Showing posts with label Md Kamal's members :). Show all posts
Showing posts with label Md Kamal's members :). Show all posts

Saturday, May 01, 2021

'O Allah, I dispose all affairs in You'

 These days, life has been teaching me a lot of lessons, and some of them - I learnt hard. 


Which among them is this lesson:

The authenticity of the sincerity my heart can give - whenever I tell my Lord; 'O Allah, I dispose all affairs in You' (refer Ali-Imran:173 - hasbunallahu wa ni'mal wakeel). 


MCO has made it difficult to most of us, if not all. Well because some might still enjoy the so called privileges and immunities not to be bound by the SOP fixed by the government. But most of us has been affected so badly from those SOP regarding MCO, including the interstate ban. 


It has been such a very big issue for us, travellers who travel for work, as well as who travel away from home. PDRM's endorsement/consent is mandatory, failing which we might be denied from travelling, or worse, get compounded. 


Alhamdulillah things were not as like this before. Everything was under control and though not being able to go home and visit my parents as frequent as before MCO, I was still able to calm myself. 


But not anymore these days. My mother who has always been suffering knee pain, now too are having fever. She got her 1st dose vaccination last week and her fever is yet to be gone. And that worries us, her children, so much. Which is why I wanted to go home so badly but I just cannot.... 


Kelantan has been declared as a PKP state, now that most of its districts are under red zone. Pasir Mas somemore, is the second district in Kelantan which has a high daily cases. Selangor pun tak nak kalah, even yesterday recorder more than 1k case. Both are red zone states which worry me more. Who knows that I might be bringing home 'unnecessary thing' (the virus) without my myself realizing it, or vice versa. 


Which this fact leaves me flustered and frustrated. 


I feel so bad for my mother and father that I could not go home to visit them after so long, in the month of Ramadhan somemore, and that Syawal is approaching somemore. But I will feel worse shall I cause them to suffer unnecessary thing. 


This is the moment when I truly appreciate the meaning of disposing all affairs to ALLAH SWT, whereby I have no authority at all to control things and occurences in my life. Everything comes from ALLAH, and to ALLAH too they shall return. Everything is planned and decided by Him The Almighty, and He too will be the one that solves everything. 


Hence, I hold no power at all. No control. No authority. ALLAH solely has it, which to Him I shall always request. 


To take care of my parents when I cannot do that from here. 

To protect my parents from everything, which I cannot do that from this far. 

To shield them in the possible way when I cant even go close to them. 

To ease their matters in the best way when I cannot do much here. 

To calm their heart when I cannot do so. 

To perish them always, much more than I could 

To prepare them away from any difficulties and/or with anyone in any situation. 


Insha ALLAH aamiin aamiin. 


Dear heart, please sincerely do so. To dispose ALL our affairs to ALLAH, that only He can decide and fix. 


Regards, 

Maryam Jamilah 

19 Ramadhan 1442 H 

Saturday, September 05, 2020

Bukit Fraser

 Bismillahirrahmanirrahim. 


27 tahun hidup, Bukit Fraser merupakan antara tempat yang Maryam belum pernah jejak, dan memang dah bertahun lamanya berhasrat nak jejak. Kalau balik Kelantan, lalu Raub nanti mesti ada satu simpang menghalan ke Bukit Fraser. Mampu pandang aje signboard warna coklat tu sebab tahu jarak dan jangka masa kalau nak naik Fraser tu akan menyebabkan perjalanan balik ke Kelantan terganggu. 


Few weeks ago ajak Mother dan Father kita naik Fraser Hill, sambil bawa Mayyah jenjalan. Alang2 dorang datang KL untuk longcall Syariah Maryam khen. Jumaat lagi dah apply cuti maka dapatlah bertolak awal sikit ke Fraser Hill. Minggu sebelum tu dah naik dengan Hana, jadi Maryam kini tidak walang lagi nak drive naik ke Fraser Hill :) 


Every single time nak ke Kuala Kubu, Waze memang akan bagi jalan lalu KL (Jalan Duta) kemudian lalu tepi Gombak, membawa ke Serendah, Batang Kali then Kuala Kubu Bharu. Tapi jalan tu sangat okay bagi Maryam (minus jem masa nak masuk KL tuuu urgh) sebab akan lalu Taman Rimba Komanwel yang comeyy tu dan Rawang bypass which happens to be lebuhraya tertinggi di Malaysia hehe. 


Sampai Kuala Kubu, isi minyak siap2. Boleh jadi di Shell sebelum Kuala Kubu, atau kalau kau dah lajak masuk bandar Kuala Kubu, ada satu Petron dan satu Petronas depan Mahkamah Syariah Kuala Kubu, atau Shell dekat sebelah Dataran KKB. Sebab nanti kat Fraser Hill tu, TAKDE stesen minyak ya. 


Signboard kata 40km je naik atas sana, tapi jalan dia macam usus manusia (kalau kau tengok dalam Waze) which means sangat bersimpang siur. Kitorang naik tu Jumaat takde cyclist lagi. Esoknya Sabtu tu nak turun tu ramaii naw cyclist nya sebab trend nowadays khenn orang naik beskal. 


Mula-mula tu jalan dua hala lagi. Tapi dah sampai signboard kata FRASER HILL RAUB, dah mula jadi sehala naik. Jalan turun laluan lain. Jalan makin kecik tapi okey lah sebab sehala. 40km je signboard kata kan, tapi boleh jadi sampai sejam jugak sebab kita haruslah memandu secara berhati-hati haha. 


Bila kau dah nampak signboard Maybank kat atas tu, ye lah tu dah sampai puncak la tu. Jalan depan lagi, nampak Clock Tower tu so memang confirm lah, tidak syak lagi, itulah Bukit Fraser hehe. 


Kitorg ambik hotel Puncak Inn which is memang betul2 sebelah Clock Tower tu je. Mother Father kita dah tua jadi diorang tak nak jalan jauh-jauh. Dari hotel ke Clock Tower tu sepuluh tapak je so oklah tu untuk mereka cuci mata kejap haha. 


BUT Puncak Inn takde lif tau. Macam Mother kita kesian la sikit, manjat tangga dengan sakit lututnya. Tak tahu pulak pasal hal ini namun begitulah, nak buat cemana. Overall takde aktiviti sangat. Kami dinner di Teahouse atas tu, balik cari megi jugak hahaha. 


Basically, aktiviti santai je. Round kawasan setempat tu, naik teahouse, keliling sikit sampai ke Allen's Water, cubaan cari Istana Kelantan haha then esoknya tu dah turun bawah semula. Jalan sikit, makan lebih sikit, rehat banyak sikit. Ye lah dengan warga emas kan, maka tak boleh lasak-lasak sangat. Bawa Mak pegi rumah kawan lama di Kuala Kubu Bharu, lajak sampai ke Tg Malim untuk bawa Ayah ziarah UPSI dia. Alhamdulillah they both are happy :) 




Jadi lah tu. Bukit Fraser memangnya takde apa sangat kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tapi I may be going there again just for its calmness and serenity. Tak riuh dengan orang sangat, dan walaupun malam dia macam ghost town, tapi kekadang sunyi itulah yang kita cari kan :) 


Sehingga lain kali, Bukit Fraser :)


Regards,

Maryam Jamilah 

Thursday, April 09, 2020

MRO Day 23 - Adam Mujahid

Hi there.

So this time around, ceritanya pasal Adam Mujahid.
Sedikit biodata Bang Adam ni adalah beliau sekarang berumur 6 tahun, anak sulung daripada 3 adik-beradik. Abang kepada CahMerah, 2 tahun dan Ammar Mujaddid, 20 hari++ :D

Cerita dia, sejak-sejak MRO ni, kami dah tak boleh ke masjid depan rumah ni untuk solat jemaah. Pagar masjid akan ditutup, and cuma azan yang berkumandang. Alternatifnya, ayah adakan solat jemaah di ruang tamu rumah. Maghrib Isyak, Subuh wajib. Zuhur dan Asar ikut kelapangan masing2. Tapi alhamdulillah, lekat amalan tu daripada awal MRO sehinggalah ke hari ini. Ini pun salah satu hikmah MRO juga saya kira, sebab sebelum ni kami sekeluarga jarang solat jemaah sama-sama semuanya sebab yang lelaki mostly akan solat di masjid.

Adam Mujahid ni dia ada peel yang lepas je bagi salam selesai solat, terus dia terjah iPad dia. Eyy la budak ni. Nasib belum mumayyiz benar, kalau tak maunya kena geletek dengan Che Sue. Tapi suatu malam, ketika Adam Mujahid bergegas nak bangun menuju ke iPad beliau lepas selesai solat, segera tangan dia ditangkap dan dia, saya riba.

Menggelepar dia kejap sambil kena geletek, sebab dia nak melepaskan diri. Long story short, sampai part doa, saya suruh dia doa jugak.Sebab saya kata, dalam doa ni kita boleh minta apa aje dengan Tuhan. Rezeki - duit, mainan, makanan semuanyalahhh contoh yang best saya bagi. Dia diam sekejap. Tak meronta dah. Alah, meronta pun bukan yang macam menggelupur gitu. Acah-acah meronta je sambil sengih ketawa gelak sebab dia tahu dia sedang cuba buat benda yang tak sepatutnya dia buat.

Pastu saya tanya, 'Adam nak doa apa?'

Dia jeda seketika, sebelum jawab sambil mata dia terarah ke almari buku Atuk dia nan tinggi (6-7 tingkat punya almari buku), 'Adam nak doa supaya ada angin boleh tiupkan kapal terbang Adam ke bawah.'

Langsung, dia tadah tangan elok-elok dan berbisik dalam doanya, exactly apa yang dia cakap dia nak tu. Bisik yang jenis nak suruh orang dengar tuu. Haha

Refleks, saya ketuk dagu dia. Itu aje dia mintak? Dia gelak-gelak lagi, dan lepas habis doa, dia lolos lalu tenggelam dalam dunia iPad. Tapi saya masih termangu, memikirkan 'doa' Adam tadi.

Senang kan menjadi kanak-kanak? Polos aje doanya. Ringkas dan mudah. Nak minta apa ya? Ha, minta anginlah. Supaya tiupkan kapal terbang kertas Adam yang tersangkut kat atas tu jatuh ke bawah. Supaya boleh main lagi.

Tapi kita, orang dewasa ni, doa tu macam-macam pesen dan jenis. Habis ratib semua nama dan perkataan, menghambakan diri kepada Tuhan, Tuan yang sejak azali hingga mati, moga sudi dimakbulkan doa kita, kerana kita tahu pendosa seperti kita ni, ada mungkinnya doa terhalang. Lalu kita minta siap2 kepada Dia, agar Dia dengar doa kita.  Lalu kita minta macam2 - rezeki; kerja, jodoh, keluarga, kawan2, pengajian etc, keberkatan ; umur, masa, duit, tenaga etc, dan bermacam lagi.

Sebab kita tahu, susahnya menjadi dewasa. Semakin besar kita, semakin banyak keperluan, kemahuan dan kehendak kita, maka doa menjadi semakin panjang.

Maka sewajarnya, ibadah juga bertambah la kan? Sebab nak minta banyak2 dengan Tuhan ni, takkan nak ibadat sikit2 ciput2 hujung2 waktu je kan?

Sampai kat sini fikirannya, saya rasa sakit. Adalah tu sebab apa-apa doa kita belum dimakbulkan. Mungkin kita banyak sangat dosa, mungkin kita masih ada rasa kuasa sedangkan semuanya milik Dia, mungkin kita masih belum cukup menjadi dan berasa hamba, atau mungkin juga kita minta sesuatu yang kita belum perlu, atau sesuatu yang kita takkan perlu. Rahsia ALLAH semua tu. Takpe, itu kerja Dia. Jangan kita ganggu gugat. Kita settlekan part kita sebagai hamba (abid) - dengan beribadat padanya.

Insha ALLAH aamiin.

Terima kasih, Adam, bagi pengajaran secara tak langsung kepada Che Sue.




So lepasni, cerita MRO siapa yang kita akan kupaskan dan abadikan di sini? Heheh

Wassalam. 

Sunday, April 05, 2020

MRO Day 19 - Along

Hi there.

So I've decided to write whatever I find memorable during this MRO period here, for future reading, simply because things are sometimes too private to be shared at Facebook, or too long for Instagram and Twitter.

So today is the 19th day of MRO, and it is about Abdullah Fathi aka Along, one of my nephews.

I've always known that he is a secretive boy. He doesnt speak much usually, but when he does, he does. He also always asks question randomly that sometimes I am impressed with him and thinking ability for a 10 year old boy.

But today, the fact that he does not really share what bothers him, hits me extra hard. He looked unhappy, in fact a bit upset this evening, when he usually will be very happy and cheerful alongside his cousins, Mal and Eam. So I asked him why. And his answer like slapping right into my face.

"Along taknak cerita masalah Along dengan orang lain. Nanti Along selesaikan sendiri."

I was left speechless for a moment. After gasping some air and looking for ideas to reply, I told him,

"Ada benda kita boleh simpan, ada benda kita kena kongsi." I still couldnt believe that I have to say that to a 10 y/o boy. He just stared at me blankly, not intending to reply me anything. After a while, he left. Sitting alone at the couch, and I didnt mean to disturb him. A while later, he came, looking as usual; fine and happy.

Masha ALLAH.

I seriously felt like an useless aunt, who cannot do anything to help my nephew. I didnt know whether he fought with his other cousins, or he got scolded by my sister, or  he was unhappy with what exactly. He didnt allow me to help him and that frustrated me the most. He didnt trust me to share the concerns that bother him, and that upsets me in a sad way. And the fact he came back looking fine saddened me more that my nephew has to sort things out by himself, in whatever way only God knows.

Anyway, may ALLAH ease your matter boy. Whatever happens, I love you and you can always count on me on ANYTHING, my dear.

I truly believe that this MRO, among others, gives me opportunity to know my family members better and closer. Perhaps the opportunity that we will not be getting in usual days.

Whatever it is - alhamdulillah. In spite of this MRO, we might be enjoying something we do not even realize. It is on us to whether appreciate it or ignore it.

Again, Long, Che Sue loves u tau!

( Along - at the left- with Eam)

Bye for now. 

Friday, September 13, 2019

Cikgu Kamal's Clans in Kota Kinabalu 2019

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah diizinkan untuk execute plan holiday kami sekeluarga yang dirancang berbulan-bulan. Kali ni first time SEMUA family members pergi; mak, ayah, abammat sekeluarga, kakti sekeluarga, bangjat sekeluarga, mayyah dan mayyam. Siap ada baju kauuu. Kenmain semangatnya haha.

Kami jejaki bumi Sabah kali ni, sebab menurut Ayah, tak pernah lagi sampai Sabah. Yam pun. Maka dengan trip ini alhamdulillah lengkap 14 negeri dalam Malaysia telah kujejaki ihiks :D



Berjalan dengan ahli seramai 10 dewasa, 10 kanak-kanak pasti membuatkan susun atur perancangannya berbeza dengan perancangan percutian biasa. Dan bercuti ramai2 maceni mengajar kita supaya lebih sabar dan bertoleransi, tokleh nak ikut kepala kauuu je. Ada lagi 19 kepala kau kena consider haha. Maka, berlebih kuranglah. Barulah harmoni. Aagituu. Haha

Nasihat tulus ikhlas Yam, plan itinerari elok2. Aktiviti. Makanan. Tempat tinggal. Kenderaan. Pastu jangan nak fokus too much on following strictly the schedule. Iti tu anggap sebagai guideline je. Mungkin ada satu dua aktiviti, satu dua tempat yang kita terpaksa let go due to kekangan masa dan tenaga, maklum saja berjalan dengan warga emas dan anak-anak kecil, tapi jangan kecewaaaa. Nikmati je masa yang ada.

Holiday dengan famili ni sebenarnya tak kisah kat mana-mana, yang penting dengan siapa kita bersama. Haa gituu. Hiks



Kami jejak KKIA Khamis malam. Balik hotel, tidurrr. Esoknya dah pegi snorkelling. Maka bear in mind, petangnya memang semua kepenatan. So aktiviti santai-santai je; pusing pasar filipina, pasar malam dan makan-makan. Nak jenjalan lebih2, tunggu next day.

Haa on the way to Kundasang the next day nya, barulah kami banyak berjalan sikit.

Singgah di muzium marin dan akuarium di UMS.



Lepas tu Jambatan Tamparuli dan Pekan Nabalu, sebelum check in di Kundasang. Okay, rileks. Jalan banyak, letih pun banyak. Kasi mak ayah dan budak-budak rehat. Yang dewasa ni masak. Perut kenyang, insha ALLAH tidur berkualiti. Esoknya nak jelajah Kundasang dan Ranau pulak.

The next day, cambiasa ke Desa Dairy Farm. Tengok lembu pastu minum susu lembu haha. Landskap lawaaa dan sangat instagrammable hehe. Cuma kena jalan banyak sikit la utk warga emas seperti mak dan ayah. Lepastu ke Fish Spa Sg Luanti. Haaa kat sini goreng pisang dia best, SILA BELI bebanyak haha. Sg Luanti ni dah masuk Ranau, so agak jauh sikit dengan Kundasang. Tapi best lah. On the way balik, singgah Sg Poring Hotspring yang merupakan tapak warisan dunia. Spend masa banyak kat sini pun boleh. Mandi manda, ada juga kebun orkid dan taman rama-rama. Sesuai utk semua peringkat umur.

Balik homestay, masakkkk. Semua kelaparan haha. Dan ready utk last day. Esoknya nak patah balik ke KK dah utk flight ke KL esok malam.

Satu tips lagi bila berjalan ramai2 ni, silalah masak haha sebab nak makan kat kedai selalunya x berbaloi. Plus homestay yang kami check in ni ada dapur dan cukup fasiliti untuk masak, tinggal beli bahan mentah je. On the way ke Kundasang tu ada kedai jual sayur fresh, terutama dekat area Bundu Tuhan tu. Dan sebelum sampai pekan Kundasang itself ada 99 Speedmart so boleh le nak beli sardin ke telur ke perencah nasi ke beras ke roti ke etc haaa banyak nau cadangannya. Plus bebudak akan selalu kelaparan makaaaa sediakanlah makanan banyak2 - roti, biskut etc.

Last dayyy barulah Kinabalu sudi memunculkan diri setelah berhari2 dilitupi kabus. Alhamdulillah sempat merasaaaa :)




Lepas brunch, bye bye Kundasangggg moga ketemu lagiii.


Kembali ke KK, singgah Zuhur dan Asar di Masjid Bandaraya. Lawaaaaa dan menarik. Ada ATM, ada kedai makan dan macam2 kedai lain. Kitorg lunch kat situ jeeee sebab lepastu nak rush pergi pasar filipina utk shopping kali terakhir before balik KL ehehehe

Dan menikmati sunset di pinggir pasar.



Kemudian bergegas ke airport utk balik KL. Maka tamatlah percutian famili Hj Kamal kali ini. Moga berezeki untuk merasa lagi nikmat ini aamiin.

Nah, yam kasi sekeping gambar pakcik ni :D



Till next time, Cikgu Kamal's Clan!

Sekian, wassalam. 

Thursday, November 23, 2017

G-Day! [ Yam's Graduation Day and some useful tips for IIUM convocation ceremony]

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Wahh dak-dak UIA sangat tau hahaha. So, lebih kurang 10hari lepas, pada tanggal 13 November 2017 bersamaan hari Isnin, alhamdulillah diizinkan Tuhan untuk menempuhi istiadat konvokesyen UIA yang kali ke-33.

Jumaat tu kecoh UIA banjir, sebab hujan lebat non stop for hours. Yam pun nasib baik keluar awal sikit jeee daripada UIA, dalam jam 3.30pm, tu pun dah menempuh air depan Mahallah Safiyyah. Tapi pukul 4.30pm tu dengar ceritanya lagi dahsyat. Macam biasalah, depan KAED tu memang air masuk sampai ke dalam kereta. Masha ALLAH. Moga dipermudahkan urusan mereka yang terjejas kerana banjir kilat tuu.

Maka, kami para graduan ni dah cuak. Jumaat banjir, Sabtu tu hari pertama konvokesyen. Minta jauhlahhh hujan lebat, apatah lagi banjir. Lecak depan IIUM Cultural Center (IIC which formerly known as CAC Hall) tu, maka tak seronoklah hari graduasi. Apatah lagi kalau banjir.

Sabtu, hujan lagiii. Tapi tak banjir. Ahad, hujan jugak. Tapi dah berkurang. Isnin, alhamdulillah sangat, panas ceng-ceng, lit-lit. Selasa tu pulak baru start hujan. Subhanallah, ALLAH punya kerja. Terima kasih dak-dak UIA yang sudi mendoakan kelancaran majlis. Bukan apa, selain para graduan, kesian juga dekat ibu bapa yang jauh-jauh datang nak tengok anak konvo, sekali hujan lebat ke banjir ke, tak ke syahdu :(

Okey, back to my session.

Last day, yeap. Last session, yes. Sesi petang. Memang agak tak favor sesi petang ni, sebab selain nak masuk dewan tu rushing dengan solat Zuhur, bila keluar dewa tuu rushing dengan solat Asar pulak. Tapi takpelah, tak hujan pun dah cukup besar nikmat, maka kita redhakan sahaja :)

Since session Yam hari Isnin, memang dah rasa sayu syahdu nian hati ini sebab dapat agak dah, abang kakak yang bekerja berkemungkinan besar tak boleh hadir - susah kot nak cuti. Plus ni konvo je kan, so watlek watkul je okey. Bukan semua pun boleh masuk dewan tengok konvo, kalau ambil cuti dan datang pun, kena berpanas pulak haa. Kesian, dengan budak-budak lagi. So, Yam dah pesan pada diri sendiri, jangan nak excited sangat haha. Baju konvo pun buat guna kain sulam beli kat Bandung yang kebetulan gi jahit. Terjadi lah ia sebagai baju konvo yang Yam tak plan langsung pun mwehehe.

Photoshoot konvo pun kongsi ramai-ramai dengan kekawan. Takde maknanya nak bayar Rm150/jam untuk shoot sensorang. Minta tolong junior Rai je, bayar dalam rm10 je sorang untuk 2jam mwahahaha. Okaylah tu, daripada awal-awal tuu, I didnt even think to hire any photohgrapher. Tapi lepastu tetap semangat tangkap gambar guna phone, like hundreds of pics. Hiks.

Ya anak-anak, adik-adik. Bukan senang nak konvo. Kau kena isi borang tu borang ni, kena selalu updated dengan tarikh ambil jubah, hantar jubah apa semua tu. Kena fikir baju, photoshoot and some even consider make up. Akak faham dik, kau tunggu like 5-6 years since foundation for your graduation day (will be referred as G-day as of afterwards), so wajarlah kau nak berhias diri sikit daripada hari kebiasaan. Silakan, silakan. Tapi jangan sesekali kecam orang pemalas cam akak ni yang tetap tepek bedak Johnson Baby je kahkah pastu mulalah by evening keluar dewan tuu muka serupa teh ais kelat huks

Pastuuu ada juga kekawan kau yang prepare convo gifts, so as courtesy kau mesti rasa nak membalasnya kan. Yam pun preparelah sesikit dengan rakan -rakan terdekat, selagi mampu. Yang belum dapat anything daripada Yam tu, doakan Yam murah rezeki, nanti sebelum grad LLBS, Yam kasi dekat semua orang yaaa insha ALLAH :D *ayat selamat*

Selain itu adindaku sekalian, kalian juga perlu mempertimbangkan layanan kepada parents kau yang datang dari jauh untuk G-day kau. Macam akak kau ni, mak ayah, sorang kakak dan sorang anak saudara datang nun dari Kelantan. Memanglah mak ayah selalu datang KL ziarah anak cucu, tapi bila mereka datang specially untuk kita, tak tahulah kenapa tapi Yam rasa sangat accountable untuk entertain diorang. Selalu abang kakak yang akan bersungguh, fetch kat airport, bawak gi makan etc, maybe sebab masa tu dorg tahu parents kami datang untuk dorang dan anak-anak dorg. Tapi ni since Yam tahu parents datang sebab G-day Yam, maka I have that kind of responsibility to entertain them most of the times, if not all.

So mulai hari Jumaat tu Yam fetch dorang kat aiport, bawa pergi rumah abang kakak, bawa ke sana ke sini, dan finally hantar balik ke airport on Rabu, meskipun kena monteng kelas. Ihiks padahalmemangsukamonteng huhuhu. Bukannya diorang minta atau suruh, tapi maybe kami dah terbiasa dengan cara macam tu kot, which I hope it is a good thing for our parents dan moga istiqamah :)

So the day came. Yam bawak mak dan ayah serta Kak Yah ke UIA pagi Isnin tu around 11 something, for the session will begin at 1.30pm. Dinasihatkan kalau engkau sesi petang, before 12 dah masuk UIA sebab taknak stuck dalam jammed orang yang sesi pagi nak balik. Cari parking as close as possible dengan CAC atau masjid, considering your parents. Kalau convo on weekend okay sikit kot, sbb boleh parking tempat staf. Tapi bila weekday, hari bekerja, mana boleh parking tempat staf. Memang ada port lain, tapi limited lah. That's why come as early as possible. Early birds get good worms, remember? Ewahh. Kahkah maka hari kejadian tu, Yam usahakan parking dekat building Engineering, so dekat dengan both masjid dan CAC Hall. Dekat tak dekat, 5mins jugak berjalan, which was agak jauh jugak la untuk my parents yang dah reach 60 y/o tuuu.

Okay, sampai-sampai je terus tuju ke masjid. Masuk waktu ke belum ke, tuju je ke masjid. Sebab dorang stay lebih daripada 3 hari, dah tak boleh jamak. Maka kena solat satu satu. Nak ambil wudhu' lagi, nak berjalan lagi, tahu la kan masjid SHAS tu ruang solat di atas (walaupun ada je kat bawah tapi kot2 penuh ke kurang selesa sikit ke untuk mak ayah), maka seeloknya tuju je ke masjid. Masuk waktu terus solat, dan Yam terus ke CAC sebab graduan kena start masuk pukul 1.30pm. Parents lambat sikit, around 2pm. Ingat, smart card yang sekali dengan invitation card tu graduan kena pegang. Satgi takde benda tu, tak terpanggil nama kau kat stage. Invitation card tu je bagi kat parents. Takde benda tuuu, xboleh masuk pulak parents. Jangan duk buat loqlaq tauuu.

Okay, masuk hall. Pasal attire. Girls please have jarum peniti nak letak dekat topi supaya nicely attached dengan tudung. Supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku masa kau tunduk dekat Rector kat stage nanti tu ke apa ke. By the way, nanti akan ada akak-akak staf/komiti yang akan tolong, so dont worry too much. Tapi just in case, prepare your own jarum la. And bawa beg kecil yang boleh silang pastu kalau sarung robe tuu takdelah nampak sangat kau pakai beg. Kecil jeee, bagi muat phone, smart card tu pastu lipstick ke sebatang. Cukup ah. Kot-kot nak calit sebelum naik stage kan.

Oh btw pasal attire especially girls, uni lain akak taktahu diknon oi, tapi kalau UIA, sisters WAJIB pakai tudung kaler krim. Suka kau la light cream ke off white ke light yellow ke, asalkan menurut mata kau dan rerakan kau tu warna krim, pakai lah. MESTI plain, takde corak apa2. And since you are going to wear that the whole day, maka please wear something that you are comfortable with, yang kau takkan rasa tak konfiden. Contohnya selalu pakai bawal, janganlah hari konvo tu kau degil nak pakai shawl satgi kau rasa x selesa susah dik ooi. Kalau nak pakai shawl jugak, biasakan diri pakai shawl dulu seminggu dua sebelum konvo. Get yourself used to that first, until you feel confident. Sebab kalau konfiden, anything looks good on you sweetie. Why? Because confidence is the bet jewelry a girl can ever wear. Okay? Ahaaa

Btw kasut kena dark in colour. Black, dark brown and dark blue. Please adhere the supposed attire, satgi committee deny entry engko akak taktahuu. Haha takdela sampai x kasi masuk, tapi nanti diorang akan kasi attire yg menepati majlis, which can be tudung sarung kaler krim, atau kasut saiz gedabak kaler gelap. Since you will never want to wear something like that and look bad on the stage and in the pic, please please please follow je rules tu ya :)

Okay back to the session in the hall.

Session tu biasa lah ada selawat, nyanyi lagi UIA dan Negaraku etc, but you shall not miss out the moment YB Rector bagi speech. It was really meaningful. Macam kitorang, YB Rector umpamakan kami ikan-ikan yang berenang di akuarium UIA, yang sudah sedia untuk dibebaskan di lautan terbuka di luar sana, and she gave some life advices that I would treasure them. So, pay attention dekat Rector's speech, for it would be so nice to be listened to, and to be recalled of one fine day. Tauuu. Jangan tidur pulak, dah-dahlah tuuu tidur dalam lecture 4-5 tahun lepas mwahahaha. (I was saying this to myself by the way, with all due respect :D)

On the side note, kalau ayah kau seorang pembaca tegar, macam ayah Yam, pesan kat dia masuk hall tu bawak buku please. So that takde la dia bosan nunggu sesi habis. Ye lah, satu sesi dekat seribu (atau lebih) kot graduan nya. Lepas kau naik stage, ayah kau dah takde objektif untuk stay dalam hall. Tapi takleh keluar sebab tak lawa la pulak kan. Protokol pun kena jaga juga. So stay je la sampai habis sesi. Ayah Yam duk belek buku tentatif entah berapa juta kali kakakakaka kesian beliau.

Mak?

Ha, mak-mak ni kita pesan suruh bawak powerbank hahaha. Whatsapp, tangkap gambar, ambik video, banyak guna bateri ye mak. So, seperti mana ibundaku, titipkan pesanan pada ibundamu jua supaya bawak powerbank nak layan telpon dalam dewan tuuu hihi

Okay, sesi tamat. Keluar dewan. Haaa ni part rushing sikit. Semua orang nak keluar. Dahaga, lapar, nak solat, semua ada. Kat sini kau kena berlapang dada dan banyakkan bersabar. Orang ramai, berpusu-pusu. Tapi tetap rileks kayhh.

Yam kenmain gembira bukan kepalang bila keluar hall tuuu ada semua abang kakak abang ipar kakak ipar dan anak-anak menakan! Abang Yam cuti, abang ipar kakak ipar half day, kakak pun half day, bebudak cuti (ponteng) sekolah, makaaaaaaa meriahlah gambar convo Yam alhamdulillah.

Terima kasih for making it, sibs. And for the flowers. Oh btw sebab ni session last, banyak bunga murah-murah, rm10 untuk bouquet bebesar, rm5 untuk kecik sikit, in fact kitorg dapat bouquet free je mwahahaha regardless, thanksss. Lepastu penat la sikit nak jaga bunga tuu tetiap hari kena tukar air, and after seminggu dah boleh buang sebab layu. Huhuhu anyway it's the thought that counts, kan? Makanya, muchas graciasss :3

Okay lepas sesi bergambar sesikit, maka pi lah solat. Masa ni curi masa jumpa kekawan sekejap dan tangkap gambar. Tapi serius tak ramai yang Yam sempat jumpa, sebab memang dengan family je most of the times. Takde masanya nak gi cari kawan kejap. Kalau jumpa pun, kebetulan je. Takpe, next time ya. Masa konvo ni, ejas specially untuk family je dulu.

Kami sambung terus dengan maghrib, lepastu ke kedai gambar di kawasan masjid tu untuk ambil gambar studio. Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah sebab takde dalam plan Yam punn nak ambil gambar studio sebab mahal mwehehehe tapi BangMat yang belanja haha.  Lepastuu gi makan dan balik rumah. Sampai rumah around 2 am haa tak ke pengsan engko, the next day tu memang tak lah nak kelas hahaha. (Akak kan LLBS so the day after convo terus ada kelas.)

Overall, convo ni merupakan pengalaman baru bagi Yam. Tak pernah convo, hatta masa tadika ke tabika ke derjah 6 ke SPM ke takde, takde pakai jubah konvo ke mortar board tu ke, TAKDE. So, ni pengalaman pertama. Nasihat ikhlas, jangan expect untuk ada kenangan best je. Akan ada situasi yang membuatkan kau tak selesa ke, nervous ke, nak marah ke, kecil hati ke, akan ada. Mungkin la ada antara kalian yang direzekikan untuk a perfect moment during the convo, tapi ingat juga mungkin ada kekawan yang tak berapa feel nak convo, mungkin sebab takde insan yang diimpikan untuk hadir bersama, atau tak sempat nak tunjuk skrol dekat either of the parents atau family members ke. Jadi, dalam kita bergembira, jangan lupa yang tiada. Berlapang dada, whatever the feeling is, moga Tuhan izinkan kau bersyukur dengan segala kurniaanNya.

Ada satu moment tu Yam tak percaya yang Yam akan bergraduasi, like for real my G day has come?! Tapi itu adalah satu kenyataan. Bermula 2011 di CFS, dengan fail UPU, tebalkan muka pergi manually apply dekat AMAD IIUM (thank Ayer!), pastu mulakan pembelajaran di CFS PJ, kenal orang baru, kenal crush (ehh!), masuk persatuan itu ini, pergi tempat itu ini, lepas setahun setengah masuk Gombak, lagi luas skopnya, empat tahun di AIKOL, suka duka jatuh bangun, akhirnya ALLAH izin naik stage terima scroll daripada YB Rector, masha ALLAH.

Terima kasih, Tuhan, untuk rezeki yang berpanjangan ini.
Dan untuk hadiah yang tidak aku pilih, namun aku tahu merupakan yang terbaik untukku; ibu bapaku, keluargaku - TERIMA KASIH - kerana masih dipanjangkan jodoh kami untuk bersama.
Para pensyarah dan rakan-rakan tak kira sebaya, junior atau senior, staf-staf, makcik pakcik cleaner, cafe dan sebagainya, TERIMA KASIH banyak - untuk pertemuan-pertemuan yang mengajar ilmu kehidupan, selain daripada ilmu ilmiah yang berkaitan.

Tahniah, Yam, for you LLB.
Sikiiiiiiiiit lagi untuk LLBS. Tahun depan, kita naik stage lagi ya :)




Happy G-Day, Maryam Jamilah!
Now officially an alumni of IIUM! :)
Semoga direzekikan Tuhan untuk memanfaatkan ummah dengan sedikit sebanyak ilmu dan tenaga yang ada.


Wallahu'alam, wassalam.

Loveliest regards,
Maryam Jamilah,
AIKOL 36th Batch,
IIUM 33rd Batch.
2017.

Friday, September 08, 2017

Terima kasih Samyang's Hot Chicken Ramyen!

Bismillahirrahmanirrahim :)

3-4 hari sebelum raya haji, BangMat si abang sulung dan keluarga dah pun sampai ke kampung halaman. Iqbal si anak saudara sulung yang darjah 5 tuu tak habis-habis bercakap pasal sukanya dan gemarnya dia pada instant noodle Samyang, siap sembang pasal #SamyangChallenge and stuffs.

So, malam raya tu, Yam bagitau dia ;

"Abang tolong Che Sue vacuum ruang tamu ni, nanti Che Sue belanja ramyen yang Abang duk sebut-seut tuu."

"Betul?" dia minta kepastian, tidak yakin dengan kata-kata Che Suenya ini.

Heh, Yam sendiri pun tak pasti dengan kata-kata Yam hiks. Tapi Yam anggukkan je sambil fikir dalam kepala, I'm so gonna find any IG shop yang jual Samyang by packet, bukan yang sebungkus 5 paket tuu. Kakakaka #CheSueKedekut hahaha. Takk bukan kedekut tapiii buat apa beli bebanyak, siapa nak telan benda pedas tuuu kecuali Iqbal? Haha #ReasonNotExcuse :D

So he really did, vakum seluruh ruang tamu. Adik-adik dia pun ada menolong sikit-sikit, nak menumpang sesuap dua Samyang lettew hahaha

Dipendekkan cerita, berkat sumbangan BangNaim, Yam berjaya beli sebungkus Samyang tuuu dekat Aeon haha. Unplanned pun sebenarnya, tapi Kak Ti (big sister) yang offer tanya nak tak, lepastu dia paw duit suami dia (read - mangsa kejadian : BangNaim :D ), makaaa Yam pun bawa pulanglah sebungkus Samyang Hot Chicken Cheese kat Iqbal.

Tak sempat masuk rumah lagi, dia keluar sambut dekat pintu dan upon seeing the Samyang inside the plastic bag, terus terkinja-kinja dia melompat dan.... dia memeluk Che Suenya ini hikhikhik

YES, THE ELEVEN-YEAR-OLD-BOY HUGGED ME! Unconsciously kot, for like... 5 seconds, sebab lepas tu terus gesa-gesa lari masuk dalam rumah. Malu lettew haha. To note, dah lamaaaaa tak ada that kind of skinship dengan Iqbal haha. Sejak dia besar ni, nak peluk jarang sangat, cium pipi apatah lagi. The far I can go, selain dia salam cium tangan, adalah geletek dia jeee. Haha selain tu, takdeeee. Malu katanya. Ye lah, dah besar.

Tapi ni, dia sendiri yang datang peluk, so I was happy, walaupun terkejuttt. Wasn't prepared for that, regardless, it feels good. Hiks



So, thank you, Samyang sayang, for becoming the reason of Iqbal hugging me haha.

Gitulah anak-anak, sekejap je dah besar. Sekejap je dah malu kita nak peluk cium dia. Sekejap je lagi dah masuk sekolah menengah, masuk Uni, ada makwe, makin tidok leeee nak bermanja haha. That's why Yam excited ni, bila Iqbal yang initiated the hug :)

Maka malam tu adik dia si Ikmal tu nak tumpang makan Samyang, walhal tak vakum pun, Yam paksa peluk Yam selama 10 saat haha kenmain tak ikhlas dia peluk dengan sebelah tangan je. Ceish Ikmalll :D

Sekian, tulisan ringkas untuk bacaan masa hadapan :)

Wassalam.

psst. Yam masih prefer Maggi Kari dengan telur. Haha #TakMudahTerpengaruh :D 

Monday, February 06, 2017

"Adik cantik, adik baik..."

Bismillahirrahmanirrahim.

Never know that it would take me this long to finally write about her. She left us on 1st of February of 2017. A huge loss of mine that never crossed my mind that it would happen. I know we all either will leave or be left. But little did I know or expect that she will leave us this quick.

She fell sick around the time I fetched her at Abah's (my uncle) house. She complained of having back ache, saying that she fell on the bed. ON THE BED. So we thought nothing serious as it was on the bed, after all. Nevertheless I still brought her to Mak Mah, a famous massager at our kampung. And she was better, in sense of her movement. She needed not to crawl anymore, instead she may walk, though slowly.

We even had a BBQ night at Che's house. She enjoyed the food really well and acted like usual. After that only she had some fever, so she lied down and slept more than her usual of cracking jokes and kidding around, especially with me. 

On the day I shall leave to KL as the new semester is to be began and started, I managed to steal some time to afford her a small handbag that she had been asking for. Knowing her habit of keeping the thing without using it, I warned her to use the bag and expressed my willingness to buy new bag in case that bag has gone old. 


And that was on Sunday evening. On Wednesday morning, via family Whatsapp group, we got messages from Mak, together with some pictures. Pictures of her lying on the bed, not moving. She was found breathless at 4.30 am, but the family had to wait until Subuh to have someone to come and verify her condition. Ayah Jem, Mak's younger brother doctor, also Kak Lah, our neighbour who is a retired nurse as well as Dr Roslan, the doctor who treated her for her fever past days - they were all called by Mak - and those three informed the same thing - she has gone. 

I officially know about the matter at 9.15 am. I was having my first class of new semester, yet I decided to leave again. From Gombak, I went all the way to Kuantan, fetching Abang Mat before heading back to Pasir Mas via LPT2 instead of Gua Musang. We made it home at 4 pm, so we had the opportunity of seeing her for the last time before she was kept eternally, that was scheduled to take place after Asar prayer.

And there, I saw her, lying. She has been bathed, waiting to be clothed with her last cloth; kain kafan. And at that moment, Mek appproached her, mumbling something while brushing her wet hair. And Mek was crying. And I believe we who were there were also crying. It was so heartbreaking.

I followed Ayah and others to escort her to her new home. She was kept right beside Aytuk's tomb, so that was sort of reunion of them. Everything seemed unreal to me that I still have to remind myself that she is no longer with us in this world. 

And I also shall always remind myself not to worry about her, instead be worried about us who are being left. Because she, being a specially disable person during her life in this world, must be treated specially there. I believe she is being rested at a better place than she used to be in this world. And for that matter, I shall not be sad about her departure. She probably is doing well, even better, and happier than she was when she was alive. 

Frankly speaking, there is a part of me who could not wait to meet her there in Paradise, to see her in a normal form that she will be. So I can see how beautiful she actually is, as beautiful as how her heart was, when she was alive.

She was the only human that always, without failing, to see only good things in me. Everytime I am home, she will smile brightly and welcome me happily. Sometimes, out of nowhere, she will talk to herself - about me.

"Adik cantik, adik baik. Bagi itu ini. Adik pandai."

She could not meet and know many people. Thus it was easy for her to find me and my fellow sisters and cousins to be nice, pretty and smart persons, as we keep doing good things to her. And she was happy with that. So happy just to see us, so happy just to receive a bottle of baby powder, or even a hairclip, whatmore a lipstick, or a handbag. She liked to doll up, and sometimes she will summon me to her, to fix her selfmade make up and to wear her a scarf. And I am really, going to miss all those things. Of her calling me with good things, of her calling me to get her some tea, of her calling me to fix her make up. Oh dear :(

What regrets me was that I could have treated her better. Way better than I did. I should have spent more time with her, appreciating each and every word of hers, no matter how hard them to be understood. I should have watched more dramas with her, and listened to her recitation of this actor and that actress. I should have bought her more stuffs - bags, clips, pens and books (she liked to write also, though we found it hard to understand her writing), lipstick, snacks (she liked Mr Potato very much as she loved to collect the cans), and maaaaany moreeee! 

However, I believe she is being luxurious with all those things, there in a beautiful place. I really hope to be reunited with this beloved aunty of mine - biiznillah insha Allah.

And I suddenly remember that, another thing that regrets me is that - I promised myself once to show her off to my future husband, and even if possible, my kids. And that not being even close, she even didnt know who my partner is, and the only thing about her that I can tell them in the future is stories about her - how she loved and appreciated me - and how I love and appreciate her.

Rest in peace there, my dear special Che Lah. Insha Allah we will be reunited soon. May Allah reward me His mercy, so I can go to Jannah to meet you, my dear aunty. At that moment, I know - you will be looking beautiful - more beautiful than I am, who you always said so before, and more beautiful than how I have been looking at you at this while. 

For 56 years on this world, and for the 24 years of me knowing you  and giving me so many lessons and values of life, THANK YOU. Enjoy your time there, we will be following and meeting you soon.


AlFatihah,
Buat Siti Fadhilah binti Hj Hamzah,
1959 - 2017.


Wallahu'alam, wassalam.


Thursday, January 19, 2017

Genap 2 tahun.

Bismillahirrahmanirrahim.

Beliau pergi pada waktu tengah malam, melewati angka 12 pada 18 Januari 2014, menjadikan tarikh yang tercatit pada sijil kematiannya - 19 Januari 2014.

Mengimbas kembali, rasanya waktu itu saya baru pulang bercuti. Seperti sekarang ini, cuti semester selama dua minggu. Tidaklah terlalu baru, tapi tidaklah sudah terlalu lama saya berada di rumah.

Beliau demam. Panas. Seleranya yang sedia tumpul, semakin berkurang. Sesekali kami (selain Mek yang setia berada di sisinya), bergilir-gilir, menjenguk dia di katilnya. Matanya terpejam, kekadang separa terbuka. Melingas seketika, sebelum kembali dia memejam mata. Saya singgah di katilnya sesekali, menjamah dahi dan lehernya. Panas. Dan sesekali juga, kedengaran dia mengerang. Senyum nipis saya di dalam hati, mengenangkan tabiat yang satu itu masih lekat pada dia. Mengerang ketika demam.

Hari itu - 18 Januari 2014. Demamnya masih belum kebah. Mek cuma menyuapkan air masak kepadanya, melalui straw. Barangkali hanya sesudu dua supplement yang berjaya masuk ke dalam mulutnya. Juga sesuap dua nasi pada waktu tengah hari. Dan sedikit kuih pada petangnya. Selebihnya, hanya air yang menjadi santapannya.

Saya gusar, namun tidaklah kuat rasa itu. Barangkali kerana sudah beberapa hari dia demam begitu, maka tanggapan saya ; demamnya masih belum kebah. Sudah beberapa kali dia demam begitu sebelum ini, dan kebah. Jadi saya fikir, demamnya belum habis. Justeru, tiada apa-apa istimewa yang kami lakukan, melainkan rutin yang sesekali melalukan tuala lembap di wajahnya, bagi mengurangkan panasnya.

Siapalah yang menyangka itu demam terakhirnya dia. Siapalah yang menyangka demam itu tidak akan kebah. Siapalah yang menyangka beliau akan pergi bersama demamnya. Siapalah yang menyangka - erangan demamnya itu yang terakhir kami dengar, dan awal tirai 19 Januari 2014 dibuka, beliau pergi.

Kalaulah....

Kalaulah kita semua tahu itu hari terakhirnya dia, tidak sesaat pun kita tinggalkan dia. Kalaulah kita tahu esoknya dia sudah tiada, segala urusan hari ini langsung tidak kita peduli. Kalaulah kita tahu itu saat-saat terakhir dia dunia, tercatuklah kita semua di sisinya - menghabiskan masa menatap wajahnya, mengusap jemarinya dan mendengar erangannya.

Dan itu semua - KALAULAH.

It is not a good thing, tapi memang ada sedikit kesal di pihak saya sendiri, for not being with him during his last moments. Kerana hanya sesekali sahaja menjengah dia, dan kemudiannya pergi menyambung urusan dunia. Kerana tiada di samping dia di hujung hayatnya, sedangkan kami di bawah bumbung yang sama. Kerana tidak memperdulikan erangan dia, yang mungkin mahu memberitahu sesuatu.

Tapi, yalah; sesal sekarang mana ada guna, kan? And the only thing I can do right now is, banyakkan berdoa agar dia bahagia di sana, di sisi Pencipta. Agar dua tahun dia di alam kubur sana tidaklah dia rasakan terlalu lama, untuk sampai ke alam kebangkitan semula. Agar kuburnya bercahaya, dan diluaskan serta dilapangkan selapang-lapangnya. Agar segala dosa-dosanya di dunia diampunkan, dan segala amal kebaikannya diambil kira pahalanya. Agar saham-saham dunia yang dia tinggalkan; anak-anak soleh, harta sedekah serta ilmu bermanfaat, akan mengharumkan kuburnya.

Agar.

***

Aytuk,
who knows 19 January would be such an important date to us?

Aytuk, tadi adik ke kubur Aytuk, bersama Ayah. Ayah is going somewhere else tomorrow, so he would like to pay u a visit before he leaves. And I followed him.

Ayah duduk hampir di pusara Aytuk, dan kami memulakan bacaan. I was wandering around, as usual, melihat 'teman-teman baru' Aytuk. Ada beberapa kesan tanah baru di sekitar pusara Aytuk. Kemudiannya adik duduk berhampiran Ayah, yang memulakan bacaan tahlil. Dan adik ikut, diam-diam.

Ayah akhirinya dengan doa, dan di pertengahannya, adik lihat Ayah mengesat matanya di sebalik kaca mata yang dia pakai.

Aytuk, Ayah adik itu, yang jarang sekali adik lihat air matanya, Ayah adik itu, anak lelaki sulung Aytuk, nampaknya seperti adik juga -merindui Aytuk.



***

Damailah di sana, Aytuk sayang. It is just a matter of time, sebelum kita bertemu kembali. Semoga pertemuan kita, di alam lain itu, menjadi pertemuan yang lebih indah. Semoga kita ini layak untuk kembali berhimpun dan bertemu di syurgaNya, yang kekal abadi, insha ALLAH.



Aytuk sayang, Hj Hamzah Hj Idris, sentiasa dalam kenangan.
AL-FATIHAH.


****

Wallahu'alam, wassalam.



psst. 
Kisah 2 tahun lalu ada kat sini, kot la nak baca -> http://maryam-kamal.blogspot.my/2015/02/pok-su-mezoh-dalam-kenangan.html

Friday, May 13, 2016

"Tarik aku sama denganmu."

Bismillahirrahmanirrahim.

8 Mei 2016. Ahad.

Selepas Subuh, saya mengemas barang. Bersiap-sedia mahu pulang ke UIA. Namun teringatkan janji bersama Abang Mat si abang sulung untuk ke PBAKL, saya rileks sekejap. Baca kes untuk case review Evidence, dan kemudiannya tertidur.

Sedar-sedar, Kak Nori si kakak ipar sulung datang kejutkan. Dia nampak kalut, wajahnya nampak sedikit berserabut. Dalam mamai, saya cuak.

"Kenapa?" saya tanya.

"Tak tengok Whatsapp ke? Mak cakap apa pasal anak Ijat?"

Perlahan minda saya memproses kata-katanya. Telefon saya capai. Tiada signal Wi-Fi. Whatsapp terbaharu di group famili ialah oleh Ijat jam 8.30 am tadi, mengatakan Kak Aimi sudah masuk ke labour room.

'Awalnya.' detik hati saya sendiri, mengingatkan 19 Mei merupakan tarikh due untuk anak ke-4 Ijat dan Kak Aimi nun di Langkawi sana.

"Kenapa dengan anak Ijat?" saya aktifkan mobile data. Whatsapp masuk bertalu-talu. Whatsapp daripada emak jam 9 pagi menghalau seluruh rasa kantuk.

'Anak Ijat sudah dilahirkan. Tapi meninggal kerana placenta putus. Mak dan ayah otw ke Langkawi dengan kereta.'

Sekadar itu emak maklumkan. Kak Nori kemudian bergegas mengejutkan Abang Mat. Saya masih di pembaringan, sedikit keliru; adakah ini realiti atau saya masih lagi bermimpi di pagi Ahad.

Dari bilik saya, kedengaran suara Abang Mat yang terkejut. Abang sulung kami itu bingkas bangun dan menelefon Ijat. Saya bergegas ke biliknya, berdiri di muka pintu yang terbuka dan menelinga perbualannya dengan Ijat. Kira-kira 3 minit kemudian, panggilan ditamatkan. Saya dan Kak Nori menunggu cerita Abang Mat.

Namun Abang Mat cuma bangkit dari katil dan berjalan ke bilik air.

"Kenapa?" tanpa tertahan, saya bertanya.

"Baby dah tak ada sejak dalam perut lagi. Bukan meninggal masa bersalin." itu sahaja ucap Abang Mat, kemudian menghilang ke kamar mandi. Wajah yang selama ini saya pandang sama ada berona serius atau ceria, kini dihurung syahdu. Hati lelaki kental itu juga tersentuh, apatah lagi hati kami para wanita ini.

Saya juga berlalu ke bilik air, membersihkan diri. Seketika kemudian, saya turun ke tingkat bawah, menyertai Abang Mat dan Kak Nori di meja makan, sedang menghadap komputer. Sedang memeriksa tiket kapal terbang rupa-rupanya. Abang Mat sedang bercakap dengan emak di telefon.

"Adik nak pergi jugak." terucap dari bibir saya, setelah menimbangkan baik-buruknya membuat permintaan sebegitu kepada si abang. Bukan apa, perbelanjaan tiket pastinya akan ditanggung Abang Mat, jadi bukan calang-calang boleh membuat permintaan untuk turut serta ke Langkawi secara tiba-tiba.

Abang Mat pandang saya. Kak Nori juga.

"Bukan apa, adik rasa adik ingat lagi jalan di Langkawi tu. Jalan nak ke sekolah budak-budak tu, rumah pengasuh, rumah Ijat, hospital Ijat, semua adik ingat lagi. Jadi kalau adik ada kat sana, kot la boleh membantu sedikit sebanyak." saya memberikan rasional.

Dipendekkan cerita, akhirnya tiket atas nama saya ke Langkawi dibeli oleh kakak kedua saya, Kak Tie dan tiket pulang ke Kuala Lumpur ditanggung oleh Abang Mat. Abang kakak sudah berkeluarga, justeru agak susah untuk mereka langsung ke sana meninggalkan keluarga masing-masing. Tambahan pula saya pun masih ingat laluan di Langkawi setelah berkunjung ke sana awal tahun baru-baru ini, jadi mereka bersetuju untuk meghantar saya sebagai wakil mereka.

Flight yang dijadualkan pada jam 3.40 malangnya ditangguhkan ke 4.30 petang. Maknanya, saya terlepas peluang untuk melihat anak syurga buat pertama dan terakhir kalinya, kerana Ijat memaklumkan bahawa bidadari kecil itu akan dikebumikan selepas Asar. Kerana flight delay, saya hanya akan tiba di Langkawi jam 5.30 petang, dan saat itu, segala-galanya pasti telah selesai. Sedikit kesal di situ :(

Saat Abang Mat menurunkan saya di lapangan terbang, sebak mencengkam dalam dada. Pedih. I'm all alone sekarang. Everything feels like the first time. Pengalaman kehilangan yang sebegini rupa buat pertama kali. Pengalaman ke Langkawi melalui kapal terbang juga pertama kali. Juga pengalaman pertama menaiki Malindo Airs. Juga pengalaman pertama saya untuk berhadapan dengan Ijat selepas kehilangan puterinya.

Sampai di Langkawi International Airport, saya dimaklumkan Ijat untuk tunggu seketika sehingga pengasuh Along datang menjemput. Kak Yu datang kira-kira 10 minit kemudian, bersama Along, Khadijah dan Imad di dalam kereta.

Masuk ke dalam kereta, saya terpaku seketika dengan ucapan pertama Khadijah kepada saya,

"Che Sue, ibu dah beranak. Tapi baby dah mati."

"Meninggal." Kak Yu betulkan penggunaan kosakata Khadijah. Saya senyum tawar tanpa perisa. Indahnya menjadi kanak-kanak, kau belum faham sakitnya kehilangan.

Kak Yu menghantar saya dan anak-anak saudara yang baru kehilangan adik baru mereka ini ke rumah Ijat di Padang Mat Sirat. Ijat maklumkan bahawa dia akan menjemput emak, ayah dan kakak saya yang seorang lagi; Kak Yah di pengkalan feri dan langsung ke hospital menziarahi Kak Aimi. Saya diminta mengemaskan rumahnya yang ditinggalkan secara tergesa-gesa awal pagi tadi.

Ketika mengemas, ralit melayan anak-anak kecil ini. Sedikit pun tidak terpeta kesedihan di wajah mereka. Sesekali, wajah polos itu saya pandang sayu. Bagaimanakah perasaan mereka bila mereka mulai memahami tentang hakikat ini?

Tiba-tiba Along berlari ke beg sekolahnya yang diletakkan berdekatan pintu.

"Along ada hadiah untuk Imad!" suaranya ceria. Mendengarkan kata-katanya, Khadijah turut meluru ke arah beg sekolahnya pula, bersebelahan beg sekolah Along.

"Khadijah pun!"

Saya cuma memandang dan menunggu bersama-sama Imad, sedikit teruja ingin melihat apakah hadiah yang mereka maksudkan.

Abang dan kakak Imad itu, masing-masing mengeluarkan dua biji oren daripada beg mereka.

"Mana Along dapat buah oren ni?" tanya saya sambil menyambut huluran mereka, meminta oren itu dipotong.

"Tadi, dekat masjid." beritahu Along. Saya segera mengerti. Maksudnya, oren itu mereka dapat ketika majlis pengebumian adik mereka tadi.

"Along cium adik?" saya bertanya sekali lagi, meskipun di dalam kereta tadi Kak Yu sudah memberitahu. Along mengangguk.

"Khadijah tak." Along tunjuk kepada Khadijah. Saya memandang Khadijah.

"Kenapa tak cium adik?" saya bertanya perlahan. Kalaulah dia tahu bahawa itulah satu-satunya peluang yang dia ada untuk menyentuh dan mencium adiknya....

Khadijah tersengih cuma. Saya pantas memahami. Apalah anak kecil seusia 4 tahun ini mengerti, bukan?

Saya lantas ke daput, diikuti rapat oleh 3 beradik itu. Mahu makan buah oren!

Maghrib menjelma dan Ijat masih belum tiba. Melalui WhatsApp group famili, Ijat memberitahu bahawa dia menjemput ayah, emak dan Kak Yah lalu langsung ke hospital untuk menziarahi Kak Aimi, dan sempat singgah di kubur si kecil yang baru dikebumikan tadi.

Khadijah saya mandikan mula-mula, kemudian Along saya minta mandi bersama Imad, sementara saya menggoreng cucur ikan bilis. Ketika itulah Ijat pulang, membawa bersama ayah, emak dan Kak Yah. Sedikit berdebar untuk berdepan dengan Ijat, kerana saya tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana. Melihatkan semua orang berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku, saya juga cuba untuk beraksi biasa. Saya menyalami Ijat, dan memeluknya dari sisi, seperti biasa. Namun sempat sayu menyelinap. Doa sempat saya bisikkan di dalam hati, semoga abang tengah saya ini dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujianNya ini.

Sungguh, malam itu kami habiskan seperti biasa. Cuma bezanya emak masakkan nasi lembik dan ikan masin untuk Ijat bawa kepada Kak Aimi di hospital; makanan orang berpantang. Langsung tiada antara kami yang menyentuh isu yang boleh menggugurkan air mata atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Barangkali kerana budak bertiga beradik itu pun ceria seperti biasa bilamana mengetahui kedatangan datuk dan nenek yang mereka kasihi. Langsung mereka lupa barangkali bahawa mereka baru sahaja kehilangan adik kecil yang selama ini dikandung ibu mereka.


9 Mei 2016, Isnin.

Along dan Khadijah ke sekolah seperti biasa. Malah, saya dan Ayah sempat ke pasar dan kedai bebas cukai berhampiran, membeli barangan dapur. Kedai bebas cukai di Langkawi ini, bukan sahaja ada barangan kulit, coklat dan barangan runcit, bahan-bahan basah juga ada. Sungguh, seperti tiada apa-apa yang berlaku dan kami seolah-olah datang ke sini semata-mata menziarahi Ijat sekeluarga, seperti bulan Januari baru-baru ini.

Tengah hari itu kami memasak lebih. Untuk besan emak, yakni mertua Ijat; iaitu ibu dan ayah Kak Aimi yang baru tiba dari Terengganu. Selepas menjemput Along dan Khadijah daripada sekolah, makan tengah hari dan solat Asar, Ijat dan mertuanya terlebih dahulu ke hospital. Kami pergi lambat sedikit untuk tunggu makanan Kak Aimi siap dimasak emak. Hari ini lauknya ikan selar bakar, yang ikan selarnya saya beli bersama ayah di Pasar Padang Mat Sirat pagi tadi.

Petang itu barulah saya berkesempatan menemui Kak Aimi. Sungguh wanita itu nampak tabah. Wad yang dihuninya merupakan Wad Bersalin, di mana kebanyakan katil si ibu akan ada bersebelahan dengannya katil si kecil. Ada yang lena di pangkuan ibu, ada yang enak menyusu. Namun Kak Aimi sendiri di katilnya, dan ada juga katil untuk si kecil, walau si kecilnya sudah enak bersemadi di sisi Pencipta. Namun wanita ini nampak tenang dan bersahaja, seperti biasa. Langsung tiada rona-rona kesedihan yang beliau tunjukkan. Barangkali tersimpan kemas di lubuk hati.

Kami berbual-bual seketika. Ada juga beberapa wanita lain yang datang menziarah, yakni pengasuh Along dan beberapa wanita yang turut mengenali Kak Aimi dan tahu mengenai berita kehilangan ini. Setelah mereka berlalu, tinggal Kak Aimi, emak, Kak Yah dan saya. Ayah dan Ijat berada di luar bersama si 3 beradik, kerana kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Ayah dan ibu Kak Aimi pula sudah pulang.

Kami berbual seperti biasa. Syukur saya hadratkan ke Ilahi kerana wanita ini masih mampu tersenyum, bahkan ketawa, malahan sesekali mencipta jenaka. Kami meninggalkan Ijat dan Kak Aimi apabila waktu melawat tamat, dan menuju ke bandar Kuah untuk mencari makan malam. Kami lalu di hadapan Masjid Aisha (di sebelah kiri jalan jika menuju ke pekan Kuah), tempat di mana si kecil itu disemadikan. Kami tidak singgah di kuburannya, memandangkan Maghrib hampir tiba. Malam itu kami habiskan di bandar Kuah, sebelum singgah sekali lagi di hospital, setelah Ijat mendapatkan kebenaran untuk membawa anak-anaknya berjumpa seketika dengan ibu mereka yang hampir dua hari tidak bersua muka.


10 Mei 2016, Selasa.

Pagi-pagi lagi kami berkemas. Flight saya jam 10 pagi ini, manakala emak, ayah dan Kak Yah merancang untuk menaiki feri pada waktu tengah hari. Kak Yah tidak dapat cuti lama, tambahan pula Ijat juga sudah merancang untuk pulang pada Khamis. Ada ibu Kak Aimi untuk menjaganya, jadi kami tidak perlu berasa risau.

Ijat menghantar saya ke lapangan terbang, bersama anak-anaknya. Selepas itu katanya dia mahu ke sekolah Along dan Khadijah untuk mengambil buku, kerana anak-anaknya yang berdua itu akan bersekolah di Terengganu selama Kak Aimi berpantang di sana.

Saya maklumkan pada Ijat bilamana saya sudah selamat memasuki kabin. Sempat dia membalas,

"Kirim salam pada pilotiah." katanya, merujuk kepada pilot wanita (Ijat menambah ta marbutah di belakang perkataan pilot, yang secara mudahnya membawa maksud pilot wanita). Seperti biasa, dia berlelucon. Namun tiada ketawa yang tercipta daripada saya, sebaliknya segaris senyum yang tiba-tiba saya rasa mata saya digenangi air.

Di lubuk hati saya, he was trying too hard. To show that he is okay, while he is actually not. To show that as if nothing happened, while actually something big has happened.

Ijat..... saya seru namanya perlahan sambil memandang bumi Langkawi yang perlahan-lahan mulai ditinggalkan. Sampai ke sudah tidak saya berbicara langsung dengannya tentang kehilangan puterinya itu. Hanya sesekali berbicara dengan emak, dan perbicaraan kami perlahan sahaja agar tidak sampai ke telinga Ijat. Bimbang hatinya tersentuh.

Saya tiba di Kuala Lumpur dengan seribu satu pengalaman baru. Kesedihan, kehilangan, kekuatan dan bermacam rasa lain; bergumpal di dalam hati, bercampur menjadi satu rasa yang sukar dimengertikan. Mahu menangis, tapi bimbang jika berlebihan, bakal membawa kepada tidak redha kepada ketetapanNya. Mahu berlagak biasa, tapi tidak mampu, kerana hakikatnya kami sekeluarga baru sahaja melalui perkara yang luar biasa.

Akhirnya saya serahkan segalanya pada Dia, yang mana saya yakin, semua antara kami juga lakukan yang serupa. Bukankah DIA itu Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu? Bukankah DIA itu Tuhan Yang Esa, yang tiada apa pun yang dapat menandingi kekuatanNya? Maka serahkanlah segalanya pada Dia. Kami cuma mampu meminta agar sisa-sisa kekuatan kami ditambah, agar kami mampu menghadapi segalanya, walaupun payah.

Buat si dia yang Tuhan pinjamkan seketika - walau cuma 38 minggu di dalam perut sang ibu, tanpa sempat pun menatap dunia dan seluruh isinya, tanpa sempat pun menghirup udara dunia; damailah kau di sana, sayangku. Barangkali sekarang kau sedang bergembira di syurga. Barangkali sekarang kau sedang tersenyum di sisi Pencipta. Semoga berjodohan kita kelak, agar bisa kami tatap wajahmu, pangku tubuhmu, dakap jasadmu dan menyentuh kamu sehabis mahu - melakukan segala sesuatu yang tidak berezeki untuk kita lakukan di dunia. Andai berpeluang, tarik aku nanti - untuk sama-sama berada di syurga denganmu, wahai bidadari kecil.

Beruntungnya engkau - langsung ke syurga. Tidak perlu dinodai kotoran dunia, tidak perlu dihantui takut menghadapi dunia-dunia lain. Subhanallah.

Terlalu banyak ibrah yang boleh kami kutip daripada peristiwa ini. Betapa terujinya hati-hati yang selama ini dipasak janji untuk setia dengan Ilahi. Betapa terujinya jiwa-jiwa si ibu dan ayah yang sudahpun merasa teruja untuk menyambut ketibaan ahli keluarga baru, dengan segala persiapan sedari dulu. Betapa terujinya insan-insan sekeliling, untuk menyalurkan sokongan tanpa jemu, untuk menghantar doa tanpa sebu.

Semoga semuanya dalam lindungan ALLAH sentiasa, tidak kiralah di dunia manapun kita berada.

AlFatihah untuk bidadari kecil itu, yang dikebumikan di Masjid Aisha, Kuah pada 8 Mei 2016.
Bumi Langkawi won't be the same anymore. We left something precious there.


Wallahu'alam, wassalam.

Monday, May 04, 2015

Oppa!

Bismillahirrahmanirrahim.

3 Mei - birthday Ijat. Baru-baru ni saya ada jumpa satu gambar lama Ijat, yang empat tahun lepas rasanya. Masa tu nampak mithali beliau, memangku dan menyusukan Abdullah Fathi yang pada masa itu baru berusia beberapa bulan. Wajah Ijat, meski dari sisi - nampak cukup kelakar, dan tua. HAHA

Abang yang seorang ini, ada ragamnya tersendiri. Ada, memang ada. Bahkan setiap daripada kami memang punyai peel tersendiri. Kekadang saya terfikir, betapa sabarnya emak dan ayah menghadapi kerenah kami lima beradik yang macam-macam pesen, macam-macam gaya.

Ijat dilahirkan pada tahun 1986, saya pula 1993. 7 tahun beza. Saya dilahirkan ke dunia ketika beliau darjah satu. Satu jurang usia yang agak besar, bagi saya. Tidak banyak kenangan masa kecil saya bersama abang-abang, apatah lagi Ijat tidak banyak berada di rumah. Beliau masuk ke sekolah berasrama ketika saya berusia 6 tahun, dan seterusnya DQ, langsung ke Mesir. Memang tidak banyak masa yang kami luangkan bersama.

Tambah pula, baran Ijat pun boleh tahan. Dicampur pula dengan baran saya sendiri. Sama-sama garang, sama-sama bekeng. Jadi, adakalanya bila sesekali terjumpa, kami bergaduh. Saya masih dengan ketidakmatangan saya, dan Ijat dengan jiwa remajanya (pada masa itu) yang kuat memberontak. Seingat saya, kami pernah bergaduh besar ketika Ijat di sekolah menengah, yakni semasa saya di sekolah rendah. Besar, sehingga Ijat menengking saya di hadapan keluarga yang lain. Besar, sehingga saya rasa mahu layangkan tangan ke wajahnya. Padahal ianya cuma bermula dengan satu gurauan.

Dan seingat saya, Ijatlah anak lelaki yang paling emak risaukan. Menghadapi masalah untuk tinggal di asrama, Ijat selalu buat emak risau, ayah gusar. Setiap minggu kami ke sekolahnya, sama ada menjemputnya pulang atau sekadar melawat dan bawa keluar outing. Ayah usahakan beliau tinggal di rumah sewa, meskipun tak silap saya undang-undang sekolah cuma membenarkan pelajar tingkatan 6 sahaja untuk tinggal di rumah sewa. Kantoi, emak pula aturkan Ijat supaya tinggal sementara dengan Ayah Jem, adik emak yang tinggal di Kota Bharu itu. Alhamdulillah, lekat.

Ijat jugalah anak yang memenuhi impian emak dan ayah, yang mahukan salah seorang anak mereka menjadi hafiz. Tamat DQ, Ijat sempat 'singgah' di UIA seketika - jurusan kejuruteraan lagi, sebelum entah bagaiman jadinya - beliau direzekikan terbang ke Mesir, mengejar cita-citanya menjadi doktor. Ijat juga menjadi anak pertama dalam keluarga yang berjaya menyambung pengajian di luar negara. Apa yang menarik, perubahan Ijat sebagai abang yang paling ketara saya rasakan ialah ketika beliau berada di sana.

Jika sebelum ini, jarang nak bermanis muka, cakap pun taram aku-kau saja, meski jarak umur banyak berbeza. Tapi selepas itu, Ijat yang mula membahasakan diri sebagai saya, dan memanggil adiknya ini awak. Kekadang ketika terlebih glukos, dia panggil adik. Saya jadi pelik. Tidak biasa dengan bahasa manis terlebih susu krim yang Ijat gunakan. Tapi sebenarnya suka. Lembut aje telinga ni mendengarnya :D

Ijat juga menjadi lebih prihatin dan mengambil berat. Sebelum ini jarang sekali mahu menyapa, namun kini di alam maya, selalu sangat beliau memulakan bicara. Yahoo Messenger tengah in masa tu, dan kerana Ijatlah emak buka semua akaun yang ada. YM, Facebook - semata-mata mahu berkomunikasi dengan anak lelaki kesayangan,

Ya, itu gelaran kami pada Ijat. Ijat memang kesayangan emak. Dan ironinya, Ijat pernah mengirim surat (I told you - beliau jadi makin sweet sesejak ke Mesir), dan salah satu ayatnya berbunyi, 'biarlah kita bukan anak kesayangan emak dan ayah, asalkan kitalah yang paling menyayangi emak dan ayah'. Ironinya. Of all people. Haha :D

Ijat di Mesir ketika saya berada di sekolah menengah. Dan boleh saya katakan, Ijat antara faktor yang mendorong saya menjadi manusia yang lebih baik. Dari jauh, beliau memberikan nasihat dan bimbingan supaya saya menjadi muslimah yang lebih elok akhlaknya, yang lebih indah pekertinya ecewahhh.

Belumpun puas bermanja, timbul berita Ijat mahu mendirikan rumahtangga. Bersama rakan sekelasnya dari Terengganu. Tiada pilihan, saya sambut berita itu dengan berlapang dada. Sempat juga saya melihat angaunya Ijat, gambar Kak Aimi ketika hari pertunangan mereka dijadikan desktop background laptop yang dibiarkan bernyala, dan di depan laptop itu Ijat mengulangkaji nota. Bila disergah, tersipu-sipu beliau malu, sambil terburu-buru menyimpan laptop. Eleh, macam adik tak tahu!

Ijat akhirnya disatukan dengan cinta hati. Tahun demi tahun berlalu, Ijat semakin mendaki tangga kejayaan, tanpa dilupa keluarganya sendiri semakin mengembang. Wujudnya Abdullah Fathi dan Khadijah Hawwa', yang memberikan kesan yang bukan sedikit pada kami sekeluarga. Saya lihat pengorbanan berbagai pihak di situ. Kesanggupan emak untuk terbang ke Mesir, menjaga menantu yang berpantang. Kesanggupan emak yang menjaga Abdullah Fathi di tanah air, sedang Ijat, Kak Aimi dan Khadijah di bumi Mesir menghabiskan saki-baki pengajian. Pengorbanan Ijat dan Kak Aimi sendiri, berpisah dengan anak sulung demi memudahkan urusan pembelajaran. Pengorbanan Abdullah Fathi sendiri untuk tinggal bersama datuk dan nenek, instead of ibu dan ayahnya. Dan kesatuan kami sekeluarga dalam menempuh cubaan getir yang datang dan pergi.

Akhirnya Ijat dan Kak Aimi tamat pengajian, dan pulang ke tanah air, memulakan khidmat dan bakti pada negara. Wujud pula Imad Affat, menjadikan Khadijah Hawwa seorang kakak. Dan sehingga saat ini, saat di mana Ijat berada di rumah di Pasir Mas, bersama-sama emak dan ayah, Mayyah, Mek dan Che Lah - sungguh memberikan pengajaran hidup yang bukan sedikit untuk dikutip.

Di rumah Pasir Mas itulah, saya masih ingat saya minta Ijat ajarkan saya cara menggunakan telefon bimbit buat kali pertama. Kami menggunakan telefon ayah ketika itu - Nokia 1100. Di rumah itu jugalah Ijat memberikan hadiah ulangtahun kepada saya - sekadar buku nota dan pensel, namun sangat saya hargai ingatannya. Di rumah itulah, tempat saya berperang dan bergaduh dengannya.

Kalau dengan Abang Mat si abang sulung, saya jadi adik yang lebih berdikari. As if I can do everything on my own. Itu yang saya buat bila Abang Mat ada - seolah-olah satu aura yang membuatkan saya kata pada diri sendiri, ' hey, do it yourself. Kau dah besar, kau dah mampu buat semua ni sendiri'. Tapi dengan Ijat, lain sikit. Angkat rak sikit pun, Ijat datang tolong. Nak alihkan kereta pun, Ijat tunggu di halaman. Memula saya rasa pelik - sebab dah biasa buat semua tu sendiri. Tapi kekadang seronok jugak - ada orang concern rupanya, itu fikir saya. Ijat juga lebih gedik bermanja. Kekadang kepala saya diusapnya, ada masanya lepas balik kerja, beliau minta dipicitkan kepala (which saya tarik rambut dia kuat kuat ohhh seronokkknya). Haa dengan Abang Mat mana berani buat macam tu. Cuit ibu jari pun ketar haha ampunnn AbeMattt :D

Yeap. Saya pernah tak suka dia. Anak kesayangan emak, kan. Haha. Sehinggalah satu ketika, berulang kali mak kata, mak sayang semua anak mak sama saja. Tunggu diri sendiri jadi mak, baru akan faham perasaan seorang emak. Dan saya rasa, tak kena tunggu jadi emak pun saya dah boleh faham kenapa perhatian emak dan ayah banyak tertumpah pada Ijat. Ijat ni, semangatnya kuat. If he thinks he can do something, he will do it straight away. Tak fikir panjang. Darah muda, tengah panas.

Tapi nasib baik emak dan ayah sempat cegah, selalu tumpahkan perhatian pada Ijat. Kalau tak, mungkin Ijat takkan jadi sesoleh Ijat yang hari ini ecewah.

Syahdu pulak rasanya menulis ni semua. Dan saya harap, kasih mekar mewangi pada abang kakak ni hendaknya biarlah berterusan sampai bila-bila. Minta jauh sebarang permusuhan atau sengketa.

Hai Ijat. Yes, awak masih lagi seorang abang yang annoying. Bekeng, tapi kekadang bengong jugak. Suka kutuk saya tengok The Return of Superman, tapi awak terlongo tengok bola, atau menghadap Xbox tu sampai lupa dunia. Bila tidur gila susah nak kena kejutkan, tapi sampai saya tua macam ni pun awak selalu bawa saya jalan-jalan (yaaa walaupun sebenarnya awak nak bawa anak-anak awak jejalan). Terima kasih - tak kedekut belanja semua benda, makan minum shopping duit belanja. Terima kasih - if only you know what has you done in molding me to become who I am today. Terima kasih - awak ajar banyak pengajaran hidup pada saya, be it from YOUR own mistakes, atau pada silapnya orang lain, tapi tetap kita tadah ibrahnya.

Maaflah - saya zaman kecik dulu pernah jerkah awak, sedangkan awak abang. Maaflah - saya zaman kecik dulu rasanya pernah sepak-sepak awak, sebab geram dengan awak. Maaflah - saya pernah jeles dengan awak HAHA

Dan meh sini saya nak buat pengakuan. Jam tangan GIORDANO yang awak kasi hadiah pada saya masa saya dapat 9A PMR 7 tahun lepas, sebenarnya saya dah TERhilangkan ia setahun selepas tu. Jadiiiii jangan tanya banyak-banyak. Syukurlah jam CASIO awak kasi tahun lepas masih selamat dengan saya, walaupun tali sikit lagi nak putus. Nanti nak jam baru yaaa! :D

Takde. Saya takde hadiah untuk awak, melainkan saya berdoa agar awak sekeluarga bahagia dunia akhirat. Agar awak menjadi anak dan ayah yang baik, serta doktor yang sukses, dan suami yang penayabar. Agar Kak Aimi juga berjaya. Agar Along, Khadijah dan Imad menjadi anak-anak soleh solehah yang mampu menjadi saham di akhirat sana. Agar kita semua dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dan dipanjangkan jodoh menjadi keluarga hingga ke syurga, insha ALLAH.

Doa tambahan : Semoga bertambah hensem. HA HA


Eeii tak hensem kan zaman dulu kan kan? HAHA. Dah hensem nanti, jangan gatal nak kahwin lain. Kesian Kak Mi haha :D

Semoga perjuangan tersendiri awak diberkatiNya, insha ALLAH.

Saaaaaayyaaaaaangggg Ijat. Belanja adik Kenny Rogers, please? :D

Wallahu'alam, wassalam.


p/s : Mohon adik beradik lain tidak jeles. Abang Mat, Kak Siti dan Mayyah - I love you tooooooo memmuahs ;D

Thursday, April 16, 2015

Of the selfishness and greediness.

Bismillahirrahmanirrahim.

I once used to have the kind of thought of wanting to die at early age, if possible before I reach puberty, as I will leave this world innocently, without any sin to be brought altogether with me. I then imagined that I will be brought directly to the Heaven, as the sins made by a kid like me (at that time), will not be taken into account, and I will be waiting for the time to meet my parents, one fine day, there in Heaven. (Please pardon a thinking of a primary school kid back then)

I could not imagine how I will grow bigger and older, with amount of sins that increase, day by day. I really wish that I can leave the world early, provided that I don't want to be someone who being left. It is okay if I leave, but I think that I am not strong enough to be someone who is left behind by someone else that I dear, such as my lovely parents, sibling, families or friends.

Yes, of that selfishness.

As I grow bigger and older, as I become more mature, and ultimately as I faced the demise of my dear Aytuk back then in January, I think that my thought has changed. As for a while, I do live with the previous thought of wanting to die at as early as possible of young age. But then, very recently, I think I has become more greedy, instead of being selfish as I used to do, previous years.

Countless time, whenever my heart goes to remember him and all my childhood memory with him, I can't help but tearing. My eyes will be flooded with tears, and my heart feels the pain as if it is being tore by something hard and painful. I, after getting back my sense, of course will have to seek refuge from ALLAH SWT, and will cup my hands to send at least a short prayer to him, altogether with recitation of Al-Fatihah from the bottom of my heart.

I miss him. Very much. All the moments that I recalled, count. Every moment with him that I remember, count. All pictures and videos of him make me miss him more. And though three months have passed, but still I have that kind of feeling like he is still with us in this world, while he actually already departs to another world.

If this kind of thing happens, I, quietly, will send him prayers, which at least I will seek for his forgiveness from ALLAH SWT. So that he will be in peace there, though without us as company. So that his graveyard will be his new home sweet home - huge and bright. So that he will be prevented from any punishment down in there. So that he can live happily there, with other mukminins and mukminats.

And all of a sudden, my greed comes. I want to live longer, get myself a family, who will do the same for me as what I do for Aytuk, once I leave the world later. A child, or grandchild, or any immediate family members that will always remember me no matter how long after I leave, that will always send me prayers whenever they think of me, that will always cherish me though I am in another world, that will always think that I still with them though we are actually in separated worlds.

And my greed does become bigger, as I become to think that let's grab the opportunity of this long live given by ALLAH SWT, to gain more rewards and to delete the sins as well as to ask the continous forgiveness and rahmah from ALLAH SWT. Told ya, my greed becomes bigger and bigger.

And I guess I am not the only one who has this kind of thinking. And I believe that I also not the only one who hopes for this kinds of thing.

May ALLAH give the best to us, fiddunya wal aakhiroh.

Semoga tenang di sana, Aytuk sayang. AlFatihah.

Wallahu'alam, wassalam.

Monday, March 23, 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Am sort of enjoying a week of mid-sem break. Taderlah break sangat, because I'm gonna have 4 test after the break, two assignments and endless presentation, tutorial question etc. Plus that I'm only gonna spend my break kat rumah, so the feeling of holiday tu tak terasa sangat.

Some of my friends do enjoy the holiday to the fullest by spending their time to visit numerous countries. Some of them are enjoying the Europe trip, some of them are backpacking to Krabi, Korea etc, some others are visiting orphanage in Indonesia, some others are enjoying themselves at Singapore, and some others - who I don't know - perhaps are spending the quality time with family at whole over the world.

Zaman sekarang ni pulak, style backpacking tengah in. Mana ada aku jeles - tengok rerakan sebaya seusia - upload gambar masuk IG, dengan beg besar gedabak galas kat bahu - pastu senyum bahagia, dengan tiket dan pasport di tangan. Tak, tak, mana ada dengki tengok kekawan satu sekolah dulu - yang dahlah memang study oversea, pastu spend summer break la winter break la pergi visit negara-negara berdekatan - yang viewnya masha ALLAH lawanyaaa. Tak, tak mana ada cemburu tengok semua tu.

Mulalah berbagai soalan yang diri sendiri bangkitkan. They can, why can't I? Diorang boleh je backpack pegi oversea dengan kekawan je, tak payah nak tunggu proper holiday dengan family members? Diorang tu boleh je independently pergi ke Europe, Korea, Turki, Thailand, Indonesia, Jerman, Russia etc, and here I am, duk terperuk kat sini? Diorang tu boleh je tangkap gambar lelawa - upload masuk insta dengan caption perghh perghhh?

Yeap. Ada, memang ada. Sikit pun, mesti ada rasa tu. Cemburu dengan opportunity that is given to them. They seem to be enjoyed very much. Nampak fun dan happy gilaaaa. Ye lah, siapa tak happy berholiday kan. Tambahan pula pada usia muda gini - tenaga selalu banyak, banyak tempat boleh visit.

Tapi, tapi la kan, bila fikir balik - they deserve that. Diorang layak. Baik dari segi kewangan dan kemampuan. Financial memainkan peranan utama. And yes, some of them do get the financial support from the parents. And also, some of them ada je yang biaya sendiri percutian mereka - sebab tu diorang boleh je nak ke mana-mana.

Aku ni - dahlah belajar ni self sponsored - tak adalah self mana, mak ayah jugak yang hulur duit. Nak apply scholarship - tak layak tsk tsk. So rasa tak nak burdenkan parents tu melebihi rasa nak gi berjalan-jalan tu. Tetiap sem, kira lepas bayar yuran pengajian tu pun dah syukur alhamdulillah. Nak survive for the rest of the sem tu, pepandailah jimat. Ada masa abang kakak hulur duit, mewahlah sikit berbelanja. Kalau masa kering, sendiri mau ingatlah. Kena berdikari jugak. Mana boleh nak bergantung dengan mak ayah je.

Haa kalau dah gitu, celah mananya nak cari duit nak tampung perbelanjaan kalau nak bercuti? Yeap boleh je nak save duit, provided that backpacking sekarang tak guna banyak duit pun - kalau kau reti berjimat. Tapi aku selalu tanya diri aku - benda tu bebetul perlu ke? Duit tu, kalau tak guna ke arah tu, banyak jalan lain lagi kan yang masih boleh dispendkan duit tu... kan kan?

Kekadang rasa nak tunjuk je gegambar kekawan pergi bercuti ke mak dan ayah, plus that parents aku sendiri pun suka travel.

"Mak, tengok ni kawan sekolah orang, belajar kat Jerman, tapi berjalan sampai ke Russia dah."

"Mak, tengok ni budak kelas orang, mid sem break seminggu pergi holiday ke Europe."

"Mak, tengok ni budak mahallah orang pegi backpack ke Krabi."

Ada, memang ada niat tu. Cuma bila fikir balik, aku dapat rasa yang mak ayah aku sendiri pun nak pergi ke tempat-tempat gitu. Malah, melebihi aku, diorang lebih layak untuk berjalan makan angin ni. Kewangan satu hal - duit dorang kan, sukahati la nak spend ke mana pun. Mesti diorang akan fikir, daripada aku yang masih belajar ni nak gi jenjalan, adalah lebih afdhal kalau diorang yg dah pencen tu yang pergi. Satu lagi, masa. Orang pencen ni masa dia banyak bukan main - tak terikat dengan cuti sekolah ke, cuti hujung minggu ke - so free nak pergi bebila masa. Lainlah aku ni - cuti sem la, cuti study week la, baru boleh kalau plan nak ke mana-mana,

Tapi tu lah, mungkin masanya belum tiba. Untuk kekorang yang senasib dengan aku, sama2lah kita doakan agar dipermurahkan rezeki pada masa hadapan untuk diberikan peluang oleh Tuhan untuk berjalan tadabbur alam. Tambah pula, hikmah Tuhan ni memana pun kau boleh jumpa. Tak nanti ke Russia Eropah Krabi Padang bagai. Kekadang depan mata pun ada, cuma kita tak tahu nak menilainya. Dan kekadang, tak payah pergi jejauh. View cantik ada di mana-mana, insha ALLAH. Lihatlah dengan mata hari, hargainya dengan jiwa - semoga sentiasa nampak kebesaran ALLAH SWT.

Lagipun aku sepatutnya bersyukur - almost semua negeri di Malaysia ni - kecuali Sabah dan Sarawak - aku dah sampai. Some of the people that I know, ada je lagi yang belum kenal Perlis, Johor, Terengganu dan sebagainya. Dan alhdamdulillah, dah dua kali ALLAH izinkan jejak Mekah dan Madinah sepanjang 22 tahun hidup - antara nikmat yang sangat aku syukuri. As for those things, aku  tahu aku patut sentiasa dan selalu bersyukur. Why? Because there's always a room to be thankful :)

Haa, buat Mak dan Ayah yang sedang seronok berlayar di atas cruisde Libra pebenda entah yang route pelayarannya Penang - Langkawi - Krabi - Phuket - Penang, semoga sentiasa dilindungi ALAH SWT. Grab this opportunity, and use it wisely so that every moment counts, to be the best moment in your life. Selamat pergi, dan selamat kembali.

Yam Jamilah, nanti kita travel dengan mahram yang sah ye, nanti. Insha ALLAH ;) Buat engkorang yang ALLAH dah kasi peluang untuk bercuti muda-muda gini dengan rerakan, semoga tak sesiakan peluang yang diberikan, dan manfaatkan masa dengan sebaik-baiknya :)

Salam mid sem break. *buka slides Company dengan titisan air mata. Lepas cuti ni ada test Company woi!*

Wallahu'alam, wassalam.

Thursday, February 19, 2015

"Macam mana Aytuk Mek nak jawab salam?"

Bismillahirrahmanirrahim

***

Sempena cuti selama 5 hari termasuk hujung minggu sempena Tahun Baru Cina, saya mengambil kesempatan untuk pukang ke kampung halaman, meskipun baru 3 minggu pengajian semester baru bermula. 

Petang pertama di rumah, saya ajak Abdullah Fathi ke kubur Aytuk. Niatnya, mahu membiasakan dia dengan aktiviti sebegitu. Tidaklah duduk di rumah, tercatuk menghayati Cartoon Network semata-mata.

Dalam perjalanan, ligat saya menjelaskan kepada Abdullah Fathi yang mesra disapa Along tentang hal kematian. Berbagai soalan yang dilontarkan, menzahirkan sel-sel otaknya yang sedang berkembang.

"Nanti sampai kat kubur, Along bagi salam tau. Assalamualaikum ya ahlil qubur." ajar saya. Dia sengih.

"Along malulah."

"Nak malu apa?" Dia diam.

"Nanti bagi salam tau kat Aytuk Mek, assalamualaikum Aytuk. Along datang ni." sambung saya. Dia sengih lagi. 

"Macam mana Aytuk Mek nak jawab salam, Che Sue? Dia kan dah mati." dia mengutarakan soalan berkisar konsep kematian yang belum jelas padanya.

"Ye, Aytuk Mek dah takde. Tapi kalau Along bagi salam kat dia, dia suka. Allah pun suka. Nanti dapat pahala." saya sedikit cuak untuk menerangkan dalam bahasa paling mudah supaya kanak-kanak berusia 5 tahun ini faham. 

Dan di kubur Aytuk, dia memandang saya.

"Aytuk Mek ada kat dalam ni ke?" polos wajahnya.

"Yelah. Ada kat sini." kami tumpang duduk di belindan kubur sebelah Aytuk. Maklumlah, kedudukan kubur yang rapat membuatkan kami terpaksa duduk di situ. Tiada tempat untuk menghamparkan tikar.

"Bukaklah, Che Sue. Along nak tengok Aytuk Mek." pintanya naif. Saya senyum kecil. If only I can.

"Mana boleh, Along. Nanti siapa nak kemas balik?"

"Alonglah." dia meluruskan jari telunjuk ke dadanya.

"Ye ke? Tadi kat rumah pun lepas main Along tak kemas?" sempat saya kenakan dia. Tersengih dia, sebelum menguis sedikit tanah di sekeliling kami. 

Saya ajarkan dia salam kepada warga kubur, juga baca AlFatihah kuat-kuat, supaya dia boleh ikut baca. Selepas itu, saya biarkan dia dengan dunianya sendiri, bilamana saya bacakan Yaasin untuk Aytuk.

Kami kemudiannya ke paip air berdekatan, dengan sebuah baldi di tangan saya dan satu botol kosong di tangan Along. Melihat sesuatu, saya panggil Along yang berada dua langkah di hadapan. Dia berpaling.

"Cuba sentuh ni." saya mencangkung, menjamah pohon semalu yang pantas menguncup bilaman terkena jari saya. Nampak teruja, Along turut mencuba. 

"Kenapa dia jadi macam ni, Che Sue?" tangannya masih galak menyentuh hampir kesemua pohon semalu yang ada berdekatan paip itu.

"Dia malu dengan Along kot." ringkas saya terangkan sebelum kembali berdiri dan mengajaknya untuk meneruskan perjalanan.

Kembali ke kubur, saya suruh dia siram tanaman yang kami pacakkan di kuburan Aytuk. Dia akur. Selepas botolnya kosong, saya isikan pula air ke dalam botol itu, dari baldi yang berisi air. Lalu saya ratakan air ke sekeliling kubur Aytuk.

"Kenapa kena siram pokok, Che Sue?" tanya Along.

"Kenalah siram, nanti pokok haus. Kalau Along haus, Along minum air tak?" Dia mengangguk.

"Tapi pokok mana ada mulut. Macam mana nak minum?"

Saya senyum, sambil mencabut sepohon kecil rumput yang kebetulan tumbuh tidak jauh dari kami. Saya tunjukkan pada dia.

"Pokok memang takde mulut nak minum air, tapi dia ada akar untuk serap air masuk dalam badan dia. Jadilah dia sihat!" jelas saya lalu meninggalkan rumput yang masih berakar itu di tangannya. 

Sementara Along ralit dan leka membelek rumput di tangannya, saya bermenung seketika. Pandangan saya lontarkan ke jalan. Rumah Aytuk cuma di seberang jalan, barangkali cuma memakan masa 5 minit jika berjalan. Boleh dikatakan setiap petang kami akan menziarah Aytuk, Mek dan Che Lah di rumah mereka - membawa apa-apa sahaja yang emak sediakan dari rumah sebagai juadah minum petang. Dan sama seperti hari-hari itu, saya masih lagi ke kampung ini pada petang hari. Jalan yang sama, kampung yang sama, tujuan yang sama - menziarah Aytuk. Cuma keadaan dan tempat yang berbeza. Menziarah Aytuk di kuburan. Langsung tidak saya fikirkan sebelum ini. Senyum nipis saya tarik dan nafas saya hela. Memohon hati supaya bertenang dan tidak merusuh. Tidak manis untuk menangis lagi di kuburan Aytuk. Jam di tangan saya kerling, hampir jam 7 malam.

"Dah, Along. Bagi salam kat Aytuk. Nanti kita datang lagi." lafaz saya di mulut, beserta lafaz di hati - saya ucapkan salam kepada Aytuk dan berjanji untuk kembali bilamana berpeluang.

Dan saya tahu, langkah saya untuk meninggalkan Aytuk di 'rumah barunya' yang genap sebulan beliau diami, sama beratnya seperti ketika pertama kali saya menghantarnya ke 'rumah barunya' itu sebulan lalu. 

Semoga ALLAH lapangkan kubur Aytuk.
Semoga ALLAH terangkan kubur Aytuk.
Semoga kubur Aytuk menjadi salah satu daripada taman-taman syurga.
Semoga Aytuk dijauhkan daripada azab kubur.
Aamiin.
\


Wallahu'alam, wassalam.