Showing posts with label AMSA 2011. Show all posts
Showing posts with label AMSA 2011. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

Untuk Yang Terakhir Kali Edisi II

Assalamualaikum wbt.

Haa.
Kalau entri sebelum ni, dok cerita pasai orang yang berjawatan yang saya jumpa di AMSA nun,
entri ni nak cerita pasai kawan-kawan baru yang saya kenai di AMSA nun.

Let's start with my twin!
:)

Nama diberi Maryam Afifah.
Wah!
Dia ni saya kenal masa kelas KPP lagi.
Tengok muka saya je, terus dia senyum.
Dalam konfius, saya balas balik senyumannya.
Ingatkan saya kenal dia ke, apa ke, dan saya terlupa ke.
Rupanya dia ni memang mesra orangnya.
Alhamdulillah.
Kenal dia, taulah serba sikit tentang dia.
Tapi kami terpisah, lepas dia masuk kelas kereta, tapi saya kena masuk kelas motor dulu.
Maryam, see u later!
:)

Kemudian,
saya kenal Kak Shikin.
Akak ni, dok ambil Ijazah Perguruan Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Sungai Merab, Bangi yang sejengkal katak je dari AMSA tu.
Melalui Kak Shikin juga saya timba sedikit sebanyak pengetahuan tentang cara-cara nak apply masuk maktab.
Alhamdulillah, akak ni membantu :)

Melalui Kak Shikin, saya kenal Kak Sakinah.
Mereka sebaya, 21 tahun tak silap saya.
Kak Sakinah pun dok belajar lagi, sama macam Kak Shikin.
Bezanya, Kak Sakinah dah kahwin dengan ustaz yang dulunya satu maktab.
Ustaz tu sekarang dah mengajar kat Sarawak.
Mudah je jodoh Kak Sakinah ni ya, alhamdulillah :)

Kemudian, di kelas kereta, saya kenal pulak Amirah dan Syakila.
Haaa, ni TERbaik!
Masa mula-mula jumpa, kitorang bertegur macam tu je.
Bersembang pun dengan Miera je, sebab Kila nampak macam kasar dan boyish sikit.
Bila jumpa dalam FB, Kila add saya,
alamak!
Jadi rapat pulak.
Mak cik ni peramah rupanya!
Bila jumpa Kila di AMSA, siap berpeluk lagi di tengah-tengah litar tu.
Haha.
Macam kontra sangat dengan Kila yang mula-mula saya jumpa.
Dengan Miera pun makin okey.
Alhamdulillah.
Insya ALLAH, Jumaat ni kitorang bertiga test sekali :)

Semoga semuanya lulus dengan cemerlang, insya ALLAH ! :)

Terbaru, saya jumpa ...
Er.. siapa eh nama dia?
Masya ALLAH, macam mana boleh lupa nih?
Astaghfirullah!
Okey, nama dia MUNGKIN Afifah. Tapi ada kemungkinan salah.
Hehe.
Ampun ya!
Melalui dia ni, saya kenal Hidayah.
Hidayah merupakan lepasan SPM yang kedua yang saya jumpa, bekerja lepas SPM.
Yang pertama ialah Syakila tu.
Mak cik tu keje kat kantin sekolah rendah dekat Putrajaya nun.
Dayah ni pulak kerja kilang.
Aduh, macam-macam, kan?
Betapa mereka berusaha untuk mencari rezeki!

Dan akhir sekali,
saya kenal Kak Naimah.
Baru dapat result STAM dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran.
Baik akak ni!
Saya rasa dia kenal saya masa saya jatuh motor hari tu. 
Dan hari Isnin tu, dia tegur saya macam dah lama kenal.
Aduhaii.
Baik sungguh!

Alhamdulillah, yang saya jumpa semua sepesen dengan saya.
Stail pakai t-shirt labuh-labuh, pakai tudung bidang 60, pakai stoking dan stongan bagai..
Alhamdulillah.
ALLAH masih nak pelihara nampaknya :)

Bermakna jugak la kembara saya ke sini.
Ada hikmahnya jugak saya meninggalkan STAM untuk terus berada di sini.
Ilmu ALLAH ada di mana-mana, kan?
Tak semestinya di bilik darjah sahaja, kan?

Maka, ayuhlah kita sama-sama belajar daripada setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita.
Benar, ada hikmah yang tersembunyi, ada pengajaran dan ilmu yang menanti. 
Cuma kena pandai mencari dan menggali.
Kan?

Sekian, itu sahaja.

Agak peribadi kan?
Tapi tak mengapalah.
Ada ilmu di sebalik semua ini.
Maka,

selamat mencari dan menggali ya!


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Insya ALLAH, Untuk Yang Terakhir Kali Edisi III akan dipost usai TEST JPJ Jumaat ini. Doakan saya dan kawan-kawan yang terlibat dalam test Jumaat ni LULUS semuanya, ya! Insya ALLAH. Terima kasih. Jazakumullah khairan kathira :)
:)

Untuk yang terakhir kali....

Assalamualaikum wbt.

Secara rasminya, kelas memandu saya tamat jam 11 pagi tadi, setelah 10 jam dalam hampir dua minggu kebelakangan ini asyik berulang-alik ke AMSA, menuntut ilmu pemanduan kereta dan motor.
Alhamdulillah :)

Hari ni, sopan sikit :D
Pakai baju kurung. 
Biasanya ke AMSA saya pakai T-shirt muslimah atau dres dipadankan dengan seluar je, 
sebab biasanya kelas motor attach dengan kelas kereta.
Nak naik motor pakai kain?
Aduii.
Malu siyh sama itu Cikgu Muhammad! :)

Haaa!
Di AMSA, alhamdulillah, dengan izin-NYA, saya berpeluang mengenali ramai orang dan memahami pelbagai fiil manusia :)
Ada yang begitu, ada yang begini.

Antaranya, tentulah Cikgu Hus Hensem saya.
Aaaa.. cakap pasal pak cik sorang nih,
teringat kejadian tadi,
di mana beliau memandang saya dengan satu pandangan aneh,
apabila saya saut baju kurung ke AMSA.
Pandangan aneh tu, bukanlah pandangan yang lain macam sangat.
Tapi pandangan nak gelak.
Aduii.
Nampak sangat di kota metropolitan ni tak ramai yang pakai baju kurung! 
Haha.
Kemudian ada sesi merajuk dengan cikgu.
Tak adalah merajuk pun, sebab masa keluar ke jalan raya, saya senyap je sepanjang jalan.
Hanya Cikgu Hus Hensem yang bercakap, mengeluarkan arahan.
Saya patuh je dengan taat setianya.
Biasanya ada aje soalan yang akan saya tanya dia.
Itulah, inilah.
Tapi, tadi, saya senyap je.
Tak ada apa yang nak dibualkan, atau ditanya.
Maka, lepas sesi jalan raya berakhir, masuklah balik dalam AMSA, dan kena brek clutch free gear tarik handbrake bagai.
Masa tarik handbrake tu, handbrake tu terkena lutut Cikgu Hus.
Saya simpan sengih je, nak ketawakan dia yang sedang mengaduh kesakitan tu, takut kecik aty pulak.
Tetiba dia menjerit kat saya,

"Nak marah gapo gak ni?" 

Hisy, dahlah bahasa Kelantan bunyi macam Siam! Makin saya nak gelak. Segera saya mintak ampun, kut2 cikgu terasa hati ke apa. Kelas terakhir ni, kang tak berkat ilmu kang... NAUZUBILLAH.

ALHAMDULILLAH.

Kelas makin lancar. Steps nak naik turun bukit, parking dan three pointer, rasanya dah ingat, insya ALLAH. Semua ni dengan izin ALLAH, dan berkat tunjuk ajar Cikgu Hus yang begitu sabar melayan saya yang banyak tanya ni.
Sesungguhnya ketahuilah Cikgu Husairi bin Abu Kasim, jasamu kukenang sampai bila-bila.
Yelah, bawak kereta ni sampai ke akhir hayat, kan?
Terima kasih, cikgu!
Ampunkan salah silap, halal segala ilmu eh!

Nanti saya pass JPJ Jumaat ni, insya ALLAH saya belanja cikgu aiskrim potong :)

Next, Cikgu Muhammad.
Ni cikgu motor saya. 
Cikgu ni dah agak berusia, setahun dua muda daripada ayah saya.
Orang Pasir Mas jugak.
Mwahahaha.
Apa lagi, kamceng laa dengan pak cik nan satu ni!
Macam-macam orang disoalnya saya.
Datuk Nasir la, Cikgu Maznah la,
entah siapa lagi!
Tu semua orang Pasir Mas zaman dia dulu, katanya.
Saya layan je lah kata-katanya.

Alhamdulillah jugak, Cikgu Muhammad ni baik orangnya. 
Tak lokek ilmu.
Meskipun dia kena bertapa di pondok motor tu mulai awal pagi sampai petang, semata-mata nak tunjuk ajar budak-budak motor ni, alhamdulillah tak pernah beliau merungut dan marah-marah.
Dah kerja dia, kan... :)

Kemudian, pegawai QTI saya..
Kalau masih ingat dalam post yang lepas, ada sorang 'penyelamat' yang tolong bagi arahan pada saya masa Cikgu Hus saya hilang sekejap tu.
Ya, pak cik baik tu nama dia Badrul Kamal.
Agak-agak, orang nama Kamal ni semua baik eh?
:D

Dia QTI-kan dua-dua test saya.
Ahad QTI kereta, alhamdulillah.
Dapat markah yang menyenangkan.
A+ gitu! 
haha

Isnin, motor pulak.
Even Cikgu Muhammad sendiri puji cikgu ni.
Tak tegas sangat.
Bertimbang rasa.
Alhamdulillah.

Memang masa QTI motor, saya ada buat silap.
Dan dia potong markah serta tegur kesilapan tu.
Dan markah yang saya dapat, alhamdulillah setimpal dan selayaknya yang saya dapat.
Terima kasih, cikgu!
:)

Kemudian, Cikgu Wak.
Walaupun dia tak mengajar saya secara direct, namun ada jugak ilmu yang saya cungkil daripada dia.
Dia ni suka memuji.
Masa naik bukit, dia pernah tengok saya.
Bila je tayar masuk 100% dalam garisan, dia senyum pada saya sambil thumb up dan berkata, CHANTEKKK!
Sejenak, rasa bangga menyelinap masuk.
Bangga dengan kejayaan diri sendiri.
Cikgu Hus tak pernah puji pun. 
Bila ada cikgu yang sudi puji, rasa macam berbaloi belajar susah payah.
Iyalah, bukanlah dahagakan pujian sangat, tapi kalau pujian tu boleh dijadikan perangsang kepada diri sendiri, tak salah, kan?

Bukan dengan saya je, malah dengan students lain yang sempat dia nampak,
kalau benda tu elok aje,
insya ALLAH, akan dipujinya.
Kalau tak elok, alhamdulillah dia tak maki.
Tapi dia tegur elok-elok, dan yang penting, dia sentiasa senyum.
Tenang je bila belajar dengan dia.
Rasa nak senyum sama.

Kemudian, Cikgu Hanif.
Cikgu ni, saya amali motor dengan beliau. Lepas tu amali kereta pun dengan beliau.
Dengan cikgu ni, saya ngeri sikit.
Sebab dia ni, suka menguji orang.
Suka soal bermacam soalan yang tricky.
Adehhh.. semerta rasa sayang sikit pada Cikgu Hus yang sanggup memberitahu saya apa sahaja yang saya tahu dan tak tahu.
Dengan Cikgu ni, tak boleh selesa sikit, ada aje soalan yang nak ditanyanya.
Tapi, itu melatih saya untuk lebih bersedia.
Untuk tidak hanya mengharap orang memberitahu kita, tapi kena mencari tahu sendiri.
Dan ternyata, daripada soalannya, dan jawapan yang saya beri, serta pembetulan yang dia bagi, alhamdulillah. Ilmu semakin bertambah.
Terima kasih, cikgu!
:)

Last but not least,
Kak Ida.
Akak ni, officer dekat kaunter di ofis AMSA ni.
Akak ni baik sangat.
Lembut. Auww!~
Nampak je muka saya, automatik dia akan tanya,

"Ye, Siti Maryam nak ape?"

Segan aihhh!
Mungkin dah lama sangat dia tengok muka saya atau terlalu kerap sangat dia jumpa nama saya di kaunter tu, maka bulihlah dia TERingat kat nama saya yang berjela tu.
Terima kasih, Kak Ida.
Senang berurusan dengan akak.
Tengok akak senyum pun, senang hati saya, kak!
Alhamdulillah.
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa, insya ALLAH :)

Tu bab cikgu-cikgi dan pegawai AMSA.

Belum masuk bab kawan-kawan lagi.

Bab ni, memang seronok u!
Auw!!
Haha.

insya ALLAH, the next post ya! :)
nak muat kat sini terus, takut berjela pulak!

Wallahu'alam.
Wassalam~

p/s : Kenapa nama semua cikgu cikgi officer kaler hijau eh? Ya, sebab mereka pakai baju uniform AMSA. Kaler hijau! ;D