Bismillahirrahmanirrahim.
***
Kau buat kerja aku jadi susah, bila
kau tahu, tapi kau tak sedar.
Kau buat tanggungjawab aku jadi
berat, bila kau tahu, tapi kau tak sedar.
Kau buat keadaan aku jadi rumit,
bila kau tahu, tapi kau tak sedar.
Kenapa?
Sebab kau tahu, tapi kau tak sedar.
Tapi sekurang-kurangnya, bagi aku,
it still made sense bila kau tahu, tapi kau tak sedar. Jadi, bila kau buat
salah, takdelah aku rasa teruk sangat kita ni.
Ya, kita. Sebab salah kau tu, salah
aku jugak. Salah kita. Salah kau, sebab kau yang buat. Salah aku, sebab tak
tegur kau yang buat kesalahan tu, sedangkan kita teman.
The worst part that I can no longer
stand with you is, kau tahu dank au sedar, tapi kau macam tu jugak.
Sangat mencabar aku. Sangat
mempermainkan aku. What more could I say about things, when you know all about
it, and you realize it, but still, you are like that.
Hoi kak, hati made by wood ke? Atau
hati kau Cap Hati Batu? Hoho
Bila kau tahu dan kau sedar,
kerja aku jadi makin susah,
tanggungjawab aku jadi makin berat,
keadaan aku jadi lebih rumit.
Susah tak susah, dah jadi kerja aku
untuk tegur kau, walau kau tahu dan kau sedar.
Berat tak berat, dah jadi
tanggungjawab aku untuk tegur kau, meski kau tahu dan kau sedar.
Rumit tak rumit, dah jadi normal
dalam keadaan aku untuk tegur kau, hatta kau tahu dan kau sedar.
Kenapa?
Sebab kau kawan aku.
Kau sebahagian daripada kerja aku.
Kau sebahagian daripada
tanggungjawab aku.
Kau sebahagiaan daripada keadaan
aku.
Please la wei.
Bukan kau takde ilmu agama.
Bukan kau jahil membabi buta.
Bukan kau babil tak semena-mena.
Bukan kau duniawi semata-mata.
Kau tahu dan kau sedar.
Maka, ketahuilah.
Maka, sedarlah.
Bangkit.
Buatlah, apa yang kau patut buat.
Sebab,
Kau tahu dan kau sedar!
Jangan tambah dosa kita.
Ya, jangan tambah dosa bersama.
Sebab bila kau buat,
kita sama-sama tanggung dosanya.
Kau, kerana gagal amalkan apa yang
kau tahu dan kau sedar.
Aku, kerana gagal pastikan kau
amalkan apa yang kau tahu dan kau sedar.
Lagipun, common sense la.
Takkan tu pun kau takda?
=.=’
***
Wallahu'alam.

0 love letta(s):
Post a Comment