Showing posts with label Ad-deen. Show all posts
Showing posts with label Ad-deen. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Klise.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sambutan Maal Hijrah semalam disambut dengan ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Pasir Mas. Ramaiii orang datang, penuhnya masjid membawa sampai ke tangga, malah khemah juga penuh. Muslimin muslimat ada yang kena solat atas jalan tar berlapikkan sejadah. Rezeki penjual yang memenuhi jalan-jalan berhampiran masjid juga rasanya lebat. Kebanyakan gerai yang saya lawati selepas ceramah, air rasanya sampai kering tong, makanan sampai licin dulang. Alhamdulillah :)

Nah, nasyid serta lirik lagu Maal Hijrah. Best kan, nasyid ni? :)


Tapi yang tak cantiknya, usai habis ceramah dan majlis tamat, masing-masing mula pulang ke kediaman masing-masing. Taaapiiii, sampah sarap memenuhi jalan, terutama gelas-gelas air dan plastik-plastik makanan. Pemandangannya sangat tak cantik! Buat sakit hatii. Kemain aje kau pergi kuliah agama, tapi bila balik, sampah kau buang merata-rata. Tak guna weii. Kata Islam. Kata kebersihan sebahagian daripada iman. Hah, cemana?

Ok, itu sangat klise. Kemain cakap tung tang tung tang, tapi benda sekecil ni kau tak boleh jaga. Kalau dah reti makan minum, retilah buang dengan beradab. Kau tak nak kereta kau kotor dengan sampah, kalau jalan kotor takpe pulak? Haih. Tolonglah. Imej Islam di tangan penganutnya. Ni mungkin benda remeh bagi kau, tapi benda remeh ni la yang tak mustahil dijadikan isu besar oleh agama lain untuk merendahkan martabat Islam.

Yang kedua.... Semalam saya pergi ke ceramah tu tanpa bawak buku nota, tapi sempat capai telefon. Saja, nak tangkap gambar orang yang ramai. Alang-alang ada aplikasi memo dalam telefon, saya gunakanlah sebagai tempat untuk mencatat isi-isi penting ceramah UAI. Khusyuk saya menaip. Ada ketikanya, bila ustaz berlelucon, saya berhenti menaip. Bila ustaz serius menyampaikan poin-poin penting, segera saya taip. Khusyuk...

Malangnya saya perasan beberapa mata yang memandang dengan riak yang tak puas hati. Mungkin mereka itu ingat saya ni bermesej dengan rakan-rakan sambil mendengar ceramah. Saya tak mampu nak jelaskan hal itu, kerana klisenya memang begitu. Taaaapiii, jangan berfikiran klise jugak boleh tak?

Telefon sekarang dah ada macam-macam fungsi. Bukan hanya untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai kamera, perakam suara, radio, memo dan baaaanyaaaakkk lagi. Maka, bila tengok orang yang pegang telefon, tak semestinya dia tengah text orang. Mungkin juga dia baca tafsir iQuran Pro. Atau mungkin juga sedang tonton video ceramah. Atau tak mustahil tengah dengar zikir Hafiz Hamidun. Atau boleh jadi tengah dengar segmen Ustaz Muhadir di IKIM. Atau mungkin tengah baca nota-nota hasil daripada ceramah dan talaqi yang dihadiri. Tak mustahil semua itu, dengan telefon.

Mohon jangan klise sangat fikiran tu. Kata nak kreatif. Kata nak kritis. Kata nak berfikir di luar kotak. Maka, amalkanlah selalu. Cara yang paling berkesan : berfikir melalui banyak cabang, dan pilih untuk percaya pada cabang yang paling positif. Pemikir yang hebat anda dah jadi, hati pun senang sebab sangka baik dengan orang. Kan seronok.

Sekian, bebelan hadil ceramah Ustaz Azhar.

Menyentuh sedikit tentang ceramah ustaz, topik yang dibicarakan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama, Ustaz rujuk kitab dan bercerita tentang malaikat. Sesi kedua, sesi soal jawab. Oleh sebab Ustaz tiba jam 8 malam, ceramah 2 jam lebih-lebih, maka Isyak penduduk Pasir Mas yang berjemaah di Masjid Bandar Pasir Mas ialah lebih kurang jam 10.30 malam :D

Basically, Ustaz tak adalah bercerita secara detail tentang Awal Muharram atau Maal Hijrah. Ustaz cerita secara general dan menyentuh semua topik yang dibangkitkan. Alhamdulllah, di sebalik gelak tawa hasil jenaka ustaz, masih ada ilmu yang sempat masuk. :)

Jazakallah kher, Ustaz Azhar Idrus,

Wallahu'alam,w assalam~

Saturday, April 28, 2012

لا اكراه في الدين, لكن ...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.


256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Topik untuk entri ini agak berat sikit ya, dan saya bercakap berdasarkan idea yang datang tak semena-mena ketika saya menghadiri kelas Religions In Malaysia (RIM) pada malam Jumaat baru-baru ini.

Madam ada menyebut tentang tiada paksaan dalam agama ni. Malah ayat ni antara ayat suci AQ yang popular. Bahkan pagi pengamal Ma'thurat, pasti sudah terlalu biasa dengan ayat ini.

لا هاكراه في الدين
Tiada paksaan dalam beragama.
Madam jelaskan, memang tiada paksaan dalam beragama. Setiap individu bebas untuk memilih mahu menganut  agama  mana yang dikehendaki. Setiap insan tidak dipaksa untuk menganut Islam. Tidak sama sekali! Bahkan Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ritual agama mereka, tanpa disekat oleh pemimpin Islam. Bebas.

Tapi bebas hanya dalam beragama. Beragama. Dalam memilih agama. MESTI diingat bahawa hanya dalam memilih agama. Penganut agama lain tidak dipaksa untuk hanya menganut Islam. Tapi harus diingat, apabila anda sudah memutuskan untuk memilih agama mana, hukumnya sudah menjadi WAJIB untuk anda mengikuti setiap undang-undang dalam agama tersebut. WAJIB ya.

Makanya, jika anda ISLAM, anda WAJIB untuk mengikuti setiap undang-undang dan tidak melangkaui garis panduan yang ditetapkan dalam Islam.

Justeru, jika anda tidak solat, tolong jangan katakan anda tidak pandai solat, tidak mampu solat. Kenapa? Kerana sebagai seorang Islam, anda wajib tahu bagaimana untuk solat, demi menunaikan kewajipan anda untuk solat. Tidak mampu? Islam itu syumul. Bukankah ALLAH telah anugerahkan rukhsah solat kepada kita tatkala kita tak mampu solat seperti biasa?

Adik kakak abang mak cik pak cik, jika anda tidak menutup aurat, tolonglah! Tolong jangan kata anda belum mendapat seru dan tiada paksaan dalam Islam untuk anda menutup aurat. Benar, Islam tidak memaksa anda menutup aurat. Tetapi, Islam mewajibkan. Kenapa? Kerana menutup aurat itu merupakan salah satu daripada undang-undang dalam Islam.

Analoginya mudah. Jika anda rakyat Malaysia, maka anda tertakluk di bawah undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Sebarang perbuatan melangkaui undang-undang, anda dikira bersalah.

Begitu juga jika anda Islam. Anda tertakluk pada undang-undang Islam. Sebarang perbuatan melangkaui undang-undang Islam, anda dikira berdosa. Mudah, bukan?

Sila fahami konsep 'La ikhroha fiddin' ini dengan sebaik-baiknya. Jangan main cakap sesuka hati, without knowing the real meaning and the hidden message behind the aayah. Dan jangan biarkan orang lain ikut fahaman salah anda.

There is no compulsion in religion. But when you are in the religion, you are obliged to adhere its law.

Konklusinya, Islam tidak memaksa anda untuk solat 5 waktu, puasa Ramadhan, menutup aurat, menjaga makan dan minum, mencari rezeki halal dan sebagainya. Tapi Islam mewajibkan anda mentaati undang-undang Islam, jika anda seorang Muslim. Agama lain juga akan mewajibkan penganutnya mengikuti undang-undang agama tersebut.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Betulkan saya jika saya salah :)

Wallahu'alam, wassalam.

rujukan sisi : http://anaktokimam.blogspot.com/2011/05/tiada-paksaan-dalam-agama.html

Saturday, February 04, 2012

Fadhilat Selawat Ke Atas Junjungan Mulia, Muhammad SAW.

Bismillahirrahmanirrahim.

Antara fadhilat-fadhilatnya ialah :

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
***
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
  1. Memperolehi selawat dari Allah.
  2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
  3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
  4. Menghapuskan dosa.
  5. Mendapat pertolongan
  6. Tercapai keperluan hidup.
  7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
  8. Memperolehi nur zahir dan batin.
  9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.


***

Ayuhlah, kita berselawat!



Salam Maulidur Rasul.



Wallahu'alam, wassalam.

Monday, March 14, 2011

Kadang-kadang.

Kadang-kadang kita rasa,
mak ayah orang lagi best daripada mak ayah kita.

Kadang-kadang kita rasa,
abang kakak adik orang lagi best daripada abang kakak adik kita.

Kadang-kadang kita rasa,
nenek datuk orang lagi best daripada nenek datuk kita.

Kadang-kadang kita rasa,
barang-barang orang lagi best daripada barang-barang kita.

Kadang-kadang kita rasa,
kawan-kawan orang lagi best daripada kawan-kawan kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Cikgu-cikgi orang lagi best daripada cikgu-cikgi kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih menawan berbanding kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih bijak daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih sihat daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih kaya daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih rajin daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
baju raya orang lagi best daripada baju raya kita.

Kadang-kadang kita rasa,
siaran Astro orang lagi best daripada channels tv kita.

Kadang-kadang kita rasa,
games di laptop orang lagi best daripada games di pc kita.


Kesimpulannya,

KADANG-KADANG KITA RASA,
ORANG LAIN LEBIH BERNASIB BAIK DARIPADA KITA.

Kalau orang lain punya, mesti lebih baik punya!
Tapi kalau kita yang punya, mak aiii!
Itu tak molek, ini tak elok!

Kenapa, ya?

Kerana, kita semua manusia.
Takkan pernah puas dengan apa yang ada.

Aku cemburu dengan kau, kau dengki dengan aku.

Tak kisahlah iri hati tu spesies baik ke tak, tapi kita sama-sama kita, mesti ada yang kita tak puas hati! Kan?

Tapi percayalah, kita takkan dapat yang terbaik sepanjang masa. Kena bagi pada orang lain jugak, kan? Kalau semua yang baik ada pada kita, habis tu apa yang ada pada orang lain? Secara tidak langsung, kita dah pun bertimbang rasa dengan orang lain, kan?

Kadang-kadang,
kita kena terima hakikat,
bahawa kita takkan mungkin dapat yang terbaik selamanya,
tapi itu taklah bermakna kita dapat yang tak molek je.

ALLAH itu kan Maha Adil. Tahulah DIA macam mana nak bahagi-bahagikan nikmat dan azab pada hambaNYA. Yang tu, kita jangan dok risau. Kita cuma perlu minta, dan bersyukur kalau Dia bagi.

Kalau Dia tak bagi, bukannya Dia tak nak bagi. Mungkin tak nak bagi lagi. Atau mungkin Dia nak bagi yang lebih baik pada masa hadapan. Kalau bukan di dunia, mungkin Dia nak bagi di akhirat. Atau mungkin Dia tak nak bagi langsung, sebab benda tu langsung tak bermanfaat pada diri kita sendiri. Alah, DIA kan, Maha Mengetahui. Kan?

Maka,
kadang-kadang,
kita kena soal diri kita balik,
adakah kita cukup baik,
untuk mendapatkan yang terbaik?

What we give, that is what we'll get.

Kan?

Wallahu'alam.
Wassalam~

Sunday, February 27, 2011

Kak Asmaa' cakap...

Assalamualaikum wbt.

Kak Asmaa' cakap, jangan terlalu pandang tinggi pada orang lain, hingga kita berasa rendah diri dengan diri sendiri.

Kak Asmaa' cakap lagi, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Tambah Kak Asmaa' lagi, setiap kali seseorang masuk dalam hati kita, dan keluar selepas itu, tempat yang pernah diisi oleh orang itu takkan boleh diganti oleh orang lain, kerana setiap manusia adalah berbeza.

Kak Asmaa' cakap lagi... er, banyaaaakkk lagi dia cakap. Cuma kerana terlalu banyak, saya terlupa. HAHA :)

Kak Asmaa', terima kasih kerana cakap terlalu banyak. Dan tolong cakap banyak lagi, tambah-tambah kalau musim 'kemarau'. 

Jazakillah khairan kathira.

Wallahu'alam. Wassalam~

p/s : Okey, okey Kak Maa'. Saya ingat semua kata-kata dan pesanan Kak Maa'. No worries! :)

Friday, February 25, 2011

Stop wondering and start worrying.

Assalamualaikum wbt.

About the title above, I read that from a mag that I borrowed from a shop.

Yes, we should do that. There are a lot of things that we should stop wondering, but we must start worrying.

Especially for SPM 2010 candidates, u may stop wondering when the RESULTS will be announced. But you should start worrying on how the results are. I know, at this time, there's no point to be worried. But as a human, I mean the normal one, don't lie me. The results of the biggest examination in secondary school, oh man! Don't tell me that u are not worrying about how they will be, okay! How I know? Because I face the same too. So, stop wondering, and start worrying.

Yang kedua, untuk semua umat manusia. I don't know since when, but I guess that since I was a kid, this topic has been discussed. KIAMAT. Terlalu ramai orang sibuk mengira sana, menghisab sini, menghitung sinun, semata-mata untuk mencari satu tarikh yang dijangka akan berlaku kiamat. Oh, come on! Kiamat, bukankah salah satu rahsia ALLAH? So, stop wondering and start worrying. Kalau kiamat tu berlaku lebih awal daripada jangkaan, macam mana? Dan, jangkaan yang dibuat konon-konon kiamat akan berlaku pada 2012, atau pada tarikh dan tahun yang lain, tidak mungkin akan tepat. Sudah terlalu banyak rahsiaNya yang disingkap kepada manusia. But this day, is a day which nobody can predict when it will take place. Let secret remains as secret. Stop wondering and start worrying. Kalau kiamat berlaku, adakah anda sudah bersedia, dalam erti kata sebenar?

The last, but not least, DEATH. Kematian. Everybody will die. Yes, all of us know that. Tapi masalahnya, ada yang asyik tertanya-tanya, bilalah nak mati. Hey! Stop wondering, and start worrying. In exact word, are you ready to be died? Cukupkah bekalan hidup di dunia ni untuk dibawa berjalan ke 'alam sana'?

Kita, manusia. Terlalu banyak persoalan. Jawapannya juga banyak. Cuma, jalan yang menemukan soalan dengan jawapan yang tepat adakalanya terlalu bersimpang siur. Maka, stop wondering and start worrying. Bimbangkan macam mana anda hendak menemukan soalan anda kepada jawapan yang tepat. Saya ulang, yang tepat. Sebab tanpa jawapan tepat, anda mungkin sesat!

Sekian, wassalam.

p/s : Sorry. Virus Bahasa Inggeris AnwarHadi dan Matlutfi90 masih kuat mengepung diri ini. Semangat untuk menTESLkan diri semakin menebal. Apatah lagi, semangat memBahasaInggeriskan percakapan.


AMARAN KERAS :

Jangan gunakan beberapa perkataan yang digunakan dalam belog ini dalam penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris rasmi. Harap maklum.

Wallahu'alam.

Tuesday, February 22, 2011

Nikmat.

Assalamualaikum wbt.

To be honest,
saya masih dalam keadaan takut dan terkejut.
Sejak entry Love Story diterbitkan,
banyak feedback yang saya dapat.
Positif, alhamdulillah.
Ada juga yang negatif.
Tapi membina.
Juga alhamdulillah.

Cuma, 
yang membuatkan saya takut dan sedikit segan ialah untuk menulis semula.
I'm not a good writer.
Saya cuma menulis, berdasarkan ilham yang ALLAH kurnia on the spot,
dan sedikit bakat yang ALLAH pinjamkan sementara di dunia ini.

Maka, 
please,
never expect something high from me.
Mungkin ada masanya tulisan saya bagus.

 Tapi, maaf.
Ada masanya juga,
tulisan saya mungkin tidak memenuhi citarasa anda.

Jadi, saya memutuskan untuk mengikut kata-kata seorang senior yang sudah saya anggap seperti kakak sendiri.

Jadi diri sendiri.

Just be myself.
Sampai bila pun, saya takkan mampu puaskan hati semua orang, kan?
(Terima kasih kepada Ukhti Asmaa' Sazali dan Hasniah Salehe kerana membantu mengecas kekuatan keyakinan! Jazakumullahu khairan kathira, insya ALLAH!) 

Maka, this is it.
The next post in this belog, after Love Story.
Saya yakin, 
tulisan ini tak sebagus tulisan Love Story tu,
sebab tulisan ini berbentuk peribadi sedikit.

Tak mengapalah.
Saya menulis pada masa ini untuk mendapatkan kepuasan.
Perkataan di minda berebut-rebut untuk keluar.
Jadi, maaflah andai entri kali ini bersifat sedikit selfish.

Ukhti Hani Jalil mesti dah boleh agak apa yang nak saya sampaikan kali ni.
:)

Nikmat.


Ya, saya sedang bercakap tentang pemberian ALLAH yang maha banyak kepada hambaNYA.

Sedarkah kita,
TERLALU BANYAK nikmat yang ALLAH berikan pada kita saban hari, detik dan saat?

NikmatNya, bukan hanya yang besar-besar sahaja.
Malah sekecil-kecil hal juga diberikan nikmat.

Nikmat besar tu, merujuk kepada panca indera.
Tanpa lengkap sepasang mata, sepasang telinga, sepasang lubang hidup, sepasang bibir, sepasang kaki dan tangan, 
pasti hidup kita terasa lain.

Nikmat kecil pula,
mempunyai bulu hidung, untuk menapis habuk-habuk dan debu-debu daripada menerobos masuk ke saluran pernafasan.
Selain itu, ada jugak yang selalu cakap, tak makan pedas, hilang satu nikmat dunia!

Senyum.

Macam-macam maksud nikmat tu diklasifikasikan oleh manusia.
Dan berbeza.
Termasuk saya.

Mengenai nikmat,
bagi saya...
Mampu mengingati tarikh lahir seseorang juga merupakan satu nikmat.

Kenapa?

Kerana dulu,
alhamdulillah.
Ingatan saya cukup kuat.
Esok birthday seseorang, hari ni saya dah siap-siaga dengan ucapan istimewa untuknya, bagi diucap tepat jam 12.01 tengah malam pada tarikh hari lahirnya.
Konon ingin jadi yang pertama!

Namun, kini....
Nikmat itu bagaikan ditarik.
Ya, saya masih mampu mengingati dan menghafal tarik-tarikh kelahiran insan-insan penting dalam hidup saya ke dunia ini.
Namun, cara saya mengucapkan selamat hari lahir semakin berbeza.
Bagaikan sudah hilang seri istimewanya.

Ulangtahun senior yang dianggap kakak sendiri juga tidak diambil tahu,
malah saya lupa tarikh keramat sahabat-sahabat saya dilahirkan ke dunia ini!

Sememangnya, apabila ada yang mengingati ulang tahun kita, dan sudi mendoakan macam-macam pada kita,
Alhamdulillah.
Lapang hati terasa.
Dan saya mahu, insan-insan kesayangan saya merasa bagaimana lapangnya hati menerima ucapan itu daripada saya.
Apatah lagi dengan cara yang teristimewa!
Kan?

Namun,
duhai insan-insan istimewa sekalian,
yang pada kalian mungkin aku semakin lupa dan lalai kepada kalian,
ketahuilah bahawa minda ini tidak pernah lupa kepada kau yang aku tabalkan Raja dan Ratu Istimewa di takhta mindaku,
maklumlah bahawa hati ini tidak pernah lalai mendoakan kesejahteraan engkau, aku dan KITA !
Tanpa pernah gagal, minda ini sentiasa ingat dan hati ini sentiasa berwaspada.

Maka,
jangan risau, 
jangan gundah,
jangan khuatir.

Aku mungkin lupa tarikh keramat kalian,
namun kalian?

MUSTAHIL untuk KULUPA!

:)

Maka, 
insan-insan istimewa..

  • Muja Mujahadah
  • Asmaa' Sazali
  • Nur Farah Aisyah Nazim
  • Sedulous Dotchinka
  • Azura W. Zaki
  • Aimie Syairah
  • Hasniah Salehe
  • Irna Sofia




    With ALLAH bless endlessly, insya ALLAH.

    Bertambahnya usia, selangkah mendekati tarikh luput di dunia ni, kan?
    Semoga amal kebaikan dan kebajikan kalian bertambah juga, seiring dengan pertambahan usia.
    Insya ALLAH 
    :)

    Juga jangan lupa,
    a huge thanks to your moms,
    for bringing you to this world.
    For giving u spaces to stay in her womb for almost a year.
    For taking a good care for u.

    And the most important,
    to HIM.
    For giving u a chance,
    to know how the feeling to be a human.
    To be one of the ummat of the best prophet, Muhammad PBUH.

    Wishing us all the best,
    fiddunia, wal akhirah.
    Insya ALLAH.

    Akhir kalam, nikmatilah nikmat kurniaanNya.
    Tapi berpada-padalah.
    Bersyukur apa adanya,
    bergembiralah seadanya.

    :)

    Wallahu'alam.
    Wassalam~