Showing posts with label SK SIS 2005. Show all posts
Showing posts with label SK SIS 2005. Show all posts

Saturday, August 12, 2017

Yam Turns 24 ; HAPPY BIRTHDAY MARYAM JAMILAH!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Dah makin tua ni, dah makin sedar yang there's nothing special pun with a birthday. Plus, sebenar-benarnya, insan yang wajar diraikan adalah ayahbonda yang sudi memikul amanah mewujudkan kita ke dunia. Bonda yang sabar dan gagah perkasanya melahirkan kita, ayahanda yang gigih dan tekunnya membanting tulang untuk mencukupkan keperluan dan kehendak kita. Kan?

Tapi kalau dah ada yang secara sukarelanya sudi meraikan, maka apa salahnya kita menerima dengan hati yang terbuka, kan? Hiks

Alkisah,

Budak Farah Nini ni kawan baik Yam sejak sekolah rendah. Even masa tadika kot. Haha lupaaa but our friendship shall be at least 17years kot. Few days before 11th August, dia ada cakap to make myself free on Friday, after Zuhur. And she asked me to wear something in emerald green. Kemudian lepastu dia announce dekat grup sekolah, sesiapa free lepas Jumaat sila bgtau, dia nak edar invitation.

I was like, wow budak ni dah nak bertunang ke? Masa tu tak terfikir pun lagi yang Jumaat tu 11 Ogos. I was like, okay insha ALLAH.

Dan hari Jumaat pun tiba. Receiving wishes from family members and friends reminded me that, oh it is my birthday. And this evening my primary school bestfriend is getting engaged. And of course I am excited for that.

Then I contacted another friend, Liyana Aini who promised to fetch me at 2.30pm. She came, and when we got into the car, there sitting in the driver seat was this Farah Nini who was supposed to 'get engaged'. I knew something was off, but then they told me they are getting make-up done at Kota Bharu, and the engagement ceremony is going to be at night. We then went to fetch another friend, Aimie Syairah. Haaa engkau, kelas kan nama classmate jaman sekolah rendah akak, semua nama macam heroin novel haaaa hiks.

Then we arrived Kota Bharu, nearby Tesco. Liyana Aini and I suddenly got our eyes covered with black shawl, lepastu we were brought to another place. Only that moment I realize, oh this is actually the thing. Farah and Aimie intended to bring both Liyana and I into the cafe with the black shawl covering our eyes, but they cancelled that because they were so many people in the cafe, thus it will be embarassing for us to do so.

So we were brought into this one cafe, Tiny Elephant which is located nearby Sungai Kelantan. Area Restoran Wau tuu. Already sitting in there was our another friend, Fazli. There were also balloons and our pictures on the wall, and the waiter gave each of us a cake, and together with some of the other customers, my friends sang us the Happy Birthday song. Malu wehhh. Like almost all people in the kedai nyanyi sekali. Thanks anyway, dear people. Hahaha :D




We really had a nice catching up session, besides the surprise birthday celebration. We talked about quite some different topics and I can say that it was awesome. Oh by the way, this Tiny Elephant Cafe looks no much different with the Soft Serve & Coffee yang dekat Damansara tuu (according to Fazli). So it may have some relation @ connection with that cafe. The food was okay, and maybe a bit pricey. tapi biasalah, kafe hipster cenggitu kan memang gitu style nya.




We then made our move to nearby Masjid Muhammadi to perform Asar prayer. Fazli had to excuse himself to fetch his sister at the aiport. After the prayer, we the girls went to Pantai Cahaya Bulan (PCB) for further photography session haha.




And the chitchats in the car continued. Girls will always be girls, kan? Haha

So almost 7pm, we headed back to Pasir Mas, and Farah Nini safely took everyone home. Hiks.

Girls and that one guy (haha),
Thanks so much wehhh. Dah lama takde suprise manis maceni, last time was 2 years ago. Also by Farah Nini, Aimie and some other close friends. Nanti next time kita buat santai2, rileks2 la pulak ye. Sementara masih marhaen ni. Esok-esok (tahun-tahun mendatang) bila dah kaya raya, kita celebrate dekat Honolulu ke Jeju Island ke, okayy. Until then, stay healthy and pretty (handsome, young man :D). Okayy. Hiks

So dear self (and Liyana Aini - 8th August), HAPPY TURNING 24! Semoga menjadi hamba dan makhluk lebih baik pada masa mendatang yaaa. Dan semoga tidak mensia2kan waktu yang ada untuk mengumpul bekal menuju ke negeri abadi.

Semoga dipermudahkan segala urusan, and may ALLAH bless.

HAPPY BIRTHDAY, MARYAM JAMILAH! :)



Wallahu'alam, wassalam.



Regards,
24 years old Maryam Jamilah :D 

Monday, August 04, 2014

Cerita 3 Ogos 2014 :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

3 Ogos bersamaan 7 Syawal 1435H. Oleh sebab YamJamilah dah nak berangkat kembali ke pangkuan UIA hari ni (4 Ogos), maka YamJamilah aturkanlah perjumpaan dengan kekawan dan rerakan sekampung ni ha.

Aktiviti pagi hingga ke tengah hari dipenuhi dengan geng FiqSchaYam ^^ Petang tu pulak dengan kekanak SIS batch 6 Teratai 2005. Oleh sebab YamJamilah hanya ada masa yang terhad, maka pagi tu awal lagi keluar. Biasa 10-11 baru nak gerak, ni belum pukul 9 lagi dah meluncur ke rumah Syakiroh. Gigih tak gigih. Janjinya nak breakfast sama di Kopitiam Kita yang famous ittew.

Sampai rumah Scha, tinggal kereta YamJamilah di situ, naik kereta Scha. Serius seronok jadi penumpang, bila dah terlalu banyak kali jadi drebar. Bulih makan, bulih berbalas Whatsapp, bulih scroll TL Twitter, dan biarkan Scha memandu :D Lepas ambik Fiq, maka berangkatlah tiga beradik ni menuju ke Kopitiam Kita. Masha ALLAH, ramainya oranggg. Ingatkan dah kurang sikit, sebab masa tu dah nak dekat pukul 10, tambah pulak hari tu hari Ahad. Bukan orang tempatan bekerja ke masa tu? Dan orang luar, bukan ke kebanyakannya dah kembali ke ibu kota ke?

Disebabkan ramai, nasi dah banyak habis. Kitorang sempatlah makan nasi ayam gulai. A while after that, memang semua habis, kecuali nasi air dingin. Scha pulak makan the famous roti titab. Meja pun kena tunggu 5 minit, dan tu pun kena kongsi dengan kakak-kakak lain yang baik hati menumpangkan kami di meja mereka :)

Kitorang plan aktiviti kali ni kena lain daripada yang lain. Bosanlah asyik duk ukur tanah di KB Mall tu, telek setiap kedai yang sama. Tetambah pulak, KB Mall sekarang dah high class gittew, banyak kekedai baru yang dibuka. Takde thrill, sebab kekedai tu semua can be found kat KL. Laa ni, nak kena cari something yang takde kat KL nun.

Kami pusing-pusing sekejap, which led us to MMP. Sesaja masuk dalam kawasan sekolah lama kami tu, nak tengok masjid baru kononnya. Pastu muka gila cover, takut terserempak dengan memana ustaz ustazah. HA HA derhaka sungguh. Bukan apaa, masa terhad. Gittew alasannya :D


Scha pun menujulah ke tepi sungai, dekat Tambatan DiRaja tu. First time datang situ, mulalah buka cerita dan gosip apa semua. Maklumlah, tadi masa makan, bising sangat sebab ramai orang, tak sempat nak berstoly-moly. Masa ni lah kami manfaatkan untuk bertukar cerita berkongsi berita. Dan berselfie. HA HA.











 Selesai sesi bergambar bergedik bergembira, alang-alang dah ada kat kawasan situ, kami pun menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Kekonon nak tengok pantai, meski pada jam 12 tengah hari yang matahari tengah tegak atas kepala.













Jam menghampiri 1 pm, dan Fiq kena masuk kerja petang tu. YamJamilah pula memang kena balik awal. Kan ada another date petang tu kan. Maka Syakiroh pun hantar Syafiqoh balik, kemudian balik ke rumah Scha. Dari rumah Scha, YamJamilah drive balik rumah. Zuhur kejap, lepastu keluar balik untuk jemput kekanak 6T di rumah memasing.

Memula gi rumah Nini, lepas tu Zuria. Menuju ke Warung Kurnia Ibu, tapi TUTUP. Kami taktahu nak tuju ke mana, maka terduduk kat situ dekat setengah jam kut. Call orang tu, contact orang ni. Lepas tu gi jemput Tiqah, lepas tu jumpa geng MiZaRa dan Fazli di mesjid. Lastly, kitorang decide nak ke KFC je. Masa semput, dah Asar masa tu :(



 Alhamdulillah, walaupun tak ramai, tapi okeylah. Saja nak jumpa, raya kann :)

Lepas drop kekanak 6T di rumah memasing, YamJamilah balik Asar di rumah, lepas tu keluar balik, bawa Konah, Abdullah, Khadijah dan Che Lah jenjalan kejap. Balik tu dah Maghrib, then only I can rest. Rest mendanya, kena kemas baju. Pagi ni nak balik KL! Tsk.

So that was a well spent day for YamJamilah. Bizi berdesup dari pagi hingga ke petang, but Alhamdulillah, it was super awesome and greatly fun :)))

Apa-apa pun, kekorang, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum :)

Wallahu'alam, wassalam.