar. Berfoya-foya dan memenatkan minda, berfikir merata dunia. Balik rumah, terus terlena mulai dari lepas isyak hingga subuh tadi. 

Terasa macam ada yang mencuit kaki, kejutkan dari mimpi indah je semalam. Tapi buat tak tahu je. Penat amat, hingga mata asyik memberat. Rupanya kakak yang mengejutkan, mahu mengkhabarkan suatu berita yang tak disangka.

Pagi tadi, masuk dapur, segelas air kosong di tangan bagai mahu terhempas mendengar ucapan sang ibu. Berita yang sama yang mahu kakak sampaikan. 
 
Terus bergegas ke komputer, mencari apa yang perlu. Dan ini, yang diketemu.


Ayah mulai membisu. Dia ingat apabila mendapat ini, tidak mungkin untuk mendapat U. Heh? Kesian.

Ya, memang borang politeknik yang memang terdapat dalam borang UPU baru-baru ini, diisi. Kenapa? Kalaulah tahu bahawa kalau dapat poli, xdapat U, takkan nak isi. Tapi masalahnya tak tahu!

Benarkah begitu? Tapi kalau benar, mengapa tidak dinyatakan sebegitu terlebih dahulu? Mengapa biar keliru? Mengapa biar terang tapi berdebu?

Tapi menurut Facebook Group Forum Kerjaya Lepasan SPM , tidak. Tidak semestinya. Ada juga yang dapat poli, juga dapat U. Ada juga yang tak dapat dua-dua. Dan ada juga sama spesies, dapat salah satu.

Kejutan di pagi hari, yang tidak disangka sama sekali.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (LOJI) . Loji apa? Kumbahan? Eheh!

Maktab, masih ada ambilan kedua dan ketiga. Harap-harap tersangkut nama di mana-mana.

Okey. Harus pergi. Mahu menebang bukit harapan U. Enggan biar ia tumbang sendiri. Laagi sakit hati!

Wallahu'alam.

Thursday, May 19, 2011

AGAIN dan AGAIN.

[ click for bigger. but I swear, I won't. I don't want to see that sentences again. It hurts. ]

And again, my tower of hopes, fell. Collapsed. Vanished. Destroyed.  I guessed it was not high as before, unfortunately, it was not as low as I thought. And not as low as it should be.

Last evening, I saw a rainbow nearby the sun. I was happy. It was so beautiful, and it made the day merrier.

But then I realised a thing. It was the rainbow of sun. Not mine. 

And still, the hurricanes and storms attack me, non-stop. Plus, they come to me while I am sitting comfortably, without any preparation to avoid them.

But no worries. Insya ALLAH, I will stand strong dan tough. Macamlah tak biasa, kan?

Teachers and sirs to be, congratulations. May ALLAH bless.

Wallahu'alam.

Wednesday, May 18, 2011

Keep standing.

Katy Perry said that, after a hurricane comes a rainbow.

Hana Fedora said, there'll be rainbow after every storm.

So I accepted all the words and sentences. I'll stay standing here, waiting for the rainbow to appear, although the hurricanes are attacking me, even the storms are killing me.

But I am wondering. What will happen, if I lost my patience somedays? Since the hurricanes and storms manage to put me in lost situation, can I still stand like nothing has happened on me?

But then I remembered a thing, that I should always do not forget.

Allah said, in His Holy Quran, On no soul doth ALLAH place a burden greater than it can bear. (Al Baqarah : 286 )

Yes. Bear that in your mind and keep standing, Maryam.

p/s : Irna, your message a few hours ago reminded me to the thing that I don't want to remember, neither to feel. It's bad!

p/p/s : People, you may say that I am still in grief. Well, for me, it is much better than being in grave :D

p/p/p/s : It's obvious that this is a self-comfort post. So, feel free to ignore this :) But I will appreciate any comfort words. Tengs buddieszzz! <3