Thursday, April 09, 2020

MRO Day 23 - Adam Mujahid

Hi there.

So this time around, ceritanya pasal Adam Mujahid.
Sedikit biodata Bang Adam ni adalah beliau sekarang berumur 6 tahun, anak sulung daripada 3 adik-beradik. Abang kepada CahMerah, 2 tahun dan Ammar Mujaddid, 20 hari++ :D

Cerita dia, sejak-sejak MRO ni, kami dah tak boleh ke masjid depan rumah ni untuk solat jemaah. Pagar masjid akan ditutup, and cuma azan yang berkumandang. Alternatifnya, ayah adakan solat jemaah di ruang tamu rumah. Maghrib Isyak, Subuh wajib. Zuhur dan Asar ikut kelapangan masing2. Tapi alhamdulillah, lekat amalan tu daripada awal MRO sehinggalah ke hari ini. Ini pun salah satu hikmah MRO juga saya kira, sebab sebelum ni kami sekeluarga jarang solat jemaah sama-sama semuanya sebab yang lelaki mostly akan solat di masjid.

Adam Mujahid ni dia ada peel yang lepas je bagi salam selesai solat, terus dia terjah iPad dia. Eyy la budak ni. Nasib belum mumayyiz benar, kalau tak maunya kena geletek dengan Che Sue. Tapi suatu malam, ketika Adam Mujahid bergegas nak bangun menuju ke iPad beliau lepas selesai solat, segera tangan dia ditangkap dan dia, saya riba.

Menggelepar dia kejap sambil kena geletek, sebab dia nak melepaskan diri. Long story short, sampai part doa, saya suruh dia doa jugak.Sebab saya kata, dalam doa ni kita boleh minta apa aje dengan Tuhan. Rezeki - duit, mainan, makanan semuanyalahhh contoh yang best saya bagi. Dia diam sekejap. Tak meronta dah. Alah, meronta pun bukan yang macam menggelupur gitu. Acah-acah meronta je sambil sengih ketawa gelak sebab dia tahu dia sedang cuba buat benda yang tak sepatutnya dia buat.

Pastu saya tanya, 'Adam nak doa apa?'

Dia jeda seketika, sebelum jawab sambil mata dia terarah ke almari buku Atuk dia nan tinggi (6-7 tingkat punya almari buku), 'Adam nak doa supaya ada angin boleh tiupkan kapal terbang Adam ke bawah.'

Langsung, dia tadah tangan elok-elok dan berbisik dalam doanya, exactly apa yang dia cakap dia nak tu. Bisik yang jenis nak suruh orang dengar tuu. Haha

Refleks, saya ketuk dagu dia. Itu aje dia mintak? Dia gelak-gelak lagi, dan lepas habis doa, dia lolos lalu tenggelam dalam dunia iPad. Tapi saya masih termangu, memikirkan 'doa' Adam tadi.

Senang kan menjadi kanak-kanak? Polos aje doanya. Ringkas dan mudah. Nak minta apa ya? Ha, minta anginlah. Supaya tiupkan kapal terbang kertas Adam yang tersangkut kat atas tu jatuh ke bawah. Supaya boleh main lagi.

Tapi kita, orang dewasa ni, doa tu macam-macam pesen dan jenis. Habis ratib semua nama dan perkataan, menghambakan diri kepada Tuhan, Tuan yang sejak azali hingga mati, moga sudi dimakbulkan doa kita, kerana kita tahu pendosa seperti kita ni, ada mungkinnya doa terhalang. Lalu kita minta siap2 kepada Dia, agar Dia dengar doa kita.  Lalu kita minta macam2 - rezeki; kerja, jodoh, keluarga, kawan2, pengajian etc, keberkatan ; umur, masa, duit, tenaga etc, dan bermacam lagi.

Sebab kita tahu, susahnya menjadi dewasa. Semakin besar kita, semakin banyak keperluan, kemahuan dan kehendak kita, maka doa menjadi semakin panjang.

Maka sewajarnya, ibadah juga bertambah la kan? Sebab nak minta banyak2 dengan Tuhan ni, takkan nak ibadat sikit2 ciput2 hujung2 waktu je kan?

Sampai kat sini fikirannya, saya rasa sakit. Adalah tu sebab apa-apa doa kita belum dimakbulkan. Mungkin kita banyak sangat dosa, mungkin kita masih ada rasa kuasa sedangkan semuanya milik Dia, mungkin kita masih belum cukup menjadi dan berasa hamba, atau mungkin juga kita minta sesuatu yang kita belum perlu, atau sesuatu yang kita takkan perlu. Rahsia ALLAH semua tu. Takpe, itu kerja Dia. Jangan kita ganggu gugat. Kita settlekan part kita sebagai hamba (abid) - dengan beribadat padanya.

Insha ALLAH aamiin.

Terima kasih, Adam, bagi pengajaran secara tak langsung kepada Che Sue.




So lepasni, cerita MRO siapa yang kita akan kupaskan dan abadikan di sini? Heheh

Wassalam. 

0 love letta(s):