Showing posts with label #vacayyam. Show all posts
Showing posts with label #vacayyam. Show all posts

Friday, September 13, 2019

Cikgu Kamal's Clans in Kota Kinabalu 2019

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah diizinkan untuk execute plan holiday kami sekeluarga yang dirancang berbulan-bulan. Kali ni first time SEMUA family members pergi; mak, ayah, abammat sekeluarga, kakti sekeluarga, bangjat sekeluarga, mayyah dan mayyam. Siap ada baju kauuu. Kenmain semangatnya haha.

Kami jejaki bumi Sabah kali ni, sebab menurut Ayah, tak pernah lagi sampai Sabah. Yam pun. Maka dengan trip ini alhamdulillah lengkap 14 negeri dalam Malaysia telah kujejaki ihiks :D



Berjalan dengan ahli seramai 10 dewasa, 10 kanak-kanak pasti membuatkan susun atur perancangannya berbeza dengan perancangan percutian biasa. Dan bercuti ramai2 maceni mengajar kita supaya lebih sabar dan bertoleransi, tokleh nak ikut kepala kauuu je. Ada lagi 19 kepala kau kena consider haha. Maka, berlebih kuranglah. Barulah harmoni. Aagituu. Haha

Nasihat tulus ikhlas Yam, plan itinerari elok2. Aktiviti. Makanan. Tempat tinggal. Kenderaan. Pastu jangan nak fokus too much on following strictly the schedule. Iti tu anggap sebagai guideline je. Mungkin ada satu dua aktiviti, satu dua tempat yang kita terpaksa let go due to kekangan masa dan tenaga, maklum saja berjalan dengan warga emas dan anak-anak kecil, tapi jangan kecewaaaa. Nikmati je masa yang ada.

Holiday dengan famili ni sebenarnya tak kisah kat mana-mana, yang penting dengan siapa kita bersama. Haa gituu. Hiks



Kami jejak KKIA Khamis malam. Balik hotel, tidurrr. Esoknya dah pegi snorkelling. Maka bear in mind, petangnya memang semua kepenatan. So aktiviti santai-santai je; pusing pasar filipina, pasar malam dan makan-makan. Nak jenjalan lebih2, tunggu next day.

Haa on the way to Kundasang the next day nya, barulah kami banyak berjalan sikit.

Singgah di muzium marin dan akuarium di UMS.



Lepas tu Jambatan Tamparuli dan Pekan Nabalu, sebelum check in di Kundasang. Okay, rileks. Jalan banyak, letih pun banyak. Kasi mak ayah dan budak-budak rehat. Yang dewasa ni masak. Perut kenyang, insha ALLAH tidur berkualiti. Esoknya nak jelajah Kundasang dan Ranau pulak.

The next day, cambiasa ke Desa Dairy Farm. Tengok lembu pastu minum susu lembu haha. Landskap lawaaa dan sangat instagrammable hehe. Cuma kena jalan banyak sikit la utk warga emas seperti mak dan ayah. Lepastu ke Fish Spa Sg Luanti. Haaa kat sini goreng pisang dia best, SILA BELI bebanyak haha. Sg Luanti ni dah masuk Ranau, so agak jauh sikit dengan Kundasang. Tapi best lah. On the way balik, singgah Sg Poring Hotspring yang merupakan tapak warisan dunia. Spend masa banyak kat sini pun boleh. Mandi manda, ada juga kebun orkid dan taman rama-rama. Sesuai utk semua peringkat umur.

Balik homestay, masakkkk. Semua kelaparan haha. Dan ready utk last day. Esoknya nak patah balik ke KK dah utk flight ke KL esok malam.

Satu tips lagi bila berjalan ramai2 ni, silalah masak haha sebab nak makan kat kedai selalunya x berbaloi. Plus homestay yang kami check in ni ada dapur dan cukup fasiliti untuk masak, tinggal beli bahan mentah je. On the way ke Kundasang tu ada kedai jual sayur fresh, terutama dekat area Bundu Tuhan tu. Dan sebelum sampai pekan Kundasang itself ada 99 Speedmart so boleh le nak beli sardin ke telur ke perencah nasi ke beras ke roti ke etc haaa banyak nau cadangannya. Plus bebudak akan selalu kelaparan makaaaa sediakanlah makanan banyak2 - roti, biskut etc.

Last dayyy barulah Kinabalu sudi memunculkan diri setelah berhari2 dilitupi kabus. Alhamdulillah sempat merasaaaa :)




Lepas brunch, bye bye Kundasangggg moga ketemu lagiii.


Kembali ke KK, singgah Zuhur dan Asar di Masjid Bandaraya. Lawaaaaa dan menarik. Ada ATM, ada kedai makan dan macam2 kedai lain. Kitorg lunch kat situ jeeee sebab lepastu nak rush pergi pasar filipina utk shopping kali terakhir before balik KL ehehehe

Dan menikmati sunset di pinggir pasar.



Kemudian bergegas ke airport utk balik KL. Maka tamatlah percutian famili Hj Kamal kali ini. Moga berezeki untuk merasa lagi nikmat ini aamiin.

Nah, yam kasi sekeping gambar pakcik ni :D



Till next time, Cikgu Kamal's Clan!

Sekian, wassalam. 

Sunday, November 18, 2018

#RaonRaonKuching

Bismillahirrahmanirrahim.

Cambiasa ah, a throwback post :D

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas lepas bertarikh 2-4 November 2018, ALLAH SWT izinkan untuk Yam dan rakan-rakan (Syazwani dan Kak Krun) untuk bermusafir ke bumi Kenyalang. Saja jenjalan sebab tengok tiket murah tuari hehe. RM198.00 return Air Asia ticket, kira murahlah jugak bila beli less than a month. Kenapa? Sebab saja2 godek2 website Air Asia dan ehh terjumpa tiket murah gi Sarawak hehe

Sebenarnya antara plan Yam ketika chambering ni adalah untuk travel ke tempat2 yang Yam x pernah sampai. Maklumlah dah ada pendapatan sendiri seposen dua ni, rasa macam nak bagi allocation sikit untuk diri sendiri jalan jalan kenal bumi Tuhan :) So destinasi yang Yam nak fokuskan adalah Sabah dan Sarawak terutamanya, sebab dua tu je negeri dalam Malaysia yang Yam belum sampai.

Arrange dengan Kak Najwa yang memang duk buat chambering kat Kuching, and she was so excited bila Yam bgtau nak pergi sana, siap sediakan itinerary on the spot. Yam pun segera menyebarkan berita tiket murah ni kepada rerakan terdekat dan puff, Syazwani dan Kak Krun on, maka on lah plan kita.

Long story short, 2 Nov bersamaan hari Jumaat tu kitorg bertolak KUL-KCH. Kak Najwa fetch kat sana, bawa balik rumah beliau yang dah siap beliau bentang tilam lengkap berbantal Rilakuma lagi ahahahaha. Terus tidur sebab esok tu banyak plannya. Short vacay je kan so padatlah jadualnya.

Esok pagi tu cadangnya nak piknik dekat Damai Sentral, tepian pantai bagai. Tapi hujan hahaha so kita makan dekat bawah pondok tepi padang je lah. Alhamdulillah by the time nak masuk Kampung Budaya Sarawak tu hujan dan berhenti, so kitorang enjoy the nice weather yang redup dan tak panas sepanjang kat Kg Budaya. Walaupun mahal sikit entrance fee dia (RM60) tapi personally bagi Yam, berbaloi. Kata nak kenal Sarawak sangat kan, so Kg Budaya ni simplify kan apa yang kau kena tahu pasal Sarawak, especially keistimewaan dia dengan kepelbagaian kaum dan masyrakat tu.


Stay sana sampai tengah hari supaya berbaloi bayar mahal2, then balik solat Zuhur kat rumah. Oh by the way, sebelum balik tu kami pi sekali .lagi ke tepi Pantai Damai tu sebab nak bergambar dengan tugu burung Kenyalang heheh # GIGIH


Lepas Zuhur, gi Muzium Kuching, bayar RM3 je sebab bawa masuk phone. Kalau tak free entry je. Tapi sampai end of 2018 je. By 2019 dah start kena bayar rm5 per person. Menariklah sebab banyak info pasal kucing kat dalam tu. Budak2 tu mesti gembira sebab banyak replika kucing kat dalam tu so not bad.


Lepastu gi makan dekat Cendol Mami kat kawasan Gita. Sedaaaap. Yang femes of course cendol dia, dan mi belacan serta sotong kangkung.

Perjalanan diteruskan ke Waterfront Kuching sebab katanya ada regatta dekat tepi sungai tu. Regatta ni macam perlawanan perahu yang kalau tak salah, diadakan secara tahunan. Tapi kitorang x plan pun. Satu kebetulan yang indah, alhamdulillah :) Naik jambatan Darulhana dan enjoy the sunset kat situ.


Menyusuri jalan2 tepi sungai tu sebelum menuju ke Kampung Boyan untuk makan di Borok Cafe. Kak Najwa ajar makanan local contohnya linut, ayam dalam buluh tu, pucuk midin etc :D Alhamdulillah sedapppp. Balik tidurrr kepenatan. Banyak noks berjalan harini dalam Kg Budaya la naik turun jambatan tu la :'D

Day 2 kat Kuching, kami breakfast di Mom's Laksa. Kekonon nak mi kolok selaku special local dish Sarawak tapi sebab kami gi lambat sikit, as pepagi tu pegi Medan Niaga Satok dulu beli ikan terubuk dan kain batik (price is nice. beli je kat pasar minggu sini.) so by the time kitorang pegi makan tu, mi kolok dah habis. So kitorang order mi jawa special (ada satay sedaaaaapppp) dan laksa Sarawak. TETAP SEDAP okay. Pergh. Pastu pegi Mira Cake House dekat Kg Boyan, siap naik perahu seberang ke belah Waterfront tu dan patah balik ke Kg Boyan, tengok regatta jap, pastu balik rumah simpan dalam peti ais barang2 belian. Solat Zuhur, dan Kak Najwa drive lebih setengah jam utk bawa kami ke Telaga Air makan seafood sedapppp, murah!

Di sinilah dapat emel kata flight malam ni delay so kami extend lama sikit dekat Esplanade tu, tambah2 jeti dia boleh bergambar cantik2. Naik bot keliling sungai tu pun boleh, RM10 untuk 30mins. Murah la kan, tapi sebab x plan apa2 aktiviti air, so kami melepak je kat situ.


Balik rumah kemas barang, rehat jap kemudian lepas Maghrib keluar balik untuk tangkap gambar di tugu Kuching, pastu makan ice cream gula apong dan kemudiannya ke airport.




Mereput di airport tunggu flight, pastu alhamdulillah selamat sampai KLIA2 awal pagi Isnin 5hb tuu.

Some things here and there la yg mengganggu mood, contohnya flight delay dan affect plan lain huhuhu tapi rasa tak baik sangat nak merungut sebab nikmat yg ALLAH kasi rasa melebihi tu sangat dah.

So Sarawak done! Walaupun sekejap dan cuma sebahagian kecil Kuching yang sempat dijejakkan kaki, tapi takpeeee dah bersyukur sangat dah. Ada rezeki, lain kali kita datang lagi ya :)

Kak Najwa, thank you so much for the great hospitality. Kak Kerun and Syazwani, terima kasih jadi travel partner yg awesome.

So, Sabah bila ni, akak? :D



Wallahu'alam, wassalam.


p/s : Maaflah, dah tak berapa rajin nak cerita in details satu persatu macam dulu2. In case korang nak tahu apa2, letak je kat komen ye nanti kalau sis baca, sis balas :)

Wednesday, August 23, 2017

Bandung Trip July 2017 : Day 1 and 2

Bismillahirrahmanirrahim :)

*dah lama entri ni jadi draft dekat dashboard blog. Pastuuuu baru triggered untuk post sebab baru lepas tengok gegambar Rozita Che Wan pergi Bandung kat IG beliau -> https://www.instagram.com/rozitachewan1/ * :D

Alhamdulillah Tuhan sudi luangkan kesempatan untuk Yam bercuti bersama keluarga. Tak jauh mana pun, Bandung, Indonesia je. Tapi okeylah kan. Harituuu lagi, as in, few months back lagi dengar cerita mak nak bawa Yam dan kakak ke Bandung. Ingatkan gegurau manja aje. Tapi lepas mak tunjuk itinerary yang airline bagi, ooo bebetul rupanya. Kami pergi 4 hari 3 malam jee, 24 Julai hingga 29 Julai 2017 :)


 Le momsi and le sissy. Cikgu Asiah engkorang dengan kakak Yam, yang nama betulnya Mardhiyyah, tapi akhir-akhir ni Yam panggil dia Margaret. Dulu panggil Markonah kejap. Haha


Ewahhh walking together hand to hand kettewww :D

 Ni gambar kandid Cikgu Kamal engkorang tengah shopping bekalan makanan di Jaya Grocer KLIA2 tuuu. Wah sangat tauuu.




Cubaan gambar acah hipster yang jelas-jelasnya GAGAL :'D


Gigih pinjam novel ni daripada FiqSham dan baca semula (sebab dah pernah baca sebelum ni) sebab nak ambil feeling Kota Bandung.

Makanya Mas, lagi tungguin Maryam di Kota Bandung ya. Ihik (Dah lah hero cerita ni nama dia Reza tau. Omo Reza Rahadian kuuuu hiks )


 Maka, berlepaslah kami 4 beranak ; ayah, mak, kakak dan Yam ke Kota Bandung. Kami tiba di Bandara Hussein Sastranegara, Kota Bandung dah malam pun. Di sana lewat sejam daripada Kuala Lumpur, maka kami sampai kira-kira jam 8.15 malam waktu tempat (waktu Bandung), setelah menempuh penerbangan lebih kurang 2 setengah jam.


Ikutkan perancangan asal, transportation daripada hotel yang bakal kami inap sepatutnya tunggu menjemput. Tapi takdak pun. Nasib baik Yam salin siap-siap phone number hotel, jadi daripada jalan keluar Ketibaan Antarabangsa tu, korang ke kiri jeee, akan jumpa kaunter informasi, pastu minta airport staff tu call-kan hotel. Gratisss. Iya, percuma aje. Yang penting kau kena ada phone number hotel. Talian bersambung, terus Yam tanya pasal supir, dan jawabannya :

"Maaf mbak, malam ini mobilnya lagi problem. Nggak bisa jemput, mbak."

Huk aloh.

[TIPS : Elok sangat kalau ada details pasal hotel, contohnya alamat dan phone number. Alamat, sebab nanti masa nak mendarat, anak kapal (steward/stewardess) akan edarkan satu kind of borang untuk kau isi, kau kena state kau duduk dekat mana selama di Indonesia ni. Jadi wajar dan harus sangatlah ada alamat hotel. Phone number pulak, in case jadi macam Yam ni. Nak kena call hotel apa semua. Jadi, susahlah kalau takde phone number hotel.

TIPS lagi : Masa kau mendarat tuu, lepas cop pasport, scan barang apa semua, keluar je kat Arrival Hall tu (tapi bandara dia ni kecil jeee. Tapi baru! So dekat-dekat je departure hall, arrival hall), akan ada ramaiiii sangat manusia yang nak offer kau naik dengan diorang. Berbayar of course. Sebab tu masa nak booking hotel siap-siap tu, cari yang offer transportation from and to airport terus. Senanggg, sebab kalau hotel dekat-dekat, transportation service ni free daripada hotel.

TIPS lagi : Terus beli simcard dekat airport kalau nak guna internet sepanjang masa di Indonesia, bukan hanya di lobi hotel jeee. Haritu Yam beli dekat booth SIMpati, untuk 30GB yang tempoh sahnya dua bulan, rega dia IDR 60,000. Dalam RM20 gitu kot. Dengar cerita possible je dapat murah lagi, tapi takpelah, tak jauh beza kot. Terus suruh adik tu masukkan dalam phone korang. Senang cerita. Karang nak pasang sendiri kat hotel, kalau apa-apa, satu hal pulak nak ke airport balik. Booth SIMpati ni dekat dengan Domestic Arrival Hall. Alah, tanya je kat information counter tuu macam Yam buat haha. Okeylah 30GB ni kau bukak la hotspot kongsi ramai-ramai pun takkan habis punyaaaaa. ]

Berbalik kepada cerita supir hotel yang tidak boleh jemput tu, kitorang dah mula cuak sikit. Sebab tak tahu hotel kat mana, pastuuu dah dekat 10 supir yang ada kat situ offer service diorang, kitorang reject. Segan laa pulak en. Pastuu ada sorang pakcik ni, yang memula sekali offer kami servis dia, mampir pastu tanya hotel mana, sekian-sekian, pastu kitorang pun ceritalah pasal masalah kitorg. Dia pun offer, IDR 60,000 untuk ke hotel. Yam macam tak setuju, sebab Waze cakap jarak dia dalam 2.4km jeeeeee. Takkan sampai RM20 kauuu. Tapi memandangkan Mak dan Ayah yang dah keletihan, pastu pulak perhaps we wont be getting any better offer pun, maka kami setuju. So yeah, rezeki Bapak Soleh untuk hantar kami ke hotel malam itu.

Tapi lepas tuuu Bapak cuma ambil IDR 50, 000 jeee lepas Yam buat muka kesian hahaha. Kesian beliauu. Mungkin sebab dah malam, dah kurang trafik, so lalulintas lancar je ke hotel, jimat minyak dia, so yeah - okeylah IDR 50, 000.

Masuk hotel, terus Yam fire budak receptionist tuuu hahaha kesian dia. Taklah fire, cumaaa cakap je lah, mobil dia yang problem, kenapa kita yang kena tanggung additional cost? Sedangkan one of the main features kitorang pilih hotel adalah yang ada airport transfer. Pastu confirmkan terus untuk hari balik nanti, servis daripada hotel yang akan hantar kami ke airport. Beria-ia adik tu angguk haha kesian naw!

So malam tu kitorang check in, rehat, makan megi (sebab tak larat dah nak keluar explore cari makanan sekitar situ), pastu tidur. Esok gonna be longggg day, so ayuhlah kita berehat.


DAY 2 - 25 Julai 2017.


Bangun pepagi, breakfast yang... hmm, okay, pastu terus contact bapak supir yang kitorang dah book servis dia dari Malaysia. Katanya, dah siap menunggu di luar hotel. Yam yang masa tu tengah telek peta Kota Bandung yang hotel framekan di lobi, keluarlah dan segera nampak Grand Livina yang dimaksudkan. Segeralah panggil mak, ayah dan kakak. Lepas sesi berkenalan dengan bapak supir, kami masuk ke dalam kereta.

Beliau tanya, nak ke mana. Yam listkan tempat yang Yam nak pergi. The Lodge Maribaya mengungguli carta, tapi bapak supir kata 'jika sempat'. Yam macam, eh pehal pulak. Ke situ lah dulu, nak ke mana lagi? Tapi beliau bawa kami ikut itinerary biasa beliau : Farmhourse Lembang, Tangkuban Parahu, Floating Market dan Dusun Bambu. Yes, at the end of the day, we couldnt make it to The Lodge Maribaya.

Sedikit terkilan di situ, sebab masa di Malaysia, bila ditanya service diorang ni, diorang cakap, kami supir sepanjang hari. Bilang saja mau ke mana, kami turuti. Minyak, parking, upah driver, semua inclusive.

Tapi bila sampai sini jadi macam ni, terkilanlah sikit. Takpelah, takde rezeki. Maybe next time laaa naik Sky House ke Zipline tu keeeeee hmmmmmmmmmmmm.

So destinasi pertama kami ialah Farmhouse Lembang. Salah satu destinasi dalam list.



Kami sampai awal sangat, Farmhouse tak bukak pun lagi. Soooo bapak supir ajak mengopi dulu di tepi jalan.


Haa nampak tak bapak supirnya buat peace tuuu? Haha yang Cikgu Kamal tu pulak sibuk kupas ubi keledek madu siap direbus. IDR 5000 je sekilo! RM1.50 kak oi.

Okeyyy lepas Farmhouse bukak, maka kami terus masuk. Orang tak ramai lagi, matahari pun tak berapa garang lagi sinarannya, maka ayuhlahhh









Serious lawa dalam niii. Dia macam tempat tarikan untuk those yang suka bunga, nature dan sort of senibina jugak. Suhu yang agak sejuk reminded me of Cameron Highlands.

 My two loyal photographers ihikhikhok


Adik kakak, tiket nak masuk ke Farmhouse ni jangan buang yaaa. Nanti boleh tukar di bangunan putih yang berbentuk botol susu tuu dengan susu yang masha ALLAH sedap sungguh! Ada perisa asli, coklat dan strawberi. Yam cuba strawberi dan coklat, dedua sedappppp. 

Btw, entrance sini tak silapnya IDR 20, 000. And we spent like an hour kot kat sini. 

Lepastu kami gerak ke Tangkuban Parahu. Haa pasal TP niii sebenarnya all the way from Malaysia lagi kami contemplated sama ada nak masuk ke tak. Sebabnya, banyak review daripada blogs dan rerakan yang dah pernah sampai sini, bahawa tak berbaloi bayar masuk TP sebab mahal sangat! Dan kat situ nothing much pun, kecuali asap gunung berapi yang masih aktif tuu.

Bila bilang sama bapak supir, beliau sungguh-sungguh mahu ke TP. Ayah dan Mak ikutkan sahaja, Yam macam, 'suka kaulahh nak ke mana. Maribaya aku mana?!' Haha pesen susah nak move on macenilah.

Entrance fee ke TP ni IDR 200,000, lebih RM60 tauuu. Dan untuk pengetahuan, rega ni untuk tourist jee. Kalau kau warga Indonesia, maka entrance fee kau cuma IDR 20, 000. 10 kali ganda kottt! Yam macam dah ada that stigma yang tak baik haha. 

Daripada tempat entrance bayar tiket tuu, kena drive naik ke atas dalam 3-4km jugaklah. Sampai atas,  bapak supir sungguh-sungguh pesan, JANGAN beli apa-apa kat sini sebab mahallll. So kami patuh jee, walaupun banyak yang menggiurkan seperti jagung bakar, strawberi, blueberry dan sbgnya. 






Kami berjalan menuju ke kawah Gunung TP ni.

[TIPS : Mohon sediakan mask siap-siap dari Malaysia. Yam beli yang sangkut kat telinga tuu, yang pakai buang tuu, RM1.30 untuk 10pcs dekat Mr. DIY.]

Tapi berjalan agak jauh, Mak dan Mayyah tak larat. So Yam dan Ayah naik ke atas sikit.




It was really niceeeee. Seriously. Breathtakingly amazing. Subhanallah sungguh! Kat atas ni ada jugak pepokok yang lawaaaa je untuk kau shooting gambar bebanyak.

Yam dan Ayah stop sampai sini jeee, lepastu kitorang turun balik tempat Mak dan Mayyah menunggu. Ada jeeeee atas lagi, tapi idok leee nak mendaki nuuuu. Tapi kalau korang larat, silalahhhh! Yam sokong seratus persen! Bayar memahal kannn. Haha



Kitorang Zuhur kat sini, sebab ada kemudahan tandas dan surau. Selain tu, memang nak berlama-lama di sini sebab nak bagi berbali bayar sampai RM60 ++ nak masuk sini kannn.

*sembah Ratu Asiah kekekekekek*

Laluan ke kawah gunung berapi tu ada dua tau. Satu lalu kedai-kedai di kiri kanan jalan, satu lalu tangga-tangga. Oleh sebab kami turun lalu jalan kedai, naik tuuu Yam ikut jalan tangga. Serious lawa! Ada satu tempat perhentian tuuu boleh jadi magical spot untuk tangkap gambar. Nanti cubalah cari ya!


Penatlah sikit nak mendaki tangga, tapi no worries wehh. View dia lawa yang amat, hingga kau lupa lelah yang melanda.

Contohnya gambar ni. Indah bukan? Hehehehehehe


Okehhh lepastu kami dibawa makan di satu restoran makanan Sunda. It was fun, sebab tepi ladang. Kami duduk bersila tepi tingkap, kat tanah kat bawah tuuu diorang tanam kobis lah apabenda lahh. Makan ikan gurame (yang bila nak balik Malaysia barulah Yam tahu bahawasanya hidangan itu merupakan ikan gelama goreng haha) dan sebagainya ; ada cumi (sotong) goreng, ayam pun ada gak. Agak mahal, sebab IDR 300,000 lebih. Maybe sebab restoran classy kottt. Atau ada la tu yang sipi-sipi masuk komisen dalam kocek supir kot ops haha

Lepastuuu Bapak Supir bawak kami ke Floating Market Lembang. Dia macam Floating Market Thailand katanya, tapi comes with great landscape. Serious wehh. Kebun ada dalam ni, tanam memacam, dengan sawah padi siap. Pastuuu beli hanya dengan token. Oleh sebab kami masih kenyang, kami tak tukar pun duit dengan token, sebab takleh nak refund. So kami jenjalan pusing-pusing jeee dan tak beli pun makanan dekat Floating Market tuuu. Tapi beli Tshirt dekat kedai souvenir tepi-tepi tu, guna duit. Bukan token.


 Ada dua cara nak sampai ke Floating Market yang kawasan orang jual makanan dari dalam perahu tu, sama ada berjalan atau naik bot. Kitorang tak pasti naik kat mana botnya, pastuuu kitorang macam terpukau dengan keindahan landskap dia, so we just kept walking till the end. Dengar katanya, kalau naik bot/perahu tuu kena bayar murah jee. So korang kalau berpeluang, pegi naiklah perahu, balik nanti jalan. Merasa lah dedua. Tapi worries not, nak jalan je pun tak rugi. Serious lawa wehhh, pusing satu round pun rasa tak puas.


 Ginilah kawasan Floating Marketnyaaa. Memang transaksi dari dalam perahu. Dekat tepi-tepi tu ada jugak booth tukar coin. Kalau korang nak beli apa-apa, kena tukar IDR jadi coin dulu. Tapi jangan banyak-banyak, nanti tak habis tak tahu nak beli apa, rugiii je sebab tak boleh refund balik.


 Cikgu Kamal suruh snap sekeping gambar dia di tengah sawah padi kekononnya haha ;)


Again, tiket entrance jangan buang. Nanti boleh tukar dengan air - panas dan sejuk. Bagus, kan? :)

Lepas ke sini, Bapak Supir bawa ke Dusun Bambu, juga untuk menghayati keindahan alam. Kami dah letih berjalan puisng-pusing sebenarnya, tapi digagahkan juga. Mak tak masuk, tunggu di luar je. Tak larat betul katanya. Cuma Yam, Mayyah dan Ayah masuk. Dari entrance ke center, kami naik shuttle bas. Lepas tuuu pusing kawasan sekitar sikit-sikit, kami pun kembali ke center balik untuk kembali ke entrance dengan menaiki shuttle bus jugak. Lemau dah wehh nak jalan banyak-banyak. Kesian emak ayah, penat sikit itinerary hari ni ;'D




Di sini pun jangan buang tiketnya! Nanti dekat exit, untuk dua keping tiket, dapat satu botol air mineral. Okeylah tu kann, hilangkan haus lepas berjalan jauh-jauh. Oh ya, entrance fee kat sini IDR 20,000 sorang je, so takdelah terkilan mana masuk sekejap je. Jadilah, ambil nama ya.


Kesian mak dan ayah, oleh sebab terlalu banyak berjalan, tak larat nak shopping. Sepatutnya singgah Rumah Mode ke Cihampelas Walk ke, tapi mak dah tak larat. Yam tanya bapak supir, yang mana lagi best antara dua tu, dia suggest kan CiWalk, so kami singgah CiWalk sekejap. 

It was fun indeed. Kalau ada tenaga banyak lagi, rasanya banyak yang kami boleh borong kat sini, terutama t-shirt yang reganya RM6 je lebih kurang, sebab 5 helai untuk IDR 100,000  (RM30). 

Tapi dah letih sangat, lepas beli baju 5-6 helai, kami kembali ke kereta dan balik ke hotel. Awal lagi. Tapi takpelahhh, Yam suruh bapak supir balik rehat untuk ke Kawah Putih esok harinya.

Ceritanya, bapak supir sepertinya enggan ke sana. Macet lah tidak berbaloi lah perjalanan jauh lah.Dia cadangkan ke Pasar Baru jeee yang kalau kami jalan kaki tak sampai 10minit pun daripada hotel tuu. Ewah sangat tau bapak supir ni ;'D

Oleh sebab tak berjaya ke Maribaya hari ni kerana keengganan supir, maka Yam bertegas nak jugak ke Kawah Putih esok. 

"Ya emangnya jika dipaksa gitu, saya menurut aja."

Gitu pulak katanya, kita paksa dia ya. Haha apa-apa aje lah, pak. Janji esok bawa saya ke Kawah Putih itu!

Kesimpulan untuk trip hari ni ;

Farmhouse Lembang - bagus pergi masa awal pagi sebab suasana masih sangat nyaman dan segar, bila dikelilingi pokok tuu rasa best sangat. Recommended, silalah pergi.

Tangkuban Parahu - different people may have different opinion. Mungkin sebab Yam jalan dengan mak dan ayah, diorang okey je bayar mahal sikit nak tengok kawah gunung berapi. Bagi kita yang muda-muda ni apalah sangat kan, tapi this might be a new thing for them selama mereka hidup. Soooo kalau trip dengan parents, silalah pergi. Mahal la sikit. Tapi view dia lawa, serius weh. Yam tak nyesal pun bayar memahal masuk dalam ni. Tapi pepandai la menghayati dan menghargai. Okeh?

Tapi sekali seumur hidup jadilah kot. Takdelah setiap kali ke Bandung akan ke sini, kot. Ambil nama pernah pergi je, jadilah ye :)

Floating Market Lembang - Sini pun menarik jugak, dengan landscape dia yang lawa yang amat tuuuu. Okeylah not bad ye :)

Dusun Bambu - Sebab tempat-tempat lain pun boleh tahan dah lawanya the environment and surroundings, kalau tak ke sini pun takpe kot. Plus bila jalan banyak-banyak awal-awal tadi, sampai kat Dusun Bambu ni dah petang, bateri kau dah depleted, tak larat dah. Sebab konsep dia lebih kurang sama je. Back to nature.

Cihampelas Walk - best oi! Kalau ada tenaga lebih, jenjalanlah kat sini. Murah dan menarik! Dia macam gerai-gerai yang banyak atas jejantas. Ala-ala skywalk. Err ke skyshopping? Haha silalah ke mari kalau sempat yaa! :)

[TIPS : Mohon sangat lakukan private research on the places yang kau nak pergi. Kalau tanya tourguide, diorang memang akan listkan ALL the places yg senang dan mudah diorang nak pergi, plus mungkin dapat komisen for bringing in customers. Mungkin ada tempat yang kita tak nak pergi pun, contohnya macam kitorang, supir nak bawa ke tempat Kopi Luwak, tapi sebab mak dan ayah dah tahu how that thing works, so kitorang cakap kitorang nak skip ke Kopi Luwak tuu, maka tak pergilah ke sana. Jimat masa, duit dan tenaga hehe. So, please do your own research pasal interesting places, and request je kat Bapak Supir. Sepatutnya, he should have no problem to bring you anywhere - sebab tu termaktub dalam servis dia]

Oleh sebab ni trip jenjalan dengan famili, maka kami tak ketat sangat bajetnya. Alhamdulillah tak berkesempitan nak jenjalan, makan dan shopping :)

Okehhh Part 2 untuk Edisi Bandung Day 3 and 4 akan disambung bebila masa budak Yam ni rasa rajin. Nah Yam belanja gambar bebunga cinta yang mekar berkembang di taman Farmhouse sebagai tanda perpisahan kita buat kali ini.




Semoga ketemu lagi, babai.


Wassalam.

Wednesday, August 09, 2017

[PART 2] Ho Chi Minh City tour.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai bertemu lagi kita dalam post Yam pasal Vietnam. Entri kali ni fokus kepada hari kedua dan terakhir Yam di bumi Vietnam, terutamanya pasal perjalanan Yam pusing bandar, jalan kaki sensorang.

Haah sorang-sorang! Sebabbbbb kakak-kakak busy nak bershopping. Yam nak halang diorang, dan nak ajak jenjalan dengan Yam, rasa macam tak best, sebab diorang memang datang sini dengan tujuan utamanya nak shopping. Kak Siti ada juga bermanis mulut offer nak temankan, tapi tak ngapelah. Kak Ti pegi lah belek instant shawl nuhh daripada jalan dengan Yam kakakaka. It's okay, Ho Chi Minh City is said to be a safe city for a solo traveller okay. Insha ALLAH.

Jadi, pagi-pagi lagi lepas Subuh, Yam dah bersiap sedia. Terus breakfast makan roti gardenia pastu mandi apa semua. Kejutkan Kak Ti yang masih kepenatan sebab shopping semalam, yang tertidur lepas Subuh. Lepastu Yam say goodbye. Dengan nama ALLAH, perjalanan Yam dimulakan.

Sebelum tu, Yam minta peta dengan hotel sebab semalam ada ternampak. Pastu bellboy yang masih takde kerja pepagi buta tu dengan rajinnya petakan jalan untuk Yam dan namakan few places yang best. Jadi banyak sikit destinasi Yam instead of 2-3 tempat sahaja yang ada dalam kepala.

Berbekalkan peta yang bellboy tu kasi, dengan lafaz basmalah, Yam keluar daripada hotel. Jalan yang opposite daripada Pasar Ben Thanh, sebab tujuan Yam yang pertama adalah Independence Palace.

Jalan punya jalan, it was a fine Sunday. Menjauh daripada hotel, makin busy jalan dan tak ramai pejalan kaki. So bila kau sensorang lintas jalan, orang dalam kereta, atas motor yang berhenti sebab kau, akan pandang kau dengan pandangan yang .... apa budak ni buat kat sini? Pasar belah sana woi. Haha tapi no worries, diorang okay je.

Ada la jugak was-was sekali dua dalam hati, Yam cuba tanya dekat sorang uncle yang tengah jogging. Tapi dia senyum je pastu dengan bahasa isyarat dia bagitau yang dia tak boleh cakap English, pastu bila Yam tunjuk peta nak suruh dia tunjukkan je bahawa Yam berada di jalan yang benar atau tak, dia kata eyesight dia tak elok. Rabun dekat kot so he cant see really well without his glass. Regardless dia senyum je, sambil tunduk-tunduk sorry gamaknya, dan Yam pun teruskan je perjalanan walau tak berapa yakin haha (Moral : Walau kau tak boleh tolong orang, be it language barrier ke tak nampak ke, maintain senyum je ye. Because a smile doesnt know any language, it is spoken by all. Wahh. Sejuk hati Yam nengok uncle tu senyum. Lupa kejap walang di hati yang takut sesat nih)

Tengah jalan tu Yam nampak muzium ni. War Remnat Museum Ho Chi Minh. Tapiii bukan termasuk dalam list nak pergi maka lalu je lah. Tak singgah pun. Oh ya, did I mention about I am going to places that will not charge me? Haha punyalah jimat dan bajet, I decided to visit places yang free entrance jeee tak kena bayar apa pun. Muzium ni nak masuk wajiblah kena bayar, plus I do not have all day untuk tawaf the museums, maka maybe next time ye :)



Lepastuu jalan lagi ke depan sikit, I got instinct that Yam berada di jalan yang benar, cuma jauh sikit. TERambil jalan jauh kot. Tapi takpe, I really enjoyed the walk sebab jalan dia memang sangat cantik, dihiasi dengan pepohon yang rendang dan bebunga yang mekar berseri di pagi hari. Wahhh sangat kan? (Moral : Kalau rasa nervous ke tak best ke, zikir bebanyak, istighfar dan doa moga ALLAH kuatkan naluri untuk ikut jalan yang betul dan selamat. Bila sensorang macam ni, ALLAH je yang kita ada dan sentiasa ada, maka gantungkanlah seluruh harapan padaNya ya. Masha ALLAH ustajah yam!)


Rasanya pagar ni dah dekat sangat dengan Independence Palace tuuu. Jalan ke depan sikit, belah kanan tuu ada Water Puppet Show. Lalu je lah sebab nak masuk kena bayar kakakakaka dan I'm not sure dia dah bukak ke belum pepagi buta tu. Belum, kot.

Jalan dan jalan lagi, ambil gambar dan ambil lagi, kemudiannya...


Inidiaaaa Independence Palace [ Wikipedia Independence Palace ]. Pun masih belum bukak sebab bas-bas tourist masih beratur nak masuk. Yam tangkap gambar kot celah pagar jeee pastu teruskan perjalanan hehe. Yam memutuskan untuk menuju ke Notre Dame Cathedral, yakni sebuah gereja yang klasik di bumi Ho Chi Minh ni, ala-ala Paris gitu katanya.

Dari Independence @ Reunification Palace ni, Yam cuma lintas jalan jeeee dan lalu taman, pastu akan nampak blok batu-bata gereja yang Yam cari ni.



Mana tak tenang jiwa kalau lalu jalan macam ni. Dalam taman dia, sangat relaks dan nampak cozy kan. When you are in this, kau takkan ingat pun yang kau sebenarnya berada di tengah bandar Ho Chi Minh, yang jalan di sebelah taman ni, bersimpang siurnya masha ALLAH, dengan beratus-ratus motor and honking cars here and there.


Tadaaaaaaaaaaa dah jumpa dah Notre Dame nyaaaa. Serius lawa wehh. Ada juga newlywed couple yang tengah photoshoot kat sini. So classy and classic. [ Wikipedia Notre-Dame Cathedral Saigon ]

And people, hari ni hari Ahad. Diorang turun gi gereja. Maka terkulat-kulatlah Yam di halaman gereja ni, sensorang je yang pakai tudung. Orang lain kenmain muka polos ngadap patung Jesus di depan Notre Dame ni, Yam lalu sipi-sipi ni pun diorang dah tenung kakakakakaka 


CANTIK KANNNNN. Combination of the colours brings out really a good texture of picture. Maka berpuluh-puluhlah gambar gereja ni ada dalam telefon Yam. Pedulik hape aku orang sekeliling nak pandang enteng pun haha. (Moral of the story : esok-esok kalau kau jumpa non-muslim duk mengagumi masjid kau, jangan pandang dia pelik. Asalkan dia tak buat any harm dekat worship place kau, dahlah kan.)

Dah puas mendongak menunduk depan Notre-Dame ni, across the small street tu ada Central Post Office of Saigon, dikatakan pejabat pos tertua di HCM dan masih beroperasi sehingga ke hari ini!  [ Wikipedia Saigon Central Post Office ]



Oleh sebab hari Ahad, hari hujung minggu, maka dia tutup dan Yam tak berkesempatan masuk ke dalam. Even nak tangkap gambar pun berebut dengan local people yang pakai national dress diorang, ao-dai dan ado jugak graduating students tangkap gambar convo depan tu. A proudful landmark la kot post office ni.



Haa hat kaler merah putih tuuu ao-dai, baju rasmi/kebangsaan untuk wanita diorang. Yam tahu pun thanks to Running Man episode diorang pegi Hanoi, Vietnam tuuu kekekekeke

Lepas rehat kejap, lepak-lepak dekat tepi tuh, Yam teruskan perjalanan. Kali ni nak cari Tugu Ho Chi Minh pulak. Dan kalau ada rezeki, nak lalu Opera dan Continental Hotel. Katanya lawa.

Maka Yam hala ke jalan yang bertentangan dengan entrance Notre-Dame tadi.


Lawaaaa kannn hehe. Pastu sepanjang perjalanan dari sini, ada di kiri jalan, diorang tampal timeline of Ho Chi Minh, lelaki yang bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan Vietnam. Bandar Ho Chi Minh ni dinamakan sempena nama beliau, menggantikan nama lamanya; Saigon. [ Wikipedia Ho Chi Minh ]



Nampak kan yang belah kiri tu? A good thing la sebenarnya sebab kawasan ni memang tourist attraction kan, so kita pun boleh tahu sejarah negara diorang. Dengan pepohon rendang dan angin sepoi-sepoi bahasa, I really enjoyed reading the timeline sambil jalan-jalan ni.


I dont know how, tapi tetiba end up dekat depan bangunan ni dan, ehhhh HOTEL CONTINENTAL SAIGON lahhhh! It was indeed a beautiful classic hotel dan right beside it is the Opera that I've been looking for as well!


Tengah ada performance menda entah kat Opera tuuu, and I was the only one wearing tudung there jugak huhu. Yang lain semua foreigners dan nampak tak decoration dekat Opera tu? Macam patung dewa dewi kan, so I just gave it a look dan teruskan perjalanan mencari tugu Ho Chi Minh pulak. Supposedly not too far from there. 

I sort of patah balik ke simpang sebelum jumpa hotel tu, simply because jalan tu nampak cantik. And indeed it was. 


Tak ke rasa macam dekat French, with all these buildings haa? I've never been there pun hahaha tapi this one really put me in awe. So I found the monument dan rupanya I can easily reach there if I cross the road in front of the opera. Yam pegi ikut jalan jauh sebab patah balik semata-mata nak lalu jalan yang cantik ni kan. But to no regret, sebab berbaloi dan jaraknya takdelah jauh sangat :)



Masa nih ada a group of Europe tourists kot. So I cant really be there untuk beraksi depan monumen ni. Instead, I walked further di dataran tu. Saja-saja, and simply because dataran depan monumen ni nampak lawa.


There were so many interesting things di kiri kanan jalan. Opera would be belah kiri, dan ke hadapan sikit ada satu bangunan macam rumah flat, tapi diorang jadikan kafe kecil-kecil. So instead of houses, they have cafes there. So interesting!


But since I was alone, dan tak tahu halal ke tak, Yam cuma tengok je lah. At my right, ada Saigon Garden. Pun lawa jugak. Ada Starbucks dengan suasana yang sangat cozy dan homey. Again, lalu je sebab not really a fan of coffee, or Starbucks to be specific. Dan Yam pun jalan balik ke monumen tadi. 

Luckily there was no tourist dah, except sorang ni. Dia minta Yam ambilkan gambar dia depan tugu, so did I haha. Maka for the first time that day, I had my picture captured by someone else. Kalau tak, asyik selfie je manjang, kalau tak ambil gambar pemandangan kakakakaka. Realiti kalau jalan sensorang, ginilah haha


So I finally found all places that I wanted to go. Dah nak menginjak ke tengah hari, so ayuhlah kita jalan slow-slow balik ke hotel. 


I personally found this shot beautiful hehehe. Ye lah puji diri sendiri lah niii yang tangkap gambar nii haha

I heavily depended on the map. Tapi pakai instinct la jugak. Sebab tuu kena doa banyak-banyak janganlah kasi tersalah jalan huhu. Tapi as long as you are not going the opposite way, despite of not being in the most correct way, takpe, you'll still find the way insha ALLAH.

Macam hidup jugaklah kan. We have so many alternative ways to reach our destination. Sebab tu kena selalu doa dekat ALLAH supaya kita sentiasa berada di landasanNya. Wahhh ustajah yam lagi sekali hihi :3 Tapi benarlah, travel ni, walaupun sikit, walaupun sekejap, you shall find some life lessons yang kau takkan jumpa kalau kau duduk diam je. 


Jenjalan tuu jumpa benda ni. Entah apa nama tempat ni, muzium jugak kott. Nampak macam helikopter perang je niii


Alahai damainya jiwa melihatkan kehijauan giniii. Ni Yam kiranya macam berpatah balik ke Notre-Dame tadi, kembali ke Independence Palace tadi, kemudian susuri jalan menuju ke Saigon Square semalam, lepastu dah ingat dah jalan nak sampai ke Benh Thanh. Yaaa jadikan Benh Thanh sebagai destinasi ya, sebab dah sampai Benh Thanh nanti dah tahulah cemana nak balik hotel kan. Plus dah lalu semalam masa dengan bas, so that's why lah enjoy your ride masa dalam bas tuu. Letakkan landmark something, pastu observe jarak ke hotel. Macam semalam Yam dah ternampak Independence Palace dari dalam bas, so dah tahu nak tala ke mana dari Palace tu ke hotel. Cuma dari hotel nak ke Palace tuu budak bellboy tu kasi jalan lain. Haha takpe jalan jauh sikit. I enjoyed new nice view kan, remember? :)

Alhamdulillah selamat sampai hotel. Kak Ti was out for shopping, ambil kunci di kaunter. Rileks jap sebelum Yam pun turun bawah habiskan duit yang berbaki hehe. Kos berjalan pusing bandar hari ni memang free, tak pakai duit pun. Pakai masa dan tenaga sahaja hehehehe

So tengah hari tu kami pack barang dan ready nak check out, sebab receptionist tu dah remind, ada orang nak masuk bilik kami. Kami letak je dulu beg dekat lobi, lepastuuu jenjalan lagi sebab tunggu tempahan baju semalam tak sampai lagi. Flight kami jam 4 petang gitu, kami ada masa dalam dua jam lagi kot. Maka ayuhlah berjalan-jalan lagi hahaha walaupun beg macam dah tak muat dah pun! :'D


Haaaa ni dah tahap berdosa tauuu kalau pegi HCM City kalau tak beli kopi dia ni. Mak aiii manisnya senyum semanis kopinya hehehe. Kopi dia sedap, milo pun sedap. RM3 segelas bang. Tiap-tiap hari tu wajib, setiap kali nampak orang ni pun dah jadi sunat muakkad untuk Yam beli. Irresistable tauuuuuu.

Sebelum gerak ke hotel, kami lunch di kedai makan depan hotel jugak. Banyak juga kedai boleh try selain Hajah Basiroh tuu.


Tengah fikir nak makan kat kedai mana lagi, nak makan apa lagi yaaa hahahaha pastu Kak Siti tengah membebel apa entahh tuuu :D

Lepas tempahan dah dihantar tuu kami terus ambil taxi ke hotel. Lepak-lepak di airport sekejap. Oh by the way, security check kat sini kau kena buka kasut sekali ya, selain beg, jaket, belt, watch apa semua tu. Maka berkaki ayamlah kau menuju ke polis airport tu, dengan kasut kau sekali masuk dalam scanner dia. Takut sorokkan dadah kut dalam tapak kasut. 

Lepastuuu masuk dekat tempat menunggu tu. Back to reality lah wei. Terlalu nervous fikirkan paper esok, Yam terlupa nak jenjalan cuci mata dekat airport ni ha, walaupun banyak lagi masa yang ada. Nak membaca ke menghafal ke, Yam ngantuk kakakaka. Maka tersadailah tunggu flight sambil merenung masa hadapan yang terasa kelam. Ouch hoho.


Babai bumi Saigon, insha ALLAH kembali lagi dalam setahun dua ke cari kain lace nak buat baju pengantin ke ehhh kakakaka



Kakak-kakak yang menjaga adikmu ini dengan penuh kasih sayang dan wang ringgit (hiks), terima kasih. Minta maaf salah silap, mohon halal semua2 yaaa :3

(Tips keluar daripada kastam : Jangan tunjuk sangat engko ni baru balik Vietnam bawak balik banyak barang. Kalau boleh, elakkan keluar sekali dengan flight-mates. Keluar dengan orang yang flightnya dari Lombok ke, Denpasar ke barulah tak suspicious sangat akakakaka. Tapi ni usaha je, kalau kau kena cukai, redha lah. Kastam menjalankan tugas je tuuu. #Husnuzzhon )

Yam balik rumah Kak Nori, kemas sikit-sikit, lepastuuu revise lah untuk ILEP esok petang. Paginya balik UIA, petangnya paper. 

Aduhai, cerita 22 Mei lepas. Ni result dah sebulan keluar, alhamdulillah tak sesia termenung dalam flight harituu hehe. Terima kasih Ustaz Zaid! :D Result seadanya, alhamdulillah :)

Looking forward for next trip insha ALLAH. Dah tahu sedikit sebanyak tips and tricks ni, semoga next trip memberi life lesson yang tak kurang indahnya juga. Ya ? :) Anyway korang yang ada kesempatan, dari segi masa, wang dan tenaga tu, silakanlah berjalan-jalan bermusafir di bumi Tuhan. Seolah-olah ada rahsia yang akan tersingkapkan, yang tidak ternampakkan kalau kau cuma menjalankan rutin yang sama seharian. Takde teman? Sponsor Yam lah! Hiks

May this Vietnam posts membantu korang la sedikit sebanyak. Maaflahhh kalau post akak boring. Esok-esok dah tua bila baca balik ni, best nii haha. #SyokSendiri


Wallahu'alam, wassalam.



Regards,
Maryam Jamilah.