Showing posts with label Reviews. Show all posts
Showing posts with label Reviews. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Unplanned Plan ~ Sinistra : Antara Dua Jalan



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, the unplanned plan is always the best :)

Semalam, lepas habis mid sem test Public International Law (PIL), drive lah balik mahallah dengan Rai, Waniey dan Bella. Macam biasalah kan. But then, Bella bagitau yang dia dengan Rai nak pergi mock trial USIM sebagai wakil daripada AIKOL, which USIM reserved 5 seats for Law Soc IIUM. Pastu sembang sana sini, at the end of the day, kitorang pergi sama, altogether with another two gentlemen - Zuckba dengan Ajim.

Kitorang gerak dari UIA dalam pukul 6 lebih. Bajet masa lebih siap-siap sebab tahu MRR2 tu memang WAJIB jammed at that hour, weekdays macam tu. And yes it was. Stop kejap dekat Hentian Nilai for Maghrib, then rushed to USIM straight away sebab masa tu dah almost 8pm. And alhamdulillah finally sampai. Gempak uols Dewan Tunku Canselor diaaaaa :)

I thought - when they say reserved seats, ingatkan diaorang memang reservekan and we just need to come, sit and watch. Rupanya kena bayar jugek. Aku dah prepare nak bayar a ticket for me, sebab the reserved seats were only 5. But then it turned to be that kitorang semua kena bayar tiket jugak. And I was like, eh, kata invitation and all those reserved tickets stuffs? Hmmm but then takpelah. Dah sampai sini - so bayar je. Nasib baik need not to queue dengan penonton lain, and we were being ushered to our respective seats. Nasib baik dapat row depan. Buatnya dapat row belakang, aku heret Ajim balikkk. Haha ye lah, gigih datang harung jammed, perut lapar, tiket kena bayar, and ... pfft.


Masuk dewan dia tu, pergh rasa grand sangat. Walking in the middle of the crowd, and yes dewan dia cantik masha ALLAH. Huntunglah bebudak USIM :) Pastu we were seated at two different rows. Four of them at a row behind us - aku dengan Waniey satu row di depan sikit. Takde hal pun. Around 8 ++, majlis dimulakan selepas ketibaan VIPs. Nyanyi lagu Negaraku dan lagu USIM, speeches and finally the play began.


Dimulakan dengan video teaser diorang ----> , kemudian ada scenes yang dilakonkan on stage. Yang best antara babak-babak ni ialah - of course the live performance by The Bachelor - band diorang sendiri which I found that as very coooooollll for you guys to have your own band and play the music by yourself and sing the song live in front of 1600 spectators cooool okeyyy. Juga satu babak yang Nizam tengah tunggu bas - but he was like spilling the beans to the audience on what he actually feels deep in his heart - yang mana memberikan kesedaran pada aku - not to judge the adik-adik remaja kita hanya kerana perangai mereka teruk ke apa, but we do nothing, cuma memandang dari seberang jalan. Why don't we cross the road, approach them and guide them? Dan adik-adik pun kenalah berlapang dada menerima teguran :)

Lepas tu Nizam finally ditangkap polis hensem  tuduhan memiliki dadah jenis ganja, and finally he was brought into the court, and was tried under Section 39 (a) Dangerous Drugs Act. And the mock trial began.

I like the idea of them to bring the difference in the mock trial - bailiff was super awesome. She was totally a ghost haha. And the dracula prosecutor as well as the funny magistrate, not to forget the Najwa secret admire and the fan holder, the advisers. And my favorite parts were always the conclusion made by the defence counsel selepas pemeriksaan balas saksi pendakwaan tu - she always inserted a statement made with reference to decided cases - secara tak langsung memberikan info yang sangat menarik bagi kami law students yang tak tahu tentang fakta tersebut. Contohnya bahawa in a decided case, it was stated that the evidence will be accepted, not taking into account the way or method or means to get the such evidence, be it legally or illegally. Menarik. And her confidence awed me :) Dan thanks to this mock trial jugak, I got to know that when in Mahkamah Kanak-kanak and when we are talking about Akta Kanak-kanak 2001 in a case, akan ada pegawai akhlak yang akan membentangkan kepada mahkamah tentang akhlak tertuduh. Selama ni aku tak tahu pun kewujudan pegawai akhlak ni. A new info btw :)

Ending dia - Nizam was found liable for the charge dan dihantar ke sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun, dan tragically his mother passed away dan-dan tu jugak.

(video teaser for more infos tentang watak-watak Sinastra)

I may not be the most suitable and eligible person to say anything, but I am suitable and eligible on my capacity as an audience, juga sedikit ilmu tentang perundangan. I found the judgment was unfair, sebab nama Akmal langsung tak timbul during the session in the court. Ini somehow, implicitly showed the unfairness in our judiciary system, sedangkan isu Akmal langsung tak diberi perhatian. I believe that if Akmal is being brought into the picture, Nizam won't be held liable. Tapi mungkinlah that was the message and lesson that the director intended to deliver, so okaylah. And in between of the session tu - ketika soal siasat saksi tu, momentum of the performance up and down. Biasalah kan. Momentum down bila benda tu tak menarik atau jenaka yang diorang buat tu jenaka kitar semula. But the momentum went up bila watak baru muncul dan fresh jokes were being presented. Plus that we paid RM6 for the tickets, but unfortunately kitorang tak dapat any goodies je jajan ke yang boleh jugak dikunyah time ngantuk atau bosan. Sorrylah - sebab basically ni kali pertama tengok teater / mock trial tak dapat goodies, sebab paling kurang, usually when I pay rm6 or even rm5 for a ticket, I will get a goodie bag yang dalam tu ada jajan, sweets dan mineral water yang paling kurang dalam cup tu. At least, boleh mengunyah time menonton ye dak. Ala samalah macam engkorang baham popcorn dalam wayang tu. Ni dahlah ngantuk, lapar pulak tu. Ha dah jadi macam Puan Majistret dah aku ni. Tapi Puan Majistret tu bila bangun je dia jadi lapar. Aku ni, duduk tercongok kat kerusi pun lapar jugak. So I bet my lapar case was worse than you, Puan Majistret cool ;)

But overall, I can say that it wasn't that bad. I was entertained, but at the same time I got to know new knowledge regarding the law. I had fun, though sometimes was interrupted by my sleepiness and hungriness. It was simply a nice mock trial.

However, the storyline and the script may need improvement. And I believe the room to improve is opened hugely for them, as I believe that they will do better for their next mock trials, insha ALLAH.

Thank you for the effort - memberi kesedaran kepada masyarakat tentang undang-undang. A big clap for the crews, korang worked really hard the first time playing the mock trial at Dewan Tunku Canselor that involved 1600 audiences, yang mana before this audience korang 6-700 je. You guys made it huge! Tahniahhh :) And also thank you, for the so called invitation. We are also amazed by the sponsor yang sponsor team korang dapat. But really hope that perhaps next mock trial - korang mungkin boleh provide at least cup mineral water and candies ke kepada penonton, which benda tu tak sampai seringgit pun sorang. Juga terima kasih - pada rakan-rakan dan junior2 MMP yang masih kenal dan sudi tegur. Alhamdulillah murah rezeki, jumpa kawan-kawan lama which I felt very happy for such unexpected meetings. Juga terima kasih atas layanan baik kepada kami. Maaf segala salah silap - andai ada kami terbuat atau terkata apa-apa yang tidak menyenangkan pihak tuan. And we wish you all the best for the next mock trial :)

(not in the picture : Raihana )

Just to clarify that this is my personal blog and has nothing to do with my society, neither my kuliyyah nor my university, thus I am fully responsible for all the statements that I made. Pardon me if there's any statement that upsets you. You may correct me if I'm wrong, and you may also request for further clarification and explanation regarding my statements abovementioned.

So lepas habis mock trial tu, kitorang rushed balik, because it nearly 12am, and we yet to have our dinner. So stop by instant restaurant, makan cecepat dan sambil drive balik UIA tu, dengan jam yang dah nak cecah 2 am, aku la kalut dok fikir what kind of reason nak kasi kat pakgad. Karang pakgak marah ke bebel ke mengamuk ke - tak seronok pulak. But then alhamdulillah, Zuckba handled that nicely and the guard accepted the reason positively. And we reach our mahallah at 2am, and I reach my katil and directly went to my dreamland at 2.30 am.

Alhamdulillah for the day. Langsung tak sangka akan sampai ke USIM semalam, dan diberi peluang to have fun in such way, alhamdulillah. Indeed, HE is the best Planner :)

Again, tahniah to the Sinastra's team - from the committees, crews and casts. May you all do better in the future, insha ALLAH.

All the comments and critics come sincerely from my heart for you guys to improve it later on. Meant no offence, tapi kalau kecik hati bagitau la kita ye. Nanti kita besarkan balik hati awak ;)



Sekian, wassalam.

(hashtagIIUMtetapdihati) auwwwww :D

Wednesday, April 08, 2015

Theatre 360 : Janda Beranak Ramai dan Bas

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas deretan 3 test mid sem, bermula dari Jumaat, Isnin dan Selasa, alhamdulillah diizinkanNya untuk berhibur seketika pada malam Selasa tu - menonton 2 teater pendek yang diarahkan oleh senior Aikol, Br. Aimaduddin Aiman.

Saya mula mengenali Abang Aiman ni masa zaman Teh Tarik For The Soul, first batch dedolu. Masa tu fun sangat, dengan Kak Muna dan Abang Aiman sendiri sebagai perantara. Sesi perkongsian Abang Aiman pun sentiasa menarik - sentiasa padat dengan elemen dakwah dan muhasabah.

Tirai pentas malam itu dibuka dengan teater Janda Beranak Ramai. Mengisahkan seorang balu yang mempunyai 8 anak, hasil perkongsian hidup dengan dua suami. Mesej yang sampai kepada saya ialah - orang yang kau nampak pada mulanya kurang baik, tak mustahil orang itulah sebenarnya lebih baik daripada orang yang kau sangkakan kau boleh bergantung padanya. Which means, jejaga dengan orang sekeliling kau. Walau dia tak baik dengan kau, who knows yang orang tu lah yang akan tolong kau somewhen in the future. Dan vice versa. Yang ni, lagi dahsyat. Jejaga dengan orang yang baik dengan kau. Bukanlah nak galakkan suuzzhon pada orang berkenaan, cuma jangan percaya sangat. Mana tahu, orang yang kau sangka sebaik malaikat itulah orang yang sama yang akan aniaya kau nanti.

Dan sebagai parent, no matter how busy you are, spend your own quality time dengan family kau. Jangan terlalu percayakan satu dua anak kau, hingga kau tak percaya pada anak-anak yang lain.

Dan anak-anak yang lain, yang rasa dah besar, dah boleh berdiri di atas kaki sendiri, pandai-pandailah hulurkan tangan ringankan beban.

Ni je lah mesej yang saya dapat daripada cerita Janda Beranak Ramai yang saya boleh kata - it is opened to wide interpretations of people. I was expecting something more from the play. Saya masih lagi terfikir what happened to Nadhirah. And what is actually Bojeng, sampai ramai sangat orang di luar sana mahukan ia? Is it only a plane, or it has something else other than that? Dan kenapa ending Janda Beranak Ramai ni diakhiri dengan ucapan 'Good Night' yang kedengaran seolah-olah diucapkan oleh kapten kapal dari dalam kokpit?

Deep sangat ni, hingga saya rasa terkilan sebab tak faham semua mesej yang nak disampaikan. I was like, aku ni jumud sangat ke, atau this story itself yang terlampau deep? But I believe, the incompetency is in my sides. Abang Aiman surely wants to deliver a strong message behind all these hidden truths.

Pementasan diteruskan dengan Bas ; Tiba Masanya, Ia Akan Menjemputmu or something like that lah dia punya tagline. Yang ni pulak berkisar tentang satu fasa dunia pertengahan, antara manusia di alam roh, yang menunggu untuk dijemput dengan 'bas' untuk 'balik kampung' or in another word, untuk kembali ke akhirat sana.

Situasinya ialah di mana roh-roh Anis, Destri, Amar, Wahyu dan sapa ntah sorang lagi lupa nama dia seolah-olah dibangkitkan - dan mereka punyai cerita sendiri. Anis - yakin bahawa kepulangannya nanti diterima baik oleh 'orang kampung', sebab dia yakin dengan segala amal dia selama dia hidup. While the others tak ready lagi nak 'balik kampung', belum puas beramal cukup2 sebagai bekalan di 'kampung' nanti - sebabnya masing-masing ada kisah silam tersendiri yang sampai ke sudah mereka sesali.

Dan Anis - rasa diri tu mulia berbanding yang lain, langsung jijik dengan pendosa-pendosa tu, seolah-olah dia langsung tiada noda. Enggan membenarkan yang lain mendekati dia - bimbang dosa mereka terpalit padanya. Bimbang dia turut dikotori debu-debu dosa yang lain. And at the end of the play, roh-roh yang lain tu seolah-olah menaburkan debu dosa kepada Anis - kerana menurut mereka, Anislah antara sebab mengapa mereka menjadi pendosa.

Anis memang mulia, tapi dia nak mulia sorang-sorang. Dia tak nak bantu kawan-kawan dia. Dia biarkan salam pertolongan yang mereka hulurkan tak bersambut. Dia jijik dengan pendosa tu semua. Dan akhirnya, bila debu-debu dosa tu mengotori baju Anis yang sebelum ini putih suci, Anis jadi tidak mahu lagi 'balik kampung', meski 'BAS' sudah tiba. Anis mahu cucikan pakaiannya dahulu, baru mahu 'balik'. Namun, di saat yang lain dengan relanya menaiki bas, Anis - yang kononnya mulia, seolah-olah ditarik, diseret dengan paksa untuk menaiki bas. Biarpun tadi, dialah yang paling bersedia untuk 'balik'.

Mesejnya ialah - jangan kau rasa kau mulia, kau pandang pendosa itu hina. Sebab kita tak tahu pengakhirannya, which is mungkin yang hina tadi tu tersenyum di syurga, sedang kau tersadung ke neraka.

Tapi, this does not necessarily means kita yang berdosa ni, kena seronok goyang kaki je lah. Nanti kat 'sana', salahkan yang mulia ni sebab tak bantu kita masa di dunia. We have the obligation untuk tolong diri sendiri dulu, then only you can put the blame to others. Ini masalahnya, kau memang dah tahu benda tu, but kau memilih untuk tidak mahu. Haaaaa aku pun dah main acah-acah deep. But serious talk ni gaisz, aku tahu korang tahu. Cuma korang sendiri je tak nak benda tu. Well, if you know what I mean.

Tapi secara umumnya, Teater360 ni memang sarat dengan mesej dakwah. Terima kasih Abang Aiman kerana menyediakan platform untuk hiburan bermesej. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan Abang Aiman and the team untuk terus menghasilkan karya bermutu macam ni. Benarlah, pandang benda tu dari sudut 360 darjah. Bukan sekadar sisi pandang engkau je.

Sekian, review tak seberapa daripada penonton marhaen yang tak berapa nak faham bebenda yang deeeeeep ni. Semoga ALLAH izinkan untuk senang faham mesej-mesej tersirat ni.

May ALLAH bless all the crews and parties involved!

Wallahu'alam, wassalam.

Tuesday, January 24, 2012

(Review) : Cinta Perisa Dia

Assalamualaikum wbt.


Ini merupakan novel keenam Kak Lynn Dayana (LD) yang saya baca. Ye, saya baca semua novel beliau dan merupakan seorang penyokong tegar LD. *bangga lettew :D

Cerita berkisarkan Hadif Imran dan Ayumi. Ayumi. Nama Jepun, muka Jawa. Kenapa Ayumi? Bukan Ayuni? Hanya LD ada jawapannya. Cumanya, nilai klise dapat dielakkan dengan wujudnya nama Ayumi ni. Selalu dengar Ayuni kan... Jadi, bila wujudnya nama Ayumi, uniknya seorang heroin itu telah pun ditonjolkan.

Secara ringkasnya, Hadif Imran seorang penyanyi terkenal namun belum berkahwin walaupun sudah berusia 35 tahun, terpaksa mengikut rentak bondanya yang bertindak mencari menantu dengan mewujudkan satu rancangan realiti. Ayumi merupakan salah seorang peserta dan hanya sampai ke tahap Top Three sahaja, sebelum tersingkir. Kalau Ayumi menang, kemudian Hadif kahwin dengan Ayumi, takde thrill lah, kan? Pemenangnya adalah orang lain, tapi tetap 'terkahwin' dengan Ayumi. Bagaimana? Uiks, bacalah sendiri! :D

Hadif Imran, sama seperti hero-hero LD yang lain. Mempunya nilai kemanisan dalam diri yang sangat tinggi, hingga boleh membunuh! Heheh :D Cuma, babak percintaan antara Ayumi dan Hadif berlangsung agak lambat apabila hanya di suku terakhir cerita, kisah cinta manis mereka bermula. Sebelum tu, LD mengupas dengan agak panjang cerita tentang Hadif Imran, bondanya dan program realiti cari menantu itu. Selain kisah cinta Hadif-Ayumi, turut diselitkan kisah Diana-Fiqri. Diana merupakan sepupu Hadif, manakala Fiqri pula merupakan kawan baik Hadif. Lovestory depa dua orang ni pun xkurang comelnya :D

Cuma, saya terkeliru sikit dengan info di halaman 141, yang mana bonda Hadif meminta tujuh saksi apabila Hadif dituduh mempunyai hubungan songsang dengan Fiqri. Setahu sayalah, saksi zina merupakan empat orang lelaki Muslim yang adil, bukannya 7 orang sebagaimana yang dinyatakan. Atau, adakah hukum berubah apabila penzinanya kedua-dua lelaki, bukan lelaki dan perempuan? Timbul persoalan di situ. *Sila rujuk pakar atau buat rujukan untuk jawapan sohih. I'm working on it.

Last but not least, bukan novel Lynn Dayana namanya kalau takde unsur-unsur saspens. Akhir setiap tajuk dan permulaan tajuk seterusnya tidak disambung secara jelas. Justeru, apa yang berlaku di akhir tajuk 1, tidak akan diceritakan secara langsung di tajuk 2. Tapi akan dijelaskan menggunakan teknik imbas kembali atau intermonolog. Ini memang akan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca ke atas apa yang terjadi pada babak berikutnya.

LD jugak tidak lupa menyisipkan adegan ganas dalam novel beliau kali ini. Cuma skala ganasnya tidaklah sehebat ganas dalam novel-novel sebelumnya seperti Tarikh Luput Cinta dan Cinta Edisi Terhad. Ganas di sini saya maksudkan ialah ada adegan aksi :D *Harus maklum bahawa Maryam Kamal merupakan seorang yang lembut. Maka, babak yang 'kasar sikit' akan segera diklasifikasikan sebagai ganas, walaupun ianya sebenarnya takdela GANAS mana pun :D

Adegan ganas yang dimaksudkan ialah apabila Ayumi diculik oleh adiknya sendiri dengan kerjasama Rashidi, insan yang cintanya ditolak Ayumi. Penculikan ini menyebabkan tiga nyawa terkorban dan menyaksikan penyatuan kembali Ayumi dan ayahnya.

Saya juga ingin memuji keberanian LD yang berani menggunakan nama yang terkenal dalam Cinta Perasa Dia ini. Contohnya Fara Fauzana, Faizal Ismail, Kiran, Suraya, Che Selebriti Norzailina Nordin, tak lupa juga TV9, Celcom dan Astro. Biasanya, penulis hanya akan menggunakan gelaran yang umum seperti DJ radio, syarikat telekomunikasi, dan syarikat penyiaran televisyen. Dan saya rasa keberanian ini harus diberikan pujian. Tak ramai yang berani kata,

 "Atau mungkin seperti siaran berbayar Astro ketika hujan. Total blank." (halaman 154)

Secara keseluruhannya, saya percaya LD mampu menghasilkan novel yang lebih hebat pada masa hadapan. Jalan cerita yang tidak klise, harus diberikan pujian. Namun secara peribadinya, saya rasa naskhah LD kali ini agak biasa-biasa saja. Mungkin LD nak simpan bakatnya yang masih tidak digunakan untuk menghasilkan novel yang lebih hits. Atau mungkin fokus LD terpecah kepada beberapa bahagian. Untuk makluman, LD kini juga sudah dan sedang menghasilkan novel remaja. Sila ke FB beliau untuk info lanjut.

But still, kepada anda yang mencari bahan bacaan ringan yang kelakar, tapi sarat dengan unsur kasih sayang sama rata yang ditunjukkan Bonda kepada anak kandungnya (Hadif) dan juga anak-anak angkatnya di Rumah Amal Murni, juga ada unsur sedih, saspens dan manis, Cinta Perisa Dia is a good choice :)

Kepada Kak LD (andai sudi membaca di belog merapu ni :D) , semoga terus dikurniakan ilham dan idea untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan hebat pada masa hadapan. Jangan persiakan bakat dan kekuatan yang ada. You have both. Bakat dan kekuatan. Maka, jangan sia-siakan. Menulislah untuk ummah! Semoga sentiasa diberikan ruang dan situasi yang sesuai untuk menulis. All the best! :)

Maaf andai ada info dan kenyataan yang tidak sesuai atau dirasakan tidak tepat. Jujurnya, ini hanya pandangan peribadi. Semoga ini tidak mempengaruhi sebarang fikiran.

Selamat membaca.

Wallahu'alam!

p/s : Kak Lynn, si Ayumi tu ijazah dalam bidang apa? Undang-undang dari UIA, ke? :D

Monday, May 02, 2011

For the first time, I read something for reason.

Peace be with you.

Saya maklum, entry saya yang bertajuk I Hate Hlovate mendapat sambutan yang agak ok. Maksud saya, berbagai feedback yang saya terima. Ada yang suka, tapi ada jugak yang memohon penjelasan saya dek kerana tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Tak mengapalah. Pendapat masing-masing, kan? :)

Hlovate, sang penulis yang misteri, kini muncul lagi. Masih dengan rentetan misterinya, namun dengan tujuan yang jelas. Beliau kembali dengan sebuah novel untuk manusia-manusia yang mahu mencari Tuhan.


Dua kisah, satu buku. Saya baru sahaja menamatkan kisah Affendy aka Fend. Belum larat untuk menyambung pembacaan demi menyelami hikayat K2 (read : K Square). Kenapa? Apa yang dibaca sehingga Isyak semalam, rasanya perlu dihadam dulu.

Novel ini, bukan untuk anda jika anda mahu mencari novel cinta biasa.
Novel ini, bukan untuk anda jika anda berniat mahu mengetahui kisah Fend dan Lia.
Novel ini, bukan untuk anda jika anda mengharapkan hikayatnya sama seperti hikayat cinta Addin dan Benz dalam Aa + Bb, atau Ana dan Afiq dalam 5 tahun 5 bulan.

Novel ini, untuk anda jika anda mahu mencari diri anda di sebalik helaian muka suratnya.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu bermuhasabah.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu berubah.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu menukar pesepsi tipikal anda.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu mencari dan lebih mengenali Tuhan anda.

Hlovate tidak menunjukkan arah untuk anda menemui Tuhan anda, tapi beliau menunjukkan cara untuk anda sampai kepada Tuhan anda.

Seriously, for the first time saya sepanjang hidup saya membaca novel, sungguh saya rasakan, ini novel pertama saya yang saya baca bukan untuk sia-sia.
Saya baca novel ini bukan untuk mengisi masa semata-mata.
Saya baca novel ini bukan hanya suka-suka.
Saya baca novel ini bukan untuk menghidang kisah cinta pada jiwa.
Tapi ALLAH takdirkan saya baca novel ini, kerana ALLAH mahu saya jumpa sebahagian diri saya yang hilang.

"Kalau boleh baca novel sampai menangis, patutnya baca Quran lebih daripada tu..."

Bila anda baca novel ni, anda akan rasa anda tak mahu jadi the man who decides to change at 12th dies at 11th. Hanya orang bernasib baik akan sedar at 10th. Hanya orang yang benar-benar terpilih untuk kembali padaNya dengan hati yang bersih dan jiwa yang sedar. Dan tak mustahil kita tak tergolong dalam golongan itu. Golongan yang sempat berubah.

Again, I am speechless. Bacalah sendiri. Anda akan faham. Meski ada beberapa frasanya anda akan buntu, tapi semua tu tak penting. Yang penting, ada faham ceritanya, serta mesej yang dikepilkan dalam novel ini, sampai terus ke dalam hati anda.

Hlovate, terima kasih. Magisnya bakat anda, mampu mengalirkan air mata keinsafan. Banyaknya pahala! Sungguh, tak semua penulis mampu mengalirkan air mata keinsafan pembaca mereka. Terima kasih.

Jazakillah khairan kathira.
(tak siapa tahu tentang Hlovate, selain sebaris namanya. Hatta jantinanya, masih berteka-teki!)

Pembaca,
kalau anda rasa tak berbaloi baca Contengan Jalanan,
banyak lagi novel lain yang sebenarnya tak berbaloi untuk anda baca.

ALLAH, terima kasih. :)

People, lepas 5 Tahun 5 Bulan, Aa + Bb, Tunas, Rooftop Rant, Versus dan cerpen dalam Gurindam Jiwa dan Pelangi, ini merupakan novel Hlovate TERBAIK, yang saya paling suka.

Malah, dalam semua novel yang saya ada, ini yang paling memberi kesan di jiwa.

Tetiba rasa nak berdiri tepi pantai, dengan belon helium hitam di tangan, dan kepilkan sehelai nota bertulis,

Dear book,
I read you for a reason.
No matter what the tears for,
I know that is one of His signs,
that shows,
He still loves me.
And might be,
He misses me.
And He wants me to go back for Him.
For good.
I thank you.

Kemudian, ikat pada belon, dan lepaskan ke langit. Biar utusan ini, dibawa jauh oleh bayu pantai. Utusan kepada Tuhan, mungkin?

"Kita selalu rasa kita watak putih yang disebut dalam Quran tu.. Wahai orang-orang yang beriman.. Tapi bagaimana kalau kita sebenarnya pemegang watak-watak hitam yang disebut? Orang-orang yang rugi, orang-orang yang fasik, munafik .. Hatta nak letakkan diri dalam watak kelabu pun rasanya tak layak." - this is not the real words from Contengan Jalanan. But this is one of the message that I received from this novel.

***

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Maaf, anda mungkin kurang mengerti post ini. Luahan perasaan, mungkin?

Tuesday, April 26, 2011

Sir, I have finished that book. Would you like to listen the 17th chapter and afterwards? :D


Assalamualaikum wbt :)

Ya, entry ini masih lagi berkaitan dengan Valentina Nervosa oleh Nurul Syahida itu. Harap maklum :)






 Dan harap maklum juga ya, saya menulis entri ini bukan kerana penulisnya ada meninggalkan komen di entri yang berkisar tentang temuduga saya kelmarin. Plot entri ini sudahpun terangka dalam minda sejak saya menamatkan buku VN ini tengah hari tadi.

Kemudian,baru saya teringat sesuatu. Saya lupa nak minta akaun Facebook penemuduga saya yang comel dan baik itu :D

Okey, okey. Maryam, sila sedar diri. Balik ke topik :) This entry is kinda of my review towards this novel. Pelik, kan? Mana pernah MK buat review novel di belog beliau, kan? Tapi, entahlah. Lepas tamatkan VN ni, macam-macam rasa ada. Jadi, nak kongsilah sikit dengan korang yang sudi baca. Boleh, kan? ;)

***

Saya mengikuti novel karya NS selepas jatuh suka dengan cara beliau menulis dalam Plain Jane. Bagi spesies Plain Jane yang sama, saya boleh faham apa yang Balkis lalui dalam novel tu. Apabila NS berjaya membawa saya ke dalam dunia Plain Jane, seharusnya segulung tahniah harus diberikan kepada beliau! :)

Selepas Plain Jane, muncul karya NS yang paling saya suka. Aku Kan Novelis... Watak Safiah dan Roul. Bagi saya, Roul cukup manis. Berkilogram gula, barangkali! Dan, saya suka! Tak kisahlah kena diabetes pun :D

Justeru, apabila ke KLIBF baru-baru ni, segera saya mencari nama Nurul Syahida di rak buku Prima. Jujur cakap, masa tu tak ingat pun lagi tajuk novel ni. Patutlah penemuduga saya pun tak ingat frasa ni :D

Okey, ada! Dan dalam 11 novel yang dibeli di hall Karangkraf, saya pilih untuk baca yang ni dulu :) Nasib baik tak baca Cinta Yang Kurasa, atau Melodi Lirik Kasih.. mesti nak bagitahu penemuduga pun segan. Kantoi pulak suka baca novel cinta. Hisy! :D

Secara keseluruhannya, plot VN teramat perlahan. Begitu teliti NS membawa saya melayari kekecewaan Mariyyah, atau Mayang, atau Maya yang kecewa dengan Najmuddin, setelah Najmuddin memutuskan untu berpisah dengannya pada hari Valentine selepas tujuh tahun mereka bercinta. Ya, tujuh tahun as in sejak umur 17 tahun. Mereka putus pada usia 24 dan Mariyyah hanya pulih pada umur 27. Bertemu dengan Razif yang sebenarnya pada umur 28, dan berkahwin pada umur 30.

Bahagian yang paling best dalam novel ni adalah apabila Mariyyah mengkantoikan Soraya dan Nazaruddin yang bersayang-sayang dalam restoran. Balik rumah, dikejutkan pula dengan cerita tunang Faizah, Wan Amer Akram. Wan merupakan tunang Faizah, manakala Amer merupakan lelaki yang membuatkan Mariyyah jatuh cinta kali kedua, selepas Najmuddin. Mariyyah tahu tentang Amer, tapi tidak tahu lelaki itu tunang teman serumahnya, sebab dia tidak tahu Wan dan Amer merupakan lelaki yang sama. Faizah hanya tahu tentang his only number one, tanpa mengetahui Mariyyah kenal Amer. Dan, Wan Amer itu, tahu dan kenal kedua-duanya, malah sayang kedua-duanya. Namun Amer memilih Faizah dengan alasan Mariyyah wanita yang lebih kuat dan tabah untuk menghadapi situasi ditinggalkan orang yang dicintai.

Masa ni, rasa nak cekik Amer. Lepas dia jumpa mak ayah Mariyyah, dan kononnya menjadi calon menantu yang lebih baik berbanding Faris si kerani, hantar Mariyyah balik ke rumah sewanya kembali yang juga rumah sewa Faizah, berkongsi cerita tentang Pakistan dan penipuannya manakala Mariyyah sendiri, asal ada masalah, cari Amer, tahniah untuk NS sebab berjaya mencampur-adukkan perasaan. Hoo yeahhh!

Lepas Mariyyah kecewa dengan Amer, barulah watak Razif yang selama ni pemalas tahap gaban dan mengerikan (selepas berlakunya insiden di rak sup segera tu) dihighlightkan. Barulah nampak sisi sebenar seorang Razif. Tak banyak pun cerita yang menarik tentang percintaan dua tahun Razif dan Mariyyah, sebab pembaca hanya diberitahu tentang tu hanya apabila mereka dah selamat kahwin. Ceh! Tak sempat nak beromantik :D

Last but not least, saya agak kagum dengan pengetahuan NS. Ramai yang guna Bahasa Inggeris dalam novel mereka, tapi tak ramai yang guna Bahasa Arab, bahasa Al Quran tu. Apatah lagi Bahasa Urdu dan Pashto. Tak ramai yang tahu bagaimana seorang lelaki bercakap secara lelaki yang sebenarnya, hingga ada bahagian yang membabitkan percakapan oleh lelaki, tak kiralah Amer, Najmuddin, Nazaruddin, Abang Aziz mahupun Razif, kekadang saya terasa bagai lelaki yang sebetul-betulnya sedang menulis dialog ini. Ye lah, cara percakapan lelaki dan perempuan kan, berbeza? Well, again, congratulations for that! :)

Berjangkit daripada Aku Kan Novelis, saya rasa VN juga mengangkat tema yang sama. Seseorang itu bermasalah, apabila betul-betul dia bermasalah. Bukan kerana dia suka-suka nak bermasalah. Roul misalnya, dengan mata merah sebelah, pakai jeans koyak rabak dan merokok, dia betul-betul berbeza dengan Zarul yang sebenarnya. Kenapa? Kerana mungkin dia dapat kepuasan dari situ, setelah terpaksa menanggung adiknya, selepas kematian ibu bapa mereka. At the end, Roul berubah jugak. Penangan cinta Safiyyah, Roul akhirnya jadi Zarul balik. Zarul, lelaki normal yang tampan tanpa mata merah sebelah :)

Razif pun sama. Masa mula-mula dibayangkan watak Razif ni, scary amat siyhhh! Pakaian yang menakutkan, dengan jeans yang dipakai tiga hari berturut-turut, dan dengan jambang dan misai yang tak tercukur. Tapi, masa memula Razif mengurat Mariyyah, pakaiannya lebih kemas, meski jambangnya masih ada. Ala, jambang ala-ala Brad Pitt tu ;) Dan lepas kahwin, ada scene Razif baru lepas bercukur. So, no more beard and for sure, he will be more handsome ! :)

Berjangkit jugak daripada Aku Kan Novelis, di mana Safiah dan Roul terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama berjam-jam lamanya, dalam VN ni, Mariyyah dan Amer terperangkap di tangga kecemasan apabila pihak pengurusan pusat membeli-belah mengunci pintu untuk keluar dari tangga kecemasan itu. Sementara menunggu ianya dibuka kembali, sempat lagi Amer mendeklemasikan puisi tulisan Mariah kepada Amru bin Asr kepada Mariyyah.

Berjangkit juga daripada Aku Kan Novelis, perlukah setiap teman baik merahsiakan hal percintaan mereka daripada teman baik, demi tidak melukakan hati teman baiknya, andai teman lelakinya berkaitan dengan teman baiknya? Er, boleh faham tak? :D 

Oh ya! Ada satu muka surat tu, ditulis nama Din, Najmuddin Mukhtar. Tersilap rasanya, sebab Najmuddin Hussam. Mukhtar tu, ayahnya Mariyyah. Kan?

By the way, terima kasih kerana tidak memilih Amer untuk dijadikan pasangan Mariyyah. Bukan nak menghina golongan ini, tapi saya rasa lelaki berambut lebih sesuai dijadikan hero :D Wahai lelaki, atau anda yang berkaitan dengan lelaki yang tidak mempunyai rambut di kepala, no offense ya! :D

Sesi menyelitkan novel-novel terdahulu NS juga menarik. Dengan sedar, NS selamba sahaja mengatakan bahawa cerita Plain Jane, di mana gadis biasa yang mahu bercinta dengan lelaki kaya, adalah klise. Ada juga diselitkan tentang Aku Kan Novelis.

Erm, Kak NS.. anda selalu sangat sebut perkataan 'touche'. What is that? And how to pronounce that? Ta-uch, atau to-che?  Juga beberapa perkataan lain seperti shiznits dan pfft. 

Ada satu part, di mana Mariyyah jumpa Naza, dan Naza kata dia akan kembali pada Soraya, hanya apabila Mariyyah sudi kembali pada Najmuddin. Mariyyah terkejut, dan Naza segera kata, 

"Tak payah fikirkan. Abang bukan nak suruh Mariyyah kahwin paksa. Haram." (ms 495)

Baca dialog ni, saya sengih. Entah betul atau tidak, tapi saya rasa NS sedang sindir golongan penulis Malaysia yang setahun dua ni suka buat cerita kahwin paksa. Dan nampaknya, NS bukan salah seorang daripada golongan penulis Malaysia itu. Yelah, saya tak maksudkan semua. Tapi adalah segelintir.

Dekat belakang tu, yang 'Hubungan pun macam tu, Maya' , ianya dibilang oleh Razif, bukan Amer. I'm sure the novelist knows this, but not all the readers. So, readers. I'm telling you :)

Girls, ceritanya terlalu susah untuk dijelaskan satu persatu. Anda kena menyelami masalah Soraya, Faizah, Amer, Ayu, Kak Iryani, Razif, dan Mariyyah sendiri yang terlalu banyak simpang dan cabangnya. Dalam ramai-ramai watak tu, hanya Hazwanie si geng iklan ubat gigi Colgate saja yang tak dinyatakan masalahnya, selain daripada jeansnya yang harus dijahit oleh Soraya. :D

Anda sendiri kena masuk ke dunia VN ini. Jangan risau, NS dah tahu bahawa Valentine's Day tu haram disambut. Bahkan kalau ada antara kita tak tahu, anda akan tahu melalui buku ni :) Jadi, sila baca buku ini sendiri. Pinjam? Haha. BELI SENDIRI! *sila baca sambil jegil mata dan kacip gigi :D *

Ok, needless to say, saya tahu entry ni panjang sangat, kan? :D Maka, bagi anda yang sudah baca hingga ke tahap ini, sila senyum. Entri ini akan tamat sebentar lagi. Sila bersabar :)

Dalam banya-banyak novel NS, saya paling suka Aku Kan Novelis. Plain Jane dan Valentina Nervosa bagi saya, biasa-biasa saja daripada NS, tapi jika dibandingkan dengan novel penulis muda lain, PJ dan VN mendahului carta dengan markah yang lebih sedikit. Kenapa? Kerana intermonolog atau monolog dalaman dan juga pemerian yang ada dalam setiap novel NS, mesti akan membuatkan anda senyum. Beliau bukan hanya menjelaskan keadaan dan memberitahu maklumat, tetapi juga membuat jenaka yang santai. Dan, saya sukakannya! :)

[Perenggan ini ditujukan buat cik novelis, in case beliau masih sudi berkunjung ke sini lagi :D ]
Cik Nurul Syahida Kamarudin, terima kasih kerana sudi berkongsi bakat anda. Terima kasih kerana menulis. Terima kasih kerana menghasilkan novel yang mengacau-bilaukan hati bila membacanya, tanda diri ini normal. Terima kasih kerana menghargai bakat anda. Selamat maju jaya! :)

Friends,
Valentina Nervosa bukan sekadar sebuah novel tentang seorang gadis yang kecewa. Tapi ianya turut menyelitkan babak-babak yang kita tidak sangka akan ada dalam sebuah novel. Saya faham andai ada antara kita ni tak faham dengan cerita ini, sebab ada jugak kawan saya tak faham dengan Plain Jane. Tapi ketahuilah, apabila anda faham, anda juga akan faham bahawa novel ini hampir real di alam realiti. Tak ke-NOVEL-an sangat. Happy ending tu, biasalah. Kang kalau buat sad ending, korang bakar buku ni pulak. Bakorrrr ! :D *tetiba rindukan Kak Limah dan Usop Wilcha ;) *



People, thanks for reading. 

A good thing about knowing the authors and the novels is, you have the talent to tell people something that u know, that might be they don't. So, why don't u spread that something? And it will be better, if u spread something good in a good way :) 

Wallahu'alam. Wassalam~

p/s : Ada kemungkinan tak encik-encik penemuduga saya tu baca belog ni? Harap-harapnya tak laa kan, supaya mereka tak tahu. Things that they don't know, won't hurt them ;)

p/p/s : Ya, saya tahu masih ada spelling error di sana sini. Adehh. Tak larat dah nak betulkan. Mana taknya, jumpa satu error, cepat2 edit post. Then view balik. Dan proses tu berulang lagi bila jumpa error yang lain. Nanti kalau rajin, saya betulkan next time ya? Asalkan anda faham, okey la tu! *gaya Saida AF :D *