Bismillahirrahmanirrahim.
Malaysia
masih lagi hangat dengan isu kontroversi aksi anak-anak gadis bersama bintang
K-Pop yang masih lagi hangat disebarkan di alam maya, juga masih lagi
diperkatakan di alam realiti. Susulan isu ini, terlalu ramai yang kalau boleh
tuding semua sepuluh jari, memang sepuluh-sepuluhnya nak ditudingkan kepada
gelombang Korea yang bukannya perkara baru dalam bidang hiburan, secara amnya,
dan di Malaysia, secara khususnya.
Tanpa
perlu kepada isu ini pun, imej hiburan dari Korea Selatan sememangnya selalu
dikritik oleh pelbagai pihak, dek kerana negara itu begitu popular dengan
beberapa isu seperti pembedahan plastik dan tarian mengghairahkan.
I plan
not to say anything regarding this matter actually, sebab bagi saya, apa
perkara pun, kesederhanaan itu perlu. Cukup sekadar begitu pandangan saya,
sebelum ini.
Namun,
bila ada pihak yang sama ke tahap memandang jelik dan hina kepada semua yang
mengikuti hiburan daripada Korea Selatan, saya rasa tidak enak. Saya tidak
salahkan mereka kerana berfikiran skeptik terhadap hiburan dari Korea Selatan, tapi saya
tidak menyangka mereka sampai jadi jumud.
Seolah-olah
jijik benar mereka yang minatkan hiburan daripada Korea Selatan. Cuma layak
dipandang sebelah mata, kalaupun mereka sudi dipandang. Atau lebih teruk, minat
dan tendency mereka itu dicaci-maki, seolah-olah perkara itu menjijikkan benar.
Seolah-olah
semua yang datang dari Korea Selatan itu hina. Seolah-olah cuma hiburan daripada
Korea Selatan yang jelik. Seolah-olah apa yang datang dari negara lain, dan apa
yang ada di Malaysia sahaja yang elok. Seolah-olah.
Patheticlah
anda jika semua jari anda tudingkan kepada mereka yang menyukai hiburan
daripada Korea Selatan ini. Kalau anda cuma menonton satu dua babak daripada
video klip, ataupun daripada drama, atau anda terdengar satu dua baris lagu
yang anda tidakpun faham maksudnya, terus anda cop semua hiburan daripada Korea
Selatan itu tidak elok. Dan lagi pathetic jika anda sebenarnya tak pernah
langsung pun dengar itu semua, tapi terus menjatuhkan hukum kepada mereka yang
mengikuti hiburan ini.
Saya
bukanlah penyokong tegar hiburan daripada Korea Selatan. Ya, saya mengikuti
hiburan yang mereka sajikan. Saya tonton drama mereka, saya tonton rancangan
variasi mereka, saya dengar lagu mereka, dan ada beberapa video klip yang saya
turut tonton.
Tapi,
bagi saya, berbalik kepada isu kesederhanaan. Kalau dah tahu drama/video
klip/variety show tu tak elok atau tak beri any benefits to you, why bother to
watch? Kalau tahu lagu tu membawa maksud yang tak elok, why bother to listen?
Even if you really want to, ajar diri not to cross the boundary. Kerana dalam
setiap perkara, memang ada batasnya.
Saya
langsung tidak menyokong aksi anak-anak gadis yang sopan berpakaian siap
bertudung, tapi berpelukan dan merelakan diri dicium oleh bintang idola mereka.
But again, tidak wajar semua puntung jari dituding pada mereka. Siapa kita
untuk terus menjatuhkan hukuman pada mereka – sedangkan kita tidak tahu
bagaimana persekitaran mereka membesar ; cukupkah bekalan ilmu agama, cukupkah
kesedaran dan bekalan iman di dada? Dan jika benar ibu bapa sudah berikan
secukupnya ilmu asas agama, bagaimana pula dengan persekitaran mereka?
Rakan-rakan sebaya? Juga tak lupa, rakan-rakan di alam maya? Kerana dunia hari
ini, bukan cuma kau dan aku, di sini sahaja. Kita ada dia di sana, dia di sini,
dia di situ. Betapa ramainya rakan di seluruh dunia, yang mungkin mereka temui
melalui fandom ataupun fanbase, yang memberikan pengaruh yang bukan sedikit.
Memang, aksi mereka tidak wajar. Melanggar batas susila anak gadis Melayu
Islam, namun cuba-cubalah tuding jari pada pihak lain juga, yang instigate
kepada berlakunya perkara ini. Dan, manalah tahu kalau-kalau satu jari
tertuding pada diri sendiri, yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang
berfikiran judgmental, yang hanya tahu menghukum, tapi enggan menjadi
sebahagian daripada yang mendidik. Kau dah tahu dia salah, lagi kau nak hina
dia. Apa kata kau bantu dia, betulkan salah dia?
Selain
itu, sedarkah anda, sebenarnya di Malaysia, remaja tidak punyai banyak pilihan,
hingga mereka terpaksa mencari sumber lain untuk mendapatkan hiburan berilmiah?
Diulangi, hiburan berilmiah. It does not have anything to do dengan all those
program agama yang selama ni wujud, because again, it is about hiburan
berilmiah. Yang mana they can watch and enjoy at the same time, yang mana they
can get the message and values while enjoying the program and so on.
Pengalaman
saya sendiri, lebih kurang jam 6 sehingga 8 malam, jika menonton TV,
agak-agaknya apakah rancangan yang ditayangkan? Stesen sekian-sekian, cerita
cinta yang tak sudah. Stesen berbayar sekian-sekian, sinetron yang beratus-ratus
episod. Sudahlah demikian, diulang-diulang pula tu. Jadi, what do you expect
then? Sementara itu, channel 392 (tak silap saya – KBS) menayangkan The Return
of Superman ( yang tak tahu program ni pasal apa, sila google. Jangan nak kutuk dulu. Sekeh karang). Oh, sudah pasti lebih seronok menonton gelagat Dae Han Min Guk
Manse dan lain-lain daripada terus menonton kisah-kisah cinta dan sinetron yang
tak berkesudahan.
Tapi,
takkanlah nak tengok gelagat budak-budak pun terus engkorang nak cop bahawa
program ni tak elok, simply because ianya datang dari Korea Selatan? Just
because of that? Hey, jangan narrow-minded sangat, boleh?
I have
never ever said anything bad about korang punya minat yang gila-gila pada bola –
yang sanggup berjaga malam, atau tidur dulu pastu bangun balik just to catch
the game. Atau yang so into the games, be it DOTA ke Fifa Manager ke, hatta
game Facebook sekalipun. And those yang so into gadgets – spend thousands to
fulfill kau punya keinginan terhadap latest gadgets. And kalau yang perempuan pulak - yang minat all lovey-dovey local drama and song, atau yang follow those international series and whatsoever. Sukahati engkorang lah.
Asalkan
korang tak susahkan orang. Asalkan engkorang tahu batas korang. Asalkan engkorang
tak abaikan tanggungjawab korang. Asalkan engkorang tahu nak seimbangkan
kemahuan dan keperluan korang. Cukuplah. Sudahlah.
Sekali
lagi, bersederhana dalam setiap perkara.
Dan
janganlah nak hina orang sampai kau rasa diri dia begitu jelik dan jijik, just
because you are not in the same path as theirs.
And,
instead of insulting and cursing them, why don’t you offer any help? Instead, kau
buat benda jadi lebih besar dan menakutkan.
Aku
faham niat engkorang yang kekononnya cuba berlagak sinikal, bagi nasihat deep
deep kaw kaw whatsoever, but please, try put yourself in their places yang mana
orang hina kau punya preference pulak. Cynically and sarcastically being
insulted and cursed, do you think you can stand that?
Jangan
sampai aku bandingkan industri hiburan Malaysia yang sebenarnya, realitinya,
tak jauh bezanya pun dengan industri Korea Selatan. Jangan sampai aku
bandingkan dengan industri hiburan yang datang dari negara lain – tapi diagung-agungkan,
just because they are not from South Korea. Dan jangan sampai aku tarik masuk
isu-isu lain yang may be related to this topic – such as politic, agama,
fahaman dan lain-lain, if you know what I mean.
Saya
bukanlah peminat tegar Korea, diulangi. Saya ikuti semua jenis hiburan. Lepas
tu, pandai-pandailah tapis yang mana rasa sesuai, yang mana tidak. Itu saya –
yang bernasib baik diizinkan mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian.
Bagaimana dengan mereka yang begitu fanatic? Yang tidak lagi boleh kawal diri
mereka? Apa peranan anda? I mean, selain jadi keyboard warrior – yang berbekalkan semangat judgmental yang
menebal, berpedangkan aksara yang tajam dan berperisaikan skrin yang membuatkan
musuh tak mampu memandang anda, di medan perang alam maya yang tak pernah ada waktu
hentinya?
I meant
no harm, ya. I just can’t stand excessive cynical and skeptical way of
thinking, at the moment these people are actually insulting those who they call
as extremist. Macam takde beza je antara orang yang dikutuk dan orang yang
mengutuk. You cursed them for their excessive behavior, but you yourself are the extremist in insulting them.
I
understand if there’s any contradicting opinion with mine. Feel free to express
your opinion, if you mind to share. Aku ni pun bukannya betul sangat, kekadang
:D
May you
get my message in this entry. It has nothing to do with entertainment, neither
the Kpop stuff. It is about mentality. And attitude. And behavior. And the way
of thinking. And the way of expressing the thinking. And everything. And…. Whatever.
May
ALLAH guide us to a better path, insha ALLAH.
Wallahu’alam,
wassalam.

0 love letta(s):
Post a Comment