Showing posts with label YYA. Show all posts
Showing posts with label YYA. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

On time.

Bismillahirrahmanirrahim.

ALLAH bagi benda, tepat pada waktu kita perlu. DIA beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu, tahu? :D

Contoh :

Aku kenal Bella since sekolah menengah, tapi kitorang sangat tak rapat. Aku kenal dia, mungkin hanya pada nama. Same goes to her. For us to be in a conversation session together was almost impossible. It was uniform barrier. I used to be a prefect, so I wore green uniform. She was a normal student, and used to be an assistant class monitor, so she wore white, the yellow.

But y'know, being a prefect, biasanya kau takkan disukai semua orang. And I guess, Bella was among the persons who dislike me, as in those who wore green. Biasalah, zaman sekolah kan.

Stream and class barriers, also the reasons. Bella was from Account stream, while I was from Science stream. And, her class was, we can say, a block distance from my class. So, my surrounding was not included by her, so hers as well. Kami tidak berada dalam kitaran dan lingkungan sosial yang sama. Kami berbeza.

Tu dulu. Zaman sekolah menengah. Zaman 3 tahun dulu.

Now, we have different stories.

Kalau korang loyal reader belog ni, you must have heard about YYA. Yeah, basically it is a group name. Our group name. Kekonon lejen kan, ada nama group lagi. YYA stands for Yam Yam Association. Apsal nama aku? Sebab aku Presiden. Aku jugak Direktor, dan aku jugak Pengerusi. Gila kuasa? Well. Bebudak ni, (as in ahli YYA) sendiri pun cop aku cenggitu. I used to listen to that ;D

That Bella, yang selama ni tak pernah cakap pun dengan aku, but we knew each other hanya pada nama, has become one of YYA's member. Automatically, she is one of my close peeps here in CFS and UIA as well. We are very close, up to the level I can say that dia one of my BFFs kat sini.

Cer korang bayangkan, dedolu, kemain lagi tak pernah bertegur sapa, then masuk CFS, mula sekelas dan stadi gerup sesama. Last sem di CFS, timbullah YYA dengan outstandingnya. Lepas tu masuk Gombak, gigih pegi balik kelas sesama. Sampaikan kitaran kawan sekeliling kami pun tahu YYA tu apa dan siapa. Whoa. *tutup mulut*

That's the point. ALLAH bagi benda on time. ALLAH nak bagi aku kawan dengan Bella, tapi bukan 3 tahun lepas. Sebab kalau kami bercakap + berbual pada 3 tahun lepas, perhaps it will lead to fights and arguments,  sebab aku dan Bella rasanya tak sefikrah dulu. Heheh

Tapi sebab ALLAH ni Maha Bijaksana, DIA temukan aku dan Bella tepat pada masanya aku memerlukan kawan macam dia. And now, sometimes aku tak percaya that I can sit together with her, gegurau dengan dia, dia pun, asal aku bukak mulut buat lawak aje, kerjanya nak sepak aku aje, and bulih meniarap sesama tengok Running Man, bulih lepaking sesama, bulih keluar ber'derak' sesama. Fun, yes.

And kitorang, aku tak pernah sangka aku akan jadi serapat ni dengan dia. Dan dia pun, tak pernah fikir dia akan serapat ni dengan aku, to the level that gambar kitorang sesama dia jadikan tweetcon dia. And sebab tweetcon tu, rerakan dia yang dulunya sama sekolah, duk tanya camna kitorang boleh jadi akrab cenggitu. Well. ALLAH's plan, aku nak cakap camna lagi kan?

Benarlah. Kalau dulu aku kenal dia, mungkin aku takkan rapat dengan dia serapat kami hari ni. Kalau dulu lagi aku kenal dia, mungkin aku takkan faham dia macam mana aku faham dia hari ni. Seronok. Bella buat aku tengok banyak benda dari sisi yang berbeza, terutama dengan kawan-kawan dia yang selama ni aku fikir lain. Dia beri contoh yang baik, dan sort of galakan supaya aku sangka baik dengan dia dan geng-geng dia dulu.

Poin aku di sini ialah, ALLAH beri benda pada kita, on time. DIA tahu masa yang terbaik. Kalau kau tak dapat lagi benda yang kau nak, sabar. Mungkin belum tiba masanya. Tapi kalau kau duk asyik mintak, keep asking sampai ke tahap memaksa, tetiba bila kau dapat benda tu, kau tak akan enjoy that thing to the fullest, sebab kau bukan berada di tahap kau sangat memerlukan benda tu.

ALLAH ni, takkan pernah tak beri. DIA akan beri, cuma mungkin lambat. Bonusnya, mana tahu DIA beri lagi baik daripada apa yang kau mintak. DIA akan beri, cuma mungkin bukan di dunia, tetapi yang jauh lebih ohsem di akhirat sana. DIA akan beri, apa yang kau perlu, bukan apa yang kau mahu. Told ya, HE knows the best, maka DIA akan berikanlah yang terbaik untuk kau.

Bella ; salah satu hadiah yang ALLAH kasi kat aku, on time. Samalah macam YYA. Dan rerakan lain yang aku ada sekarang. ALLAH kasi on time, to support me when I fall. To cherish me when I sad. To teach me things that I don't know. Yang penting, bersyukur, dan pandang setiap benda yang ALLAH uji, dari sudut positif :)


Kami nampak akrab, kan? Teeeeheee :D

Korang yakin je dengan ALLAH, kalau ada mintak apa-apa dengan Dia. Nanti masa yang tepat, insha ALLAH DIA makbulkan eh. Dah, jangan sesedih. Cheer up! :)

Tapi bila pos bab-bab muhasabah diri cenggini, 1 jari aku tuding kat korang, 4 jari lagi balik pada diri sendiri. So, I am basically menasihati diri sendiri jugak. Kira sesi renungan bersama la ni :D

Maaf segala salah silap, annyeong!

Wallahu'alam, wassalam~

Thursday, December 06, 2012

Hari bertemu Fiq dan YYA Outing Day.

Assalamualaikum wbt.

Janji dengan bebudak YYA nak pegi ambil transkrip di CFS pada 5 Disember. Tapi, 4 Disember lagi dah selamat sampai di PJ, dan ber'setinggan'lah di UM, bilik Sapiqah :D

Sampai di UM lebih kurang 4 pm ++ , masa tu Fiq ada kelas. Kelas dia sampai 7pm, tapi dia akan berhenti solat asar kejap. Kemudian, menerawang sekitar UM. I didn't know which paths I took, then suddenly I ended up in front of Pekan Buku. Bhahaha. Jalan sensorang start daripada Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, kemudian jumpa Fakulti Pendidikan, kemudian jumpa Muzium Seni. Ke depan sikit, jumpa Perpustakaan Za'ba, lampu hijau aje lintas jalan bersama mahasiswa UM lain, then jalan sikit, turun tangga sana sini, jumpa Pekan Buku. Hihi :D

These are couple of pics of UM :)




Lepak situ sampai Fiq datang jemput dengan payung, sebab bumi UM yang tadinya hangat dipancar sinaran mentari, kini basah dibasahi hujan rahmat Ilahi. Wah, gitu! xD

Lepak kat surau Fakulti Bahasa untuk tunggu Fiq habis kelas, sempatlah merehatkan badan yang penat berjalan. Ceh. Haha. Fiq habis kelas, solat dan kemudian kami berdua jalan kaki balik kolej Fiq. Jauh siaaaaaa. Semput mak. Haih. Then, pegi pasar malam Seksyen 17 yang sebelah CFS tuh. Jalan kaki jugak. Huks. Kalaulah ada meter kat badan ni, entah berapa kilometer dah perjalanan hari tu boleh dicatatkan.

Sampai pasar malam, cuci mata kejap, kemudian terus meneruskan misi beli target ; nugetto dan sotong goreng Arisan.


Kemudian sempat sambar T-shirt Hello Kitty enamhengget sehelai, beli air dan terus gigih turun tangga ke bus stop, sebab bas dah menunggu. Sebbaik sempat naik. Tapi tambang daripada depan Jaya One sampai KFC yang secoet tu singgit bak hang. Gaya macam daripada CFS nak pergi Stesen U. Cis. Tapi takpe ah. Singgit je. Hewhew

Sampai depan KFC tu, jalan balik kolej Sapiqah, jauhhhh hoi. Dahaga, tapi TERbeli pulak air asamboi perasa buah nila. Masam pelik woi. Sampai bilik, terus bukak mulut, sumbat Arisan dan cendol Fiq beli. Kenyang membuntal, berehat jap. Teman Fiq jumpa kawan dia (yang rupa-rupanya kawan sekolah rendah aku) , belajar Bahasa Arab sikit (maklomla Sapiqah di amik Lughoh di UM tuh), sesi rawatan kepala (Fiq kena paksa picit kepala aku yang memberat) sambil curhat (Fiq meluahkan apa yang terpendam dan terendam di sanubarinya), sesi berkenalan dengan roommate Sapiqah bernama Shai berasal dari Kulim mengambil kos Pengurusan Bisnes, dan barulah sesi mengislahkan diri yakni mandi dan solat.

Paksa Sapiqah bukak buku, sebab beliau kata kena revise sikit, dan lepas bermanja-manja sikit (euw) dengan beliau, dah terlelap. What a longgg day! Hari 4 Disember tu, saya tidur jam 3.30 pagi, bangun jam 6.30 pagi, dan tak jumpa dengan bantal sehinggalah ke saat saya mencecahkan kepala ke bantal di atas katil Sapiqah pada saat jam sudah menginjak ke jam 1 pagi 5 Disember. Haih.

Esoknya, bangun solat Subuh, dan kiok balik. Jadinyaaaaa. Bhahaha. Jam 9 pagi baru sedar diri balik, memandi dan bersiap sebab janji dengan bebudak YYA pukul 10 di CFS. Setelah berpeluk-pelukan dan bertangisan di dalam hati bersama Sapiqah, dengan satu lambaian gudbai, maka berjalanlah meninggalkan kolej Fiq menuju ke CFS Taman Ilmu dan Budi. Jalan kaki lagi! Kekanak YYA ; Mira, Bella dan Waniey yang naik bas daripada Mid, dah pun menunggu di postguard. Sebbaik takde Rohaizat si pakgad kegemaran. Kalau tak, ada yang nak kena sepukan balas dendam.


Nak masuk CFS pun dah kena pakai visitor card. Kena bagi IC, baru bulih dapat visitor card. Rasa macam tap tap air mata mengalir syahdu. Baru sebulan lebih meninggalkan CFS, ni bila nak masuk CFS balik, dah kena jadi pelawat. Tsk tsk.


Lokasi pertama di CFS, UKC. Bersarapan nasi lemak anney. Jumpa roomies terchenta, Salwaniey dan Syaera, jejak kasih sekejap. Salwaniey sempat sampaikan gosip pemergian anney UKC yang kini tiada. Katanya dipecat. Lepas beliau takde, makanan makin murah dan sedap. Heh. *gosip aje ya*

Lepas tu, ke A&R Dept kami menuju, tempat transkrip hikmat boleh diambil. Tapi depan pintu lagi dia tempek, transkrip yang diwar-warkan keluar mulai 4 Dis, ditunda hingga 18 Dis. Cis. Tapi dengan semangat waja seorang srikandi lah sangat  , pintu AnR tetap ditolak. Masuk situ, Bella tanya sesikit pasal enrollment ke Gombak bulan 1 ni, pastu tanya pasal transkrip.

Bila cakap daripada Kelantan naik PJ untuk ambik transkrip, akak tu kata bulihla tolong printkan sehelai untuk budak jauh ni. Jadi, daripada empat orang yang datang, hanya seorang dapat transkrip. Weehehehe *ibu jari tunjuk pada diri sendiri*. Biasalah, daulat presiden YYA :D


Lepas tu ke ATM, sedut duit. Berpeluk-pelukan dan berbual mesra dengan rerakan yang masih amik shortsem, pastu mulalah berangkat meninggalkan CFS, menuju ke Lembah Tengah :D Dalam pada waktu menunggu MetroBus nombor 12, kejadian tidak mahu dilihat berlaku di depan mata. Apa dia? Crush lalu sambil pimpin tangan gelpren dia? Heh? Bhahaha. Tak ah. Nampak kucing kena langgar, pastu mati, pastu kena lenyek sampai penyek. Faham x? Euw. Seriau memikirkannya.

Cerita dia, kucing kaler coklat keemasan ni nak lintas jalan. Tapi jalan tu banyak kereta sangat. So, dia lintas sikit, dia patah balik, 2-3 kali macam tu, memang kau sengaja nak bunuh diri agaknya, kucing. Memula kaki kena langgar, melompat dia kejap. Lepas tu dalam terhincut-hincut mencari tempat selamat, badan dia pulak kena. Terlentang di jalanan, ucapkan kata-kata kembalimu pada Tuhan, duhai kucing. Kami tinggalkan CFS dan kucing yang mati itu dengan linangan air mata dan bulu roma yang masih enggan duduk.

Ok, tammat kisah kucing.

Sampai Mid, terus naik GSC, konon nak tengok showtime. Sekali tengok queue sampai depan MekDonel bak hang! Rabu kan, tiket murah. Maka orang pun ramai. Sengal aje. Maka, takde lah nak tengok Life of Pi ke, Twilight ke. Takde dah semua tuuuu. Tsk tsk. Turun MPH jumpa Fikry, ahli YYA yang keahliannya digantung 3 bulan sebab takde nombor Presiden YYA dalam Samsung S3 baru dia. Cis. *marah lagi*

Jalan sana sini, last-last masuk Dubu-Dubu, konon nak try makan deobbokki dia. 4 orang makan, dua hidangan aje. Ddeobbokki dengan peon jae (ke hape nama dia) dengan citron tea dan peach tea. Makan sikit-sikit bulih laa. Nak kenyang dengan benda tu memang tak laa. Bantuan Fikry digunakan untuk menghabiskan makan benda tu ;D Makan dua hidangan + dua air tu pun dah dekat MYR40 bak hang! Siaaaa je. Dahla muka receptionist tu ala Javanesse, tapi ucap 'annyeonghasayo' . Nak gelak kejap. Bhahahaha :D

Lepas tu, budak Fikry, Afham, Bella dengan Mira merengek kelaparan nasi. Jalan punya jalan, sampai naik tingkat 1.. Tetiba Afham kata nak makan Kenny. Sepuk karang. Kenny tu kalau lempar batu daripada Dubu-Dubu tu pun tingkap Kenny wajib pecah. Ni dah jauh ni, nak kena patah balik. Haih. Maka, dengan kuasa veto presiden, aku suruh budak-budak kebuluran tu aje pegi makan dulu, aku dengan Waniey yang sudah kebuntalan ni, akan meneruskan misi ke Daiso yang baru dibuka di Mid Valley ni. Ha. Lupa nak cakapppppp! Daiso Japan baru dibuka di Mid. Tingkat atas sekali, siap dua tingkat lagi kedai di bak hang. Walaweh.

Saya suka Daiso Japan sebab Daiso Japan menjanjikan bebarang Hello Kitty yang cukup comel pada saya pada harga yang murah setanding dengan kualitinya yang bagus. Terima kasih, Daiso. *sekian, iklan.*

Lepas beli barang sikit, kami berdua pergilah mencari empat budak tu. Masuk Kenny tu dorang sengih pelik. Gegelak. Eh, apehal ni? Bella duk gulung spageti dia aje. Afham dok kuis salad dia aje. Mira dok kupas kulit ubi kayu bermakaroni dia. Fikry aje selamba melantak, tapi masih gegelak geli. Lepas seminit dua, baru depa bukak cerita.

Hmppphh. Rerupanya transkrip aku yang duduk dalam paperbag Bella terkoyak sikit. Pastu Bella buat suara nak pohon simpati. Cis. Tapi takpe lah, sikit aje. Lagipun, sekurang-kurangnya aku dapat transkrip, korang takde :P Bella nak tumpangkan dalam paperbag dia pun dah cukup cun. Mihihihi. Lepas tu baru depa makan dengan tenang. Eh, tak jugak. Sebab ada aje dua mulut extra yang duk menggatai nak tumpang makan. Order sendiri taknak. Heeee xD





[ gaya Bendahari YYA ]

Lepas makan, gi solat. Pastu menerawang sana sini. Budak lelaki berdua tu pegi cari kerja. Budak perempuan berempat ni pergi cari kedai mana yang nak masuk menghabiskan pitis. Haha. Window shopping sahaja. Maklomlah, dah takde elaun ;D Lepas tu, Fikry dan Afham dah panggil. Nak balik. Nego punya nego, last sekali semua empat beradik perempuan ni naik kereta Fikry. Afham balik naik KTM sensorang. Bhahaha :D

Balik tu, dah almost 6 kot. Lepas Isyak, Kak Tie ajak pegi rumah Abang Mat, hantar Kunah. Mungkin hari ni akan ke Johor. Oleh sebab Kunah x ikut, maka kena letak Kunah rumah Abang Mat. Sebelum sampai di Puncak Jalil nun, sempat singgah Jusco Equine. 9.36 pm, semua kedai dah macam nak tutup. Salesman salesgirl semua dah muka toya, dengan ekspresi muka 'jangan masuk kedai kami dah, nanti kami kena tutup lambat' . Bhahaha. Tapi ada aku kisah? Jusco Equine ni best! Memula masuk D.I.Y, beli tootbrush holder. Lepas tu masuk Daiso lagiii. Yaaaaaaaaaa, Daiso lagi. I love Daiso! hihi. Beli lagi. Kemudian, pegi Popular. Perempuan Lindungan Kaabah macam menarik. Tapi tunggulah Popular buat sale 20% aku beli yaa. Masuk Jusco, ingat nak sambar jugak jaket Orange atau Chics Avenue, tapi macam tak berbaloi. Sebbaik sempat istighfar. Hihi

Maka, baru beransur ke rumah Abang Mat. Bergomol dengan Iqbal dan Ikmal, 11 lebih baru balik dan 12 am baru sampai rumah. Buat megi, lepak-lepak dulu. Kemas baju nak ke Johor, dan tidur pukul 3 pagi, bhai. Haih, Rosak dah biological clock aku nih :(

And today, tunggu Kak Tie balik sekolah dan Abang Naim balik ofis. Weeeeeeee :D McScha yang dah berada di Hello Kitty Land di Johor nun dah call, menempik-nempik di telefon, sebab dia kata kegirangan dia nak jelaskan banyaknyaaaa items Hello Kitty di HKL tu, tak bisa dirungkaikan dengan kata-kata. Gituuuu. Haha. Eeeeeeeee, tak sabaw nak pegi jugak! xD

I've been through long days these nowadays. So far I enjoy them well, alhamdulillah.

Fiq, sorry menyusahkan. And thanks for the whole night you spend with me :)
YYA, thanks guys! SERONOK!

Looking forward to great days in Johor, insha ALLAH :)

Wallahu'alam, wassalam~

p/s : Walaupun tak join YYA Outing Day, Raihana si Biro Dakwah tetap dalam ingatan. hewhewhew ;D

Sunday, November 11, 2012

When Maryam talks about guy.

Bismillahirrahmanirrahim.

My rumah is now in construction. Maka, adalah 3-4 orang pekerja yang datang buat kerja kan. I have no problem with them. Unless kalau ada yang tak sayang mata nak tenung dan renung orang macam takde keje nak dibuat.

Yeah. Today is the first day and it happens.

Antara Perasan dan Perasaan.

Soalan : Perasaan awak aje yang ada yang tenung awak? Mungkin dia tengok aje kot?
Jawapan : Hmm. Kalau dah setiap tindak tanduk diperhatikan, bukan tenung ke namanya?

Soalan : If so, kenapa nak ke hulur ke hilir depan dia?
Jawapan : Tak ke hulur ke hilir macam mananya, kalau dah diorang tu baiki di bahagian dapur. Nak buat air minuman untuk diorang, nak buat kat ruang tamu ke, di saat semua bebarang ada kat dapur? Heh? Hmmm.

Soalan : Awak yang perasan kut! Dia tengok benda lain.
Jawapan : Saya yang perasan? Hueh. Tengok benda lain, mata tak bergerak. Ni setiap kali saya muncul dia stare macam takde benda lain yang nak ditengok. It scares me tau!

Jadi, selesa dengan yang bagaimana?

I'm saying this, takdela bererti saya demand tak nak layan pekerja rumah. Cuma, jangan stare! It's rude and make me uncomfortable. Saya selesa dengan orang berlawanan jantina yang saya tak lihat mereka sebagai lelaki. Means, bukanlah saya tengok depa tu macam 'adik-adik' ke apa... It's just... Saya tak suka dipandang dengan cara lelaki memandang perempuan. I swear, it is a way toooooo rude for a guy to behave like that. Tak kiralah kau buruh ke, CEO ke, pelakon ternama sekalipun.... kalau tengok dengan that lusty look, it is rude. Biadab.

Saya selesa dengan lelaki yang saya boleh anggap macam perempuan. Takde la dengan niat nak main bertepuk tampar dengan diorang. Cuma bila saya boleh anggap mereka sampai tahap macam tu, maknanya saya selesa la nak cakap dan buat apa-apa depan diorang. I need not to behave like a angelic woman that I am not. I just can be myself and have nothing to be controlled. Kan senang. Tapi still, boundary between man and woman tu kena ada.

Fobia dengan lelaki?

Heh? Taklah! Er. DULU. Boleh dikatakan pernah la rasa inferior nak bergaul dengan opposite sex ni. Tambahan pulak, dolu-dolu takde kepentingan dan keperluan sangat untuk berhubung dengan lelaki. Tapi bila dah masuk U, sana-sini jumpa lelaki, I develop the confidence to confront them. I meet many guys with various behaviors. And that's why I say that I am comfortable with guys that I do not look them as men, but more to women, because they are my friends.

Saya ada je kawan baik lelaki. Dari sekolah rendah sampai sekarang pun masih contact. Di CFS pun, Afham dan Fikry ada, sebagai ahli YYA. And beberapa rakan yang lain. In simpler sentence, I have no problem to interact with guys. Tapi sebaliknya, ada aje lelaki yang tak boleh bekerja dengan saya, atas alasan takut saya ni jumud.

Hello! My tudung may be labuh, tapi takde lah sampai mengekang my mind to develop my thoughts. Haih. Haaa, kalau dengan lelaki yang berfikiran macam ni ; which is muslimah bertudung labuh is unapproachable due to the wideness of their tudung, memang saya fobia. Kata orang jumud, dia tu.... narrow minded! *jelir lidah*

***

Okey, dah membebel. Asalnya nak bebel pasal pekerja tu aje, dah melalut entah ke mana. Good job, Maryam! *smirk*

Semoga dilindungi daripada segala musibah. Semoga ALLAH menjaga hati-hati kita daripada terjerumus ke lembah zina.

Wallahu'alam, wassalam~

Tuesday, November 06, 2012

YYA.

Bismillahirrahmanirrahim.



YamYam Association.

YamYam, sempena nama Presidennya ; Maryam. (Thanks to AJK Kebersihan ; Nabil Afham for this name.)

So, that's us.

Maryam, Nabila, Amirah, Syazwaniey, Raihana, Afham dan Fikry.

Seven of us. I don't know how, tapi kitorang start dengan study group. Since Sem 1 at CFS. Tapi dulu rasanya ramai aje. Yang kekalnya, kami bertujuh sahaja. And lastly, recently, seven of us, sort of creating a group for ourselves. It's quite childish for having a gang at this age, but somehow, it is interesting :)


Ni nama dia pen persahabatan. Kononnya, kalau nak masuk diskusi, kena bawak pen ni. Kalau tak, ahli tak dibenarkan masuk diskusi tu. Heh. Overrr. Hiks.


May ALLAH bless our friendship :) Semoga ALLAH menjaga hati-hati kami. Semoga persahabatan ini mendapat redha ALLAH di sisiNya, aamiin.

YYA ; Presiden didahulukan, Maryam diutamakan ;D

Wallahu'alam, wassalam.

Monday, October 01, 2012

CFS - KL Sentral - LRT Wangsa Maju - Klang Gate - Wangsa Walk - LRT Sri Rampai - LRT Universiti - CFS.

Assalamualaikum wbt.

290912.

What a long dayyyy. Satu hari yang membuatkan aku lebih kenal orang, more than their surfaces. Dan satu hari yang memperkenalkan aku kepada dunia yang lebih luas.

Pagi tu supposed to ada kelas. Tapi atas sebab-sebab tertentu, dibatalkan. Er, tak. Ditunda. Tundaan yang menyebabkan plan lari. Berterabur. Bertempiaran. Haih.

Lantas, contact semua bala tentera, dan akhirnya, 11.25 memulakan perjalanan untuk ke kenduri perkahwinan abang Waniey di Wangsa Maju. Naik bas ke KL Sentral, bertapa ; makan, solat & lepak, lebih sejam sambil menunggu ahli rombongan cukup, naik LRT ke Stesen Wangsa Maju, dan ambil cab ke Masjid Klang Gate. Kenduri tu diadakan di dewan yang berdekatan dengan masjid tersebut.

Nasib baik selamat sampai dan sempat merasa lauk kenduri. Nasi minyak, ayam masak merah dan kurma daging. Alhamdulillah enak.

Makan, tangkap gambar, bersosial, bergelak ketawa, bergurau senda... 4.10petang, dah tunggu cab untuk balik. Perlu bergegas, malam ada kelas, tapi masih nak singgah Wangsa Walk. Mira nak beli tiket ke AFA.

Solat Asar di Wangsa Walk, juga hi tea di sana. Menu ialah ChaTime dan fried fries daripada sebuah kiosk berdekatan. Duduk ramai-ramai, sembang-sembang, gelak-gelak. Harap kami tak menyumbang kepada social ill.

5.40, berjalan kaki ramai-ramai ke Stesen LRT Sri Rampai. Naik tren terus sampai Stesen Universiti (Sri Rampai ke Stesen U, melalui 15 stesen SAJA yaa), dan ambil bas balik ke CFS.

Cepat-cepat balik bilik untuk mandi dan siap-siap ke kelas. Malam, ke kelas, bikin panasss aje. Haih. Kena perli siap. Aduh. Lepas kelas, supper di Ali B. Mamak tu mungkin berkonspirasi dengan Bro Alex dalam menspoilkan mood aku pada hari terbabit.

Tapi ALLAH cure hati yang sakit, dengan memberi peluang merasa nikmat berukhuwah. Nalhamdulillah.

First time bengang ya amat dengan lecturer.
First time keluar ramai-ramai ; Aku, Bella, Mira, Rai, Apam, Ejat, Sapek, Helmi.
First time keluar jauh daripada CFS.
First time sampai Wangsa Maju.
First time sampai Wangsa Walk.
First time minum Chatime.

(Jika ada dalam senarai First Time aku kat atas yang buat korang kata, "Eh, first time? Jakunnya!" , maka sila insaf. But somehow, kejakunan ni sebenarnya melambangkan ke-innocent-an aku.)

Semoga ALLAH menjaga hati-hati kami, agar tidak tergelincir daripada landasan syariah. Semoga ALLAH menjaga ukhuwah kami, agar mampu kami sentiasa merasa kemanisannya. Semoga ALLAH menyatukan kami dalam kalangan orang-orang yang dirahmatiNya. Insha ALLAH, aamiin <3 nbsp="nbsp" p="p">
Ladies ; Bella, Mira, Rai, Waniey and others ,
Thanks for the day. For all the laughs that we shared together, seriously I will remember them nicely. And sorry if my jokes hit the limit.

Bella, ayuh nikmati pemandangan indah alam ciptaan Tuhan.
Mira, I know you can do a marathon even you are wearing heels, but I'm sorry. I will always worry whenever you walk fast with that heels.

Rarai, thanks for sacrificing your Banana Chocolate and enjoying Chocolate Indulgence with me :)

Waniey, thanks for the invitation! *panahan cupid*

Aini, Yaya dan Syaza, nice to had a walk with u girls, walaupun sekejap! *pinjam spek HK, plisss? :D*

Gentlemen ; Apam, Ejat, Sapek, Helmi, Fikry (?)
Terima kasih kerana menjadi pengiring yang awesome, juga jokers yang best! Sorry kalau ada apa-apa :)

Apam, thanks for being the best tour guide and group protector. Biarlah pak cik drebar teksi tu nak kata kau budak sekolah rendah pun, pada kami, kau tetap ohsome, meksipun kau keding.

Ejat dan rerakan :D , first time lepak dengan korang, sorry kalau buat korang tak selesa dengan 'kesopanan' aku :D

Fikry yang drive maha laju, sila pandu perlahan. Ingatlah orang-orang tersayang.





Sekian, entry luahan dan penghargaan.

May ALLAH bless.

Wallahu'alam, wassalam~

Sunday, September 23, 2012

Stadigerup hingga ke sorga :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Ahli tetap :

[duduk dari kanan] : Fikry, Afham.
[berdiri dari kanan] : Syazwani, Raihana, Maryam, Amirah dan Nabila.

Sejak sem 1 di CFS, sampai sekarang. Somehow, it's quite a miracle for us to stay together since sem 1 up to now. And perhaps, last long until Gombak, insha ALLAH :) er. hingga ke sorga, mungkin? :D

VISI : Mencapai DLs ; Deen's list as well as dean's list.

Misi : Berkongsi segenap ilmu yang ada, demi kemaslahatan ummah (gitu!) .

Semoga ALLAH menjaga hati-hati kami.

Wallahu'alam, wassalam.