Sunday, November 18, 2018

#RaonRaonKuching

Bismillahirrahmanirrahim.

Cambiasa ah, a throwback post :D

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas lepas bertarikh 2-4 November 2018, ALLAH SWT izinkan untuk Yam dan rakan-rakan (Syazwani dan Kak Krun) untuk bermusafir ke bumi Kenyalang. Saja jenjalan sebab tengok tiket murah tuari hehe. RM198.00 return Air Asia ticket, kira murahlah jugak bila beli less than a month. Kenapa? Sebab saja2 godek2 website Air Asia dan ehh terjumpa tiket murah gi Sarawak hehe

Sebenarnya antara plan Yam ketika chambering ni adalah untuk travel ke tempat2 yang Yam x pernah sampai. Maklumlah dah ada pendapatan sendiri seposen dua ni, rasa macam nak bagi allocation sikit untuk diri sendiri jalan jalan kenal bumi Tuhan :) So destinasi yang Yam nak fokuskan adalah Sabah dan Sarawak terutamanya, sebab dua tu je negeri dalam Malaysia yang Yam belum sampai.

Arrange dengan Kak Najwa yang memang duk buat chambering kat Kuching, and she was so excited bila Yam bgtau nak pergi sana, siap sediakan itinerary on the spot. Yam pun segera menyebarkan berita tiket murah ni kepada rerakan terdekat dan puff, Syazwani dan Kak Krun on, maka on lah plan kita.

Long story short, 2 Nov bersamaan hari Jumaat tu kitorg bertolak KUL-KCH. Kak Najwa fetch kat sana, bawa balik rumah beliau yang dah siap beliau bentang tilam lengkap berbantal Rilakuma lagi ahahahaha. Terus tidur sebab esok tu banyak plannya. Short vacay je kan so padatlah jadualnya.

Esok pagi tu cadangnya nak piknik dekat Damai Sentral, tepian pantai bagai. Tapi hujan hahaha so kita makan dekat bawah pondok tepi padang je lah. Alhamdulillah by the time nak masuk Kampung Budaya Sarawak tu hujan dan berhenti, so kitorang enjoy the nice weather yang redup dan tak panas sepanjang kat Kg Budaya. Walaupun mahal sikit entrance fee dia (RM60) tapi personally bagi Yam, berbaloi. Kata nak kenal Sarawak sangat kan, so Kg Budaya ni simplify kan apa yang kau kena tahu pasal Sarawak, especially keistimewaan dia dengan kepelbagaian kaum dan masyrakat tu.


Stay sana sampai tengah hari supaya berbaloi bayar mahal2, then balik solat Zuhur kat rumah. Oh by the way, sebelum balik tu kami pi sekali .lagi ke tepi Pantai Damai tu sebab nak bergambar dengan tugu burung Kenyalang heheh # GIGIH


Lepas Zuhur, gi Muzium Kuching, bayar RM3 je sebab bawa masuk phone. Kalau tak free entry je. Tapi sampai end of 2018 je. By 2019 dah start kena bayar rm5 per person. Menariklah sebab banyak info pasal kucing kat dalam tu. Budak2 tu mesti gembira sebab banyak replika kucing kat dalam tu so not bad.


Lepastu gi makan dekat Cendol Mami kat kawasan Gita. Sedaaaap. Yang femes of course cendol dia, dan mi belacan serta sotong kangkung.

Perjalanan diteruskan ke Waterfront Kuching sebab katanya ada regatta dekat tepi sungai tu. Regatta ni macam perlawanan perahu yang kalau tak salah, diadakan secara tahunan. Tapi kitorang x plan pun. Satu kebetulan yang indah, alhamdulillah :) Naik jambatan Darulhana dan enjoy the sunset kat situ.


Menyusuri jalan2 tepi sungai tu sebelum menuju ke Kampung Boyan untuk makan di Borok Cafe. Kak Najwa ajar makanan local contohnya linut, ayam dalam buluh tu, pucuk midin etc :D Alhamdulillah sedapppp. Balik tidurrr kepenatan. Banyak noks berjalan harini dalam Kg Budaya la naik turun jambatan tu la :'D

Day 2 kat Kuching, kami breakfast di Mom's Laksa. Kekonon nak mi kolok selaku special local dish Sarawak tapi sebab kami gi lambat sikit, as pepagi tu pegi Medan Niaga Satok dulu beli ikan terubuk dan kain batik (price is nice. beli je kat pasar minggu sini.) so by the time kitorang pegi makan tu, mi kolok dah habis. So kitorang order mi jawa special (ada satay sedaaaaapppp) dan laksa Sarawak. TETAP SEDAP okay. Pergh. Pastu pegi Mira Cake House dekat Kg Boyan, siap naik perahu seberang ke belah Waterfront tu dan patah balik ke Kg Boyan, tengok regatta jap, pastu balik rumah simpan dalam peti ais barang2 belian. Solat Zuhur, dan Kak Najwa drive lebih setengah jam utk bawa kami ke Telaga Air makan seafood sedapppp, murah!

Di sinilah dapat emel kata flight malam ni delay so kami extend lama sikit dekat Esplanade tu, tambah2 jeti dia boleh bergambar cantik2. Naik bot keliling sungai tu pun boleh, RM10 untuk 30mins. Murah la kan, tapi sebab x plan apa2 aktiviti air, so kami melepak je kat situ.


Balik rumah kemas barang, rehat jap kemudian lepas Maghrib keluar balik untuk tangkap gambar di tugu Kuching, pastu makan ice cream gula apong dan kemudiannya ke airport.




Mereput di airport tunggu flight, pastu alhamdulillah selamat sampai KLIA2 awal pagi Isnin 5hb tuu.

Some things here and there la yg mengganggu mood, contohnya flight delay dan affect plan lain huhuhu tapi rasa tak baik sangat nak merungut sebab nikmat yg ALLAH kasi rasa melebihi tu sangat dah.

So Sarawak done! Walaupun sekejap dan cuma sebahagian kecil Kuching yang sempat dijejakkan kaki, tapi takpeeee dah bersyukur sangat dah. Ada rezeki, lain kali kita datang lagi ya :)

Kak Najwa, thank you so much for the great hospitality. Kak Kerun and Syazwani, terima kasih jadi travel partner yg awesome.

So, Sabah bila ni, akak? :D



Wallahu'alam, wassalam.


p/s : Maaflah, dah tak berapa rajin nak cerita in details satu persatu macam dulu2. In case korang nak tahu apa2, letak je kat komen ye nanti kalau sis baca, sis balas :)

0 love letta(s):