Tuesday, November 13, 2012

Kisah double-degree laws di UIA.

Bismillahirrahmanirrahim.

09 September 2012. Tarikh di mana keputusan peperiksaan final semester 1 2012/2013 diumumkan. Short sem CFS sepatutnya telah pun bermula hari ini, namun mungkin disebabkan terlalu banyak cuti pada minggu ini, maka mungkin proses permulaannya tidaklah selancar mana.

Salwaniey ada menghantar satu pesanan ringkas kepada saya, meminta pendapat tentang study plannya. Pada asalnya, beliau merancang untuk hanya mengambil Bahasa Arab Level 3 sahaja, sementelah beliau menganggap English Level 6 beliau akan tamat.

Namun, yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau terpaksa repeat English level 6, dan hasrat untuk ambil Arab level 3 terpaksa dilupakan kerana kedua-dua subjek bahasa ini mustahil untuk diambil sekaligus dalam satu sem pendek. Ini kerana, jadual akan menjadi sangat padat. Lebih teruk, pertembungan masa antara kelas boleh berlaku.

Pilihan rumit bagi Salwaniey. English wajib ditamatkan sehingga level 6, by hook or by crook. Kalau nak grad daripada CFSlah. Manakala, Arab level 3 pula wajib diambil hanya jika Salwaniey mahu mengambil double degree ; civil dan syariah di main camp nanti, kerana requirement yang diperlukan ialah sampai Arab level 4.

Nasihat saya pada dia, setelah menimbang baik dan buruk, saya katakan, lupakan dulu double degree. Lupakan dulu Syariah. Teruskan English.

Kejamkah?

Teringat pula kata-kata hikmat dekan kami, Dr Torla pada makan malam tahunan pelajar undang-undang CFS. Menurut beliau, haram ambil civil sahaja, kalau tak ambil syariah. Sebab, undang-undang manusia kau nak belajar, undang-undang Tuhan kau tak nak belajar.

And yes, most of us, were taken aback with that statement, because majority of law students took LLB only.  Not LLB (Syari'ah).

Salwaniey kata, sayang nak drop Arab. Drop Arab, bermaksud, tiada peluang untuknya menyambung syariah dan mendapat double degree ; satu keistimewaan mengambil jurusan undang-undang di UIA. Belajar empat tahun untuk dapatkan LLB, tambah setahun, anda akan dapat LLBS. Untunglah, belajar 4 tahun dapat satu degree aje. Belajar lima tahun, dapat dua degree.

Tapi saya katakan pada dia, kalau itu niatnya ambil syari'ah, baik betulkan kembali. Syariah ni hukum hakam ALLAH. Belajar untuk mendalami hukumNya, barulah kita tahu hakikat yang sebenar. Kalau nak dapat double degree, memang taklah. Niat aje dah tak betul. *Satu jari menuding pada orang, empat jari menuding pada diri sendiri*

Lagipun, kalau tak dapat buat degree LLBS di UIA, lepad grad LLB, ambiklah Diploma Syariah. Just in case kalau memang nak sangat qualification dalam bidang syari'ah, sebab nak practise sebagai peguam syar'ie. Tapi ada aje certain negeri yang tak kisah ada ke takde kelayakan dalam bidang syari'ah, as long as you are a law graduate, especially from UIA, so you can practise as syar'ie lawyer. My cousin kata, Kelantan recognize UIA's lawyers to be lawyers in religious matters, even takde degree dalam bidang syari'ah.

Jadi saya katakan pada Salwaniey, selesaikan apa yang wajib dulu. English, kalau kau tak pass, kau tak boleh grad daripada CFS. Arab pula, cuma sebagai satu langkah kau nak ambil Syari'ah. Tapi jalan untuk ambil Syari'ah tu banyakkkk lagi. Benda future, apalah sangat yang boleh kita katakan?

Sem depan, rasanya lebih berat jadual Salwaniey, sebab dia ada 3 subjek asas undang-undang untuk dihabiskan, sebelum grad dan masuk Gombak pada September depan. Lalu saya sarankan beliau 'bertanya pada Tuhan' dahulu, sebab masih ada masa untuk berbuat demikian. Cumanya, saya kata, jangan menyesal atas setiap keputusan yang dibuat. Bulatkan nekad, kuatkan azam :)

Bukannya tak boleh ambil syariah, boleh aje. Tapi kalau sampai jejaskan pembelajaran asas, kesianlah pada Salwaniey. Lagipun lepas ni, insha ALLAH, berpeluang lagi ambik Syariah, meski hanya tahap Diploma. Tak apa, selagi ada qualification dan recognition. Kalau betul dan bersungguh nak ambil Syari'ah jugak, tanamkan niat ikhlas dalam hati, nak belajar undang-undang ALLAH. Insha ALLAH, Dia permudahkan.

Double degree ni, benda nampak seronok. Orang lain belajar 4 tahun dapat satu degree aje, kau belajar 5 tahun dapat dua degree. Tapi sepanjang 5 tahun tu, ada kesusahan kau yang orang tak rasa. Saya sebut ini juga kepada Salwaniey ; you gain something, you loss something. Ada unsur give and take di situ. Jadi, kalau nak ambil syari'ah sebab nak kejar double degree, toksahlah. Torture diri aje.

Arab ni seronok nak dipelajari, tapi sebab bila masuk level 3, dia dah start pecah masuk 4 maharrat, benda tu jadi complicated. Yang tu begitu, yang ni begini. Saya dulu pun, kalau bukan kerana hanya kena ambil 1 maharrat di level 4 (sebab 3 yang lain tu lulus di level 3), mungkin semangat saya akan goyah juga.

 Belajar Arab seronok, cuma saya aje kut yang tak minat. Jadi, bila rasa down sebab belajar Arab susah, saya akan bandingkan diri ini, yang ada basic Arab ni, yang belajar ma ismuka ma ismuki sejak darjah 1 ni, dengan rakan-rakan lain yang langsung takde basic Arab, tapi beria nak habiskan sampai level 4 sebab nak ambik Syari'ah. Semangat mereka kental, meski baru nak tahu perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab. Jadi, takkalah saya ni, yang dah belajar Arab selama kurang lebih 12 tahun ni, nak surrender? Kuatkan semangat, dan teruskan belajar bahasa syurga ni.

Syari'ah? Entahlah. Saya tak fikirkan lagi lepas grad nak jadi apa. Nak jadi practising lawyer ke, DPP ke, atau freelancer ke.... Jadi, saya ambil Syari'ah memang sebab saya nak ambil, bukan sebab nak jadikan sebagai qualification kerja nanti.

Setakat ni, dalam perancangan saya, insha ALLAH, saya akan meneruskan pengajian hingga dapat menggenggam double degree ; LLB dan LLB (S). Semoga ALLAH mempermudahkan jalan saya dan kawan-kawan seperjuangan.

Buat rerakan yang tak ambil Syari'ah, tak apa. Saya tahu anda ada sebab anda tersendiri yang anda sendiri lebih mengerti. All the best, dan jangan pernah rasa rendah diri dengan orang yang ambil double degree ni. Ayuh kita sama-sama saling menyokong antara kita :)

Belajar pun masuk dalam rezeki ALLAH jugak. Semoga ALLAH permudah dan permurahkan rezeki kita untuk belajar di jalanNya. Kita pula, ayuh betulkan niat belajar di hati. Lillahi Taala.

Kita manusia ni, perancangan sikit punya cantik. Plan A B C, membawa ke Alif Ba Ta. Tapi jangan sesekali lupa, ALLAH SWT sebaik-baik perancang :)

Bittaufiq wannajah kepada rerakan yang ambil short sem. Enjoy the moments at CFS happily! :)

Wallahu'alam, wassalam~

40 love letta(s):

Anonymous said...

Akak,kalau nk buat double degree law,kirenye mane yg jd major?civil ke syariaah?

Maryam Kamal said...

sorry for the late reply.

Adik, law takde major minor, xmacam courses lain such as engineering or architecture. Law memang takde major minor, cuma nanti third year ada subjek elektif which kita pilih subjek mana yg nak ambil, subjek mana yg tak nak.

cuma kalau bercakap pasal degree syariah, beza dengan sivil.. contoh macam akak, first sem.. akak ada enam subjek, 3 daripadanya dalam Bahasa Arab, which the subjects are for syariah. lagi 3 tu subjek civil.

budak civil pulak, diorang cuma ada 5 subjek, dan all the subjects are in English.

Nampak beza syariah dan civil? subjek akan lebih, dan certain subjects will be learned in Arabic. Kiranya, there are some classes yg kita akan belajar sekelas dengan budak civil, such as Tort and Contract. Tapi some other subjects are only for Syariah studs, for example Transaction (Arabic) and Quranic Ayat and Hadith of Law (Arabic).

Clear? :)

Wallahu'alam.

Anonymous said...

assalamualaikum, kak recommend tak utk ambil double degree ni ? susah tak belajar dua benda dalam satu masa ?

Maryam Kamal said...

Waalaikummussalam :)

Kenapa nak jadi lawyer? Nak pakai hensem-hensem, smart-smart, jalan macho giler bawak briefcase masuk court, ye?

Ahaa. Kalau tu tujuan anda, sila cari kos lain :D

Jalan yang ditempuh sebelum sampai ke tahap jalan hensem smart cool macho bawak briefcase tu, terlalu susah! :D

Berbalik pada soalan, so far, alhamdulillah, takdelah rasa burden sangat. Bukannya tak biasa kan. Zaman sekolah pun selalu je lepas kelas Sejarah ada kelas Maths. Lepas tu kelas Pendidikan Islam. Bukan ke tu semua cabang berbeza yang harus dipelajari dalam satu masa? :)

Lagi satu, selalu tajdid niat, belajar ilmu ALLAH, nak tahu hukum ALLAH, maka pohonlah supaya ALLAH permudahkan urusan ^^

Seriously brother, saya cadangkan brother pilih kos yang Brother minat, so that u won't feel burden in learning it. Ingat, belajar ni 4-5-6 tahun je. And the rest of our life, nak spend dengan benda yang kita belajar tu lah :)

Boleh cuba architecture UIA ke. UIA has a very nice Faculty of Architecture. Building dia sangat coool ~

:)

All the best!

Cahaya Bersih said...

Alhamdulillah, memberi inspirasi dan semangat :)

Anonymous said...

Assalamualaikum aka nak tanya soalan.Kalau amnik double degree in laws di UIA boleh ke sambung terus ke PHD atau kena buat master gak? Terima Kasih :D

Maryam Kamal said...

Waalaikummussalam.

eishh dik, kena ambik master jugak. degree is degree la, no matter berapa banyak degree(s) pun awak ada. master is another level, phd also.

so, despite of having double degree, still, kena ambik master, then only PHD :)

all ze bez yaww :D

Unknown said...

salam,saya ingin mengetahui apakah itu double degree?sekarang saya menuntut di sebuah ipta di selatan dalam bidang property mnagement.saya sangat minat bidang perakaunan.jd saya merancang utk mengambil degree dalam accounting selepas grad degree property mnagemnt.adakah ini dikira sebagai double degree?terima kasih.

Hamba Allah said...

contoh, belajar Bachelor of Human Sciences in Psychology, tp bila settlekan "core courses" dari bidang Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Comparative Religion), dah kira double degree..tnya department masing2 untuk buat double degree, syarat etc..tempoh belajar mungkin setahun atau lebih dari tempoh asal..klau 4tahun untuk Psycology, mungkin 5tahun atau lebih klau double degree

Anonymous said...

assalamualaikum akak.saya bdak law in unisza .baru naik sem 2.n baru tahu the meanings of the 'LAW' course after naik sem ni.bg sy agak susah nak biasakan diri sbb hundred percent is in english.sy tahu risiko bg y x pndai english ni agak tinggilah utk blajar law.sy mengharapkan sdikit nasihat dan kata2 semangat dari akak utk sy berhadapan dngan diploma sy.terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum akak.saya bdak law in unisza .baru naik sem 2.n baru tahu the meanings of the 'LAW' course after naik sem ni.bg sy agak susah nak biasakan diri sbb hundred percent is in english.sy tahu risiko bg y x pndai english ni agak tinggilah utk blajar law.sy mengharapkan sdikit nasihat dan kata2 semangat dari akak utk sy berhadapan dngan diploma sy.terima kasih.

Maryam Kamal said...

Assalam. Sorry for the late reply.

Double degree ni offer of courses made by university. I dont know abt other Unis and courses, tapi kalau law di UIA, dia offer double degree. In four years - dapat LLB (sivil) and grad. Sambung setahun lagi - dapat LLB (syariah). So in total, lima tahun dapat dua degree. Untung masa!

Cuma there are few conditions, requirements and procedures la. Kena plan dari awal tahun pengajian lagi, nak ambil double degree or not.

Ultimately, awak kena pastikan yv memang U awak ada offer double degree in your course.

All the best! :)

Maryam Kamal said...

Assalam. Jazakallah kher atas penjelasan. Mkga bermanfaat :)

Maryam Kamal said...

*moga

Maryam Kamal said...

'Alaikummussalam. Wahhhh law UNISZA. Ada tak lecturer nama Prof Zuhairah? Beliau dulu lecturer fav akak kat UIA,tapi lepas tu beliau pindah ke Terengganu :(

Kalau beliau memang mengajar kat sana, dan she happens to teach your subject, belajar elok2 dengan beliau! She's really a nice person! Nanti kirimsalam ye, cakap student AIKOL kirimsalam ;)

Okey berbalik ke komen awak.. hmmm pasal masalah bahasa ye. Rileks rileks. It happens to almost all students.

Akak nak cakap camna ekk? Hmm on your part, akak rasa awak kena put more effort on yourself lah nak kuatkan English awak. Takde orang can help u if awak xtolong diri sendiri. Tapi mintaklah kawan bekerjasama. Misal kata, praktiskan cakap english, walau grammar tunggang langgang, pronounciation berterabur. They will get better, believe me. The more u practice, the better it will be. Banyakkan tonton cerita English that may help your language - untuk tujuan pronounciation. Kalau minat cerita Korea ke Jepun ke Filipina ke, tengok yg ada sub english - and challenge yrself to understand it. Any word yg gempak - tengok kamus. So takde la sia2 sangat masa awak, walaupun awak cuma tengok running man kennnn ;)

cara lain - baca paper English. It is good enough tau kalau awak boleh faham gist of the news. Novel pun sama. And.... banyakkan baca buku law - selain memang kena baca, awak bacalah jugak utk tujuan vocabilary dan berlatih sebut pronounciation.

Satu lagi, konfiden. Yakin! It is the best accessory one can wear. Bila awak yakin dengan diri sendiri, org lain pun akan yakin dengan awak. Jangan malu jangan segan nak cakap english - sebab semua yg terer English tu pun start from zero jugak. Masa baby dulu semua lahir dengan menangis, takde yg lahir terus speaking omputeh, " Hi mom!". Ok dah akak dah melalut ni, sorry.

Jangan stres2,enjoyyy. Jadikan kesusahan tu sbg cabaran. Biar suatu hari nanti, when u look back at the moment of u struggling and fighting hard with your subjects, awak akan rasa bangga - awak dah pun melepasi zaman tu dengan jayanya. Aamiin :)

Any other inquiries, do tell me. Kalau akak mampu tolong, I will. For this time being, awak kena gigih dan yakin! Awak boleh punyaaa, insha Allah.

All the best! :)

Anonymous said...

Salam nak tanya
kalau saya bdak asasi law uitm nak tkar degree bhsa arab boleh ke ?
saya ad basic arab =]

Maryam Kamal said...

Alaikummussalam.

Maksudnya, awak daripada asasi law uitm, nak masuk degree di UIA, kos Bahasa Arab?

errr akak tak tahulah, dik. sorry. tapi akak rasa, RASA la, boleh je kot. cuma mungkin awak kena confirm dengan pihak UIA dulu la. ataupun, apply lah dulu masuk UIA dengan degree Law, lepastu tukarlah ke Bahasa Arab. tapi ambik masa la sikit. awak kena habiskan satu sem dulu baru boleh tukar kos.

why not cuba law di UIA? menarikkkk. boleh jumpa akak. ihiks k gurau je :D

seriously, better confirmkan dengan pihak UIA. karang sesia je UPU awak kalau awak apply, tapi disqualify.

bittaufiq wannajah! :)

Kajim Sharibi said...

Akak nak tanya saya dulu basic Arab waktu PMR and Alhamduillah A. tapi lepas tu f4 saya pindah ke sekolah sbp yang tidak belajar bahasa Arab. tapi saya memang minat nak belajar law syariah dan undang undang hudud. if nak masuk uia diploma syariah macam mana ye mereka yg tidak ambik subjek Arab dalam SPM ? runsing

Maryam Kamal said...

Assalam, adik.

Err sorry tapi akak tak faham soalan awak. Kenapa nak masuk UIA ambik diploma syariah? kenapa tak ambik degree?

Hmm meh akak buat presumption, demi menjimatkan masa.

Pertama, awak ambik dah degree dekat U lain ke apa, tapi awak ambik diploma syariah ni sbb nak dapat recognition or something kan. Hmm akak rasa Arabic takkan jadi masalah. Cuma kalau jadi isu pun, mungkin awak kena ambik additional Arabic class. Kot. Akak x sure tau tau.

Presumption kedua, awak nak ambik diploma syariah je, tanak ambik degree? Err yang ni pun akak tak sure. Tapi setahu akak, orang ambik dulu degree in law, then kalau memerlukan diploma syariah, then only dorg akan apply untuk DSLP ni. oh ya, program diploma syariah ni jugak dipanggil DSLP, kalau tak silap akaklah.

Err sorry ya macam tak membantu je akak rasa. Hmm apa2 nanti better awak konfemkan dengan pihak universiti sendiri. Jangan percaya sangat dengan akak ni :D

Wallahu'alam, wassalam.

Iman Fansuri said...

Salam akak.

Boleh minta emel akak? Senang saya nak tanya soalan berkaitan law di UIA ni.

Boleh tk akak?

Maryam Kamal said...

'Alaikummussalam.

Kalau ada apa2 yg akak boleh bantu, silalah emel ke maryamkamal1108@gmail.com ye. Tapi sekarang akak menghampiri final exam, so mohon memahami la ye kalau akak lambat reply ke apa.

Mohon doa juga :)

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Salam alayk. Akak, selalunya qualification dalam Spm untuk ambil asasi undang undang di UIA berapa?

Maryam Kamal said...

Alaykummussalam.

Adik, maaflah jika jawapan akak tak updated. Akak dah pun berada di final year, so the qualification utk zaman awak sekarang ni perhaps dah lain dengan zaman akak 5-6 tahun dulu.

Akak tak pasti exactly how many A's yang dia nak - tapi akak rasa subjek yang dapat A tu masih memainkan peranan penting. So, Bahasa Melayu, Sejarah, English, Pendidikan Islam rasanya antara subjek yang diambil perhatian. Matematik dan lain-lain pun dia tengok jugak, but perhaps not as crucial as the other subjects mentioned.

Awak kena dapatkan info sahih tau, jangan rely dengan akak :D Perhaps u should google around dekat any website rasmi.

All the best!

ayu said...

Salam akak.macam mana ye kalau nak mohon Double degree untuk lepasan spm? Saya baru 17,tapi memang berminat dari kecil lagi untuk amik law.harap akak boleh bantu hehe

Maryam Kamal said...

alaykummussalam, hai ayu :)

nanti masa nak isi borang UPU, pilihlah kos undang-undang UIA, insha ALLAH peluang double degree tu ada. akak x sure u lain, tapi UIA memang tawarkan double degree laws. awak nak ambik ke tak double degree tu, belakang kira. yang penting, dapatkan offer ke UIA dulu. and for that, all the best in your SPM! :)

Unknown said...

Salam akak , hehe saya dapat uia intake jun ni kos undang undang . ada apa apa nasihat or tips before nak daftar tak hehe

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Foundation law dlm surat tawaran di campus pj or gambang?

Adilah Tajudin said...

Slm hye sis��,klo saya dari kelulusan lain, english linguistic/sastera, adakah saya berpeluang untuk sambung double degree in law jika berminat?or ada requirements?tqsm sekadar bertanya��

Da-Im said...

Salam sis,betul ke nk jd lawyer english kene superb? Bsc sy tak confident dgn english english saya ��

Maryam Kamal said...

Hi Da-Im. Thank for dropping by and sorry for the late reply. Ada jugak komen yang terlepas pandang lama gilaaa that I could not afford to reply back then. Huhuhu

Minat nak jadi lawyer ke? Baguslah kalau ada minat. Jangan risau dengan English okay ke tak, sebab akak rasa you'll get better as time passes insha ALLAH. Takde lah nak kena speaking English all the time, tapi penggunaan English tu agak kerap lah dalam legal world ni. Di mahkamah, dalam hujahan, nak baca case law, atau nak peruse/vet agreement, banyak akan guna English. Tapi Bahasa Melayu pun sentiasa ada. So jangan risau. Insha ALLAH you will be doing good.

Selamat mengejar cita-cita :)

Maryam Kamal said...

AUTHOR'S GENERAL DISCLAIMER.

Salam and hi all.
Thank you for your visit to this post. I understand most of you find your way here because of your keyword search that might be closely related to UIA thingy kan :)

Anyway, I would like to request your kind understanding regarding this post. Please note that this post was written back then in 2013 if I am not mistaken. Jadi, dah banyak fakta dah berubah seiring dengan perkembangan semasa. Jadi, minta jasa baik semua untuk bergantung dengan informasi terkini yang ditawarkan di laman web lain yang lebih bermaklumat dan rasmi ya. Saya tak sempat nak kemaskini kehendak semasa universiti, jadi minta maaf banyak-banyak ya kalau tak dapat balas komen anda semua.

Selamat maju jaya kepada adik-adik yang akan memasuki dunia universiti. Enjoy your time there. Dont rush things. Expose yourself well, explore the world well. Have fun but dont forget to always stay safe. Youth is when you can try literally everything without giving so much thought on the consequences, but your maturity will protect you from danger.

Kindly keep me in your kind prayers.

All the best.

Wassalam.

Regards,
Maryam Jamilah.

Unknown said...

Assalam kak macam mana kalau saya yg student Diploma Pascasiswazah Kehakiman & Guaman Syari'e nak sambung degree law (LLB)?? Sebab tinggal nak ambil yang subjek law2 tu je kan?? Kalau boleh reply secepat yang mungkin ya.

Maryam Kamal said...

Salam. Tak pasti dik, boleh contact personnel UIA ya utk info sahih. Atau boleh tanya academic advisor university awak sekarang macam mana.

Unknown said...

Assalamualaikum akak..saya harap akak still jawab comment2 kat sini..hehe..
saya student irk skrg dah masuk sem 3 kat cfs..sbnrnya,mmg dah jadi cita2 saya dari kecik lagi nak jadi lawyer syarie.minat2 sangat2,time belajar spm dulu,mmg jadikan cita2 saya ni as my bog why utk struggle sampailah berjaya dapat keputusan yg baik dlm spm alhamdlillah....dan bila isi upu dulu pun mmg dah letak siap2 course law uia kat pilihan first sekali..tapi entah la,x tau nak cerita mcm mana,tapi last2 minit family baru bgitau x berapa berkenan untul saya ambik law disebabkan tanggapan negatif yg biasa kita dengar org selalu cakap tentang kos law ni..antaranya.kononnya kaki sebelah kat neraka la apa..Allahu..saya punya perasaan sedih dgn kecewa sgt time tu mmg Allah je yg tau..last2 tukar first choice tu jadi kos irk :') tapi sepanjang saya belajar ni saya mmg okay je,x ada masalah,mmg minat belajar agama and mmg dari kecik sekolah agama..alhamdulilah so far okay...tapi cita2 saya nak jadi lawyer syarie tu x pernah saya lupakan,and saya selalu sgt yakin,akan ada jalan lain yg boleh realisasikan impian saya..huhu..
saya nak tanya,ada lagi ke peluang untuk saya sambung law syariah ye as student irk?..boleh ke kalau saya nak buat double degree irk dgn law? ke mmg impossible...ataupun paling2 kurang pun..kalau mmg dah x ada jalan lain,contohnya lepas saya dah habis degree dlm bidang fiqh dan usul fiqh nanti,ada ke peluang untuk saya bekerja dalam jabatan kehakiman ye kak ?(x kisah apa2 jenis kerja pun)
and lagi satu...nak tanya,jadinya akak skrg dah kerja lawyer la kan??
i hope you can help me..May Allah bless you :)

bunga said...

assalamualaikum akak. saya baca entri akak ni dari spm 2019 sbb mmg nak amik law di uia. alhamdulillah skrg sedang menjalani asasi undang undang di uia.

em akak bole panggil saya iqa.

saya ada soalan, saya insyaAllah kalau diizinkan Allah akan menyambung dalam civil dan shariah. tapi saya nak tanya. setahun yg sharia tu mmg belajar sharia jeke atau mmg dh belajar sharia dari 1st year? harap akak menjawab persoalan saya❤️

Maryam Kamal said...

Hi Unknown (akak refer kepada komen awak dated 1/4/2021 ya).

First of all, tahniah sebab awak tahu minat awak dan halatuju awak. sebab ada je yg sambung law tapi tapi tak tahu pun nak jadi lawyer ke tidak, contohnya akak. Haha alhamdulillah now dah jadi lawyer :) apatah lagi awak yang memang menanam minat, insha ALLAH ada jalannya.

Sekiranya x silap akak, awak kos IRK pun ada peluang nak jadi peguam syarie. Cuma lepas degree habis, awak kena ambik Diploma in Shariah Legal Practice (DSLP) bagi tujuan kelayakan akademik, dan kemudian kena apply lesen (tauliah) untuk beramal sebagai peguam syarie mengikut negeri yang awak nak beramal. Insha ALLAH ada peluang jadi peguam syarie.

Berkenaan DSLP, boleh banyakkan baca apa benda tu. Utk permulaan, rujuk link akak kasi ni ya -> https://www.iium.edu.my/programme/show/diploma-in-shariah-legal-practice-dslp

Semoga dipermudahkan urusan awak dalam menggapai cita-cita. Banyaakkkkk lagi kena belajar dan juga kena tackle cara nak explain kepada famili pasal hadis sebelah kaki ke neraka, sebelah kaki ke syurga tu. Insha ALLAH boleh. Semoga dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan.

Apa2 bgtau akak ya.

Salam Ramadhan dan moga sudi doakan akak dalam doa awak, semoga akak jadi hamba dan makhluk yang lebih baik.

Insha ALLAH aamiin. Wassalam.

Maryam Kamal said...

Salam. Hi Bunga - Iqa :)

Selamat datang ke AIKOL :) Berkenaan soalan awak, sebenarnya ada beberapa subjek di tahun satu, dua dan tiga awak akan beza dengan student civil. Contoh transaction in islamic law, LLBS students akan belajar in arabic. Tapi LLB students akan belajar in English je lah. Tapi tak banyak, seingat akak dalam 1-2 subjek LLBS je satu semester.

Masuk 4th year, kalau x silap akak memang dah takde subject LLBS. Memang LLB je all th time. Sehinggalah masuk tahun 5, memang semua subjek LLBS dan semua in Arabic. Masa tu memang all out hehe.

Anyway, dont worry too much. Insha ALLAH awak okay ! Selamat maju jaya, doakan akak juga. Aamiin!

apa2 update yaaa.

Fakhrullah said...

Kalau ambik diploma,waktu ambik double degree still 5 thn atau akan berkurang..sbb kan selalunya diploma akan masok terus ke sem 3 wktu degree..tapi double degree law pulak mcm mana?

Maryam Kamal said...

Fakhrullah,
Minta maaf saya tak pasti jawapan yang tepat utk soalan anda. Mungkin boleh cuba call personnel UIA di bahagian intake/administration utk berikan maklumat sahih.

Sorry ye.

Nunya biz said...

Hi, rasanya tak perlu master, kalau dah double degrees terus boleh sambung PhD