Showing posts with label UIA Gombak's. Show all posts
Showing posts with label UIA Gombak's. Show all posts

Sunday, November 18, 2018

LLBS done :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Putting one here to commemorate esok-esok yang I DID MY LLBS! Hehe alhamdulillah 13 November tuari dah selamat konvo untuk Bachelor of Laws (Shariah) (Honors) from IIUM :)


It was not a smooth sailing all the years back, dear IIUM. But for sure it was a fun ride, and thanks for that! :)

Semoga Maryam Jamilah dan rakan-rakan dipermudahkan urusan oleh ALLAH SWT dalam melaksanakan amanah dengan mengamalkan ilmu yang ALLAH pinjamkan ini, in any possible way yang kami boleh memberi manfaat kepada umat dan masyrakat di segenap tempat.

Aamiin :)

Wassalam.

Thursday, November 23, 2017

G-Day! [ Yam's Graduation Day and some useful tips for IIUM convocation ceremony]

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Wahh dak-dak UIA sangat tau hahaha. So, lebih kurang 10hari lepas, pada tanggal 13 November 2017 bersamaan hari Isnin, alhamdulillah diizinkan Tuhan untuk menempuhi istiadat konvokesyen UIA yang kali ke-33.

Jumaat tu kecoh UIA banjir, sebab hujan lebat non stop for hours. Yam pun nasib baik keluar awal sikit jeee daripada UIA, dalam jam 3.30pm, tu pun dah menempuh air depan Mahallah Safiyyah. Tapi pukul 4.30pm tu dengar ceritanya lagi dahsyat. Macam biasalah, depan KAED tu memang air masuk sampai ke dalam kereta. Masha ALLAH. Moga dipermudahkan urusan mereka yang terjejas kerana banjir kilat tuu.

Maka, kami para graduan ni dah cuak. Jumaat banjir, Sabtu tu hari pertama konvokesyen. Minta jauhlahhh hujan lebat, apatah lagi banjir. Lecak depan IIUM Cultural Center (IIC which formerly known as CAC Hall) tu, maka tak seronoklah hari graduasi. Apatah lagi kalau banjir.

Sabtu, hujan lagiii. Tapi tak banjir. Ahad, hujan jugak. Tapi dah berkurang. Isnin, alhamdulillah sangat, panas ceng-ceng, lit-lit. Selasa tu pulak baru start hujan. Subhanallah, ALLAH punya kerja. Terima kasih dak-dak UIA yang sudi mendoakan kelancaran majlis. Bukan apa, selain para graduan, kesian juga dekat ibu bapa yang jauh-jauh datang nak tengok anak konvo, sekali hujan lebat ke banjir ke, tak ke syahdu :(

Okey, back to my session.

Last day, yeap. Last session, yes. Sesi petang. Memang agak tak favor sesi petang ni, sebab selain nak masuk dewan tu rushing dengan solat Zuhur, bila keluar dewa tuu rushing dengan solat Asar pulak. Tapi takpelah, tak hujan pun dah cukup besar nikmat, maka kita redhakan sahaja :)

Since session Yam hari Isnin, memang dah rasa sayu syahdu nian hati ini sebab dapat agak dah, abang kakak yang bekerja berkemungkinan besar tak boleh hadir - susah kot nak cuti. Plus ni konvo je kan, so watlek watkul je okey. Bukan semua pun boleh masuk dewan tengok konvo, kalau ambil cuti dan datang pun, kena berpanas pulak haa. Kesian, dengan budak-budak lagi. So, Yam dah pesan pada diri sendiri, jangan nak excited sangat haha. Baju konvo pun buat guna kain sulam beli kat Bandung yang kebetulan gi jahit. Terjadi lah ia sebagai baju konvo yang Yam tak plan langsung pun mwehehe.

Photoshoot konvo pun kongsi ramai-ramai dengan kekawan. Takde maknanya nak bayar Rm150/jam untuk shoot sensorang. Minta tolong junior Rai je, bayar dalam rm10 je sorang untuk 2jam mwahahaha. Okaylah tu, daripada awal-awal tuu, I didnt even think to hire any photohgrapher. Tapi lepastu tetap semangat tangkap gambar guna phone, like hundreds of pics. Hiks.

Ya anak-anak, adik-adik. Bukan senang nak konvo. Kau kena isi borang tu borang ni, kena selalu updated dengan tarikh ambil jubah, hantar jubah apa semua tu. Kena fikir baju, photoshoot and some even consider make up. Akak faham dik, kau tunggu like 5-6 years since foundation for your graduation day (will be referred as G-day as of afterwards), so wajarlah kau nak berhias diri sikit daripada hari kebiasaan. Silakan, silakan. Tapi jangan sesekali kecam orang pemalas cam akak ni yang tetap tepek bedak Johnson Baby je kahkah pastu mulalah by evening keluar dewan tuu muka serupa teh ais kelat huks

Pastuuu ada juga kekawan kau yang prepare convo gifts, so as courtesy kau mesti rasa nak membalasnya kan. Yam pun preparelah sesikit dengan rakan -rakan terdekat, selagi mampu. Yang belum dapat anything daripada Yam tu, doakan Yam murah rezeki, nanti sebelum grad LLBS, Yam kasi dekat semua orang yaaa insha ALLAH :D *ayat selamat*

Selain itu adindaku sekalian, kalian juga perlu mempertimbangkan layanan kepada parents kau yang datang dari jauh untuk G-day kau. Macam akak kau ni, mak ayah, sorang kakak dan sorang anak saudara datang nun dari Kelantan. Memanglah mak ayah selalu datang KL ziarah anak cucu, tapi bila mereka datang specially untuk kita, tak tahulah kenapa tapi Yam rasa sangat accountable untuk entertain diorang. Selalu abang kakak yang akan bersungguh, fetch kat airport, bawak gi makan etc, maybe sebab masa tu dorg tahu parents kami datang untuk dorang dan anak-anak dorg. Tapi ni since Yam tahu parents datang sebab G-day Yam, maka I have that kind of responsibility to entertain them most of the times, if not all.

So mulai hari Jumaat tu Yam fetch dorang kat aiport, bawa pergi rumah abang kakak, bawa ke sana ke sini, dan finally hantar balik ke airport on Rabu, meskipun kena monteng kelas. Ihiks padahalmemangsukamonteng huhuhu. Bukannya diorang minta atau suruh, tapi maybe kami dah terbiasa dengan cara macam tu kot, which I hope it is a good thing for our parents dan moga istiqamah :)

So the day came. Yam bawak mak dan ayah serta Kak Yah ke UIA pagi Isnin tu around 11 something, for the session will begin at 1.30pm. Dinasihatkan kalau engkau sesi petang, before 12 dah masuk UIA sebab taknak stuck dalam jammed orang yang sesi pagi nak balik. Cari parking as close as possible dengan CAC atau masjid, considering your parents. Kalau convo on weekend okay sikit kot, sbb boleh parking tempat staf. Tapi bila weekday, hari bekerja, mana boleh parking tempat staf. Memang ada port lain, tapi limited lah. That's why come as early as possible. Early birds get good worms, remember? Ewahh. Kahkah maka hari kejadian tu, Yam usahakan parking dekat building Engineering, so dekat dengan both masjid dan CAC Hall. Dekat tak dekat, 5mins jugak berjalan, which was agak jauh jugak la untuk my parents yang dah reach 60 y/o tuuu.

Okay, sampai-sampai je terus tuju ke masjid. Masuk waktu ke belum ke, tuju je ke masjid. Sebab dorang stay lebih daripada 3 hari, dah tak boleh jamak. Maka kena solat satu satu. Nak ambil wudhu' lagi, nak berjalan lagi, tahu la kan masjid SHAS tu ruang solat di atas (walaupun ada je kat bawah tapi kot2 penuh ke kurang selesa sikit ke untuk mak ayah), maka seeloknya tuju je ke masjid. Masuk waktu terus solat, dan Yam terus ke CAC sebab graduan kena start masuk pukul 1.30pm. Parents lambat sikit, around 2pm. Ingat, smart card yang sekali dengan invitation card tu graduan kena pegang. Satgi takde benda tu, tak terpanggil nama kau kat stage. Invitation card tu je bagi kat parents. Takde benda tuuu, xboleh masuk pulak parents. Jangan duk buat loqlaq tauuu.

Okay, masuk hall. Pasal attire. Girls please have jarum peniti nak letak dekat topi supaya nicely attached dengan tudung. Supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku masa kau tunduk dekat Rector kat stage nanti tu ke apa ke. By the way, nanti akan ada akak-akak staf/komiti yang akan tolong, so dont worry too much. Tapi just in case, prepare your own jarum la. And bawa beg kecil yang boleh silang pastu kalau sarung robe tuu takdelah nampak sangat kau pakai beg. Kecil jeee, bagi muat phone, smart card tu pastu lipstick ke sebatang. Cukup ah. Kot-kot nak calit sebelum naik stage kan.

Oh btw pasal attire especially girls, uni lain akak taktahu diknon oi, tapi kalau UIA, sisters WAJIB pakai tudung kaler krim. Suka kau la light cream ke off white ke light yellow ke, asalkan menurut mata kau dan rerakan kau tu warna krim, pakai lah. MESTI plain, takde corak apa2. And since you are going to wear that the whole day, maka please wear something that you are comfortable with, yang kau takkan rasa tak konfiden. Contohnya selalu pakai bawal, janganlah hari konvo tu kau degil nak pakai shawl satgi kau rasa x selesa susah dik ooi. Kalau nak pakai shawl jugak, biasakan diri pakai shawl dulu seminggu dua sebelum konvo. Get yourself used to that first, until you feel confident. Sebab kalau konfiden, anything looks good on you sweetie. Why? Because confidence is the bet jewelry a girl can ever wear. Okay? Ahaaa

Btw kasut kena dark in colour. Black, dark brown and dark blue. Please adhere the supposed attire, satgi committee deny entry engko akak taktahuu. Haha takdela sampai x kasi masuk, tapi nanti diorang akan kasi attire yg menepati majlis, which can be tudung sarung kaler krim, atau kasut saiz gedabak kaler gelap. Since you will never want to wear something like that and look bad on the stage and in the pic, please please please follow je rules tu ya :)

Okay back to the session in the hall.

Session tu biasa lah ada selawat, nyanyi lagi UIA dan Negaraku etc, but you shall not miss out the moment YB Rector bagi speech. It was really meaningful. Macam kitorang, YB Rector umpamakan kami ikan-ikan yang berenang di akuarium UIA, yang sudah sedia untuk dibebaskan di lautan terbuka di luar sana, and she gave some life advices that I would treasure them. So, pay attention dekat Rector's speech, for it would be so nice to be listened to, and to be recalled of one fine day. Tauuu. Jangan tidur pulak, dah-dahlah tuuu tidur dalam lecture 4-5 tahun lepas mwahahaha. (I was saying this to myself by the way, with all due respect :D)

On the side note, kalau ayah kau seorang pembaca tegar, macam ayah Yam, pesan kat dia masuk hall tu bawak buku please. So that takde la dia bosan nunggu sesi habis. Ye lah, satu sesi dekat seribu (atau lebih) kot graduan nya. Lepas kau naik stage, ayah kau dah takde objektif untuk stay dalam hall. Tapi takleh keluar sebab tak lawa la pulak kan. Protokol pun kena jaga juga. So stay je la sampai habis sesi. Ayah Yam duk belek buku tentatif entah berapa juta kali kakakakaka kesian beliau.

Mak?

Ha, mak-mak ni kita pesan suruh bawak powerbank hahaha. Whatsapp, tangkap gambar, ambik video, banyak guna bateri ye mak. So, seperti mana ibundaku, titipkan pesanan pada ibundamu jua supaya bawak powerbank nak layan telpon dalam dewan tuuu hihi

Okay, sesi tamat. Keluar dewan. Haaa ni part rushing sikit. Semua orang nak keluar. Dahaga, lapar, nak solat, semua ada. Kat sini kau kena berlapang dada dan banyakkan bersabar. Orang ramai, berpusu-pusu. Tapi tetap rileks kayhh.

Yam kenmain gembira bukan kepalang bila keluar hall tuuu ada semua abang kakak abang ipar kakak ipar dan anak-anak menakan! Abang Yam cuti, abang ipar kakak ipar half day, kakak pun half day, bebudak cuti (ponteng) sekolah, makaaaaaaa meriahlah gambar convo Yam alhamdulillah.

Terima kasih for making it, sibs. And for the flowers. Oh btw sebab ni session last, banyak bunga murah-murah, rm10 untuk bouquet bebesar, rm5 untuk kecik sikit, in fact kitorg dapat bouquet free je mwahahaha regardless, thanksss. Lepastu penat la sikit nak jaga bunga tuu tetiap hari kena tukar air, and after seminggu dah boleh buang sebab layu. Huhuhu anyway it's the thought that counts, kan? Makanya, muchas graciasss :3

Okay lepas sesi bergambar sesikit, maka pi lah solat. Masa ni curi masa jumpa kekawan sekejap dan tangkap gambar. Tapi serius tak ramai yang Yam sempat jumpa, sebab memang dengan family je most of the times. Takde masanya nak gi cari kawan kejap. Kalau jumpa pun, kebetulan je. Takpe, next time ya. Masa konvo ni, ejas specially untuk family je dulu.

Kami sambung terus dengan maghrib, lepastu ke kedai gambar di kawasan masjid tu untuk ambil gambar studio. Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah sebab takde dalam plan Yam punn nak ambil gambar studio sebab mahal mwehehehe tapi BangMat yang belanja haha.  Lepastuu gi makan dan balik rumah. Sampai rumah around 2 am haa tak ke pengsan engko, the next day tu memang tak lah nak kelas hahaha. (Akak kan LLBS so the day after convo terus ada kelas.)

Overall, convo ni merupakan pengalaman baru bagi Yam. Tak pernah convo, hatta masa tadika ke tabika ke derjah 6 ke SPM ke takde, takde pakai jubah konvo ke mortar board tu ke, TAKDE. So, ni pengalaman pertama. Nasihat ikhlas, jangan expect untuk ada kenangan best je. Akan ada situasi yang membuatkan kau tak selesa ke, nervous ke, nak marah ke, kecil hati ke, akan ada. Mungkin la ada antara kalian yang direzekikan untuk a perfect moment during the convo, tapi ingat juga mungkin ada kekawan yang tak berapa feel nak convo, mungkin sebab takde insan yang diimpikan untuk hadir bersama, atau tak sempat nak tunjuk skrol dekat either of the parents atau family members ke. Jadi, dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada. Berlapang dada, whatever the feeling is, moga Tuhan izinkan kau bersyukur dengan segala kurniaanNya.

Ada satu moment tu Yam tak percaya yang Yam akan bergraduasi, like for real my G day has come?! Tapi itu adalah satu kenyataan. Bermula 2011 di CFS, dengan fail UPU, tebalkan muka pergi manually apply dekat AMAD IIUM (thank Ayer!), pastu mulakan pembelajaran di CFS PJ, kenal orang baru, kenal crush (ehh!), masuk persatuan itu ini, pergi tempat itu ini, lepas setahun setengah masuk Gombak, lagi luas skopnya, empat tahun di AIKOL, suka duka jatuh bangun, akhirnya ALLAH izin naik stage terima scroll daripada YB Rector, masha ALLAH.

Terima kasih, Tuhan, untuk rezeki yang berpanjangan ini.
Dan untuk hadiah yang tidak aku pilih, namun aku tahu merupakan yang terbaik untukku; ibu bapaku, keluargaku - TERIMA KASIH - kerana masih dipanjangkan jodoh kami untuk bersama.
Para pensyarah dan rakan-rakan tak kira sebaya, junior atau senior, staf-staf, makcik pakcik cleaner, cafe dan sebagainya, TERIMA KASIH banyak - untuk pertemuan-pertemuan yang mengajar ilmu kehidupan, selain daripada ilmu ilmiah yang berkaitan.

Tahniah, Yam, for you LLB.
Sikiiiiiiiiit lagi untuk LLBS. Tahun depan, kita naik stage lagi ya :)




Happy G-Day, Maryam Jamilah!
Now officially an alumni of IIUM! :)
Semoga direzekikan Tuhan untuk memanfaatkan ummah dengan sedikit sebanyak ilmu dan tenaga yang ada.


Wallahu'alam, wassalam.

Loveliest regards,
Maryam Jamilah,
AIKOL 36th Batch,
IIUM 33rd Batch.
2017.

Thursday, September 03, 2015

#KisahInternYam

Bismillahirrahmanirrahim.

Sememangnya kami pelajar tahun 3 dah maklum, cuti sem 3 bulan bermula Jun hingga September 2015 ni kami kena buat praktikal, atau Law Attachment Program (LAP) di pejabat undang-undang, be it mahkamah ke, firma ke, any organization yang ada legal department ke, yang penting kami boleh dapat ilmu pengetahuan tentang bidang perundangan ketika menjalani praktikal tu.

Jadi memasing dah memang survey tempat memasing ikut kemahuan memasing. Yam mengutamakan tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah, yang paling kurang Yam boleh berbasikal pegi ofis kehkeh. Jadi Yam pilih Mahkamah Syariah Pasir Mas sebagai pilihan pertama, dan alhamdulillah - DAPAT!

Maka bermulalah pengembaraan LAP Yam dan bersama seorang teman dari UIA ; Marinah atau biasanya Yam panggil Maririn. Sebab? Saja :D

The first day was awesome. Sebabnya, masuk-masuk tu kami dapat tahu bahawa dah ada 11 interns kat situ woi! 7 dari USIM, 4 dari UNISZA. Ruang mahkamah pula agak kecil, jadi nampak berselerakan kami duduk di sana-sini memana ruang yang kosong menumpang teduh hehe. 

Lapor diri hari Rabu, dan rupa-rupanya Khamis esoknya tu dah merupakan hari terakhir kepada 7 pelajar USIM tu. Sedih jugakla, sebab diorang semua sangat baik dan rajin memberikan tunjuk ajar. Baru je jumpa dan kenal, dah kena berpisah uhuk uhuk. Bebudak UNISZA yang 4 orang tu pun sebenarnya baru je daftar 3 hari awal daripada kami, hari Ahad minggu yang sama. Maka minggu depannya tu, bermulalah perjalanan kami berenam sebagai interns marhaen MRSPM :)


Yam dan Marinah, serta rakan-rakan UNISZA - Kak Qah, Kak Na, Kak Sya dan Syera bergilir dan alhamdulillah, mampu bekerjasama dengan cemerlang dalam melaksanakan tugas kami. Daripada kosong tak tahu apa-apa, baik tentang prosedur mahkamah syariah hinggalah ke carta alir tugas dalam mahkamah.

Kalau ikut asasnya, terdapat 3 bahagian dalam mahkamah kami ni. Pertama, yang masuk dewan mahkamah tu. Maksudnya, prosedur kes-kes yang dibicarakan oleh YA Tuan Hakim di dalam dewan. Yang kedua, kes-kes sulh oleh pegawai sulh kami. Ketiga, hal-hal pentadbiran- bermula di kaunter, pertanyaan orang awam hinggalah sampai buka fail dan seterusnya.

Alhamdulillah, staf-staf semuanya power dan sangat berlapang dada nak berkongsi ilmu dengan kami. Memula cuak jugak, sebab gap umur kot. Pegawai-pegawai senior dah ada yang umur baya-baya ayah kami, tuan hakim, pegawai sulh dan penolong pendaftar (merangkap penyelia kami) pulak baya-baya abang kami. Kakak-kakak senior pun umur-umur kakak kami, 30-an something. Tapi syukurlah kami dapat mengatasi isu tu - dengan mematangkan diri kami, serta mereka menyelami dunia kanak-kanak kami hehe


Mujurlah ada budak berlima ni jadi peneman, takde la krik krik sangat. Environment kerja sangat menyeronokkan, tak pernah rasa malas sampai takmau pegi kerja. Walaupun tak dapat gaji. Walaupun takde elaun. Walaupun raya tak dapat duit raya pun. Sebab beban kerja kami tak banyak. Kerja memang dah tak banyak, pastu was well distributed among us. Jadi memang tak pernah tension dengan beban kerja menimbun. So pergi kerja pun happy seronok aje. Memain, buat kerja, makan, buat kerja balik hehe. 



Dan walaupun titik peluh kami percuma, tak berbayar dengan wang ringgit, namun dibayar dengan kasih sayang dan penghargaan dalam bentuk belanja makan yang mencurah-curah eheh



Sama ada kami beli nasi bungkus pastu makan ramai-ramai dalam pantri sambil berparty budu (kehkeh), atau kami akan mendapat jemputan dan pelawaan orang-orang atasan untuk belanja makan kat luar. Tuan Hakim pernah belanja kami, dan paling utamanya Encik SV memang dah selalu kena ketuk dengan kami kahkah. Kalau makan kat ofis pulak, Kak Ha (pembantu pendaftar) dan Kak Mah (akauntan) pun rajin hulur duit. Okay la tu kan, makan reramai sambil mengeratkan silaturrahim :)

Kami ni selalu sangat buat makan-makan. Tetiap pagi pakat bawak bekal. Dia ni bawa nasi goreng kampung, ni bawak nasi goreng budu, ni bawak kek, ni bawak sandwich, ni bawak cek mek. Berjamu dulu pagi tu sebelum masuk dewan bicara. Tengah hari macam tadilah, makan kat pantri atau orang belanja. Petangnya, sama ada goreng pisang atau makanan ringan lain yang tak putus bekalannya di pantri kami hehe

Sedar tak sedar, Ogos tiba. Maka tamatlah perkhidmatan 4 beradik UNISZA tu. Yam dan Maririn masih berbaki 3 hari untuk dihabiskan tanpa mereka. Tapi tetap paksa diorang datang ofis jugak instead of berselubung bawah selimut je. Jeles haha


Dan 3 hari baki kami menghabiskan sisa LAP kami akhirnya tamat. Rabu bersamaan 2 September 2015 marks the end of our service. Apa lagi, sakanlah bergambar. Beratus gambar dalam Gallery, bermula dari keluar makan sesama, parti laksa, makan tengah hari, buat kerja, tengah trial, jamuan raya,sehinggalah ke majlis perpisahan - memang penuh folder gambar tuuu hikhik



Sporting en YA Tuan Hafiz kitorang :) Tak lokek berkongsi ilmu dan sentasa bersedia nak menjawab persoalan kami, terutama Yam dan Maririn yang selalunya akan jadi manusia yang paling banyak pertanyaan dan persoalan. Sampai Tuan kene belek kitab nak menjawab soalan kitorang, hehe sorry Tuan :)

Kami kongsi duit sikit2 sorang nak buat jamuan dan belikan cenderahati tanda ingatan kepada staf-staf yang ada.

YA Tuan Hafiz, Tuan Azimin (pegawai sulh), TUAN Hj Hariri (Penolong Pendaftar merangkap SV kami), Kak Ha, Kak Mah, Cik Mah (pembantu tadbir), Pok Sheikh (penghantar saman), Pok Nik (officeboy yang dah jadi datuk kepada seorang cucu boy hehe), Pok Wi (pegawai kebersihan), Cik Zah dan Che Man selaku polis mahkamah. Mahkamah kecil je, tapi stafnya pun boleh tahan hehe


Kesian YA Tuan Hafiz kena paksa oleh kami buat 'peace'. And so comel of him, biar kaku semacam je pun kahkah



Untuk YA Tuan Hafiz, kami kasi album gambar sebiji pastu letak gambar kami berenam dengan Tuan yang kami ambil masa jamuan raya tuari, sebabnya Tuan pernah bagitau Yam niat beliau nak wujudkan Galeri Praktikal untuk bebudak yang datang buat praktikal di mahkamah, senang Tuan nak ingat orang sekian sekian ni dari batch mana u mana kos apa gitu. Kiranya kami mengabulkan niat Tuan le ni. Power kan kami kan hehe


Sehari sebelum servis kami tamat, Tuan Hariri ada bagitau pasal minat dia pelihara ikan laga. Makaaa kami pun belikan ikan laga sebagai hadiah kepada beliau hehe. Nasib baik dia tak bagitau dia minat kumpul Audi ke minat iPhone ke :D


Kepada staf-staf lain, kami hulurkan frame gambar, diisi dengan gambar-gambar kami bersama staf yang semuanya cantik manis belaka hehe. Ni Kak Ha. Sangat humble dan easy-going. Kelakor je dengan kitorang hehe. Pemurah pulak tu. Selalu belanja nasi pastu ahli utama Parti Budu dan Ulam-ulaman kami heheh. Kak Ha power!


Nah kasi gambar special sekeping, sebab Kak Ha ni rupanya ex-IIUM tapi sampai ke sudah tak kasitau beliau dulu ambik kos apa. Duk ngaku yang dulu keje cleaner je kat UIA tu. Lulusan sekolah pondok je beliau ni, katanya. Cis. Memula percaya dengan naifnya. Lepastu nampak sticker UIA kat kereta Kak Ha, maka tahulah bahawa diri ini sudah dibohongi tsk tsk


Yang cecomel ni Kak Mah selaku akauntan. Comellll kannn awet muda gilaaa. Kak Mah ni strict sikit, tapi sangat cool dan manis ehehehe. Pengasas utama porgram Parti Laksa kami. Terima kasehhhh!


Ni Pok Sheikh selaku PS aka Penghantar Saman. Memula takut dengan Pok Sheikh. Kurang bercakap dengan kitorang pastu bila bercakap pun suara nak tinggi aje. Pastu pulak jarang ada kat ofis sebab keluar hantar saman, pastu bila ada kat ofis pun selalu buat hal sendiri kat meja beliau je. Tapi lama-lama tu beliau makin sudi bercakap dengan kitorang, plus that kitorang dah berani nak bertegur sapa dengan beliau. Kelakar rupanya pakcik ni heheh

"Awak kalau nampak benda pelik-pelik kat PC saya, jauhkan diri."

"Kenapa, ada bom ke?" muka cuak si intern marhaen.

"Taklah. Ada bahan letupan kebabom!" lantas beliau berlalu pergi sambil membimbit briefcasenya yang berisi saman. 

Pernah Yam cakap kat beliau, nak ikut pergi hantar saman.

"Tak bolehhh, bahaya! Nanti awak kena kejar ke, kena pukul ke, macam mana?" gelak-gelak beliau menjawab. Hmm tatahu la sungguh ke tidak hukhuk


Yang ni Ust Pi. Pekerja sambilan. Masuk awal sikit je daripada kami, jadi beliau pun kurang arif jugak hal-ehwal ni. Maka selalu kena buli dengan kami, yang kadangkala fikir bahawa beliau ni sama-sama budak praktikal macam kami haha. Rupa-rupanya grad Kuwait ni woi. Boleh i'rab orang pulak tu. Menangis le tetiap hari kot dia ni 'baca' kitorang. Dahlah sorang-sorang perangai tak cover langsung hikhok

Ampun salah silap ye Ustaz. Semoga terus maju jaya dalam bidang daftar kes online, daftar kes manusal serta kerjaya baru anda - cari kes. Kami dah takde ni nak bantu (buli) ustaz, maka pepandai lah ;D


Ni pulak Pok Nik. Officeboy terkemuka hehe. Gambar yang Yam kasi ke dia gambar masa kami ke Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjong. Gambar Pok Nik beraksi di keretanya. Bila Yam tunjukkan softcopy gambar tu, Pok Nik kemain suka. Ada 5-6 keping, beliau suruh hardcopy-kan semuanya. Tapi Yam cuci sekeping je dan kasi ke beliau siap berframe dan bereben, pastu beliau sengih memanjang sambil tangan seluk kocek, "Berapa ringgit?"

Ish Pok Nik. Mana ada orang bayar hadiah oi. Hadiah kenang-kenangan, ni je mampu. Lepas tu Yam nampak beliau cuba masukkan frame ni dalam sampul, maka Yam menegur dengan ramahnya,

"Eh, nak buat apa? Letaklah atas meja, hensem bergaya kan tuuu." Yam unjuk ke sudut meja beliau, di ruang beliau lekatkan gambar keluarga beliau (so sweet!).

"Iya, tapi Pok Nik nak bawa balik dulu. Nak tunjuk pada cucu Pok Nik!" ucapnya bangga. Yam tersenyum, tapi sebenarnya tak tahu nak gembira ke terharu, sebab cucu yang beliau maksudkan tu tak silap Yam usianya belum sampai seminggu! Hehe comelll aje Pok Nik ni kann


Selesai membahagikan hadiah kepada semua staf, kami pun minta diri lah. Tambahan pulak waktu pejabat dah tamat. Dah sampai 5pm dah. So it's time to say goodbye. A real goodbye, sebab Senin depan dah daftar masuk sem baru ke UIA. Memang lambat lagi lah kalau nak jejak kaki ke sini lagi....



Serius. Sebak ooi masa salam sorang demi sorang tu. Nasib baik tak menangis je hukhuk. It was indeed hard to begin it at first, and little did I know that it was even harder to end it.


Thank you for the wonderful 3 months. Semoga ALLAH merahmati kita semua. Semoga ALLAH meredhai tiap detik yang kita luangkan bersama. Mohon maaf salah silap, mohon halal semua yang terlebih terkurang.

Banyak yang Yam kena muhasabah balik. The way how to communicate with people, with respected colleagues and intern-mates, juga dengan orang atasan yang lebih dewasa. Banyak juga yang boleh dipelajari daripada mereka, baik ilmu tentang perundangan, atau satu lagi subjek yang takde institusi boleh ajar dalam silibus mereka, tentang kehidupan. Yakni tak semua boleh belajar atau faham, dan tak semua boleh hadam dengan baik subjek ni. Khas untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja yang benar-benar menggali lubang ilmu.

Tamatnya praktikal ni, diharap semoga hubungan kita masih berjalan dan tidak juga tamat. Semoga jarak yang memisahkan ini, mengeratkan hati-hati yang bersiram rindu. Hendaknya. Aamiin.

Muah banyak ciked! *group hug*

Wallahu'alam, wassalam.

Wednesday, April 08, 2015

Theatre 360 : Janda Beranak Ramai dan Bas

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas deretan 3 test mid sem, bermula dari Jumaat, Isnin dan Selasa, alhamdulillah diizinkanNya untuk berhibur seketika pada malam Selasa tu - menonton 2 teater pendek yang diarahkan oleh senior Aikol, Br. Aimaduddin Aiman.

Saya mula mengenali Abang Aiman ni masa zaman Teh Tarik For The Soul, first batch dedolu. Masa tu fun sangat, dengan Kak Muna dan Abang Aiman sendiri sebagai perantara. Sesi perkongsian Abang Aiman pun sentiasa menarik - sentiasa padat dengan elemen dakwah dan muhasabah.

Tirai pentas malam itu dibuka dengan teater Janda Beranak Ramai. Mengisahkan seorang balu yang mempunyai 8 anak, hasil perkongsian hidup dengan dua suami. Mesej yang sampai kepada saya ialah - orang yang kau nampak pada mulanya kurang baik, tak mustahil orang itulah sebenarnya lebih baik daripada orang yang kau sangkakan kau boleh bergantung padanya. Which means, jejaga dengan orang sekeliling kau. Walau dia tak baik dengan kau, who knows yang orang tu lah yang akan tolong kau somewhen in the future. Dan vice versa. Yang ni, lagi dahsyat. Jejaga dengan orang yang baik dengan kau. Bukanlah nak galakkan suuzzhon pada orang berkenaan, cuma jangan percaya sangat. Mana tahu, orang yang kau sangka sebaik malaikat itulah orang yang sama yang akan aniaya kau nanti.

Dan sebagai parent, no matter how busy you are, spend your own quality time dengan family kau. Jangan terlalu percayakan satu dua anak kau, hingga kau tak percaya pada anak-anak yang lain.

Dan anak-anak yang lain, yang rasa dah besar, dah boleh berdiri di atas kaki sendiri, pandai-pandailah hulurkan tangan ringankan beban.

Ni je lah mesej yang saya dapat daripada cerita Janda Beranak Ramai yang saya boleh kata - it is opened to wide interpretations of people. I was expecting something more from the play. Saya masih lagi terfikir what happened to Nadhirah. And what is actually Bojeng, sampai ramai sangat orang di luar sana mahukan ia? Is it only a plane, or it has something else other than that? Dan kenapa ending Janda Beranak Ramai ni diakhiri dengan ucapan 'Good Night' yang kedengaran seolah-olah diucapkan oleh kapten kapal dari dalam kokpit?

Deep sangat ni, hingga saya rasa terkilan sebab tak faham semua mesej yang nak disampaikan. I was like, aku ni jumud sangat ke, atau this story itself yang terlampau deep? But I believe, the incompetency is in my sides. Abang Aiman surely wants to deliver a strong message behind all these hidden truths.

Pementasan diteruskan dengan Bas ; Tiba Masanya, Ia Akan Menjemputmu or something like that lah dia punya tagline. Yang ni pulak berkisar tentang satu fasa dunia pertengahan, antara manusia di alam roh, yang menunggu untuk dijemput dengan 'bas' untuk 'balik kampung' or in another word, untuk kembali ke akhirat sana.

Situasinya ialah di mana roh-roh Anis, Destri, Amar, Wahyu dan sapa ntah sorang lagi lupa nama dia seolah-olah dibangkitkan - dan mereka punyai cerita sendiri. Anis - yakin bahawa kepulangannya nanti diterima baik oleh 'orang kampung', sebab dia yakin dengan segala amal dia selama dia hidup. While the others tak ready lagi nak 'balik kampung', belum puas beramal cukup2 sebagai bekalan di 'kampung' nanti - sebabnya masing-masing ada kisah silam tersendiri yang sampai ke sudah mereka sesali.

Dan Anis - rasa diri tu mulia berbanding yang lain, langsung jijik dengan pendosa-pendosa tu, seolah-olah dia langsung tiada noda. Enggan membenarkan yang lain mendekati dia - bimbang dosa mereka terpalit padanya. Bimbang dia turut dikotori debu-debu dosa yang lain. And at the end of the play, roh-roh yang lain tu seolah-olah menaburkan debu dosa kepada Anis - kerana menurut mereka, Anislah antara sebab mengapa mereka menjadi pendosa.

Anis memang mulia, tapi dia nak mulia sorang-sorang. Dia tak nak bantu kawan-kawan dia. Dia biarkan salam pertolongan yang mereka hulurkan tak bersambut. Dia jijik dengan pendosa tu semua. Dan akhirnya, bila debu-debu dosa tu mengotori baju Anis yang sebelum ini putih suci, Anis jadi tidak mahu lagi 'balik kampung', meski 'BAS' sudah tiba. Anis mahu cucikan pakaiannya dahulu, baru mahu 'balik'. Namun, di saat yang lain dengan relanya menaiki bas, Anis - yang kononnya mulia, seolah-olah ditarik, diseret dengan paksa untuk menaiki bas. Biarpun tadi, dialah yang paling bersedia untuk 'balik'.

Mesejnya ialah - jangan kau rasa kau mulia, kau pandang pendosa itu hina. Sebab kita tak tahu pengakhirannya, which is mungkin yang hina tadi tu tersenyum di syurga, sedang kau tersadung ke neraka.

Tapi, this does not necessarily means kita yang berdosa ni, kena seronok goyang kaki je lah. Nanti kat 'sana', salahkan yang mulia ni sebab tak bantu kita masa di dunia. We have the obligation untuk tolong diri sendiri dulu, then only you can put the blame to others. Ini masalahnya, kau memang dah tahu benda tu, but kau memilih untuk tidak mahu. Haaaaa aku pun dah main acah-acah deep. But serious talk ni gaisz, aku tahu korang tahu. Cuma korang sendiri je tak nak benda tu. Well, if you know what I mean.

Tapi secara umumnya, Teater360 ni memang sarat dengan mesej dakwah. Terima kasih Abang Aiman kerana menyediakan platform untuk hiburan bermesej. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan Abang Aiman and the team untuk terus menghasilkan karya bermutu macam ni. Benarlah, pandang benda tu dari sudut 360 darjah. Bukan sekadar sisi pandang engkau je.

Sekian, review tak seberapa daripada penonton marhaen yang tak berapa nak faham bebenda yang deeeeeep ni. Semoga ALLAH izinkan untuk senang faham mesej-mesej tersirat ni.

May ALLAH bless all the crews and parties involved!

Wallahu'alam, wassalam.

Sunday, March 22, 2015

Mahabbah Outreach & Induction Program : Kg Susu, Cameron Highlands.

Bismillahirrahmanirrahim.

Menjadi seorang insan bernama Maryam Jamilah, bila dengar je Cameron Highlands, nescaya muka secara automatiknya akan menjadi berseri bersinar blink-blink, dengan gemerlapan cahaya gembira yang dipantulkan terus dari laman hati ecewahhh padiaa ni. Haha :D

Okey, okey. Kita start balik ya, dengan cara yang lebih berhemah dan berhikmah gittew.

Berkat kesabaran seorang Farhan Liyana aka albudulover, juga usaha gigih dan tidak putus asanya beliau dalam mengajak YamJamilah menyertai program anjuran COMRADE yang mana Paan merupakan salah seorang ahli - yang kini dah naik pangkat jadi mainboard (memegang jawatan Tarbiah and Training - TnT - WOWWW), maka Yam Jamilah - dengan menarik Waniey Yahaya, kasilah nama kitorang masa pendaftaran COMRADE tuari masa kat business compound mesejid ni. PERKIM ada, JASA ada, Titian Asli pun ada, tapi telah ditakdirkan hati kami tergerak nak join COMRADE :)

Haaaaaa apadiaaa COMRADE tu anak-anak sekalian? Kalau Yam, Yam bantai jawab 'comrade is a word in English which may also mean friend ; a close friend. But this term is usually used to describe a friend who has been in the military with' .. haaamekkau maksud daripada kamus online Merriam Webster teheee :D Ha celah mana pulak Yam masuk askar, sampai nak ada comrade bagai ni?

Hmmm begini ya anak-anak sekalian. COMRADE tu merupakan singkatan kepada Community Outreach for Orang Asli Development. Senang cerita, diorang ni merupakan siswa siswi yang cakna tentang pembangunan dan kemajuan orang asli. Tak silap Yam Jamilah, COMRADE ni 'pegang' tiga kampung orang asli - di Pahang, Perak dan Kelantan. JASA dan Titian Asli tu pun memberikan fokus pada kebajikan orang asli juga, tapi diorang 'pegang' kawasan lain. So takdelah bertindan, dan alhamdulillah - banyak kawasan orang asli dari negeri yang berbeza boleh kami sama-sama berikan perhatian dan khidmat semampu mungkin. Ecewahh

Masa daftar nama tu, sister promoter tu awal-awal lagi dah cakap, induction untuk new members akan diadakan di Cameron Highlands, Pahang. Muka Yam dah blink-blink, bercampur pulak dengan matahari tegak atas kepala - memang bersinar bak iman. Kenapa iman? Sebab.... iman adalahhhh mutiaraaa, di dalam hati, manusiaaaaa. Hahahahambar. Gelaklah woi :D

Tapi harapan Yam untuk menyertai induction tu makin terkuncup layu - bila mendapat tahu yang Yam ni dalam waiting list saja. Kiranya KALAU ada yang cancel takmau pergi, then only I can fill in the spot. Yam pun, kebetulannya weekend tu nak kena siapkan esaimen, minggu depan tu ada presentation, lepastu Street Art pun nak kena shoot dan hias boards, maka dah tanam dalam kepala - tak payahlah pergi induction. Bukannya dapat pergi pun....

Tapi bila jumpa HAKAK Paan Liyana ni, dia tanya dengan penuh concern - join ke tak induction tu? Dengan wajah hampa mencerminkan hati yang duka, Yam Jamilah geleng kepala. Haaa terus Hakak Paan keluarkan tepon beliau - call committee program tersebut yang merupakan kawan beliau, demi nak tanya memang takde seat langsung ke untuk seorang Yam Jamilah. Dan Paan pun macam kecewa nak bagitau - memang takde. Tsk. Hiba hati ini. Tapi takpelah - Yam pujuk hati - yakin bahawa akan ada hikmah di kemudian hari gitu haa.

Tapiii tetiba Khamis malam Jumaat tu, dapat notification di-add ke satu group WhatsApp - Induction Comrade. Haaa hamekkau nasib baik tak terzumba je, dek kerana gembira sangat. Tapi taderlah gembira sangat - serabut adalah , sebab Jumaat esoknya tu ada test Equity, pastu dalam kepala dah buat macam-macam to-do-list. Kalau Yam jadi pegi induction ni, maka leburlah segala list tersebut.


Dalam menyelesaikan urusan dilema seorang Yam, dipendekkan cerita, alhamdulillah, akhirnya menjadi insan terpilih jugak untuk join induction tu. Yam je pegi, Waniey tak. Program tu start Jumaat malam sampai Ahad. Jumaat malam tu, pergi ke masjid UIA, sebab tempat berkumpulnya kat situ. Kami ahli-ahli baru ni diperkenalkan kepada OR Comrade. Lepas angkut barang yang nak dibawa - tong gas, periuk, kuali, bakul, talam, beras etc ke tangga besar, kami kembali ke foyer masjid untuk sesi ice breaking - taaruf gitu. Tamat dalam jam 1 am, kami disuruh tidur dulu, sebab kami dijangka bertolak jam 3 pagi.

Pukul 2 lebih tu bangun, cuci muka je, terus siap2 ke tangga besar. Bas dah tunggu. Alhamdulillah, dalam pukul 3.15am, kami bertolak. Disebabkan mengikut waktu biologinya - masa tu - 3 pagi gitu adalah waktu tidur, maka Yam langsung tak sedar apa dah, kecuali bila pakcik bas berenti solat Subuh dekat Felda Sg Koyan, Raub. Solat dan sarapan kat situ dengan hati yang teruja, sebab dah boleh nampak signboard ke Cameron Highlands. Maksudnya, dah nak sampai la tu.


Lepas tu, kami meneruskan perjalanan. Sempat tertidur jugak, sebab sejam lebih juga rupanya nak sampai ke lokasi kejadian. Sedar-sedar tu pakcik bas dah masuk ke satu kawasan kampung, jalan dah kecil - bas dah tak boleh masuk. So kami turun, dan mengangkut barang secara berjemaah. Dah ada tiga empat orang adik-adik orang asli ni yang muncul menyambut ketibaan kami. Siap offer angkatkan beg lagi. Mekasih dikk :)

Sampai di Kg Susu, kami terus ke dewan yang bakal menjadi tempat penginapan kami peserta perempuan. Peserta lelaki ditempatkan di surau. Alhamdulillah, Kg Susu ni, mengikut cerita senior-senior COMRADE (Paan Liyana la, siapa lagiii) merupakan kampung orang asli yang paling canggih. Rumah pun batu, bukan rumah buluh lagi dah. Malah kawasan perumahan mereka nampak tersusun. Rupa-rupanya, ni bukan Kg Susu ori. Ni Kg Susu yang baru. Yang asal telah dibangunkan oleh kerajaan, maka kerajaan gantikan kawasan Kg Susu baru ini kepada penduduk yang penempatannya terjejas - siap dengan rumah lagi.

Kami dikumpulkan, diberi taklimat dan dibahagikan kepada kumpulan mengikut kepingan puzzle yang kami pilih. Yam dapat puzzle ayam, maka kami semua sebulat suara menamakan kumpulan kami sebagai YamYam Sado! Dan PM program ni - Brader Kiko (yang aku dah lupa nama betul dia) juga merupakan salah seorang daripada ahli kami jyeahhhh.

dari kanan - Wawa, Aisya, Kiko, Aza dan Yam. Yang Yam sandarkan lengan kat bahu dia tu - seorang adik yang belum mumaiyyiz, buat cameo appearance dalam group photo kitorang :)

Kami dibahagikan juga rumah angkat masing-masing. Sementelah hari tersebut dah hari Sabtu, dan kami cuma akan bermalam semalaman sahaja di sini, maka waktu kami dengan keluarga angkat masing-masing adalah terhad. Untuk aktiviti pagi ni, kami main games ikut grup sampai lunch hour, lepastu Zuhur berjemaah. Lepas Zuhur, kami mulakan aktiviti kami yang berlangsung sampai ke petang. Survival race lah, explorace lah, ziarah rumah keluarga angkat lah, games dengan orang kampung lah dan sebagainya. Malam tu kami Maghrib dan Isyak berjemaah, dan makan. Lepas makan, kami ada satu group presentation - kena lakonkan balik situasi yang kami dapat.

YamYam Sado dapat situasi nombor 5 - tentang bagaimana nak hadapi situasi bilamana keluarga angkat tak boleh berbahasa Melayu dengan fasih - macam mana nak sampaikan dakwah dan mesej, and in fact, macam mana nak tanya khabar dulu? Maka kami lakonlah dengan jayanya - dengan Kiko sebagai apak yang kurang fasih berbahasa Melayu, Wawa dan Aza sebagai ahli Comrade yang mahu menyampaikan mesej. Yam dan Aisya bertindak sebagai pemberitahu moral of the story sahaja. Hahaha selamat aku, kalo tak kena berlakon dengan apak tu. Hukhuk

Kami tekankan tentang usaha yang tak putus dan semangat kental yang tidak mengenal erti putus asa. Walaupun mungkin ada language barrier, tapi ketahuilah bahawa kita ada satu bahasa yang semua orang faham - SENYUM. Kau senyum je, semua orang akan faham - kau sedang cuba ambil hati atau gembirakan orang tu. Starts with positive vibes, then lepas tu kau cubalah tanya bebenda simple. Amek mana, anak-anak buat apa, makan dah ke dan sebagainya. Kalau tak jalan jugak, kau gawang-gawangkanlah tangan - buat body language, beserta sepotong doa agar dia paham apa yang kau nak sampaikan :D Pucuk pangkalnya, menyerah kalah jangan sesekali!

Esoknya, kami bangun awal - tahajud sesama, sambung dengan subuh. Lepas Subuh tu ada riadhah, lepastu sarapan. Lepastu ada sesi lawatan ke kampung-kampung sebelah -Kampung Senangka, Abu dan Teji. Disebabkan waktu yang terbatas, Yam dengan pemandu pelancong - Paan Liyana, cuma sempat ke Kampung Abu. Kampung Senangkar dah pergi semalam masa survival race tu - siap pinjam kuali dengan amek lagi nak masak lempeng dan rebus telur (maka tak jadi survival sangatlah sebab ada teknologi kuali tu. Grup lain masak lempeng dalam buluh woii :D ). Nak ke Teji, tapi jauh sangat untuk pejalan kaki macam kami. Jadi kami cuba ke Kampung Abu, kebetulan Paan nak jumpa adik-adik dia yang dirindui sekian lama.

Jauh jugak berjalan. Adalah lima belas minit merentas hutan. Tapi worth la, sebab pemandangan dia not bad. Rasa macam autumn aje. Ranting banyak yang togel, daun pun kekuningan berguguran gitu. Indah :)))


Nampak je bumbung-bumbung rumah, Yam dah lega. Paan pun gembira. Terus dia panggil nama-nama yang Yam tak pernah dengar - Mia, Ucha (ehh ke Icha) dan siapa lagi ntah. Kami naik ke satu rumah ni, Paan nak jumpa Amek Sofi. Paan kenalkan Yam sebagai orang baru pada Amek Sofi yang hakikatnya muda 2-3 tahun daripada kami. Yam senyum manis-manis, dengan harapan supaya senyum manis nilah akan terpahat di ingatan Amek sekalian, and I was told that antara kelebihan orang asli ni ialah - ingatan mereka yang kuat :)


Di rumah Amek Sofi tu, merasa la naik rumah made from buluh. Subhanallah sejuk dalam tu, walaupun kat luar tu cuaca panas. Dan Yam sibuk fikir, cemana keadaan diorang kalau hujan? Tak tempias ke, dengan lubang sana sini? ALLAHU, semoga mereka ini dilindungi.

Lepas jumpa Amek Sofi, Paan bawak ke rumah Mia pulak. Mia ni umur 12 tahun, dan Paan ralit bercerita tentang geniusnya seorang Mia ni. Tuari dia tanya Paan pasal ISIS - ternganga kejap Paan nak jawab. Unexpected question. TIDAKlah nak lekehkan dia, tapi ni isu ISIS kot. Yam yang dah tua bangka ni pun sehari sekali pun tak fikir pasal ISIS. Ni budak Mia ni, nampak sangat performnya - fikir isu dunia yang sangatlah jauh relationnya dengan kehidupan seharian dia.

Mia ni nak UPSR tahun ni, jadi kami bekalkan kata-kata semangat cukup-cukup kat dia. Dia senyum je, tak cakap banyak - cakap cuma perlu. Sambil tu dia dukung adik dia, terserlah sisi penyayang dan pelindung seorang kakak pada dia. Paan suruh dia usahakan dapat 5A, nanti boleh masuk sekolah berasrama. Tapi Mia tak nak. Katanya, takut dibuli. Yam terjeda seketika. Simpati mencurah-curah. Mohonlah jangan ada lagi manusia yang rasa mulia hanya kerana asas bangsa, atau rupa, atau warna kulit, ataupun agama gini. Haihhh

Kembalinya Yam ke Kg Susu usai melawat Kg Abu dan sempat bersalaman dengan beberapa amek di Kampung Senangkar, membawa seribu satu rasa. Satu demi satu lapisan rahsia yang selama ni tersembunyi, kini tersingkap. Yam tinggalkan Mia dengan rasa syahdu. Tambah syahdu, bilamana dia ucapkan,

"Kak, nanti datang lagi ya." walaupun kata-kata tu mostly ditujukan pada Paan selaku kakak angkat dia, tapi Yam turut terkesan. Rasa dihargai dan diperlukan. Sementelah, dia tanya nama Yam, dan dia senyum senang bila Yam kata nama Yam - Jamilah. Rupa-rupanya budak Mia ni nama dia Jamilia :)

Balik ke Kampung Susu, kami tunaikan jamak Zuhur dan Asar. Lepas tu kami ziarah wida' ke rumah-rumah keluarga angkat. Kami kena isikan borang survey untuk mereka - so Yam ambil kesempatan nak sembang dengan amek-amek dan apak-apak. Ada satu rumah tu, Apak dah tua. 70++, dah tak gagah nak berjalan. Satu rumah lagi, cuma ada amek. Apak tak ada, kerja buruh di Tapah. Amek kata, dia rindu Kg Susu yang lama, sebab kat sana dia ada tanah kebun dan bebas bercucuk tanam. Tapi kat sini, kawasannya terhad, dah tak boleh bercucuk tanam.

"Kat sini, mau makan ubi pun kena bayar, dik." Yam ingat lagi sebaris ayat yang amek ni cakap. Syahdu terasa. Mestilah lain - kawasan asal dengan kawasan yang diganti ni. Tapi tak apalah, amek. Rezeki. Lagipun, Kg Susu lama tu untuk pembangunan kawasan ini jugak.

Akhir sekali, majlis penutup diadakan jam 4 petang, dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JaKOA). Pihak JaKOA nampaknya senang dengan kehadiran pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara yang sanggup mengorbankan cuti demi mendedahkan diri kepada realiti sebenar keadaan yang sebelum tak kita ketahui. ALHAMDULILLAH, semoga ALLAH pelihara dan permudahkan urusan sebegini hingga ke batch-batch seterusnya.

Haaa amekkau Amek sendiri yang pegang stick GoPro. Terer ahh Amek, sporting habesss :)

Kami bertolak pulang hampir jam 5 petang. Langsung balik ke Gombak, tak singgah mana-mana pun kecuali makan di Sg Koyan tu, walaupun nama kawasan tu Cameron Highlands - tempat pelancongan terkenal Malaysia. Tak adalah terkilan mana - sebab dalam hati masih penuh dengan wajah-wajah yang ditinggalkan, hingga tak larat nak melayan rasa sedih sebab tak sempat nak jamu mata ni dengan kebun teh atau strawberi atau bunga ros. Apa yang lebih penting, ibroh yang kami dapat hasil musafir kali ini.

Satu yang paling utama yang Yam belajar - anak-anak orang asli ni agak susah untuk dirapati. Maksudnya, boleh aje kau nak huha huha gegurau dengan dia, tapi tak lama. Sebab mereka ada rasa inferior yang menyebabkan mereka susah nak rapat dengan orang. Tapi once kau dah tawan hati dia dan dia dah percaya pada kau, diorang akan appreciate kau sangat-sangat. Dan kau akan rasa touching, sebab kau rasa dihargai dan diperlukan oleh mereka. Yam ingat lagi, masa Paan tengah sembang dengan Mia, Yam duk main-main dengan adik Mia. Huha huha, Yam gurua-gurau dengan dia, ajar dia menulis, then dia gelak tak berhenti - gembira. Nak balik tu, Yam hulur tangan nak salam. And instead, she jumped into my embrace. Terkezut iols. Dia punya peluk tu, rasa macam ikhlas gilaaaa. Sort of nak ucap terima kasih - for being there. Syahdu woiii. Ada sorang lagi tu, cucu Amek Munah. Yam tumpang solat rumah Amek, dan tetiba je budak tu datang peluk Yam, tak nak lepaskan dah. Siap babai lagi ke Amek dia ha kauuu. Panik kejap seorang Yam. Nasibbaik Paan ada, menyuraikan keadaan.

Yang lainnya - Yam belajar - benarlah. ISLAM itu asasnya akidah. Kalau kau approach orang tu, terus kau pompampompam pasal tak semayang masuk neraka, makan babi minum arak tak boleh, lelaki kena berkhatan dsbgnya, mestilah diorang takut woiii. Mesti diorang rasa berat hati dan takmau meninggalkan perkara yang dah jadi amalan turun temurun diorang, seterusnya enggan peluk Islam, sebab bagi diorang Islam ni susah dan menyusahkan, walhal Islam adalah sebaliknya.

Kau sendiri tu, tunjukkan peribadi Islam. Sebab kita ni manusia jenis suka menghukum, maka kau at the first place, put on something yang bila orang judge kau - orang akan kas judgment baik ke kau. Ni kau join misi menyampaikan Islam, tapi aurat dan ikhtilat tak terpelihara - celah mana mesej Islam yang kau nak sampaikannya? Tak terpelihara tu takdelah sampai tak boleh bercakap dengan berlainan jantina, jalan kena tunduk sampai masuk longkang ke - TIDAK. Tapi jagalah - selari dengan adab dan tatasusila ketimuran yang kita amalkan ni, kennn. Selain tu, senyum je sentiasa - sebab senyum tu akan memadam satu lapis jarak antara kita dan mereka. Senyum tu akan mula-mula sekali tawan mereka. When they smile back to, then you know, they open a room for you to approach them closer.

Islam ni kan senang, dan menyenangkan. Jadi jangan nak highlightkan benda yang complicated. Cerita benda yang senang-senang dulu. Kita pun tahu, 23 tahun Nabi SAW berdakwah. 13 tahun di Mekah, dan 10 tahun di Madinah. Tapi dalam masa 13 tahun tu - cuma beberapa perkara sahaja yang Nabi tekankan - antaranya akidah dan akhlak, sebagai teras. Masa kat Mekah mana ada pasal hukum-hakam ni semua, sebab basically kita nak teguhkan dulu asas agama, then only barulah diorang tak keberatan nak melaksanakan kewajiban agama.

Samalah di sini. Kena buat mereka yakin dulu, ALLAH itu Pencipta seluruh semesta, dan Muhammad SAW itu utusannya. Teguhkan basic ni dulu. Kemudian, slow-slow kita terapkan hal-hal lain. Ada beberapa senior dari alumni duk bercerita, diorang sendiri pun, walau dah selalu sangat masuk kampung juma amek, apak dan adik-adik, tapi ada yang lepas 3 tahun, baru boleh sembang pasal Islam dengan keluarga angkat masing-masing. Sebabnya - tadilah, diorang ni sebenarnya agak inferior dan tertutup - susah sikit nak open up pada orang luar, apatah lagi kami bebudak muda yang memang tak ada apa-apa hubungan dengan diorang ni kan. Tapi insha ALLAH, once diorg dah open up, insha ALLAH lagi mudah nak membantu diorang :)

Alhamdulillah, Yam merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana memilih Yam antara ribuan yang lain - untuk diberikan kesedaran tentang kewujudan mereka yang sebelum ni Yam tak ambil peduli pun. Alhamdulillah, ALLAH izinkan Yam panjatkan rasa syukur pada ALLAH - selama ni cukup makan pakai - sebab adik-adik di Kg Susu ni, even makan sardin pun diorang gembira sangat. Sedangkan antara kita ni pandang sardin pun takmau. Heyyy sardin makan dengan telur dadar dan nasi panas-panas pun sedap tauuu! Adik-adik ni rilek je pakai baju merah dengan seluar kuning ke - biar tak match pun, tapi happiness diorang bila kitorang ada tu - genuine. Senyum ikhlas. Gelak ikhlas. Dan muka sedih bila kitorang nak balik tu pun - ikhlas. ALLAHU :(

Diorang ni buat Yam fikir - dah, Yam. Kalau masalah kau setakat tak tahu nak pakai kasut kaler kelabu ke hitam, nak kasi match dengan baju kurung kuning - tu BUKAN masalah. Kalau masalah kau setakat tak tahu nak dinner apa malam ni - sama ada tomyam campur dengan ayam goreng kunyit ke atau siakap masak patbelas rasa ke - tu BUKAN masalah. Kalau masalah kau setakat tak jadi tweetfamous, atau gambar upload kat IG tak ramai likers - tu BUKAN masalah.

Kalau sekecil-kecil benda tu pun kau nak kira jadi masalah, nescaya masalah diorang ni lagi berat.

Diorang tinggalkan kampung lama, duduk di kampung baru, sedangkan di kampung lama tu lah ada kebun durian kebung manggis kebun mangga kebung pisang kebun nenas dan sebagainya. Di kampung lama tu lah ada ubi kayu, ubi badak, ubi keledek, petai, jering dan sebagainya yang dah jadi makanan ruji diorang - tapi semua tu takde di kampung baru. Ada, tapi kalau nak - kena bayar. Means kau kena beli. And they will think like - why bother to buy when you can work for it? Diorang juga masih menunggu bayaran pampasan penuh - ditambah pula kos sara hidup yang semakin meningkat ni. Ni nak implemen GST April ni, I really wonder, do they even know its existence? WALLAHI bukan nak lekehkan diorang, cuma Yam sangat kasihan dengan diorang andai kata they have to pay more, but they do not know what they are paying actually. Dahlah duit susah nak dapat woiii.

Di akhir perjalanan, Yam cuma mampu berdoa agar ALLAH memelihara mereka dari sebarang perkara yang berbahaya - yang mengancam dan mengganggu-gugat ketenteraman mereka - baik dari segi haiwan berbahaya, atau taraf ekonomi yang semakin menyusut, atau daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mohon jangan dizalimi golongan ini hanya kerana mereka tidak setahu apa yang kalian tahu. Jangan sampai mereka sedar bahawa mereka ini golongan teraniaya, sebab korang kena ingat - doa orang teraniaya ni, mahal harganya di sisi Tuhan.

Semoga lebih ramai golongan mahasiswa yang cakna kepada sisi ini. Tidak cuma berpompampompam di arena politik negara, tapi mohon juga diberi perhatian kepada golongan minoriti yang suara mereka tidak didengari oleh banyak pihak. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita dalam membantu mereka - menyampaikan apa yang perlu mereka tahu, dan menyumbangkan apa yang mereka perlu.

Terima kasih, COMRADE, atas peluang yang diberikan. Terima kasih, Paan, atas ajakan dan bimbingan serta cerita dan berita.

Ucapan terima kasih tulus ikhlas buat Paan yang banyak support Yam, sejak belum daftar jadi ahli Comrade, sampailah bila Yam jadi peserta induction ni. Mekaseh albudulover, saranghae memmuahh

And ultimately, terima kasih TUHAN, atas segala-galanya. Terutamanya tentang kemampuan untuk berfikir tentang hikmah yang Kau kurniakan di depan mata. Syukur alhamdulillah :)

Nanti ada jodoh ada rezeki, kita jumpa lagi yaa apak-apak, amek-amek dan adik-adik sekaliannn :)

Kak Long Kawasan. Candid photo taken by Paan Kebabomm. Mashehh

Wallahu'alam, wassalam.


***

p/s : Tulisan di atas adalah berbentuk peribadi dan ditulis berdasarkan bona fide. Penulis berada dalam keadaan good faith ketika menulis entri ini, justeru sebarang kesulitan amatlah dikesali. Ketahuilah, tulisan ini ditulis secara umum, bukannya disasarkan ke sesetengah pihak sahaja.

p/p/s : Kosa kata -

-> apak - panggilan kepada kaum lelaki orang asli. Maksudnya, bapa. Senangnya, kita panggil dia ayah la. Seolah-olah menganggap dia sebagai ayah kita. Boleh juga dipanggil 'abe' (sebutan e yang macam dalam Emak, bukan Epal)

-> amek - panggilan kepada kaum wanita orang asli yang bermaksud emak. Kalau yang muda, kita panggil 'tatak'.


Sunday, January 11, 2015

Hello tahun tiga!

Bismillahirrahmanirrahim.

Kenmain Yam berhelo-helo. Bagi salam sikittt - Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ;)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Entri pertama di tahun baru 2015. Semoga tahun ini mengizinkan kita menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu. *itulah azam Yam Jamilah tetiap tahun -if you are talking about 'apakah azam tahun baru anda?' :D *

10 Januari 2015 semalam menyaksikan tamatlah peperiksaan akhir semester dua tahun dua seorang Yam Jamilah selaku mahasiswa undang-undang di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Insha ALLAH, selepas bercuti tiga minggu ni, Yam dah masuk tahun 3. Yeayyyy *guna emoticon wanita berdansa yang dalam WhatsApp tu*

Berakhirnya tahun dua menyaksikan berakhirlah subjek-subjek yang Yam secara peribadinya dah jatuh cinta dengan mereka. I found that Constitutional Law is rather an interesting subject, despite of the fact that I don't really like it at the beginning. Susah - nak kena hafal all the articles, sebab masa final exam, 'kitab' Federal Consti tak bulih dibawa masuk ke dalam exam hall ;(

Tapi Undang-undang Perlembagaan sem ini menarik, kerana isu semasa kebetulannya berkait rapat dengan subjek ini. Contohnya ketika isu banjir di beberapa negeri yang melanda baru-baru ini, hingga terputus hubungan secara total, bahkan menyaksikan pelbagai kesusahan demi kesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh mangsa banjir yang mencecah ratusan ribu - timbul persoalan mengapa tidak diisytiharkan darurat, seperti mana yang termaktub dalam Artikel. Selaku marhaen hina yang belum pun tentu dapat A untuk subjek ini, izinkan saya untuk tidak mengulas panjang tentang isu ini. Untuk pencerahan tentang hal ini, boleh rujuk ke laman Facebook Dr Shamrahayu Aziz , pensyarah Constitutinal Law AIKOL. Beliau ada mengulas mengenai perkara ini.

Beralih ke Criminal Law II - Undang-undang Jenayah II. Kalau semester lepas, kami belajar untuk menggunakan dalihan (defence), sem ini pula kami belajar tentang kesalahan (offence) yang dilakukan. Agak aneh sebenarnya, kenapa belajar dalihan dahulu baru belajar tentang kesalahan?

Dipendekkan cerita, rezeki saya untuk menuntut ilmu jenayah ini adalah bersama Mdm Mahanoon, yang saya dengar khabar-khabar yang dibawa bahawa beliau seorang yang tegas, bahkan garang dan to some extent, menakutkan. Kelas demi kelas, saya mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan dimarahi oleh beliau. Tanpa sebarang sebab, setiap kali ke kelasnya, memang kecut perut dan cuak.

Namun, alhamdulillah. Sampai ke sudah, saya tidak berpeluang melihat sisi beliau yang diperkatakan itu. Jadi saya kira, khabar-khabar yang dibawa angin itu, cuma khabar angin semata-mata, yang mana may amount to baseless accusation of people. Saya makin suka sesi pembelajaran dengan beliau - be it lecture or tutorial session. Alhamdulillah, Mdm seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat berwibawa serta berdedikasi.

Family Law II pula berkisar tentang Undang-Undang Keluarga Islam. Jika sem lepas kami sibuk menghafal kes-kes non-Muslim, namun sem ini, nama-nama Melayu pula yang galak disumbat ke dalam kepala. Hubungan dengan Mdm Normi yang dibina sejak Family Law I juga semakin erat dan akrab ;)

Seterusnya, Law of Succession. Subjek ini agak baru bagi kami, dan tidak dipecahkan kepada dua bahagian seperti subjek-subjek yang lain. Agak mencabar juga kerana subject matternya yang banyak - menggabungkan undang-undang untuk non-Muslim dan Muslim dalam satu subjek, credit hour yang banyak ; 4 jam - sejam melebihi subjek-subjek lain, serta pensyarah yang menunaikan haji yang menyebabkan kami agak ketinggalan sedikit berbanding kelas-kelas lain. Namun, subjek ini juga tidak kurang menariknya bagi saya. Memang agak susah, namun once we understand it, insha ALLAh takde masalah di hari depan. Bab kira-kira faraid tu lah mencabar sikit. Sebab tu bila tamatnya exam Succession itu hari yang susah nauzubillah tu, kami rasa lega sikit. Lepas sudah subjek susah.

Oleh sebab jam kredit succession ni banyak - maka grednya akan sangat memperngaruhi CGPA. Jadi ayuhhh ramai-ramai tadah tangan dan berdoa supaya kami dimurahkan rezeki dapat markah elok untuk Succession ni,juga subjek-subjek lain.

Subjek Syariah untuk sem ini pula cuma dua - Islamic Criminal Law II dan Usul Fiqh II. ICL agak mencabar, sebab belajar hukum hudud bertujuh, qisas dan takzir. Haruslah kena ingat semua takrif, dalil, hukum, jenis, hukuman, sebab gugur pertuduhan dan sebagainya. Tapi kelas ICL seronokkk, sebab Ust Laeba dari Thailand tu sangat menghiburkan ;)

Usul Fiqh II pun tak kurang menariknya. Malah, diberi peluang belajar dengan Ustazah Halimah Boukerrecha dari Nigeria merupakan satu peluang keemasan bagi saya. Ustazah hebat yang penyayang ini sangat mementingkan kefahaman daripada pelajar tentang apa yang beliau sedang ajarkan. Saya masih ingat, beliau menerangkan tentang AlQuran sebagai rujukan untuk kita, seperti mana kita membeli mesin basuh, dan buku manual mesin basuh itu sebagai panduan untuk mengoperasikan mesin tersebut. Tanpa kita baca dan faham manual itu, mustahil untuk kita gunakan mesin itu. Samalah seperti kita dan AlQuran, tanpa AlQuran, hidup tak betul dan boleh membawa kepada kerosakan - sebab tak ikut manual yang ALLAH dah kasi ; AL-QURAN.

Sem ni Usul Fiqh berkisar tentang sumber-summber perundangan Islam yang utama - AQ, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Serius, sungguh menarik. Ditambah pula bilamana ia diajar oleh Ustazah Halima, serius saya rasa sayang untuk tinggalkan subjek ini sementelah semester telahpun berakhir.

Subjek-subjek lain yang saya belajar semester ini ialah Methods of Dakwah dan skill Photography I. MoD sedikit mencabar, kerana kami pelajar syariah mesti mengambilnya dalam Bahasa Arab, sedangkan pelajar sivil boleh mengambilnya dalam Bahasa Inggeris. Meskipun relevannya tidak jelas bagi saya, namun tidak mengapalah. Menarik juga belajar subjek selain subjek law dalam Bahasa Arab ^^

Photography? Err. Doakan Yam pass ye. Dahlah gajet tak seberapa, bakat pun entah ke mana. Tsk

Sekian cerita Yam tentang subjek-subjek sem ini. Semoga suatu hari nanti bilamana Yam baca balik benda ni, Yam akan ingat bahawa "Ohhh aku pernah belajar subjek-subjek ni."

:D

Ayuhhh bercuti tiga minggu!

Wallahu'alam, wassalam.

Saturday, August 23, 2014

Minggu busy sedunia.

Bismillahirrahmanirrahim.

*letup bunga api*

So, pada 11 Ogos yang lalu Maryam dah jadi 21 tahun ye? Tahniah, tahniah. Semoga peningkatan usia seiring dengan peningkatan amal dan iman. Aamiin. *muka suci hati murni* :D

These few weeks was totally hectic. Tetiap hari, as in, lepas cuti raya tu, kitorang semua kena attend praktis perbicaraan olok-olok, yang mana akan (telah pun) berlangsung pada 18 Ogos 2014.

On the very day of my birthday, Cik Denin Kaif yang mulanya tak tahu that it was my birthday that day, dengan muka bersalah mencerminkan hati yang gundah, menghampiri Yam Jamilah, saying sorry for not knowing, dan siap offer nak belanja lagi, sempena birthday katanya. Memula Yam Jamila menolak jugak. Maluu. Segann. Tapi bila Cik Denin Kaif nampak bersungguh-sungguh dan bukanlah offer-offer ayam cuma, makaaa dengan hati yang girang dan suara yang riang, TERpacul dari mulut ni, Kenny Rogers? Dan Cik Denin Kaif pun setuju aje, melayan nafsu serakah Yam Jamilah. Kakakaka kesian Cik Denin.

Maka petang tu, lepas tamat latihan, dan sekali lagi Cik Denin Kaif mengajak, maka Cik DAT pun Yam Jamilah halakan sterengnya menuju ke KL Fest. Ingatkan nak ke Jusco aje, tapi Waniey tetiba cadangkan KL Fest. Bagus jugak. Dulu pun pernah pegi KL Fest sekali je, tu pun sebab ada orang belanja Kenny jugak. Mihmihmih :D

Kitorang sempat laa pusing-pusing KL Fest tu dulu kejap, sementara mengisi masa lapang nak menunggu rapat ke waktu berbuka. Maklumlah, Waniey masih berpuasa enam di bulan Syawal yang mulia ini :)





Bagus Cik Denin Kaif, tetap tersenyum walau sudah dikikis Yam Jamilah. Wakakakaka ampunkanlah birthday gal ini yaa. Nanti birthday kau, INSHA ALLAH aku usahakan kek Secret Recipe sebijik kat engko. Aku cuba. CUBA. Haha.

Terima kasih ye budak-budak, temankan aku. Layan je kehendak aku. Layan je bebelan aku. Layan je style memandu aku yang 'berhemah'. You girls rock! :))

Hu ha hu ha, dup dap dup dap, maka berlangunglah perbicaraan olok-olok yang kami nantikan dengan hati yang walang tu. Tak tahu nak rasa apa dah. Yang pasti, cuak. Kalau berlakon dalam video, boleh re-shoot, andai kata ada NG. Tapi ni live depan Madam beb, celah mana nak re-shoot nya kalau tetiba tergelak depan tu? Tergelak takpe, boleh pura-pura sawan, tak pun guna dalihan unsoundness of mind. Tapi kalau tergolek? Tergelek? Haa tu macam mana? Okay Yam Jamilah, you are talking rubbish. Move on.

Okey.

Ha, okey. That day, I mean, the Perbicaraan Olok-olok went really well and awesome. It was damn good and unexpectedly, it went really fast, that even we ourselves didn't realize that we had come to the end of it. Biasa praktis makan masa berjam-jam chuols. NG sikit, tegur. Kalau gelak, gelak sakan. Mana tak makan 4-5 jam untuk satu session. Ni, depan Madam ni, bila semua orang fokus dan serious, and did their part with all their best, maka, it took only 2 hours for us to finish the session. ALHAMDULILLAH.

Even ada small silly mistakes here and there, tapi komen Madam sangat memberangsangkan. Madam ada tegur few things, but she mentioned it clearly that such things will not affect our mark. So, that's it. ALHAMDULILLAH, 13.5/15 :) *letup bunga api*

Okeylah tu. Okey sangat dah tu. Yam Jamilah sebenarnya dah cuak. Karang Madam kasi 10 je ke, cemana? Sebab Madam nampak macam particular sikit, so Yam Jamilah gerun kalau Madam agak sukar nak bagi markah. Tapi banyak tu pun dah okey, syukur Alhamdulillah.

So, lepas perbicaraan olok-olok tu, apa lagi chuols, it's photo time! :D








Kakakakaka jadi polis mahkamah je pungg. Hep hepp. Iols dah work on script too hard, jadi tak payah la nak gigih sangat nak pegang watak-watak utama masa POO. Okey lettew polis. Takde skrip pun, melainkan, "Mahkamah BANGUNNN!" Haa tu aje. Senang kan. Hikhok.

Alhamdulillah tamat sudah bendalah ni. So bak kata Piquan, IT'S A WRAP PEOPLE! :) Habis POO ni, nak kena tunggu final exam je lah, sebelum habis short sem ini.

Esoknya, as promised, I went to a date with a married person. Haaaaaaa kontroversinyaaa statement. Kakakaka men-ca-pub (cari publisiti) Yam Jamilah ni rupanya.

Back to the story, Yam Jamilah sebenarnya spent an awesome afternoon dengan Cikya, the married person. It has been almost a year since she got married, bermakna hampir setahun jugaklah tak jumpa. Maklumlah, orang kahwin ni busy dia lain macam sikit. Eheh


Berpinau mata nak cari Sweetree Halal Korean Food yang Cikya aturkan sebagai tempat date kami. Dup dap dup dap jugak, karang sesat jalan. Waze pun tak membantu. Lastly, kena waze manual. Tanya orang! Nasib baik tak jauh, area situ jugak. Waze ni, nak kena ni. Boleh dia kata, you have arrived at your destination, di saat Cik DAT berada di depan kedai Speedmart? Hello iols cari restaurant tau. Korean restaurant!

So, jumpa Nadia tu, macam biasalah, talk session between girls. Korek itu, risik ini. Catch up few things that we missed for the past 10 months, gila tak banyak benda nak cakap? Hu ha hu ha, tengok-tengok jam dah nak dekat 3 jam bertapa kat kedai tu.

Haaa meh nak review sikit pasal kedai ni. Mungkin sebab signboard dia kecik, Yam Jamilah tak perasankan kewujudan dia awal-awal, walhal dah lalu dah. Senang cerita, it was located next to Secret Recipe, berdekatan dengan Dagang Avenue. Akak Speedmart tu bagi direction, dekat dengan kedai dua ringgit jugak Restoran Kari King.

Dekorasi dalaman dia, toksah cerita lah. Memang cantik chuols. Kitorang pergi masa dah nak lepas lunch hour, so orang pun tak ramai. Jadi, kitorang dapat bersembang dan berborak dengan seronok. Privasi la sikit bila orang tak ramai ni. Tapi Yam Jamilah rasa kalau malam, mungkin ramai kot. Ha bagi kekorang yang nak datang malam dan pada masa yang sama nakkan privasi, boleh tempah bilik. Tak silap, dia ada sediakan few small rooms untuk korang makan, atau boleh jugak kalau nak buat small party, or discussing something, sebab bilik kecil tu boleh memuatkan sekitar 6 orang kot.

Makanan? Daripada pembacaan Yam Jamilah tentang restoran ni di blog-blog, harga memang mahal sikit bila korang tengok kat menu tu, tapi ketahuilah wahai manusia, harga sedemikian sangat berbaloi-baloi sebab portionnya memang banyak. Jadi, sebagai pengguna bijak, kami order satu dish je yang main course, saja nak rasa Korean food macam mana rasanya. Nak order bebenda lain, tak berani. Satu sebab takut tak sedap atau tak kena dengan selera tekak. Dua sebab takut tak habis. Tiga sebab takut membazir. Haaaa lebih kurang sama je sebab-sebab tu semua aku tengok. Berkaitan aje semuanyaa. Mwahahaha :D

Jadi, Yam Jamilah ikutkan saja bila Nadia pesan jjam bong. Yam Jamilah order kimbap dengan BBQ sauce, serta campuran ayam, udang dan sotong goreng. Air pulak, Yam Jamilah order ice blended green latte. Nadia pulak, pebenda latte entah. Lupaa. Tapi jenis coklat atau kopi la.

Waiter dia ada local dan foreigner. Yam syak yang foreigner to from Bangladesh, kot. Tapi Nadia kata, Bangla ni Bangla high class, sebab reti speaking English. Ehh haruslah. Siap kena jadi requirement lagi kot for you to speak fluently in English, sebab pelanggan restoran ramainya terdiri daripada orang yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Satu lagi Yam Jamilah perhatikan masa sesat nak cari Sweetree tadi, kat area ni memang banyak restoran makanan Korea. Jadi, persaingan itu memang ada. Maka untuk kau nak untung lebih, kau kenalah upgrade the standard kan. Katanya la.

Okey, okey. Berbalik ke Sweetree tadi. Sementara menunggu pesanan kitorang sampai, dia kasi bubur dalam mangkuk kecil sorang satu, beserta empat side dishes, yakni kimchi, cheese sausage, bunga kobis yang ala-ala kimchi, dan (maybe) fried kacang panjang. I tried kimchi, the infamous dish in Korea tu, tapi erk. Kurang kena dengan selera tekak. I can bear the bunga kobis punya rasa, tapi tidak kubis yang dijeruk itu. Kacang panjang memang Yam Jamilah tak makan. Maka, hanya sosej je yang mampu habiskan. Satu lagi, bubur dia memang tawar, sebab memang to be eaten together with the side dished lah.

Hidangan pertama yang sampai ialah benda-benda bergoreng tu. Alah, instant kan. Pantas je lah. Okeylah, macam biasa. Benda-benda cenggini kan memang sedap. Lepas tu followed by air kitorang. Yam Jamilah tak tahu air Nadia cemana, tapi air Yam Jamilah memang sedap. Sajalah nak cuba, sebab from one blog ni, dia kata green latte ni sedap. So it was really sedap! Sukaaaa :)

Kemudiannya, the main course finally made its appearance! Jjam bong Nadia dah sampai. Haaahhhh ambikkk kau, satu mangkuk besar. Rasa dia lebih kurang tomyam kita la kut, tapi mi dia self-made mee, dan kurang pedas sikit. Ada udang dan sotong, serta sayur kubis (lagi) dan karot merah. Diorang siap bagi dua mangkuk kecil beserta sudu, macam tau-tau je kitorang memang nak share.




Lepas tu kimbap pulak sampai. So as far as I remember, that was the first time I swallow kimbap. Rasa dia memula okey. Okey, okey, then. Erk rasa macam, telan je lah semua bagi cepat habis. HAHA. Kurang kena dengan selera tekak kami, so kitorang makan satu je, then minta bungkuskan. Nadia kata boleh bagi kat kekawan dia kat kampus yang suka kimbap.


Yam Jamilah agak tertarik dengan set sudu dan chopstick dia, sebab dibalut dalam kertas, seolah-olah baru. So Yam Jamilah terfikir, kalau set baru, boleh bawa balik la kan? Nanti-nanti dia buang jugak. Daripada membazir, baik aku bawa balik.

Tapi bila tanya waiter dia, dia kata no, tak boleh bawa balik. Mungkin tu bukan set baru. Diorang cuma letakkan balutan kertas so that ia 'nampak' baru. Mungkin. Nadia dah mintak bil. Then the waiter came, tanya kitorang adakah ni kali pertama kitorang datang? Yea, so? Dia kata, nak tunjukkan sesuatu. Yam Jamilah dah agak, dia nak tunjuk cara buat candy guna brown sugar kat kitorang. So I told him that it was my birthday few days ago, sebab Yam tahu diorang ada hadiah spesel untuk birthday girl. Ihiks. Dia kemudian mintak nama Yam. M.A.R.Y.A.M :)

Tak lama kemudian, dia datang, demonstrate kat kitorang cara buat candy tu. Guna brown sugar yang dipanaskan sehingga cair, campur soda sikit, then dia ratakan atas pinggan macam doh, kemudian dia lekapkan huruf-huruf yang membentuk nama MARYAM tu. Pastu siap hias lagi. Auwwww.


Kemudian, bila kitorang bayar, dia jemput naik ke tingkat atas. Tingkat dua, ada hanbok and some Korean's stuffs. Tingkat tiga, center pebenda entah. Kitorang pun naiklah. Sempatlah merasa pakai hanbok dan perasan diri ni agassi di Korea nun. Hiks


Dekorasi kat atas pun lawaa. Lebih santai, berbanding di bawah yang lebih tertutup ruangnya. Cermin lutsinar membawakan kepada anda pemandangan di luar sana, serta lelagu Korea yang tak henti-henti berkumandang memberikan feel Korea yang bukan sedikit. Ada lah iras kafe-kafe kat Korea sana nu. Kalau korang perasan, dalam drama Korea, bila scene kat kafe, mesti ada lagu yang kafe tu pasang, kan? Usuallynya lagu omputih. Tapi ni nak mewujudkan aura Korea, haruslah pasang lagu Korea, ye idok? :)

Ada tag few members of Running Man, pastu ada tempat untuk korang letakkan padlock, ala-ala Namsan Tower tu, pastu ada jugak a bench with a huge teddy bear, dan ada keychain Korea, kekalau korang nak belikan souvenir utk rerakan yang tak dapat join gathering korang dengan rerakan lain kat sini.


Lepas bergalok-galok fefeeling Korea, maka kitorang pun beransur pulang. Nadia ada kelas pukul 3, and kitorang nak kena Zuhur bagai dulu. Gerak balik tu pun dah sikit lagi nak pukul 3. Cemerlang Nadia, pegi kelas lambat. Ha ha

So, bye bye lah sayang. Ehh tak boleh panggil sayang dah, ada orang lain yang lebih berhak. HAHA



Till we meet again, insha ALLAH. Jaga diri. Grow up! You are now a lady! Nasihat Yam yang sudah berusia 21 tahun kepada Nadia yang masih 20 tahun. Bulan 12 baru mencecah 21. Tapi dah kahwin dulu daripada Yam. Langkah bendul betul. Hikhok

Golek-golek, few days passed. And finally, I seated for my one and only paper for this short semester, on Friday. 9am - 11am. Lepas tu, terus blah ke Bangi, tinggalkan Cik DAT di rumah Kak Tie. Malam tu, naik bas di Kajang, esok paginya, which is pagi tadi, I'm home people! :) *lelompat bintang*

I couldn't ask more from Him. Lepas settle POO tuari, mak dan ayah ada di KL, transit kejap dari Brunei, sebelum balik ke Kelantan. Mak siap advertise dia buat pulut kuning, gulai ayam, lala masak pedas bla bla bla, which Yam Jamilah dah tak dengar apa benda, sebab Yam Jamilah yang masa tu tengah gegolek nak berehat atas katil, dah melompat turun semata-mata nak bersiap nak balik Bangi. Nak pulut kuninggg! :D So esoknya masa Kak Ti hantar mak dan ayah gi KLIA 2, Yam Jamilah turut sama memecut Cik DAT menuju ke Sweetree untuk memenuhi temujanji dengan Nadia.

So it was really a blissful bless for me. A treat from a roommate at a good restaurant with favourite food, a succesful mock trial, a nice gathering with parents (you know, bila kau berpeluang jumpa mak ayah sebelum exam, the feeling is soooooo heaven!), a dating with Nadia Amilin whom I have not met for almost a year, and finally a final paper which I can say, answerable, maka itu semua sudah lebih daripada cukup. ALHAMDULILLAH. Terima kasih, ALLAH. Despite of aku ni banyak dosa dengan Dia, Dia masih sudi hadiahkan berbagai nikmat pada hamba yang hina ini. ALLAHU RABBUNA :')

Haaaaaa gitu kau banyaknya agenda Yam minggu ni. Maka tak syak lagi, memanglah minggu ni (dan beberapa minggu lalu) merupakan minggu yang sibuk bagi Yam Jamilah. It was really hard and tough, sampai Yam terfikir, do I even can go through all these? And now I'm here, looking back at those hard things, while smiling.

Betullah. ALLAH tak uji kau melebihi kemampuan kau. DIA uji, bila Dia tahu kau mampu. Kalau kau tak mampu pun, Dia akan anugerahkan kekuatan, supaya kau mampu.

Jadi, in any way, susah ke senang, just go back to Him. HE is always there for you. Kan ALLAH dah cakap, bila ditanya tentangNya, beritahulah, bahawa DIA selalu dekat :')

Jadi, ayuh menikmati cuti selama 2 minggu ini, sebelum kembali bergelar mahasiswa UIA Semester ke-2, tahun ke-2 :)

Dah, Yam nak gi makan (lagi). Duduk kat rumah ni ha, ibaratkan kau tinggalkan perkataan 'diet' tu kat UIA sana. Jangan berangan la nak diet. Macam pagi tadi, mak dah gorengkan mi. Ayah pula pi beli nasi berlauk. Haaa karang derhaka pulak kalau tak makan salah satu tu. Jadi, makan dedua. Senang cerita. Dan menggemuklah Yam Jamilah -.-' Takpa, nanti balik UIA sana, kita heret Cik Denin Kaif jogging ye.

Dah dah. Nak gi makan ni. Annyeong!

Err, assalamualaikum :D

Wallahu'alam.