Showing posts with label buddy's big day. Show all posts
Showing posts with label buddy's big day. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Sabiha's G-Day ;)



Bismillahirrahmanirrahim.

It was a huge pleasure of mine to see you smiling in that lovely robe, and all the family members who came happily to celebrate this big day of yours.

Congratulations, baby. You did it. Kau masuk IPT lagi lambat daripada aku, yet kau dulu yang sarung jubah grad niii untunglahhh hehe. But yeah, remember what did I say about rezeki? ALLAH dah tetapkan rezeki memasing. And this is your rezeki, so what shall I do other than tumpang gembira dengan rezeki kau? :)

All the best for you future dear Sabiha. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa, be it dalam bisnes ke studi ke jodoh ke eh ops hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan, sihat tubuh badan dan bahagia sentiasa.

And I would love to say, if your Abah is here, he would also smile proudly for you. Because he knows that it wasn't easy for you kan.

I'm glad Bie. Aku bangga. Aku gembira. Aku bersyukur. You deserve this. And please, keep the effort so that the happiness and success would be doubled in the future. Jangan lupa doakan aku sekali :')

And I know, we got to know many people day by day. Kau makin kenal ramai orang, so do I. Yet I hope it won't be the reason for us to be separated, though we are separated literally. Let's keep this friendship till the end, hopefully till jannah ehhem, despite of not always being close and near to each other. Just so you know, we are always close by heart, though not by distance. Gitcheww eheh :)

Love you. May ALLAH bless.




Regards,
@yamjamilah.
Schoolmate yang sesama fly dari sekolah dedolu kehkeh :D

Saturday, November 02, 2013

Nadia & Mustaqim : A New Journey Begins.

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti raya haji aka Aidiladha, seminggu. Maka pulanglah anak-anak perantauan ke kampung halaman, demi menyambut perayaan. Tak dilupa bebuku serta nenota, dengan secebis harapan akan bebuku dan nenota tersebut akan dibuka dan dirujuk, sementelah peperiksaan midterm bakal menjelang, sejurus selepas tamatnya cuti raya.

Tapi Nadia ni lain sikit. Orang balik beraya, dia balik bernikah. Ha tu dia.

And yeay, Nadia berjaya jadi orang pertama dalam kelas kami, 5SC2 2010 dulu, menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. It was quite unexpected. Bukan apa, tapi zaman muda belia dulu, tak pernah dengar pun cerita dia pasal cinta. Tetambah lagi, sekolah kami semua gegirls, jadinya memang takde nak skandal dengan sesiapa.

Alhamdulillah, iman masih kukuh di dada, takde nak kapel-kapel, tapi aturan keluarga dengan redha di hati, maka bersatulah Nadia dan pasangannya, gituuu ^^

Maka kalutlah dua orang makhluk bila hari bahagia Nadia semakin hampir menjelang tiba. Nak pakai baju apa, nak kasi hadiah apa, nak pergi pukul berapa, bila, bagaimana bla bla bla. Biasalah gegadis muda yang galok bila sahabat seusia nak kahwin :3

Akad nikahnya malam, di banglo keluarga Nadia. Memang niat nak pergi, tapi sebabkan malam, parents memula tak kasi. Tapi disebabkan azam dan semangat yang jitu, setelah kekenyit mata dan merengek peluk kaki mak, maka kebenaran tu dapatlah. Maka berkelanalah dua makhluk ni menuju ke majlis akad nikah Nadia Amilin dan Ahmad Mustaqim.

She was beautiful. Couldn't believe my eyes that she was wearing make-up, which made she looked so angelic. Zazaman dulu masa sekolah dia main tempek bedak Baby Johnson je. Takpun Carrie Junior. Tu pun malas :D


Beautiful, wasn't she? :')

Kemudian, dalam 8.30 ++, lepas bergambar sesikit dalam kamar pengantin tu, maka menujulah kami semua ke medan akad nikah that was created amazingly wonderful and nice. Debar nak jadi seorang Puan nampaknya dah terlukis jelas di muka Nadia. Rasanya masa ni, memang masa untuk kau berfikir sendirian, muhasabah diri and keep motivating yourself. Selawat dan istighfar bebanyak tu wajibbb :D



Scha and I was invited untuk duduk sebelah Nadia tu, taaapiii kitorang terpaksa tolak dengan baik. Bajet hot? Taklah hoi! Sebabnyaaaa, kami risau kami yang leleh lelebih nanti. Karang pengantin senyum bahagia gembira, kitorang pulak nangis tersedu-sedan sebab terharu. Hihiks :D

Haaaaaaa senyum Nadia pun dah membayangkan ke-nervous-an beliau. Dup dap dup dap lettew duk tunggu bakal encik suami datang. Kan kan kan :D



Maka tibalah di prince charming untuk mengahwini princess-nya. Gituuuu. Selesai itu ini, akhirnya, dengan dinikahkan sendiri oleh Encik Adabi, ayahnya Nadia, maka, alhamdulillah, termeterailah ikatan perkahwinan Nadia-Mustaqim, dengan sekali lafaz sahaja ^^



Alhamdulillah :') Dua makhluk yang memerhatikan dari jauh ni memang burst into tears. Like we could not believe our eyes that Nadia dah kahwin! Remaja yang zaman sekolahnya duk berjimba berjoli dengan kami, dah kahwin. Omaigad.

Lepas dah sah tu, diorang mintak diri kejap, nak solat sunat. Lepas tu baru kembali untuk sesi pembatalan air sembahyang aka sarung cincin ^^





Ha memula nampak memalu, tapi lepas tu pegang tangan tak lepas. Ambuoiiiii :D *baca nada jeles takde orang nak pegang tangan ittew ;D *

Sementelah kitorang dah saksikan detik bersejarah Nadia, dan malam semakin lewat, maka kitorang pun mintaklah diri dulu. Nadia pun nampaknya dah makin bizi sesejak ada suami. Ehh. Hihik :D

Tapi wajiblah ambik gambar dulu dengan mempelai, kannnnn ^^





Cantik je ambiance dan atmosphere dia :)



Ni pulak gegadis dari MMP. Kira kawan sekolah Nadia la, sebab selain daripada kitorang, kawan Nadia dari USIM pun ada datang.

Muka-muka ni la kena tadah soalan,

'Nadia dah, kamu bila lagi?'

Soalan yang sama nadanya macam iklan kat TV tu..

'Saya sudah, anda bila lagi?'

Jawapan dia sesengih kucing je lah. Haisz Nadia ni. Dia tu yang kahwin awal, bukan kitorang ni yang kahwin lambat. Tapi insha ALLAH lah, bakal menyusul jugak tidak lama lagi. Ehh. Ops. Hiks ;)

Lepas bergambar, haruslah makan dulu. Laparrr :D Masa makan, selain jamu selera, mata kami juga dijamu dengan tayangan video compilation gambar mempelai dari zaman muda belia sampailah ke detik tunang diorang. Ohh shooo shweettt :*


Kalau jumpa kawan yang rerapat, mesti kita akan kata, 'jangan lupa jemput aku makan nasi minyak kau'. And now, here it is, Nadia's nasi minyak. Barulah terasa bebetul percaya, Nadia dah kahwinnn. Homaii :3

Lepas makan, balik. Menunggu hari Sabtu tiba pulak, sebab Sabtu tu kendurinya.

Scha tak dapat join, so pergi sorang. Masa ni memang terasa ketiadaan Syafiqoh si pelajar cemerlang yang kini berada di Jogjakarta untuk program pertukaran pelajar.

Jumpa few Maahadians kat sana, contohnya 'Awatif dan Anis Fathina, juga Teacher Aziah dan Datin Hariza. Hoho.




Pergi pun tak lama, sebab nak balik kemas barang untuk kembali ke pangkuan UIA, esoknya. Told ya, cuti seminggu je. Orang lain balik beraya, Nadia ni je balik kahwin :D

Maka, itulah kisahnya Nadia dan Mustaqim :)


Beautiful Nadia,
your journey has not yet ended.
In fact it just begins.
A new journey to a new world.

Jangan angau sangat.
Study jangan lupa.
Suami jangan tertukar dengan lecturer.

Indeed, you are the chosen one.
Bukan semua remaja ALLAH kasi can kahwin muda.
Bila ALLAH takdirkan demikian,
maka maknanya ALLAH tahu kalian mampu,
to go through the journey that isn't easy.
Tough and hard one,
but insha ALLAH,
bergandingtanganlah kalian hingga ke sorga-Nya.
(amboiii kenmainnnn :D )

Nadia dan Mustaqim,
selamat pengantin baru.
Semoga kekal bahagia dan sejahtera,
hingga ke syurgaNya :')

Jaga Nadia elok-elok.
Manja sikit tuh, tapi bearable.
:D

Nadia,
jaga suami baik-baik.
Taat dan patuh.
Jangan nak menang je.
Dengan kitorang je kau boleh nak selalu menang gitu :D

Bila kau kahwin, bukan makna kau hilang kawan kau.
Though you already have someone who is willingly to spend his 24/7 of his 365 days per year with you,
tapi hopefully kau tak lupa yang kau masih simpan nombor kitorang dalam iPhone kau,
yang kitorang masih friends dengan kau kat Facebook,
yang kita follow each other kat IG.
So, kalau ada apa-apa,
kau tahu kan mana nak cari jawatankuasa pendengar dan penasihat?
:)

Semoga Nadia, Mustaqim dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya, aamiin, insha ALLAH.

***

Ha, awak tu, bila lagi?


Ya, awaklah.

Katanya sampai nak kena tempah tiket flight. Ya ke? Kalau ya, nak simpan duit dari sekarang ni! :3

Ehh. Did I just say something that I should't? Ehhh. Opss. Sorrryyy :D

Apa-apa pun, untuk awak juga, semoga berbahagia! *kekenyitmata* ;)

***

Friday, February 08, 2013

Nadia's.

Bismillahirrahmanirrahim.

26th January 2013 ; Nadia Amilin's engagement day.


And since I've been crazy with feltcraft thingy these days, so I gave her this :


I somehow, when she told me that she was getting engaged, I just couldn't believe the news, because I never expect that the moment when I need to attend my friends' big day, will come this soon. But then, she was being real, and I just can pray for her happiness.

She is currently in her first year of degree in Medicine at USIM. So, just pray the best that she can stabilize between her precious study ; the course that she has been wanted to since forever, with her fiancee. 

Nadia and Mustaqim, may ALLAH bless you two. REMEMBER! Being knotted with this fiancee thingy doesn't give you two a license to do what you please. It's a period which you two can know each other better. But still, there are boundaries to be observed.

Wallahu'alam, wassalam~