Showing posts with label #TripKakakKakakUIA. Show all posts
Showing posts with label #TripKakakKakakUIA. Show all posts

Wednesday, November 01, 2017

Dari Kuala Lumpur ke Kualanamu (Day 1)


Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah 18-21 Okt haritu diizinkan ALLAH untuk meneruskan plan seperti yang dirancang - a backpack trip to Medan Kualanamu bersama girlfriends yang dikasihi!


Yam beli tiket dalam bulan Ogos, dapatlah RM142 untuk return tiket. Lepastu ajak kawan-kawan, dan dipendekkan cerita - Kak Krun, Kak Najwa dan Kak Tiqah sudi ikut bersama. Panjang sebenarnya kisah nak jadi sampai berempat ni, sebab memula Yam berdua je dengan Kak Krun, sebab Kak Najwa memula cakap dia tak free. Dalam sebulan sebelum nak pi, Kak Najwa offer diri nak pergi dan willing to beli tiket pada harga mahal sikit, dalam RM183 kot. Lepastu berjaya pujuk Kak Tiqah join sekali untuk jimatkan kos - sebab nak duduk hotel, naik becak apa semua kat sana tu - akan jadi lebih mudah dan jimat kalau pesertanya angka genap, bukan ganjil. Kalau hotel takpelah boleh minta extra bed, tapi kalau becak macam cuak jugak kalau nak naik sensorang di saat orang lain naik berdua kan. Jadi tiket Kak Tiqah yang dibeli dua minggu sebelum fly tu dah jadi RM229 rasanya. Tapi alhamdulillah dipermudahkan segalanya, maka pada 18 Oktober 2017 bersamaan hari Rabu, pada jam 5 petang Malaysia, terbanglah kami dari Kuala Lumpur menuju ke Kualanamu :)

Waktu Medan dalam zon Waktu Indonedia Barat (WIB), jadi perjalanan flight yang sejam tu menjadikan kami tiba di Medan Kualanamu pun pukul 5 petang, waktu tempatan. Kiranya pukul 6 petang waktu Malaysia lah.



Tiba di Kualanamu, kami terus keluar dari bandaranya. Kena isi borang kastam dulu ya.



Lepas keluar dari arrival hall tu, tala ke kanan. Kami jumpa satu booth telco. Terus beli pakej internet sebab tak tahu nanti-nanti nak beli kat mana, so untuk selamat, kita beli terus ya. Rp. 85k untuk 4gb, kami kongsi berempat, jadi dalam Rp 21k / seorang.

Jalan terus ke depan sikit daripada booth telco tu, kami dah nampak bas DAMRI yang dicari.



Bayar Rp 20k/orang dekat kaunter, dapatkan tiket dan naik bas. Boleh je jugak naik terus bas, nanti bayar pada driver. Ikutlah mana-mana suka. Pastikan naik yang nak ke destinasi anda ya, sebab selain Kota Medan macam bas kami naik ni, bas DAMRI ada juga tripnya ke Amplas, Siantar, Binjai dan sebagainya. Jadi, pastikan betul-betul bas anda berada di jalan yang benar.



Btw, bandara Kualanamu ni bandara ketiga terbesar di Indonesia. Jadi lainlah sikit dengan bandara Bandung. Luas dan spacy. Dan takde driver-driver taxi yang tunggu anda sejak arrival gate lagi pastu paksa anda naik teksi diorang. Takde. Kat sini nampak lebih profesional dan sistematik. Diorang ada juga offer naik bas/taxi diorang, but in a polite way. Takde paksaan, which is good.

Bas bergerak dan kami memang menghadapi macet (traffic jammed) sebab orang baru balik ofis. Pastu sebab takde seat tapi insist nak naik bas tu jugak lantaran malas nak tunggu bas lain, tempat duduk Yam special sikit sebab abang supir tu kasi bangku duduk kat tepi driver kahkah. Nasib baik tak jatuh tergolek dekat tangga je. Dan dalam macet tu sempat sembang dengan beliau pasal hotel, selain berita pernikahan Laudya Cynthia Bella dengan EE serta tak lupa berita kehamilan Dato Sri Siti. Apabendaaaa la supir ni haaa :'D Last sekali sempat dia minta coklat/Milo dari Malaysia. Ehheyy sekeh jugak engko ni karang.

Bas ni berhentikan kitorang dekat satu simpang, selepas Yam awal-awal lagi dah maklumkan bahawa kitorang nak menginap di Residence Hotel. Di bus stop tu, belumpun kaki jejak tanah Kota Medan ni, dah ada 2-3 supir becak yang menyerbu, tanya nak ke mana. Bila diberitahu nak ke Residence Hotel, terus lock harga dengan diorang. Diorang kasi Rp 15k per becak, dan kami memerlukan dua becak sebab berempat. Penat dan cuak sikit sebab tak tahu where on earth kitorang sedang berada sebenarnya, maka kami setujukan saja.

Diorang offer nak bawa ke Puri Residence sebab katanya lagi best. Tapi cekalkan hati, jangan terpedaya, kami kata kami dah buat reservation dekat Residence Hotel. Memang dah book pun, melalui website Residence tu sendiri. So diorang akur dan bawa je kitorang ke Residence.


Hnnnnfffhhhhh hampehnya naik becak tak sampai 2 minit dah sampaiiii. Cis sungguh. Dekat sangat sebenarnya! Kalau tahu, jalan jeeeeeeee. Salah Yam jugak sebenarnya, sebab mungkin tersilap key in location, dekat Google Maps tu dia kata Residence Hotel lagi 5km. Walhal maybe dalam 500m je kot. Cis sungguh. Naik bas sejam lebih pun baru Rp 20k, ni naik becak 2 minit Rp 15k. Tsk syahdu sungguh.

Sampai depan hotel, Kak Najwa dan Kak Tiqah dah settlekan becak dorang. Kak Krun kasi duit Rp 20k dekat supir tu pastu kemain lama dia bertangguh nak pulangkan baki. Tengah cari duit kecik la apa la. Yam tinggalkan je sebab nakgi check in, tapi pesan siap2 dekat akak-akak, tunggu sampai diorang pulangkan baki.

Yam dah hampir siap tulis info dekat borang hotel tu, barulah diorang datang pastu komplen lama betul haaa pakcik tu nak pulangkan baki Rp 5k. So Kak Najwa bayarkan dulu sebab kitorg memang takde duit kecik. Masih lagi jutawan lahh ada duit juta-juta rupiah lantaran baru tiba. Nanti nak balik tengok macam mana. Mungkin ada 100 rupiah je bersamaan 3 sen kahkahkah.

So kami check in Residence Hotel sebelah Masjid Raya yang famous tu. Location cantikkk. Strategik sangat! Tapi keadaan hotel - hmmmm okaylah sebab kitorang bayar pun Rp 80k je semalaman. Dalam rm26 je satu bilik, bahagi lagi dua kahkah. Murah kannnn.

Sebab dari KL dah makan, tambahan pula kami terjelepuk kepenatan dan terus khidmat diri, solat dan TIDURRR. Kak Tiqah dan Kak Najwa sempat gi beli Texas Chicken kat Yuki Simpang Raya kat depan tu. Tapi Yam too lazy to even eat, so I went stright to the bed lepas mandi solat apa semua. Perlu rehat yang secukupnyaaaa sebab esok tak tahu macam mana perjalanannya nak ke Toba ni.

Alkisah, tak boleh tidur. Kahhh. Dahlah tidur-tidur ayam je, pastu boleh pulak 2x dia blackout! Dan bilik kitorang the only 2 rooms dekat Level 4 ni tauuu. Nak turun, ada kemalasan sedikit sebab dalam keadaan gelap ni nak kena turun naik tangga (yaaaa dia takde lif). Tunggu kejap, alhamdulillah elektrik kembali. Kalau lama sikit nunggunya dan elektrik takde, memang akan turun jugak. Tapi alhamdulillah electric tu buat comebak hahahambar.


Sekian cerita hari pertama kami di Medan Kualanamu. Nantikan post bila rajin menjelma untuk Yam ceritakan pasal hari kedua kami - perjalanan dari Kota Medan ke Danau Toba yang sungguh indah nian itu.

Sampai ketemu lagi ya. Daaaaaaaaa :D


Wassalam.



pssst. Pasal bajet dan kos apa semua, tunggu last day punya part nanti kita kumpulkan semua yaaa. Ni kalau rajin, nak kira dan totalkan sendiri pun dah boleh dah niii :)