Showing posts with label Long Live TGNA. Show all posts
Showing posts with label Long Live TGNA. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Terima kasih ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebak melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh mereka yang berada di kediaman TGNA di Pulau Melaka. Puluhan ribu manusia membanjiri kawasan tersebut, bahkan lalulintas juga ditutup secara total. Khabarnya, orang ramai yang hendak memberikan penghormatan terakhir kepada TGNA pun tidak boleh langsung ke rumah beliau, sebaliknya hendaklah memarkirkan kenderaan di Stadium  Sultan Muhammad IV dan seterusnya akan dibawa menaiki shuttle bas menuju ke kediaman TGNA.

Di semua laman sosial yang boleh saya akses - Twitter, Facebook dan Instagram, penuh timeline dengan ucapan yang baik-baik, yang begitu menyanjungi Tok Guru, yang begitu terkesan dengan kepulangan beliau kepada Tuhan. Pada mulanya, ingin saya screenshot satu persatu dan tampal di sini sebagai bukti, bahawa bukan sahaja Malaysia, bahkan seluruh dunia turut berdukacita dengan pemergian TGNA. Namun, banyak. Terlalu banyak. If you don't believe me, go and find it yourself. Tak susah mana pun. Search sahaja #TGNA , atau Tuan Guru Nik Abdul Aziz, pasti - saya jamin, semua berita yang baik sahaja tentangnya.

Saya gembira melihat semua itu. Mahu rasanya saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen yang baik kepada TGNA. Kepada ribuan yang hadir di majlis pengebumian TGNA - yang jauh mahupun dekat, yang berhabis duit membeli tiket kapal terbang terawal, yang mengerah tenaga berjalan kaki dan bersesak-sesak demi melihat TGNA buat kali terakhir, yang meluangkan masa berharga demi memberikan penghormatan kepada TGNA,jujur saya katakan, ingin sahaja saya lafazkan terima kasih kepada kalian satu per satu.

Saya tidak biasa dengan situasi ini. Saya tidak biasa melihat TGNA dihargai ramai. Saya tidak biasa bilamana seluruh dunia cuma bercakap hal elok-elok sahaja tentang beliau. Saya tak biasa.

Apa yang saya biasa, segala umpat keji dan caci maki yang dilempar kepada TGNA. Tidakpun, segala tuduhan mengarut lagi melalut serta fitnah tak masuk akal yang dilemparkan sentiasa secara melulu oleh pihak-pihak tertentu.

Saya tak biasa melihat TGNA disanjung tinggi oleh orang ramai, kerana sudah terlalu biasa melihat insan sehebat beliau diperlekeh sewenang-wenangnya oleh mulut-mulut lancang yang cuma tahu sembang kencang.

Saya puas. Puas melihat kebenaran akhirnya tersingkap. Biarpun semasa hayatnya beliau dikeji dihina dicaci dinista, namun akhirnya, meskipun hanya selepas beliau tiada, satu Malaysia begitu menghargai beliau. Satu Malaysia tidak lagi segan mengucapkan sayang melafazkan kagum pada TGNA terhormat. Syukur, mereka akhirnya melihat sinar gemerlapan sebutir permata, walaupun hakikatnya permata itu telahpun tiada.

Di sebalik rasa sedih, kehilangan dan sayu dengan pemergian TGNA, namun ada rasa senang mendiami di sebahagian daripada hati. Senang bilamana melihat, TGNA akhirnya mendapat penghormatan dan pengiktirafan yang sepatutnya beliau terima, meski hanya apabila di penghujung usianya.

Dan saya yakin, di dunia saya, beliau pasti lebih selesa. Bersemadilah dengan aman, TGNA. Semoga ketemu di alam sana nanti. Dan jika ada rezeki - di syurga Firdausi.





***
Terima kasih, untuk satu kematian - yang menghidupkan ribuan, bahkan mungkin jutaan yang lain.


Wallahu'alam, wassalam.

Dan sekali lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam.
Dan sekali lagi,
Aku menerima perkhabaran,
Insan aku cintai,
Kini dijemput Ilahi.
Beliau akhirnya pergi,
Pada tanggal 12 Februari.

Ya.
Baru Februari 2015.
Namun sudah 3 khabar kematian yang aku terima. 3 big losses - for me. Dimulai dengan perginya Aytuk hampir sebulan lalu. Kemudian, bonda kepada sahabat sepermainan sejak kecil hingga kini - dan masih dalam perkiraan - Mak Cik Dah, bondanya Farah Nini, dan kini - beliau - yang aku sanjung - TGNA.

Aku dilahirkan pada era pemerintahannya. Membesar dengan menyaksikan ketokohan dan kewibawaannya. Beliau benar-benar mendefinisikan secara tepat erti mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, yang kami laungkan pada zaman sekolah menengah kami. Keyakinan dan kepercayaan pada beliau kami pasak teguh di dalam hati, meski hidupnya tak pernah sunyi dari caci maki dan umpat keji.

Namun, di sebalik syahdu yang bertamu, mengiringi perjalanannya menuju Ilahi, masih mampu aku tersenyum. Biar tawar, biar hambar. Namun satu sudut di hati ini, gembira, bila mana seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia, berkata yang baik-baik sahaja tentang beliau semasa hayatnya.

Beliau benar-benar mendefinisikan bagaimana nikmatnya husnul khotimah itu. Pulangnya beliau pada Yang Pencipta pada malam Jumaat yang penuh barokah, yang mana Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka ia akan dilindungi dari fitnah kubur." (HR Ahmad)

Mahu sahaja hadis ini aku tayang,
Dan mahu sahaja aku menjerit lantang,
Lihatlah dunia, fitnah kubur pun beliau terhalang,
Dan kau masih lagi percaya pada fitnah si mulut lancang?

Mengikuti kuliah agamanya pada setiap Jumaat di Medan Ilmu setiapkali berkesempatan, aku berpeluang menatap wajahnya dan batang tubuhnya secara langsung di depan mata. Melihat ratusan tangan dihulur untuk bersalaman dengannya di setiap langkahnya dari pentas ceramah sehinggalah ke keretanya, aku sedikit cemburu. Untungnya lelaki-lelaki itu semua, bisa bersalaman dengan insan sehebat TGNA. Dari lubuk hati, cuma doa mampu aku beri. Agar beliau teguh berdiri, meski dibadai mehnah dan tribulasi.











Bagai tidak percaya, yang suatu ketika dulu, aku pernah berdiri sedekat ini dengan beliau - hingga mampu merakam wajah hebat ini di dalam kamera sendiri :')

Dan kini,
Dan hari ini,
Jumaat terasa sepi.
Tanpa suaranya lagi.

Bagai terdengar alunan ayat-ayat suci ALQuran yang akan beliau baca, dan selepas itu gigih mentafsir dan mentadabburnya, ilmu dikongsi bersama rakyat. Di pentas itu, dia bukan lagi menteri. Dia bukan lagi pemilik kerusi parlimen atau kawasan. Tapi dia seorang guru, yang menabur ilmu, pada pelajar yang beribu. Pelajar yang tak mengira umur dan jantina. Pelajar yang tak mengenal status atau pangkat. Baik yang datang berkereta mewah atau menaiki bas merah. Semuanya ikut membaca alunannya. Semuanya ikut menadah ilmu yang dicurahkannya.

Dan kini,
Itu semua tiada lagi.
Kerana beliau sudah pergi.

Berehatlah di alam sana, wahai Tuan Guru.
Aku yakin,
dunia sana akan lebih memuliakanmu berbanding dunia ini.
Semoga kuburmu menjadi mahligai indah buatmu beristirehat.
Semoga kuburmu menjadi cerah hasil suluhan cahaya imanmu.
Semoga kuburmu menjadi lapang hasil usaha gigihmu di dunia.
Semoga dijauhkan daripada azab kubur,
Semoga ALLAH sentiasa memelihara jasad dan ruhmu.
Semoga.

Aamiin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
10 Januari 1931 - 12 Februari 2015.

***


:')
Suatu kematian yang menghidupkan.
Indeed.

Saturday, August 27, 2011

Beliau yang comel :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam merupakan 'date' terakhir saya bertemu beliau. Mungkin itu yang pertama dan terakhir sepanjang saya pulang bercuti raya kali ini. Mungkin lepas ni tak berpeluang lagi. Ohh, I'm gonna to miss him!

Him? Yes. Him! Dia, lelaki. Saya akan merinduinya! Menatap wajah tenangnya. Menatap wajah rileksnya. Meski diasak dengan pelbagai masalah negeri. Meski diserbu dengan berbagai masalah harian. Namun beliau tetap selamba. Kerana beliau yakin, ALLAH sentiasa ada untuk membantu :)



Hari Jumaat boleh dikategorikan sebagai hari beliau bertemu rakyat. Jalannya takkan sunyi daripada huluran salam masyarakat. Jejaknya takkan lengang daripada doa-doa rakyat beliau, mendoakan kesejahteraan beliau. Senyumnya, meski nipis.. takkan pernah kering untuk kami semua ^^

Melihat beliau senyum, terasa ingin turut senyum. Senyum yang mendamaikan. Comel!





Polos wajahnya, ibarat tiada masalah menimpa. Hakikatnya, walang di hati tentang tanggungjawab menjaga sebuah negeri yang bersarang di hati, hanya ALLAH yang tahu.

Bukan sahaja bertindak sebagai pemimpin yang baik dalam bidang pentadbiran negeri, bahkan imam yang layak untuk diikuti :)


Bahkan, beliau seorang suami yang romantik dan penyayang. Ohhh!!

* TGNA menghadiahkan isteri beliau sejambak bunga dalam satu majlis ;) *

Nak bunga jugak nak bunga jugak ! :D *gedik mengada-ngada!!

Tapi, bila tengok beliau menangis, masya ALLAH. Hati ini turut sebak! Hati ini ingin turut menangis! Sedangkan insan hebat sepertinya, yang pastinya sangat menjaga 'hablun minallah' (hubungan manusai dengan ALLAH) , pun masih menangis? Apatah lagi saya, insan yang penuh dosa, yang hina, yang sarat dengan noda... Kalau beliau menangis, saya layaknya berteriak guling-guling! 


Ohh. TGNA, jangan menangis. Anda wali ALLAH. ALLAH pasti sayangkan anda! sobs.. *menangis jugak!

Sejujurnya, ini bukan entri berunsur politik. Saya mencintai pemimpin ini, kerana beliau seorang manusia yang ALLAH 'kurniakan' kepada kami. Kerana beliau seorang ulama'. Kerana beliau seorang ketua yang hebat. Kerana beliau seorang insan yang banyak mengajar diri ini erti kesabaran dan ketabahan. Kerana beliau seorang insan yang penuh kesederhanaan. Kerana beliau seorang TGNA. 

Semoga TGNA panjang umur dan sihat tubuh badan, serta diberikan kekuatan untuk terus mentadbir negeri Kelantan dan memayungkan kami, warga Kelantan dengan penuh kasih sayang. 

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Sempat ketemu dengan sahabat-sahabat lama di Medan Ilmu semalam. Fiq, ma'at taufiq wannajah dalam STAM ye :) 

Shu, nanti bagitau, Cairo ke Alex. Ingat pesan Yam, Salam Perantau tahun depan, letak nama Yam. Pesanan tambahan, BOLD kan nama Yam ea ;) 

Jazakumullahu khairan kathira, sayangs :)

*nak gambar ni, bgtau ea :) Shu jgn risau. Yam dah edit dahhhh :D *


Wallahu'alam.

Sunday, February 06, 2011

Manusia, sehebat manakah?

As-salam.

Sekadar memetik, mengolah dan mengedit kalimah azimat TGNA. (Kalimah sebenar daripada beliau jauh lebih hebat berbanding tulisan ini!)

Manusia.. sehebat manakah? Sekuat manakah? Cuba jangan berkelip mata. Boleh tak? Boleh biarkan mata terus celik, tanpa berkelip walau sekali?

Manusia..sehebat manakah? Sekuat manakah? Cuba jangan makan. Boleh tak? Boleh tak, hari ni makan sekali je. Lepas tu, xpayah makan dah. Boleh?

Manusia..sehebat mana sangatlah? Sekuat mana sangatlah? Sedang berkelip dan makan pun tak boleh ditahan, sedangkan itu boleh dikawal oleh diri sendiri. Apatah lagi MATI, yang percaturannya hanya diketahui oleh DIA?

HAHAHA

Maka, sehebat manakah manusia?
Mampu tahan daripada kelip mata?

Sehebat manakah manusia?
Mampu tahan daripada berlapar semata-mata?

Sehebat manakah manusia?
Sehingga mampu menahan ajal daripada menjelma?

HAHAHA

Kalau hendak kelip mata pun tak boleh tahan, jangan bermimpi untuk menjadi manusia hebat!

Kerana DIA, jauhhhhh lebih hebat!

HAHAHA

Manusia, sehebat manakah???

Wallahu'alam.
Wassalam~