Showing posts with label CurHar. Show all posts
Showing posts with label CurHar. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Kisah pertama tentang UIA Gombak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dua hari lepas dah dapat offer letter kemasukan ke Gombak pada hujung Januari ni. Semalam pulak dah selesaikan semua urusan pembayaran yuran kemasukan. Gembira :) Senang hati tengok frasa ; Tahniah, anda .... Alhamdulillah.

Tapi part yang kurang seronok ialah mahallah. Ditempatkan di Mahallah Ruqayyah, mahallah yang paling hujung dalam peta UIA. Nasib baik masuk peta aje. And no matter how many times I look at the map, I couldn't find any shortest road for me to reach Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) from Mahallah Ruqayyah. Jauhhh sangat!

Bagitau mak, beliau cakap, takpelah. Rezeki saya, dapat mahallah jauh. Mana tahu, ada rezeki lain yang ALLAH dah aturkan pada saya, pada masa mendatang yang tak tercapai dek fikiran seorang hamba. Saya pun mulalah nak redha.




Taaapiiii, setiap kali tengok peta ni, rasa syahdu meresap ke jiwa. Kengkawan ada yang dapat Nusaibah dan Sumaiyyah. Sapa dapat Nusaibah, memang beruntung sangat. Baling batu ke AIKOL tu pun bulih pecah tingkap AIKOL. Ruqayyah nun? Silap-silap bulih jamak daripada mahallah ke kuliyyah. (okey, metafora melampau)

Bila fikirkan lebih lanjut, ni baru pasal mahallah yang dah nak pening-pening kepala. Belum masuk Taaruf Week. Belum fikir hal nak susun atur jadual kelas tak nak bagi clash (10 subjek bhaiii) , nak pilih lecturers mana, nak sekelas dengan rerakan segeng. Masya ALLAH. Nak menapak dari mahallah ke AIKOL tu sangat jauh, dan nak buat aktiviti kat kuliyyah cemana lah oi? Tsk tsk

In simpler words, I can say that proses dan prosedur mendaftar tahun pertama ijazah di UIA bukan perkara mudah. Sulit dan rumit. Butuh kesabaran yang bukan sedikit, perlukan ketabahan yang menggunung. And basically, saya nampak baaaanyaakkk benda susah menanti di hadapan sana. Haila.

Saya cuba rasionalkan fikiran. Tiada benda mudah dalam dunia ni, kan? Ni pun patut bersyukur sangat, I managed to enroll myself into a prestigious university, alhamdulillah. Berapa ramai yang terkandas tak dapat meneruskan pengajian? Masalah kefahaman, masalah kewangan, masalah kehidupan. Tapi saya? Alhamdulillah, masih diberikan peluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Rerakan kata, boleh request untuk tukar mahallah. Tapi mengenangkan prosedurnya pun dah cukup buat kepada berserabut. Tapi tak cuba tak tahu, kan? Jadi, ikhtiar dulu. Kalau tak boleh juga, redha aje lah.

Dan andai kata saya benar-benar harus menjadi penetap di Mahallah Ruqayyah, mungkin itulah sebaik-baik tempat yang ALLAH tetapkan untuk saya. Mungkin DIA akan temukan saya dengan insan-insan hebat. Mungkin DIA akan tunjukkan lagi kepada saya tanda-tandaNya yang maha hebat. Segalanya mungkin.

Mohon doa kalian mendoakan semoga perjalanan saya dan rakan-rakan dipermudahkan. Semoga rezeki kami dipermurah. Bercakap soal rezeki pula, baru saya tahu, urusan memohon biasiswa bukannya mudah! Bukan sahaja mahukan slip gaji ibu bapa, tapi juga abang kakak yang sudah bekerja. Malah, mahukan bukti yang menunjukkan abang kakak memang masih melanjutkan pelajaran. Hmm.

Sungguhlah, tiada benda mudah dalam dunia. Rezeki perlu dicari, takkan datang sendiri. Peluang harus direbut, jangan biar tersangkut.

Buat rerakan seperjuangan, ayuhlah kita bersusah-susah dahulu, dengan harapan, insha ALLAH, kita bersenang-senang kemudian. Perjalanan masih terrrrlalu jauhhhh untuk ditempuh. Moga ALLAH sentiasa bersama kita, aamiin :')

Sekian, curhat (curahan hati) di malam hari ;3

Wallahu'alam.